Demokrasi Lawan Penipuan Pilihanraya Di Sarawak!

Ramai diktaktor terburuk di muka bumi ini mengakui kesahihan kemenangan mereka adalah menerusi peti undi, supaya mereka boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka telah sekali lagi dipilih oleh rakyat ‘yang sayang’ pada mereka.
Sebenarnya mereka menipu.
Abdul Taib Mahmud adalah salah seorang dari diktaktor terburuk itu dan mungkin orang yang ditipunya adalah dirinya sendiri.
Cara-cara yang diamalkan oleh Taib untuk menipu dalam pilihanraya telah menjadi suatu lagenda dan sering kali menghiburkan, di mana akibatnya amatlah merosakkan.
Menjelang Pilihanraya Ke-13 Malaysia, Radio Free Sarawak telah mendedahkan kes-kes di mana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah dijumpai menukar lokasi-lokasi stesen pembuangan undi ti Sarawak dari perkampungan yang berhampiran ke suatu tempat yang tidak pernah kedengaran oleh para penduduk! Tiada amaran dikeluarkan, kecuali pada segelintir pengundi BN sahaja.

Dan dalam bulan Jun, sebelum Najib dijangka mengumumkan pilihanraya, para kroni BN telah kelihatan berkunjung ke kediaman Taib Mahmud di Demak Jaya dengan membawa beg-beg berisi wang sogokan untuk pengundi-pengundi – RM50 untuk mana-mana pengundi yang dapat menunjukkan bahawa mereka telah mengundi BN! Dan sememangnya, wujud kes-kes menggodam peti-peti undi dengan kertas-kertas undi yang tidak sahih, nama-nama pengundi palsu dalam daftar pengundi, ancaman-ancaman terhadap kaum guru dan penjawat awam dan orang-orang yang amat memerlukan bantuan dari negeri. Salah sebuah dari cerita dari musim pilihanraya yang lalu adalah penipuan ke atas keseluruhan penduduk sebuah rumah panjang yang diancam jika mereka didapati mengundi calon pembangkang.
Para petugas SPR telah memberitahu mereka bahawa stesen pembuangan undi hanya akan dibuka pada sebelah petang sahaja dan mereka digalakkan untuk mengambil minuman keras dahulu di sebelah pagi untuk berhibur.
Namun, apabila orang-orang kampung yang telah mabuk itu pergi untuk membuang undi di sebelah petang, mereka mendapati stesen telah ditutup – ianya telah beroperasi pada sebelah pagi sahaja!
Walau bagaimanapun, sogokan dan amalan buruk semasa pilihanraya itu sendiri membentuk sebahagian dari sistem anti-demokrasi yang diamalkan oleh Taib bagi mempastikan bahawa golongan pengundi minoriti yang dapat dikawalnya, akan mendapat peluang untuk membuang undi.
Fakta yang dikeluarkan oleh SPR adalah mengejutkan mengenai laporan terkini berkaitan pendaftaran pengundi di negeri Sarawak. Angka-angka rasmi SPR ini menjelaskan apa yang harus kita tahu mengenai apa yang sedang berlaku.
Sebanyak 28% orang dewasa di negeri Sarawak belum lagi berdaftar sebagai pengundi!

Sebenarnya keseluruhan sistem pembuangan undi itu telah diolah untuk mempastikan bahawa orang-orang dari kawasan pedalaman dan persisiran dan sebilangan kecil kaum Dayak akan turun membuang undi.
Kawasan-kawasan di mana tanah-tanah NCR telah diceroboh oleh pembalak-pembalak Taib dan tanah-tanah pula dirampas oleh syarikat-syarikat perladangan adalah merupakan kawasan-kawasan di mana kerajaan BN menjalankan sedikit usaha untuk membantu penduduk mendapatkan kad pengenalan, mendaftar mereka sebagai pengundi dan dalam banyak kes, tidak membantu mereka membuat sijil-sijil lahir.
Sebagai contoh, menurut kajian yang dijalankan oleh badan NGO Mafrel (yang menegakkan pilihanraya bersih dan adil) di Lawas di mana terdapat seramai 30,000 orang dewasa yang berpotensi sebagai pengundi, namun hanya 6,000 sahaja yang berdaftar. Namun pada pilihanraya yang lalu, para pengundi dari kawasan Lawas inilah yang telah menyingkirkan calon BN.
Di kawasan Batang Ai, Lubok Antu, di mana tanah-tanah pusaka telah ditenggelami tasik empangan elektrik hidronya dan kawasan-kawasan yang luas telah diambil oleh ladang kelapa sawit SALCRA, yang tidak mendatangkan apa-apa faedah dan manfaat kepada orang-orang tempatan, tetapi telah menjadikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Alfred Jabu dan keluarganya kaya-raya, terdapat 22,000 orang dewasa berpotensi menjadi pengundi, tetapi hanya 8,000 sahaja yang berdaftar.
Dan di kawasan Belaga pula, dari 23,000 orang dewasa hanya 7,000 adalah pengundi berdaftar.
Inilah yang dinamakan sebagai kawasan pilihanraya yang buruk, di mana Taib telah mempastikan bahawa sebilangan kecil orang diberikan peluang untuk mengundi – orang-orang yang boleh disogok dan dipengaruhi oleh BN

Setelah 30 tahun pemerintahan Taib, dia dan BN masih memberikan alasan bahawa orang-orang tempatan ini ‘sukar dikunjungi untuk mendaftar mereka’! Namun, bagi BN, adalah tidak sukar untuk pergi mendapatkan kayu balak atau pergi ke hutan mereka untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit.
Sebenarnya apa yang ingin Taib lakukan pada kali terakhir adalah untuk meluaskan lagi kawasan pilihanraya di Sarawak, kerana dia pasti akan kehilangan kawalan ke atas pengundinya. Ini kerana, menjelang pilihanraya yang lalu, pihak SPR, yang seharusnya berkecuali, tetapi telah berpihak kepada BN, telah menolak 90% permohonan pendaftaran pengundi baru di Sarawak tanpa memberikan sebarang alasan penolakan itu!
Permohonan pendaftaran pengundi itu telah dilakukan bersungguh-sungguh oleh orang-orang yang ingin membantu penduduk luar bandar untuk mengemukakan suara mereka menerusi pilihanraya. Namun sebaliknya Taib telah bersungguh-sungguh mempastikan semua itu tidak menjadi kenyataan.
Usaha Taib dalam mensempadankan semula kawasan-kawasan pilihanraya (yang sebenarnya suatu penipuan dalam sistem pembuangan undi) juga dilakukan ke atas beratus-ribu pengundi di kawasan bandar. BN telah lama kehilangan sokongan dari pengundi-pengundi yang sofistikated dan penggundi-pengundi muda di kawasan bandar. Pengundi-pengundi ini mempunyai akses kepada internet dan berhubung secara lebih akrab antara satu sama lain, walaupun Taib begitu bertungkus-lumus mengawal media berita.
Para penduduk di bandar-bandar seperti Kuching, Sibu, Miri dan di tempat-tempat lain kini mulai muak dengan jenayah rasuah, ketamakan golongan pemimpin, ketandusan alam sekitar dan kerajaan BN yang tidak kompeten.
Maka, bagaimanakah caranya Taib meminggirkan mereka? Dia melakukannya dengan memberikan sekumpulan penduduk yang besar jumlahnya dengan sedikit kerusi di kalangan mereka. Manakala, sebuah kerusi di kawasan bandar yang mempunyai 30,000 pengundi sebuah kerusi luar bandar, di mana Taib boleh menyogok dan mengancam bilangan pengundi yang kecil, mungkin berjumlah sekitar 5,000 orang sahaja.
Mari kita lihat bagai mana ianya dilakukan semasa pilihanraya di Sarawak. Walaupun setelah melakukan penipuan, menyogok pengundi dan mengolah peti-peti undi oleh BN, parti-parti pembangkang masih berjaya meraih kemenangan 41% dari undi rasmi. Namun, kerana ramai di kalangan pengundi mereka berada di kawasan bandar, mereka hanya mendapat 21% dari keseluruhan kerusi, menjadikan Taib masih mampu berpaut pada kuasanya dengan mendominasi lebih 2/3 kerusi dalam Dewan.

Sememangnya, sokongan pengundi yang besar, terutama di kawasan bandar, yang menyokong pembangkang adalah sesuatu keadaan yang menghantui Taib, walaupun dia dapat meraih bilangan kerusi kawasan buruk yang lebih banyak di pedalaman dan luar bandar.
Inilah sebabnya, si diktator tua ini seringkali bergegas ke kediaman Tuan Yang-Terutama walaupun pada tengah-tengah malam buta setiap kali selepas pilihanraya bagi mempastikan dia dapat mengangkat sumpah secepat mungkin menjadi ketua menteri sebelum golongan pengundi bandar bertindak untuk menghalangnya!
Lagipun, telah banyak kali dalam sejarah orang-orang di bandar telah merasa muak dengan penipuan Taib, mereka telah melakukan itu sahaja dan menghalang penyamar dari menjawat jawatan!

Kini bukan hanya Sarawak Report yang membesar-besarkan perkara ini ke muka dunia. Kegiatan penipuan Taib dalam setiap pilihanraya di Sarawak telah juga dilaporkan oleh majalah perniagaan terkemuka antarabangsa, The Economist. Majalah The Economist telah bersetuju dengan rungutan yang telah kami terbitkan mengenai penipuan yang diamalkan oleh Taib.
Dia telah mendatangkan rasa malu kepada rakyatnya di hadapan mata masyarkat antarabangsa, maka inilah masanya si diktator tua itu disingkirkan dan menguburkan bersamanya parti BN yang telah banyak mengeksploit Sarawak dan rakyatnya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments