Skandal Penghijauan Sime Darby!

Sime Darby – ratusan juta telah dibelanjakan untuk mempromosikan agenda ‘mesra alam’ dan ‘tanggungjawab sosial’ mereka, namun kini jenayah rasuah yang membelengu mereka didedahkan terutamanya mengenai rampasan tanah NCR

Sime Darby adalah syarikat terbesar di Malaysia dan konglomorat perusahaan kelapa sawit terbesar di dunia. Ianya didominasi dan dikawal oleh Kerajaan Malaysia.

Maka, kita dikejutkan bahawa ianya telah terjebak ke dalam jenayah rasuah, sebagaimana dilaporkan dengan penahanan dan tuduhan ke atas bekas Ketua Eksekutifnya pada minggu ini mengenai penyelewengan jutaan ringgit.

Perkaitkannya dengan kepentingan orang-orang di Sarawak adalah di mana pertuduhan itu dihubungkaitkan ke atas urusan dengan rampasan tanah-tanah NCR yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan orang kuatnya, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, James Jemut Masing.

Rampasan-rampasan tanah

Sejak berdekad-dekad yang lalu, ‘Model Baru Pembangunan’ ke atas tanah milik kaum peribumi telah mendatangkan permasalahan di seluruh Sarawak.

Seperti mana yang dibuktikan pada kes-kes mahkamah sebelum ini, usahasama-usahasama ini tidak pernah sama-sekali memaklumkan pengasingan tanah-tanah milik kaum peribumi di bawah skim yang baru ini. Lagi pun mereka tidak dibayar sebarang pampasan atau ditawarkan sebarang bentuk keuntungan yang ketara ke atas pemusnahan hutan mereka, yang kini telah ditukar kepada ladang kelapa sawit oleh Sime Darby dan syarikat-syarikat besar yang lain.

Namun, Masing masih merancang untuk mendapatkan dan membahagikan sejuta hektar tanah-tanah NCR ini menerusi kaedah haram itu, yang bukan sahaja akan mengakibatkan tragedi kepada manusia tetapi akan juga memusnahkan alam sekitar terutamanya menjejaskan saki baki hutan hujan Sarawak.

Kebanyakan kawasan yang telah Masing pilih untuk diserahkan kepada ‘usahasama-usahasama’ sedemikian adalah dari kawasannya sendiri di Kapit, termasuk tanah-tanah yang diambil dan diserahkan kepada dua syarikat, Natural Ambience Sdn Bhd dan Vertical Drive Sdn Bhd, yang kemudiannya dijualkan kepada seorang kroni BN bernama Chew Chiaw Ann dan seterusnya kepada Sime Darby dalam tahun 2008 dan 2009.

Ahmad Zubair dikorbankan sebagai penggelap RM2 billion dalam keuntungan Sime Darby. Sedangkan pengawal-pengawal Sime Darby sebenarnya adalah bos-bos politik Malaysia, termasuk Musa Hitam, bekas Timbalan PM dan juga Pengerusi Sime Darby.

Maka, urusniaga inilah yang menjadi subjek siasatan ke atas jenayah rasuah untuk menentang bekas Ketua Eksekutif Sime Darby, Ahmad Zubair.

Dalam kajian berkolaborasi secara persendirian yang dijalankan oleh Sarawak Report, jelaslah terbukti bahawa hampir kesemua tanah NCR yang dijual menerusi ‘Lembaga Pembangunan Dan Lindungan Tanah’ kawal-seliaan Taib sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah terbuka kepada persoalan di mana ianya bercorak mencari keuntungan bagi individu-individu yang ada kaitan langsung dengan Ketua Menteri dan juga saudara mara atau kaum keluarganya sendiri.

Sebagai contoh dalam laporan kami terdahulu mengenai James Masing, bersama-sama timbalannya Mong Dagang telah meminta sebanyak RM70 juta dari hasil jualan tanah-tanah NCR yang dimiliki oleh pengundi-pengundinya sendiri!

Namun, dengan perbicaraan dalam mahkamah yang sedang dijalankan untuk mendedahkan amalan-amalan busuk ini, di manakah letaknya agenda ‘mesra alam’ dan ‘tanggungjawab sosial’ yang dilaung-laungkan oleh syarikat terbesar di Malaysia itu?

Tidak banyak yang boleh diselamatkan – suatu kerja olok-olok dilakukan oleh Sime darby untuk mengaburi mata awam

‘Lingkungan Korporat’ yang disokong oleh pesaing Bank Dunia Jeffrey Sachs

Pada tahun lalu kami telah melaporkan mengenai kegagalan Sime Darby apabila kami mempersoalkan kemasukannya ke dalam “lingkungan korporat” yang diilhamkan oleh pakar ekonomi dari New York, Jeffrey Sachs, yang mengetuai Universiti Columbia sebagai Profesor Pembangunan Berterusan mereka.

Sime Darby, yang telah membayar sejumlah wang yang banyak kepada sebuah syarikat PR yang namanya telah tercemar, FBC Media untuk mempromosikan imej ekologinya, baharu sahaja mendermakan setengah juta dollar kepada institusi milik Profesor Sachs, di mana para penajanya dipromosikan sebagai peneraju kebeterusan.

Sungguh memalukan, dalam persembahan PR mereka, FBC Media telah secara tiba-tiba mengakui bahawa mereka telah ‘menyemai’ Jeffrey Sachs untuk menjadi duta kepada syarikat mereka.

FBC Media – ‘Kami menyemai Jeffrey Sachs sebagai duta kami

Sebagaimana diakui Sachs dalam iklan FBC Media, Sime Darby merupakan satu-satunya syarikat yang mengamalkan keberterusan dan patuh pada undang-undang.

“leading companies like the oil palm giant Sime Darby have recognized that long-term environmental sustainability is vital to the business interests of serious, law-abiding companies with long-time horizons”[Jeffrey Sachs – International Herald Tribune]

Tidak patuh pada undang-undang? - Sachs poses in a Sime Darby 'advertorial' organised by FBC media next to BN top man and company Chairman Musa Hitam

Setahun kemudian, setelah skandal rasuah yang mengakibatkan penahanan Ahmad Zubair dalam tahun 2010, Sachs telah menjauhkan dirinya – Sime Darby tidak lagi menyenaraikannya dalam lingkungan korporat mereka.

Pandangan jauh Sime Darby mengenai agenda keberterusan di masa hadapan!

Namun, Profesor Sachs telah menggunakan sepenuhnya hubungan rapatnya dengan rejim BN Malaysia (pemilik syarikat Sime Darby) apabila dia melancarkan kempen peribadinya untuk merampas jawatan Presiden Bank Dunia!

Sachs telah mengakui bahawa dia mewakili kemiskinan sejagat dan kepentingan kebeterusan. Negara utama di kalangan negara-negara peserta yang menyokongnya adalah Malaysia!

Sebenarnya, rasuah di Malaysia terutamanya berkenaan keberterusan di Sarawak dan Sabah adalah faktor penggerak di sebalik pemusnahan hutan Borneo dan juga pelanggaran hak-hak asasi manusia ke atas kaum peribuminya.

Jika Profesor Sachs ingin menentang kemiskinan sejagat dan menghentikan pemusnahan alam sekitar, kami ingin mencadangkan agar dia harus menerima hakikat dan berhenti menaungi rejim BN di Malaysia sebagai penajanya. Sudah tiba masanya suara-suara yang lebih berkuasa telah mula kedengaran berpihak kepada kaum peribumi di Sarawak!

 

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments