YB-YB Binaan Di Sarawak Mendapat Satu Lagi Projek Raksasa Berasuah!

Suatu lagi projek berasuah raksasa telah dianugerahkan kepada para ‘YB binaan’ di Sarawak.
Sarawak Report seringkali mendedahkan bagai mana sebilangan besar para YB di Sarawak telah menjadi ahli lembaga pengarah dan pemegang saham dalam syarikat-syarikat binaan, yang mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit dari kontrak awam yang dianugerahkan kepada mereka oleh bos politik mereka, Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.

Seharusnya projek-projek raksasa sedemikian dibida secara terbuka, untuk mendapatkan nilai pada perbelanjaan dan projek berkenaan juga bernilai kepada awam, namun proses itu telah dilakukan secara bersembunyi dan berasuah.
Sekali lagi kami telah mendedahkan bahawa Taib tidak mengadakan pembidaan atau mengodit projek-projek secara yang sepatutnya. Sebaliknya Taib membeli sokongan politik dengan menganugerahkan projek-projek kepada para pengikutnya dengan membelakangkan pihak awam. Kini, perkara yang sama dilakukannya ke atas kontrak-kontrak persekutuan di Sarawak.

Apakah contoh amalan yang terbaik yang diceritakan oleh media seperti The Star dan The Borneo Post mengenai projek terkini membina sebuah jambatan terpanjang di Sarawak?
Bagaimanakah cara kontrak ini dianugerahkan? Menurut laporan dalam The Borneo Post, setelah bertemu para pengundi di sesuatu kawasan, PM Najib Razak secara tiba-tiba mengumumkan projek berkenaan!

Ini bukanlah suatu cara yang betul penganugerahan kontrak-kontrak! Ianya bukan untuk PM yang melawat sesuatu kawasan dan mengatakan bahawa dia suka pada pendapat itu dan terus mengumumkan pembinaan hanya kerana pilihanraya kian hampir. Najib hanyalah seorang Perdana Menteri dan bukannya Pemerintah Agung!
Projek-projek seharusnya melalui proses konsultansi dan penilaian yang betul dan dipamerkan secara jujur dan telus untuk dibida oleh syarikat-syarikat pembinaan yang terbaik, bukannya dianugerahkan begitu sahaja kepada para kroni oleh Perdana Menteri pada suatu petang.

Namun, kami boleh mengesahkan bahawa projek itu dianugerahkan kepada kroni-kroni BN dan bukannya melalui bidaan tender terbuka.
Sebuah artikel dalam The Borneo Post telah menyatakan bahawa kontrak bernilai RM215 juta itu telah dianugerahkan kepada syarikat binaan KACC Construction Sdn Bhd, yang pernah didedahkan kerana menyalurkan wang awam berjuta-juta ringgit kepada pemegang-pemegang saham yang mempunyai hubungan politik. Kami juga pernah mendedahkan bahawa pemegang-pemegang saham dalam syarikat itu adalah anak lelaki kepada kroni utama BN Bustari Yusof, yang saudaranya juga seorang ahli MP dan seorang lagi ahli keluarga kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu, iaitu sepupu isterinya sendiri, Robert Lawson Chuat (yang juga merupakan seorang YB dalam DUN Sarawak), dan Jennifer Jabu, iaitu anak perempuan Alfred Jabu. Seorang lagi pemegang saham dalam syarikat itu adalah saudara kepada Setiausaha Negeri Sarawak, Mohd Taufik Abdul Ghani.
Bustari, Taufik dan Chuat merupakan tiga dari empat pengarah utama dalam KACC Construction.

Adakah kesemua mereka ini mempunyai kelayakan untuk membina sebuah jambatan?

Jawapannya “tidak”! Robert Lawson Chuat merupakan pemegang Diploma dalam bidang Perniagaan (lebih kurang setaraf dengan A Level), Mohd Taufik Abdul Ghani pula mempunyai ijazah pertama dalam bidang Ekologi dan Mohd Bustari mempunyai ijazah pertama dalam bidang Seni dan Perdagangan.
Persamaan di kalangan orang-orang muda ini hanyalah hubungan mereka dengan orang-orang besar dalam BN Sarawak.
Sarawak Report kini boleh mengesahkan bahawa para pengarah dalam KACC Construction sedang mencari sebuah kontraktor yang tulen yang dapat melaksanakan kerja-kerja pembinaan itu!

Menurut sumber kami pihak KACC Construction kini sedang mencari sub-kontraktor yang sanggup melaksanakan kerja-kerja dengan nilai sekadar RM184 juta sahaja! Ini bermakna, pihak KACC Construction akan menahan keuntungan yang amat lumayan, sebanyak RM30 juta tanpa melakukan apa-apa!
Terdapat dua penjelasan bagi keadaan yang amat memalukan ini.
Sama ada syarikat ini telah merancang untuk mengambil RM30 juta wang awam, di mana kami telah mendedahkan kes rasuah yang dahsyat bukan sahaja melibatkan orang-orang muda ini, namun, rakan-rakan politik mereka yang berkuasa, yang membuat keputusan menganugerahkan projek ini kepada mereka.

Atau, secara menyeramkan, pihak KACC Construction sedang merancang untuk mengurangkan perbelanjaan sub-kontraktor membina jambatan yang selamat dan sempurna.
Malah, jika RM30 juta ditolak dari perbelanjaan melaksanakan projek ini, kemanakah jumlah itu akan disimpan? Untuk membeli bahan binaan? Kaedah-kaedah pembinaan? Untuk membayar gaji? Untuk masa yang diluangkan?
Adakah orang-orang Sarawak akan dipaksa membayar lebih untuk menggantikan potongan harga projek itu?
Keadaan yang serupa telah dibuktikan oleh suatu kes di bandaraya Kuching, di mana orang awam masih berhadapan dengan kerja-kerja membina sistem pembetungan kadar ketiga.

Projek pembetungan itu telah dianugerahkan kepada adik Taib sendiri iaitu Raziah Mahmud, yang telah melantik sebuah sub-kontraktor untuk melaksanakan keseluruhannya, dengan mendapatkan keuntungan RM78 juta untuk dirinya sendiri! Kini, menurut aduan-aduan yang kami terima dalam laman sesawang kami mengatakan para penghuni mengalami pelbagai masalah berkaitan rekahan dan kebocoran dan mutu binaan yang kurang baik.
Bagi menghadapi risiko membina jambatan yang terpanjang di Sarawak kepercayaan kita harus diyakinkan. Adakah kerajaan BN membenarkan sikap tamak dan amalan rasuah menghantui sebuah projek yang bakal mengancam nyawa orang awam yang bergantung padanya setiap hari?
Hanya terdapat satu cara untuk membetulkan skandal ini. Jika KACC Construction tidak berupaya membina jambatan ini, mereka seharusnya menyerahkan projek itu dengan harga sepenuhnya kepada sesiapa yang layak.

Jambatan yang telah sekian lama diidam-idamkan ini mungkin tidak menjadi kenyataan. Ianya akan menjadi suatu janji pilihanraya semata-mata di mana peruntukannya akan diserahkan kepada orang-orang tertentu sahaja, kemudian sebaik sahaja pilihanraya tamat nanti, segalanya akan menjadi janji kosong belaka!
Kes-kes yang serupa turut berkisar pada janji membina jalan-jalanraya menjelang pilihanraya Negeri tahun lalu. Sebaik sahaja pilihanraya tamat, semua jentera yang telah dihantar telah hilang entah ke mana, termasuk peruntukan yang disebut-sebut oleh YB-YB kepada pengundi mereka.
Dan, para pembaca kami dari Sibu juga telah mengingatkan kami, di mana kami telah mempersoalkan janji pilihanraya Najib untuk menubuhkan University of Technology di bahagian itu. Kami telah menunjukkan bagai mana rancangan-rancangan telah berkembang tetapi sekadar berkisar pada memohon peruntukan tetapi tiada satu senpun yang diperuntukan. Malah, pembinaannya dikatakan dimulakan pada bulan Jun ini. Ini kerana ramai di kalangan orang-orang politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada bulan Jun ini. Namun, Najib telah sekali lagi merasa gementar dan bercadang menangguhkan pilihanraya ini.

Maka, tidak hairanlah jika pemerhati-pemerhati kami di Sibu telah melaporkan bahawa, menjelang akhir Jun, tidak seincipun tanah disentuh ke atas tapak kampus University if Technology di Sibu!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments