Papa Orang Utan – Police Search Papa Orang Utan – Dicari Polis

Kini pihak polis berkata mereka mencari Peter John Jaban, pengacara Radio Free Sarawak, sejak dia dikatakan hilang entah ke mana. Namun rakan dan taulannya menjadi semakin keliru bahawa Peter mungkin sedang menyembunyikan dirinya setelah merasa amat takut setelah ditahan pihak berkuasa di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. Pada hari ini stesen radio pro-demokrasi itu telah mengeluarkan kenyataan sebagai mengemaskini perkembangan tentang kehilangan Peter itu:
PETER JOHN JABAN
“Sehingga kini Radio Free Sarawak ingin memaklumkan bahawa stesen itu masih belum menerima sebarang maklumat sama ada secara langsung atau sebaliknya dari pengacara mereka, Peter John Jaban.
Namun ada pihak yang mengatakan bahawa dia berada di Miri dalam sehari dua ini dan kelihatan bergerak bebas
Maklumat seperti ini amat memberansangkan dan kami sedang membuat kesimpulan bahawa dia bercadang untuk menyembunyikan dirinya setelah takut disoalsiasat di lapangan terbang Kota Kinabalu dan faham bahawa dia akan seterusnya disoalsiasat oleh pihak Cawangan Khas sebaik sahaja dia tiba di Sarawak.
Pihak polis di Miri telah mengumumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan untuk menahannya. Namun kini mereka mula mencarinya kerana risau dengan kehilangannya secara mengelirukan setelah dia meninggalkan kenderaan yang membawanya dari lapangan terbang itu.
Kami amat risau akan Peter, yang mengidap masalah kesihatan dan juga yang sedang berada dalam ketakutan pada ancaman terhadap dirinya yang berperanan dalam Radio Free Sarawak.
Namun kini kami tidak lagi risau akan keselamatannya atau risau jika ditahan.
Pihak kami akan mengemaskini maklumat mengenai Peter dan kami juga mengucapkan terima kasih kerana ramai pihak yang menunjukkan kerisauan terhadap kedudukan keselamatannya, yang telah berkorban untuk menyahut cabaran untuk menyertai Radio Free Sarawak”
Rakan-rakan Peter di Radio Free Sarawak berharap agar DJ mereka itu akan menghubungi mereka dan kembali bersama-sama mereka mengendalikan rancangan radio itu. Dia telah mengambil cuti yang berlebihan sejak beberapa bulan yang lalu, kerana, menurutnya dia ingin bersama-sama rakan dan ahli-ahli keluarganya untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments