Ketua Hydro-Tasmania, Roy Adair Memperlekehkan Persoalan Di Sekeliling Projek-Projek Empangan Di Sarawak!

Syarikat tenaga hidro Australia, Hydro-Tasmania telah disiarkan ke udara semalam, dengan harapan mereka untuk mempertahankan penglibatan mereka dengan rancangan Taib Mahmud untuk menenggelamkan kebanyakan sungai utama di Sarawak dengan membina dua belas empangan hidro elektrik yang tidak diperlukan.
Roy Adair, Ketua Pegawai Eksekutif, telah memberikan maklumabalas terhadap kerisauan terhadap isu berkenaan yang disiarkan dalam rancangan TV Dateline Australia pada hari Rabu yang lalu. Di awal rancangan Adair menjelaskan bahawa mereka hanya bertindak sebagai penasihat teknikal kepada rancangan gila Taib itu.
“Ketua Projek” mereka Andrew Pattle yang ditugaskan untuk mengendalikan Empangan Murum dan merancang Empangan Belaga dan Empangan Baram, Hydro-Tasmania, menurut Adair hanya bertindak selaku penasihat projek.
Namun, bercakap mewakili Kerajaan Sarawak, Senator Idris Buang telahpun mengeluarkan kenyataan yang meragukan mengenai tujuan utama Hydro-Tasmania itu.
Keduanya, Roy Adair telah membuat suatu lagi dakwaan utama, bahawa Hydro-Tasmania telah meneliti rancangan Sarawak Energy Berhad, yang diketuai oleh sepupu Ketua Menteri Taib, iaitu Abdul Hamed Sepawi, sebelum mereka membuat keputusan untuk membantu Sarawak membina projek empangan yang luar biasa besarnya itu.
Adair menjelaskan di Radio ABC Australia bahawa Hydro-Tasmania telah meneliti dan mendapati bahawa SEB adalah ahli kepada Kesatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) yang telah mematuhi protokol-protokol berkaitan pembangunan berterusan.
Apabila ditanya mengenai kerja-kerja berkaitan mengaudit projek itu, Adair menjawab, bahawa mereka telah, pada dasarnya, memeriksa entiti projek itu.
Dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian, Adair telah bermaksud bahawa, pertama, keahlian SEB dalam IHA hanyalah sebagai formaliti bagi mereka untuk berurusniaga dan kedua, bahawa SEB telahpun menjadi ahli IHA ketika Hydro-Tasmania mula-mula menjalankan pemeriksaan pra-bida ke atas syarikat itu.

Kenyataan yang tidak masuk akal!

Adakah para pendengar radio ABC di Australia akan berpuas hati dengan alasan dan penjelasan Roy Adair itu? Dalam kes apakah akan menghendakkan mereka memuatturun borang keahlian untuk menganggotai IHA? Kami dapat mengesahkan bahawa entiti berkorporat seperti SEB boleh menganggotai kesatuan IHA dengan bayaran sekecil seribu pounds disertai kesanggupan mereka menandatangi untuk menyetujui kehendak dan deklarasi-deklarasi ketat!

Pertubuhan-pertubuhan NGO seperti Save Rivers telah secara konsisten membangkitkan kerisauan mereka terhadap protokol-protokol yang diikuti oleh IHA berkenaan keberterusan itu, dengan mengatakan bahawa hasrat piawaian yang ditetapkan oleh kesatuan itu tidak lain dari mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan dengan menetapkan piawaian fleksibel mereka sendiri di samping mengelakkan peraturan-peraturan yang betul dan sepatutnya.
NGO itu telah mengadu bahawa protokol yang diikuti oleh IHA itu langsung tidak menyentuh soal hak asasi manusia ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan piawaian alam sekitar.
Penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan Bakun dan Batang Ai di Sarawak, yang telah dipaksa meninggalkan kampung halaman tradisi mereka dan telah ditipu dengan janji-janji kosong yang menawarkan kemewahan hidup boleh menceritakan mengenai banyak kegagalan projek-projek empangan yang menjejaskan mereka.
SEB telah sebenarnya membayar yuran keahliannya dalam IHA sebanyak £3,000, maka dengan terjelasnya yuran sebanyak itu, ianya diikhtiraf sebagai ahli Korporat 1. Apakah lagi bukti lain yang lebih meyakinkan kita?
Sarawak hanya menjadi ahli dalam tahun 2010, namun ianya telah menjadi penganjur Persidangan Tahunan sebagai Ahli Lembaga dalam tahun 2013!

Tetapi, nampaknya Roy Adair bukan sahaja telah mengelirukan dengan menyatakan keahlian SEB dalam IHA itu. Kami dapat membuktikan bahawa kata-katanya tidak benar belaka. Dia telah mengatakan bahawa SEB menjadi ahli IHA SEBELUM melaksanakan projek-projek di Sarawak, sebagai sebahagian dari “pra-bida” mereka. Namun, sebenarnya syarikat perundingan Entura, iaitu anak syarikat kepada Hydro-Tasmania, telah melibatkan diri dengan projek-projek di Sarawak sejak 2008, sedangankan SEB menganggotai IHA pada tahun 2010!

Apa yang menariknya adalah, dalam tempoh masa setahun sahaja, sejak 2011, bos SEB warganegara Norway, Torstein Dale Sjotviet (yang dibayar gaji tahunan sebanyak $4 juta setahun) telah menganggotai lembaga dalam SEB, dan dalam masa yang sama juga Roy Adair menganggotai Hydro-Tasmania!
Dan, dalam sedikit masa lagi, dalam tahun 2013 nanti, persidangan tahunan yang akan menyentuh pembangunan berterusan akan dianjurkan di Kuching, Sarawak! Menurut akhbar lidah BN, The Borneo Post, persiapan-persiapan sedang giat dilaksanakan, dengan dibantu oleh ‘kepakaran’ Hydro-Tasmania.
David Crean sebenarnya adalah saudara kepada ahli politik Simon Crean yang begitu lantang bersuara di parlimen Tasmania yang menyokong pembalakan atas kawasan hutan terlindung oleh syarikat Ta Ann yang dipengerusikan oleh sepupu Taib Mahmud, Hamed Sepawi. Hamed Sepawi juga merupakan Pengerusi dalam Sarawak Energy Berhad. Maka, apakah yang dapat kita jangkakan dari hubungan keluarga Crean dengan keluarga Taib Mahmud?

Beberapa persoalan utama yang gagal dijawab oleh Roy Adair

– Apakah audit-audit yang telah mereka laksanakan ke atas integriti SEB, Kerajaan Sarawak dan 12 lagi projek empangan yang kesemuanya akan melibatkan Hydro-Tasmania?
– Mengapakah mereka enggan memberikan maklumat yang terperinci mengenai penilaian kesan kepada alam sekitar dan sosial akibat pembinaan empangan-empangan ini (jika penilaian-penilaian sedemikian ada dilakukan)?
– Ketua Projek mereka, Andrew Pattle, telah mengumumkan bahawa piawaian keselamatan, kesan terhadap sosial dan alam sekitar di Malaysia alah lebih rendah berbanding di Tasmania. Mengapakah syarikat itu telah menerima hakikat sedemikian, sedangkan mereka sering mengatakan dengan angkuh bahawa mereka hanya akan melaksanakan kerja-kerja mereka pada ukuran piawaian yang ‘paling tinggi’ di peringkat antarabangsa?
– Haruskah mereka menenggelamkan beratus-ratus batu persegi kawasan hutan Borneo yang menyebabkan berpuluh-ribu orang tempatan pindah meninggalkan kampung halaman mereka, sedangkan tiada keketaraan pada permintaan tenaga elektrik dan juga tiada rancangan pelaburan yang begitu jelas?
– Mengapakah Hydro-Tasmania tetap menuruti kehendak seorang diktator multi-jutawan, yang sedang dalam siasatan suruhanjaya anti-rasuah (SPRM) di negaranya sendiri Malaysia?
Akhir sekali, kami ada dua lagi soalan untuk Roy Adair. Apakah tiada perkara lain yang dia lakukan selain mendapatkan wang dan adakah kami terlalu bodoh seperti yang difikirkannya?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments