Papa Orang Utan menghubungi Radio Free Sarawak

DJ Peter John Jaban kini telah menghubungi rakan-rakan setugasnya di Radio Free Sarawak. Dia telah menghubungi kami awal pagi ini dan mengakui bahawa dirinya sedang bersembunyi, kerana khuatir dia akan dicederakan jika disoalsiasat oleh pihak polis.
“Saya boleh hadir di balai polis bersama peguam saya, dengan syarat polis tidak mengasari saya” kata nya sambil memberi beberapa contoh kekasaran terhadap para pengkritik rejim yang memerintah sebagai alasan rasa takutnya.
“Saya takut pada apa yang akan mereka lakukan terhadap tahanan mereka, sebaik sahaja anda berada di tangan mereka”, tambahnya lagi.
Namun kini Peter menjelaskan bahawa dia merasa lebih selamat dengan bersembunyi dan mengucapkan terima kasih terhadap mereka yang telah membantunya dan menunjukkan kekhuatiran mereka atas keselamatannya beberapa hari yang lalu.
Dia menjelaskan bahawa dia telah bertindak pantas ketika 3 orang lelaki yang dia kenali mengecamnya dan memberhentikan kenderaan yang dinaikinya, sebaik sahaja dia meninggalkan lapangan terbang Miri di kalangan orang ramai yang hadir untuk membantunya melarikan diri dari ditahan.
“Mereka itu adalah orang yang baik-baik yang telah membantu saya melarikan diri dan saya ingin mengucapkan terima kasih pada Dr Teo dan peguam Alan Ling yang amat baik hati itu yang telah membantu saya. Maafkan saya kerana meninggalkan kenderaan dengan tiba-tiba”. Peter yang digambarkan sebagai kelihatan letih dan tegang ketika dia tiba di Miri, menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah disebabkan tahap cemasnya.
Sungguhpun merasa khuatir, Peter menjelaskan bahawa pihak Cawangan Khas dan Imigresen Sabah telah menemubualnya ketika dia betolak dari Kota Kinabalu, adalah ‘baik’baik’ belaka, namun mereka telah membiarkannya meneruskan perjalanannya dengan harapan dia akan ditahan semula sebaik sahaja tiba di Sarawak:
Peter berkata terdapat beberapa sebab kenapa dia menganggap orang-orang Cawangan Khas ingin bercakap dengannya dan kenapa paspot dan kad pengenalannya didaftarkan dalam ‘senarai hitam’ dalam golongan orang-orang yang dikehendaki di sempadan-sempadan.
Menurut Peter lagi, sebagai seorang bekas pegawai Kerajaan yang bekerja dengan Jabatan Tanah dan Survei dia sedar bahawa dia telah melanggari perintah-perintah am jabatannya dengan membocorkan rahsia jabatan. Sebaliknya, menurutnya, dia berbuat demikian kerana ingin mendedahkan kegiatan rasuah yang berlaku.
Dia juga merasa takut untuk dituduh ‘menghasut’, dengan adanya laporan-laporan yang dibuat oleh penyokong-penyokong BN untuk menentang Radio Free Sarawak dan juga beberapa tuduhan dan serangan yang dilakukan oleh ahli-ahli politik BN menerusi media.
Akhir sekali, dia tahu bahawa dia telah bergerak-gerak di seluruh Sarawak bagi mengelakkan pemeriksaan pihak-pihak berkuasa.
Peter menjelaskan bahawa setelah berada jauh di perantauan dia telah berasa putus asa untuk kembali ke Sarawak, sungguhpun dia khuatir dia telah menyebabkan pihak pemerintah marah. Dia telah menggunakan segala peluang dan ruang untuk bersama-sama rakan-rakan dan saudara-maranya, namun dia akan terus berwaspada dari dicekup oleh pihak berkuasa. Menurutnya lagi, dia sedang bersembunyi dan tidak bercadang untuk mengatur pergerakannya yang seterusnya. Dia sedar bahawa pihak polis sedang mencarinya setelah menyedari kehilangannya tempoh hari, namun dia ingin mendapatkan nasihat para peguam dan rakan-rakannya sebelum bertindak atau berbuat apa-apa seterusnya.
Radio Free Sarawak akan terus menyiarkan rancangan mereka setiap hari dari jam 6 petang hingga 8 malam dalam bahasa Iban dan Melayu menerusi gelombang SW15420kHz.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments