Apakah Pesanan Si Burung Kecil Pada Kita – Masa Untuk Berubah?

Ketua Menteri amat terkenal dengan kegemarannya mengamalkan ilmu hitam, walaupun dia mengakui dirinya seorang Muslim sejati, yang mengharamkan amalan ilmu sedemikian. Burung-burung hitam sering kelihatan hinggap di halaman rumahnya di Demak Jaya, menakutkan para tetamu yang datang ke rumahnya.
Di bahagian besmen rumahnya pula tersimpan artifak dan kelengkapan kebomohan, ke semuanya itu digunakan oleh Taib untuk meminta bantuan roh dan mahkluk-mahkluk halus dari dunia spiritual bagi mengatasi umat yang sekaum dengannya dalam politik.

Maka sudah tentunya dia juga faham akan kehadiran seekor burung kecil yang terbang dari kawasan hutan yang telah ditebang dan seterusnya memasuki ruang tamu di sebuah rumah panjang untuk mendengar ucapan ketua pembangkang PKR Baru Bian pada hujung minggu lalu.
Pada keluaran ini kami mengeluarkan semula cerita yang kami petik dari laman blog Baru Bian bersempena usaha orang-orang Sarawak mencari panduan untuk memimpin mereka menjelang pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Baru Bian di Uma Sambob: Tiba-tiba terbang masuk seekor burung kecil …

Uma Sambob, Long Semutut merupakan hentian terakhir YB Baru Bian melawat ke kawasan Hulu Rejang pada 28 – 30 Julai 2012 lalu. Salah seorang dari penduduk di rumah panjang itu, mendiang Joseph Lenjau telah diwakili oleh Baru dalam suatu kes mahkamah menentang 6 buah syarikat dan juga Kerajaan Sarawak beberapa tahun lalu.
Semasa Baru memulakan ucapannya mengenai usaha Joseph Lenjau mendapatkan pengadilan, tiba-tiba seekor burung kecil terbang masuk ke ruang tetamu dan menuju ke arah Baru. Burung kecil itu terbang di atas Baru buat seketika, dan kemudian terbang mengelilinginya dan akhirnya hinggap di atas hamparan tikar di hadapannya.
Burung kecil itu tidak berganjak dari tikar itu, seolah-olah meneliti isi ucapan, sehingga Baru selesai dengan ucapannya. Kemudian seorang wanita yang bersaudara dengan mendiang Joseph Lenjau datang ke hadapan untuk mendapatkan burung kecil itu. Orang ramai yang hadir di tempat itu merasa hairan kerana apabila ditangkap oleh wanita itu yang sambil menitiskan air matanya, burung kecil itu tetap kelihatan sungguh jinak, bagaikan merelakan dirinya ditangkap. Wanita itu mencium burung kecil itu dan membawanya masuk ke bilik. Tidak lama kemudian, wanita itu pun melepaskan burung kecil itu. Kami difahamkan bahawa hampir kesemua hadirin di situ merasa sungguh terharu dengan kejadian burung memasuki rumah pada hari itu.

Bagi penduduk rumah panjang itu, kehadiran burung kecil itu ada pengertian yang tersendiri.
Menurut mereka burung itu terbang masuk membawa bersamanya pesanan dan petanda dari alam bahawa burung dan haiwan sedang menderita seperti golongan manusia di yang menduduki kawasan itu kerana sarang dan rumah mereka sedang dimusnahkan oleh syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan.
Menurut mereka lagi, burung itu membawa pesanan bahawa keadilan akhirnya akan menyerlah dan bagi mereka yang sedang berjuang untuk keadilan tetap akan menikmati kemenangannya.
Sungguh bermakna lawatan rakan alam yang kerdil itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments