20 Jul 2012

Skandal Penyelewengan Wang HSBC – Masa Untuk Menjalankan Siasatan Ke Atas Salahlaku Musa Aman!

This post is also available in: English, Iban

Didedahkan sebagai bank yang digemari untuk menyimpan wang haram di kalangan orang-orang jahat

Salah seorang pegawai tertinggi bank HSBC telah meletak jawatan secara sukarela semalam, sambil mengumumkan bahawa bank itu telah membisu seribu bahasa terhadap kegiatan memindahkan wang sebanyak $38 trillion, yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Laporan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang sogokan pembalakan (suatu kes yang, menurut Najib Razak, boleh disabitkan dengan Musa Aman) mengandungi banyak maklumat mengenai penglibatan HSBC memproses berjuta-juta ringgit yang akhirnya menjurus ke dalam akaun-akaun bank milik Musa Aman.

Begitu juga, Sarawak Report telah mendedahkan maklumat terperinci mengenai siri-siri akaun HSBC yang dikaitkan dengan Musa Aman, yang akhirnya terpaksa ditutup dalam tahun 2006 dahulu.

Maka, tidak hairanlah jika Jawatankuasa Senat US di Homeland Security telah melaporkan bahawa dalam tempoh masa 2006 – 2010, pihak HSBC telah membantu penyelewengan wang merentah antarabangsa yang berskala besar untuk kemudahan geng-geng dadah, kegiatan-kegiatan pengganas dan negara-negara penyangak, menjauhkan dana-dana bersyak-wasangka di antara cawangan-cawangan luar negaranya, di Amerika Syarikat, Switzerland dan tempat-tempat lain.

Fail-fail mahkamah dari Sarawak Report ke atas Musa Aman telah jelas menunjukkan bahawa hasil rasuah pembalakan di Malaysia sepatutnya dimasukkan ke dalam senarai hitam itu juga!

Rasuah pembalakan

Inilah bukti bantuan bank-bank antarabangsa membantu Musa dan kroni-kroninya mencapai hasrat mereka

Mangsa-mangsa skandal multi-juta dollar ini termasuklah orang-orang asli Sabah, yang telah dimusnahkan tanah dan kawasan pemburuan mereka; pembayar-pembayar cukai, di mana wang-wang cukai mereka telah dicuri dan juga perniagaan-perniagaan yang dilakukan dengan jujur, di mana peluang mereka telah dieksploitasi oleh jenayah rasuah.

Sementara itu, tempias dari jenayah ini telah merangkumi kemusnahan yang amat buruk ke atas salah sebuah alam sekitar yang tinggi nilainya yang masih tinggal di muka bumi kita ini – yang sejak kebelakangan ini mengandungi suatu kawasan hutan hujan yang tertua dan berbio-divesiti.

Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan telah musnah dan pupus akibat ketamakan yang tiada batasannya hanya dalam masa sedekad sahaja.

Sedikit masa dahulu Musa Aman telah sekali lagi cuba menafikan kesemua bukti yang tinggi menggunung untuk mendakwanya. Namun Speaker di Dewan Undangan Sabah telah tidak membenarkan suatu usul tidak percaya diundi – suatu usaha putus asa yang telah mencemarkan proses demokrasi dilaksanakan. Terdapat juga cubaan yang mencadangkan Musa telah mengumumkan bahawa jutaan dollar itu telah dimasukkan ke dalam akaun-akaunnya di Swiss Bank kerana kononnya dia bertindak selaku penama bagi pihak partinya UMNO dan juga bagi pihak bosnya Perdana Menteri Najib Razak!

Sekiranya senario ini benar, adakan para pelindung Musa akan percaya untuk menjadikannya tidak bersalah dalam kegiatan merompak kekayaan negerinya sendiri? Kerana jika Najib dan Musa disabitkan sama dalam perkara ini, maka mereka berdua sama-sama bersalah!

Peranan yang dimainkan oleh bank-bank HSBC dan UBS bersekongkol merompak khazanah kekayaan Borneo

Sejak sedekad yang lalu, ketika hutan-hutan Sabah hampir ranap ditebang, Musa terus mengeluarkan lesen-lesen untuk menebang kawasan-kawasan hutan yang dilindungi dan kawasan-kawasan cerunan bukit digondolkan oleh para kroni-kroni pembalakannya.

Ketamakannya telah memusnahkan hutan Sabah, sama seperti ketamakan dan kerakusan Abdul Taib Mahmud menebang kawasan hutan yang amat luas di Sarawak.

Dua orang Ketua Menteri, Taib dan Musa – kedua-duanya sama-sama merompak kekayaan milik rakyat mereka

Dan setelah kami mendedahkan maklumat secara terperinci pada minggu-minggu yang lalu, para kroni Musa telah membayarnya berpuluh-juta dollar wang sogokan menerusi para penamanya, termasuk “orang tengahnya”, Michael Chia.

Kegiatan ini telah dibantu oleh cawangan-cawangan dua buah bank global HSBC dan UBS di Singapura dan Hong Kong bahawa Musa Aman dan Chia telah menyelewengkan wang itu dan menyalurkannya, sebagai mana telah kita laporkan, menerusi beberapa siri akaun luar negara ke dalam akaun Musa Aman sendiri di bank di Zurich.

Michael Chia – selaku orang tengah dalam kegiatan penyelewengan wang

Kedua-dua bank itu harus disiasat dengan terperinci dan dikendalikan oleh pihak pendakwaraya di Switzerland dan dalam pada itu pihak NGO pejuang alam sekitar Bruno Manser Fund telah, pada minggu ini, mengambil tindakan yang selanjutnya untuk menggesa dan mempastikan bahawa siasatan tetap dijalankan.
Bruno Manser Fund telah mengutuskan surat aduan kepada dua badan perundangan di Singapura, dan pihak Pengawal Kewangan dan Bahagian Siasatan Kewangan bagi mendesak mereka mengambil tindakan atas tindak-tanduk bank HSBC dan UBS mengendalikan akaun-akaun Musa Aman di Singapura.

Aduan-aduan ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana pejabat Pendakwaraya Persekutuan Swiss telah pada beberapa hari kebelakangan ini mengumumkan bahawa mereka telah secara rasminya membuka fail siasatan berhubung bank UBS, setelah mereka menerima fail-fail mahkamah daripada Sarawak Report.

Kes berkenaan telah dimaklumakan berdasarkan maklumat menyeluruh yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong kepada pihak berkuasa Swiss, yang pada mulanya telah menahan Michael Chia kerana membawa $16 juta dalam tahun 2008.

Case Number SV.12.0749-WEL - The Swiss Attorney General's Office confirms its investigation of UBS Bank's involvement with Musa Aman

Pihak-pihak berkuasa di Malaysia juga telah dipaksa mengumumkan mengenai siasatan yang dijalankan oleh negara-negara luar. Hari berganti hari, banyak persoalan ditimbulkan mengapakah Peguam Negara Malaysia (saudara Musa sendiri) telah gagal bertindak berdasarkan fail-fail mahkamah mengenai Musa Aman sebagaimana disahkan oleh Najib Razak.

Kepatuhan

Tidak dapat lari lagi – adakah Musa Aman tetap menggunakan alasan bahawa dia hanya ‘penama’ bagi pihak UMNO?!

Jika Malaysia tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Musa sekalipun, kebenaran tetap akan terserlah kerana bank-bank ini telah menerima tekanan antarabangsa kerana memainkan peranan mereka dalam skandal ini.

Kunci kejayaan Musa dalam ‘menyedut’ beratus-juta dollar wang sogokan dari negeri Sabah adalah kesanggupan bank-bank seperti HSBC membuta-tuli dan melanggar peraturan-peraturan asas dalam kepatuhan (suatu kesalahan yang boleh menyebabkan ianya didenda sehingga beratus-juta dollar di tempat-tempat lain di luar negara).

Peraturan-peraturan ini menuntut agar akaun-akaun yang dikaitkan dengan orang-orang politik yang telah didedahkan kegiatan haram mereka dan akaun-akaun yang menerima jumlah wang yang amat banyak secara mencurigakan harus disiasat dan dipertanggungjawabkan.

Akaun-akaun yang dikendalikan oleh Michael Chia, yang seterusnya memindahkan wang itu kepada Musa Aman sendiri dan juga sebagai punca perbelanjaan dua orang anak Musa, seharusnya menjadi sasaran penyiasatan ini.

Namun, kedua-dua bank HSBC dan UBS telah gagal berbuat demikian, lebih gemar mengendalikan pindahan-pindahan wang haram berjuta-juta dollar.

Dalam tahun 2006 pihak HSBC telah menutup akaun-akaun pegangan Michael Chia, namun tindakan sedemikian telah mencetuskan lebih banyak persoalan berhubung kepatuhan kepada peraturan-peraturan perbankan. Beberapa siri arahan juruwang bernilai sekitar $20 juta telah diberikan kepada Chia untuk membolehkannya membersihkan akaun-akaunnya itu.

Sukar untuk dikesan – dengan mengeluarkan arahan-arahan juruwang yang banyak HSBC telah membantu Chia memutuskan rangkaian pindahan wang itu dan dalam masa yang sama menutup sumber jutaan dollarnya

Dengan arahan-arahan juruwang ini Chia telah membuka akaun-akaun barunya di UBS Singapura, justeru membolehkannya memutuskan rangkaian pemindahan-pemindahan wang itu, sementara itu berjuta-juta dollar wang sogokan telah dipindahkan dari akaun syarikat-syarikat pembalakan di Sabah ke dalam akaun-akaun bank Musa Aman di Zurich!

Turut dipersoalkan adalah kesanggupan UBS Singapura menerima arahan-arahan juruwang ini untuk membuka akaun-akaun baru Michael Chia. Usaha ini telah melengkapkan penyelewengan wang pembalakan Sabah.
Kini tiada lagi rahsia dalam rangkaian pemindahan-pemindahan wang haram itu. Fail-fail mahkamah kami telah berada pada pihak-pihak berkuasa.

Maka, memandangkan inilah masanya untuk mengaku dan memohon maaf, pihak HSBC dan UBS harus mengorbankan masa mereka dan mengisytiharkan wang awam dan berterus-terang dalam hubungan mereka dengan Musa Aman termasuk juga kesalahan-kesalahan lain yang didedahkan oleh Jawatankuasa Senat US.

 

  • Bumiputera Sabah

    kitai..tamaha..pengkhianat..hantuu..jadi tanah2 d ulu kena rampas tiba2 memang kerja ko ni kan??..bagus ko p tingu org kg tu,kesian dorg dlm d lema..pati pla tiba2 ambialih..PITAS,TELUPID,BELURAN,LONG PASIA dan beberapa kg terlibat..mudah2an ketulahan kebalikan la ko cepat2..