Taib Senyap Berkenaan Isu Penempatan Semula Penduduk Bakun – Siapa Yang Percayakan BN?

Berikutan pendedahan rencana khas di TV Dateline Australia minggu lalu, kerajaan negeri Sarawak pimpinan Taib akhirnya bersetuju menunaikan sebahagian dari janji-janjinya pada penduduk-penduduk penempatan semula di Sungai Asap yang telah telah dilafazakan sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.
Maka, mesejnya adalah jelas. Apabila anda berurusan dengan sebuah kerajaan seperti BN anda harus menegakkan hak anda dan menentang, kerana, jika tidak, anda akan dieksploitasi dan dibiarkan.
Penipuan dan eksploitasi ke atas lebih 10,000 penduduk Bakun yang telah ditenggelamkan tanah mereka oleh empangan gergasi adalah suatu contoh yang tragis bagi manusia. Nasib yang serupa juga menimpa penduduk-penduduk Batang Ai, dan beratus-ribu penduduk lagi akan turut terjejas akibat pembinaan 12 lagi empangan yang dirancang oleh Taib Mahmud walaupun pembinaannya tidak diperlukan.
Penduduk Bakun tiada pilihan lain, melainkan akur dengan penempatan semula itu. Namun, pada mulanya mereka dijanjikan pelbagai bentuk pampasan dan gantirugi kehilangan harta pusaka, seperti rumah gantian, pekerjaan, bayaran pampasan, tanah untuk bercucuk tanam dan kekayaan yang terhasil dari tenaga elektrik hidro dari empangan itu. Bekalan air bersih dan tenaga elektrik percuma sering disebut-sebut kepada penduduk asli itu oleh ahli-ahli politik dan birokrat-birokrat BN yang telah memaksa mereka menerima penempatan semula itu.

Sebaik sahaja mereka tiba di tapak penempatan semula itu, mereka mendapati keadaan sebenar rumah panjang jenis pra-fabrikasi di Sungai Asap itu, barulah mereka sedar bahawa mereka telah ditipu. Pegawai-pegawai yang bmenguruskan penempatan Sungai Asap telah memberitahu mereka bahawa mereka harus membayar suatu harga bagi rumah baru mereka itu dengan nilai yang lebih tinggi dari pampasan rumah lama yang telah mereka tinggalkan di Bakun itu. Siapa di antara mereka yang mampu mengeluarkan lebih RM50,000 untuk membayar balik kepada kerajaan bagi struktur rumah yang dibina lebih rendah dari mutu yang sepatutnya?
Selain itu, para penentang juga telah memberitahu TV Dateline bahawa lima ekar tanah yang dijanjikan kerajaan Taib untuk setiap keluarga untuk mereka bercucuk tanam, telah tidak ditepati. Sebilangan kecil keluarga yang telah berjaya menjumpai plot-plot tanah kecil baru, namun kerajaan tidak pernah memberikan geran bagi tanah-tanah itu kepada mereka.

Kemanakah perginya berjuta-juta ringgit hasil penebangan hutan sebesar pulau Singapura tempat terbinanya empangan Bakun itu?
Kenapakah wang dari hasil pembalakan di kawasan itu tidak digunakan untuk membayar pampasan kepada penduduk-penduduk yang ditempatkan semula itu, bagi membolehkan mereka membayar rumah baru di kawasan penempatan semula itu, mendirikan hospital dan sekolah yang mencukupi, melatih mereka untuk pekerjaan baru dan melaksanakan kerja-kerja lain sebagaimana telah dijanjikan oleh ahli-ahli politik Taib?
Apakah yang telah berlaku pada semua “kemajuan dan pembangunan” yang telah dijanjikan selama ini?
Kami tahu apa yang telah berlaku pada wang dari kawasan Bakun apabila kami melihat rumah-rumah serba mewah dan gaya hidup ahli-ahli politik BN dan juga kroni-kroni mereka. Pada hakikatnya, Bakun bukanlah bertujuan untuk membantu rakyat yang miskin di Sarawak.

Setelah berhadapan dengan kemiskinan dan kesengsaraan hidup di Sungai Asap, ramai di kalangan bekas penduduk Bakun kini telah kembali ke kampung halaman lama mereka, yang kini terapung-apung di tebingan tasik buatan manusia yang amat luas Bakun itu.
Kesengsaraan hidup yang mereka rasakan dan juga kandungan rancana yang ditayangkan pada waktu perdana di Australia itu telah menyebabkan suatu bentuk kejutan ‘dari lamunan’ bagi kerajaan Taib.
Menteri James Jemut Masing yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penempatan Semula Empangan Bakun dipertanggungjawabkan sepenuhnya pada kesengsaraan penduduk-penduduk Bakun yang terjejas itu, telah mengakui dalam suatu kenyataannya semalam bahawa kerajaan negeri masih berpegang pada janji dan pendirian mereka untuk membayar “pampasan sepenuhnya” kesemua rumah panjang dan kampung halaman yang terjejas kerana projek Bakun itu, di samping menuntut bayaran balik dari mereka bagi rumah baru yang mereka diami itu.
Namun kini, kerajaan negeri, menurut Masing, mulai melonggarkan tuntutannya ke atas penduduk-penduduk itu. Masing telah memberikan keyakinan kepada mereka bahawa lawatan terakhir Perdana Menteri Najib Razak menjelang pilihanraya DUN tahun lalu telah meminda urusan pampasan dan bayaran balik penempatan semula itu. Perdana Menteri Najib telah menyatakan kerisauannya akan mendapat imej kotor di kalangan pengundi maka dia terpaksa menetapkan bahawa Kerajaan Persekutuan harus menjelaskan 50% dari kos untuk meringankan bebanan hutang penduduk Bakun yang ditempatkan semula di Sungai Asap itu.

Namun, kandung ucapan James Masing telah mendedahkan skandal yang seterusnya! Wang itu telah dijelaskan oleh Kerajaan Pusat sebelum pilihanraya April 2011 lalu, namun kini 18 bulan kemudian, Kerajaan Negeri Sarawak masih lagi menyimpan wang itu!
James Masing amatlah jelas dengan taktik-taktik ketuanya Taib. Dia merancang untuk menggunakan pengumuman itu untuk meraih sokongan pengundi mereka pada dua pilihanraya! Wang pampasan yang dijanjikan pada pilihanraya 2011 akan diumumkan semula menjelang pilihanraya akan datang, kemungkinan diadakan pada tahun 2013 nanti! Kenapakah penduduk yang telah lama menahan sengsara dibiarkan merana selama dua tahun untuk merima hak mereka sebagaimana dijanjikan, walaupun Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan bayaran itu kepada Kerajaan Negeri dua tahun lebih awal?
Adakah kerana Taib sudah kekurangan peruntukan kewangan atau kita ingat mungkin dia akan cuba menyogok pengundi-pengundinya dengan sesuatu yang sememang hak mereka?
Dua belas tahun setelah diusir keluar dari kampung halaman tradisi mereka sendiri, bekas penduduk Bakun masih lagi menunggu janji untuk ditepati. Dan kini setelah kerajaan Taib dipersendakan kerana telah banyak kali gagal menepati janji-janji mereka, siapa yang akan percaya pada kata-kata BN menjelang setiap pilihanraya?
James Masing harus mengambil ikhtibar dari kata-kata rakan politiknya Senator Idris Buang semasa ditemubual TV Dateline. Idris Buang telah mengatakan penahanan apa jua bentuk pampasan adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang! Namun terdapat beribu-ribu kes di Sungai Asap dan juga tempat-tempat lain di Sarawak di mana kesalahan rampasan tanah dilakukan oleh rakan-rakannya dalam BN.

Penduduk-penduduk Bakun harus belajar dari kesilapan mereka ini bahawa menunggu dengan penuh sabar dalam masa sepuluh tahun telah mendatangkan banyak faedah kepada BN, dan dengan bangkit untuk menegakkan hak sendiri dan bergabung dengan parti-parti pembangkang serta peguam-peguam mereka untuk menuntut hak, maka mereka akan mendapatkan balik apa yang sepatutnya milik mereka walau sekecil mana sekalipun.
Dan mereka tidak lagi harus percaya pada Taib Mahmud untuk memenuhi tuntutan mereka.
Kini kerajaan Taib akan cuba melarang bekas penduduk Bakun kembali semula ke rumah terapung mereka di tasik Bakun, kerana mereka telah merasa hidup tersepit di Sungai Asap. BN ingin menjadikan zon larangan ke atas kawasan tasik Bakun itu untuk terus dihuni oleh kaum-kaum Ukit yang masih berdegil untuk ditempatkan semula ke Sungai Asap. Adakah kerajaan begini yang ingin dikekalkan oleh mereka yang telah sekian lama terjejas oleh janji-janji kosong?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments