Kediaman Mewah Jutaan Ringgit Millik Masing

Faedah dan manfaat setelah menjadi menteri? James Jemut Masing adalah salah seorang menteri yang memiliki kemewahan yang tidak dapat dipastikan puncanya

Rumah-rumah besar milik rakan-rakan politik kepada Taib Mahmud merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.

Bagaimana kebanyakan menteri dan YB, yang memulakan karier politik mereka tanpa sebarang harta, akhirnya mampu hidup dalam serba kemewahan, sedangkan gaji menteri yang mereka terima sebagai penjawat-penjawat awam tidaklah seberapa sangat?

Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. Namun, tidak seorangpun yang harus menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah yang telah memusnahkan negeri Sarawak.

James Jemut Masing, yang merupakan ketua parti politik PRS, adalah orang kanan dalam pakatan BN pimpinan Taib mewakili UMNO menguasai negeri Sarawak, adalah suatu contoh yang baik.

Namun, kami berhak untuk menyoal dari manakah dia dengan secara tiba-tiba beroleh wang yang banyak untuk membeli sebuah kediaman serba mewah di tengah-tengah kejiranan bertaraf perdana di bandaraya Kuching?

Kediaman serba mewah di Kuching

Masing sekeluarga kini mendiami kediaman yang bertapak pada sebidang harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui sejak lebih kurang satu dekad yang lalu setelah dia sekeluarga berpindah dari sebuah rumah semi-D yang biasa di Lorong 17 Jalan Stampin.

Bagaimana pekerjaan menterinya yang bergaji sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian?

Plot itu, yang dipagari dinding konkrit tinggi dan dikelilingi taman-taman yang indah bernilai lebih kurang RM2 juta pada harga pasaran masa kini?

Para tetamu telah menceritakan bagaimana besar dan luasnya kediamannya yang dilengkapkan dengan dua ruang tamu yang amat luas dan juga dilengkapi bilik-bilik tidur yang juga luas di bahagian atas. Mereka menyatakan bahawa lantai rumah berkenaan dihampar dengan karpet dan perabot-perabot kulit yang serba mahal.

Maka, dari mana datangnya sumber kewangannya?

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak

Jawapan kepada kemewahan Masing mungkin dapat diperolehi pada jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Tanah dalam kabinet negeri Sarawak, yang mana peranan utamanya adalah untuk ‘membangunkan’ tanah-tanah NCR. Sasaran utama kementeriannya, sebagaimana diakuinya dalam laman sesawang kementerian, adalah untuk menggalakkan pemilik-pemilik tanah NCR untuk mentransformasikan tanah-tanah mereka kepada ladang-ladang kelapa sawit dan untuk membantu syarikat-syarikat swasta melibatkan diri mereka dalam usahasama-usahasama itu.

‘Konsep Baru’ – kononnya sebuah usahasama untuk menggalakkan pemilik-pemilik tanah NCR menyerahkan tanah mereka untuk diusahakan sebagai ladang kelapa sawit

Masing sering didengar menggalakkan orang-orang tempatan untuk mengolah hutan dan tanah NCR mereka kepada ladang kelapa sawit, walaupun usaha itu bermakna ‘membahagikan’ tanah itu dari pemilik-pemilik berhak. Walaupun hutan seluas sejuta hektar telahpun diterangkan dan diusahakan menjadi ladang kelapa sawit namun Masing terus meminta agar sejuta hektar lagi diusahakan menjelang tahun 2020.

Namun, faedah dan manfaat yang diberikan kepada pemilik-pemilik tanah NCR kini masih sukar dikesan atau dipastikan. Setelah bertahun-tahun menyerahkan tanah NCR mereka hanya sebilangan kecil sahaja peserta ‘usahasama’ yang pada asalnya merupakan pemilik tanah NCR itu telah menerima habuan yang amat kecil dari ladang-ladang itu dan ramai lagi tidak menerima apa-apa bentuk bayaran sebagai ganti pada penyerahan tanah NCR dan pokok-pokok yang bernilai tinggi.

Wang-wang Sogokan!

Masing dan Mong – wakil-wakil rakyat yang menerima wang sogokan setelah membahagikan tanah NCR milik rakyat di kawasan pilihanraya mereka sendiri

Dalam pada itu, Masing sendiri telah diketahui cuba mendapatkan habuan untuk dirinya sendiri dalam suatu usaha ‘membahagikan’ tanah-tanah NCR yang dimiliki oleh rakyat di kawasan pilihanrayanya sendiri!

Sarawak Report pernah mendedahkan skandal ini, menunjukkan bagaimana Masing dan timbalannya dalam PRS, Mong Dagang, cuba mendapatkan puluhan juta ringgit wang sogokan yang telah mereka rundingkan dalam suatu ‘usahasama’ antara para pengundi mereka dengan syarikat-syarikat swasta yang memohon untuk mengolah tanah NCR mereka. Masing dan Mong telah menuntut sebanyak RM1,000 untuk seekar dari 70,000 ekar tanah NCR daripada syarikat-syarikat swasta yang berminat, suatu tuntutan yang telah Mong tuliskan pada suatu notis, yang kemudian ditandatanginya!

Kepentingan Masing dalam rundingan ‘usahasama’ itu telah diwakili oleh saudaranya, yang dinamakan sebagai penerima wang sogokan itu.

Maka, inilah suatu bentuk keuntungan yang membolehkan anda membeli dan memiliki sebuah kediaman yang serba mewah, walaupun Masing telah menafikan kejayaan cubaannya untuk mendapatkan wang sogokan multi-jutaan itu!
Peguam dari pakatan pembangkang See Chee How kini mewakili rakyat yang kecewa dari kawasan pilihanraya yang diwakili oleh Masing yang memfailkan saman itu, kerana ‘usahasama’ itu telah dipaksa untuk dilaksanakan walaupun lebih 50% pemilik NCR di situ menentang rancangan Masing dan Mong itu.

Kini setelah enam tahun berlalu tiada seorang dari penduduk yang menyertai ‘usahasama’ itu telah menerima sebarang keuntungan dari pembangunan di mana YB yang mewakili mereka yang juga seorang Menteri Pembangunan Tanah telah memaksa mereka untuk menyertainya, dan dalam masa yang sama turut meraih wang sogokan untuk dirinya sendiri!

Rimbunan Hujau – syarikat perladangan terbesar di Sarawak dan juga penaja kepada James Jemut Masing?

Saya dibayar dengan cek dari Rimbunan Hijau”! kata seorang kontraktor yang membina rumah untuk Masing

Jika Masing tidak menerima sebarang bentuk wang sogokan dari rundingan ‘usahasama’ ke atas tanah-tanah NCR orang-orangnya sendiri, bagaimana pula caranya dia mendapatkan wang untuk membayar kos pembinaan kediaman serba mewahnya itu?

Kami juga pernah mendedahkan bagaimana lesen-lesen menebang pokok kayu Belian dan AP untuk menjual kereta telah diberikan kepada isterinya. Turut diterima mereka adalah kontrak-kontrak awam menerusi syarikat di mana isterinya juga merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu.

Semua ini adalah manfaat dan faedah yang diperolehi mereka dari kerajaan negeri, yang tidak seharusnya diberikan secara halal kerana keakraban mereka dengan Abdul Taib Mahmud.

Pemberi maklumat kami yang lainnya termasuklah para kontraktor yang membina kediaman serba mewah untuk Masing yang menjelaskan bagaimana mampunya seorang menteri seperti Masing membina rumah sedemikian. Mereka telah mengesahkan bahawa mereka menerima bayaran dalam bentuk sekeping cek daripada salah sebuiah syarikat pembalakan dan perladangan yang terbesar di Sarawak, Rimbunan Hijau!

Rimbunan Hijau adalah salah sebuah pengolah tanah NCR kepada ladang-ladang kelapa sawit di negeri Sarawak.

 

 

 

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments