Pejuang Penentang Ketidakadilan!

Bagi mereka yang telah bertindak menentang ketidakadilan, tindakan mereka itu telah mengubah ‘selera’ di Sarawak, dan ianya bergerak dengan cepat setiap masa.
Keberanian dan kecekalan mereka telah sedikit demi sedikit memadamkan sejarah pemusnahan yang berlaku selama beberapa dekad yang lalu.
Di masa lalu Taib dan BN telah mempergunakan harapan palsu dan janji-janji untuk memancing persetujuan penduduk tempatan memasuki perjanjian yang akhirnya telah menyebabkan mereka kehilangan tanah pusaka dan kehidupan mereka, dan mereka akan menganiaya sesiapa yang akan menghalang niat jahat itu.
Jika anda mendirikan bloked anda akan dihumbankan ke dalam penjara dan dituduh ‘menghasut’ di bawah akta ISA dan undang-undang darurat yang lain.

Namun, kini tekanannya semakin meningkat kerana tanah yang berhutan kayu balak dan kemudiannya akan digunakan untuk membuka ladang semakin berkurangan dan Taib sekeluarga dan kroni-kroni mereka mulai merampas tanah-tanah milik dan didiami orang-orang asal.
Begitu juga, pembohongan BN kini menjadi semakin tidak berkesan. Siapa lagi yang akan percaya pada syarikat-syarikat ini dan ahli-ahli politik (yang secara rahsia merupakan pemegang saham yang banyak) apabila mereka berjanji bahawa jika penduduk-penduduk asli menyerahkan tanah mereka, ‘pembangunan’ akan menjadikan mereka kaya-raya?
Taib juga mengakui bahawa dia akan membawa ‘kemajuan’ untuk Sarawak, namun kemajuan inilah yang menjadikan pemerintah tamak ini merasa takut. Kemajuan inilah yang akhirnya tiba dan mendedahkan salah-laku Taib, kerana mata dan telinga di seluruh Sarawak kini telah terbuka oleh radio-radio dan telefon dan kamera-kamera dan komputer-komputer dan juga internet!

Ketua Menteri itu sudah tidak dapat menyembunyikan tindakan-tindakannya di kawasan pedalaman. Jika dia menganiaya rakyatnya, teknologi moden akan digunakan untuk menghantar mesej ke dunia luar untuk mendapatkan bantuan. Kesemua tanda ini menunjukkan bahawa gerakan anti-pembangunan Taib semakin sampai ke penghujungnya. Inilah sebabnya wujudnya sokongan dari seluruh Sarawak berada di belakang para penjuang dari Kampung Danao di daerah Melikin.

Lima orang dari mereka, dua orang yang lanjut usia dan seorang Tuai Rumah dari komuniti mereka telah ditahan dan dihumbankan ke dalam penjara kerana dituduh oleh syarikat-syarikat pembalakan menyebabkan kebakaran dan mengasari pekerja-pekerja mereka. Sebenarnya penahanan yang dilakukan ke atas orang-orang tempatan ini kerana mereka telah bangkit menentang tindakan pengambilan tanah-tanah oleh syarikat-syarikat yang disokong oleh BN.
Namun, penduduk tempatan kini semakin memberanikan diri dan bangkit menentang. 500 orang telah hadir di balai polis selepas penahanan itu dan selepas peguam hak asasi manusia dan juga wakil rakyat pembangkang See Chee How datang dari Kuching untuk mewakili mereka dan akhirnya orang-orang itu dibebaskan tanpa sebarang dakwaan.

Rakyat sudah menjadi semakin biasa dengan kebangkitan memperjuangkan hak-hak mereka dan pihak polis juga harus peka dengan perkembangan, maknanya mereka bukan sahaja perlu menerima arahan dari syarikat-syarikat pembalakan, tetapi mereka juga harus melindungi para penduduk di bawah undang-undang.
Para penyokong antarabangsa

Dan orang-orang di Sarawak harus ingat bahawa mereka bukanlah berjuang secara bersendirian menentang pemusnahan alam sekitar oleh Taib dan keluarganya yang tamak haloba. Miranda Gibson telah mendiami pokok ini di Tasmania bagi menunjukkan penentangannya terhadap syarikat pembalakan Ta Ann (yang dimiliki oleh sepupu dan juga merupakan proksi Taib, Hamed Sepawi), sebuah syarikat yang telah menebang pokok-pokok di kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan terlindung di negeri itu.
Pernah mendengar tentang ini?

Rasuah telah sekian lama mencemarkan dan memudaratkan negeri Sarawak dan telah juga dibawa bersama perniagaannya sehingga ke Tasmania, dengan dibantu oleh ahli-ahli politik Tasmania sendiri yang menyokong pembohongannya mengenai bahan asas kayu ‘eco-wood’ yang dibuat dari pokok yang ditebang dari hutan terlindung.

Ahli-ahli politik ini telah diarahkan supaya menyatakan bahawa pokok-pokok itu adalah ‘pokok muda’. Namun mereka telah mengenepikan hakikat bahawa untuk mendapatkan ‘pokok muda’ itu, mereka telah menebang sebahagian besar kawasan hutan tua.
Pokok-pokok ‘muda’ itu telah dipilih oleh Ta Ann dan kawasan-kawasan yang lain telah dibakar dan kayu dari hutan tua telah dibazir begitu sahaja, memusnahkan habitat berjuta-juta spesis tumbuhan dan haiwan.
Maka, Tasmania juga kini belajar mengenai pembohongan yang dilakukan oleh syarikat pembalakan dan mereka ini tidak boleh dipercayai lagi.

Berkunjunglah dan bacalah blog harian Miranda dan ingatlah bahawa orang-orang di Sarawak bukanlah bersendirian. Bilangan penyokong mereka semakin bertambah di seluruh dunia, yang kini semakin faham akan apa yang dilakukan oleh Taib ke atas orang-orang di Borneo.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments