“Aset-aset Taib”! Jawapan Suruhanjaya Persekutuan Switzerland Menimbulkan Banyak Lagi Persoalan Mengenai Penafian-penafian Taib

Taib Mahmud telah berdiam diri pada kebangkitan kemarahan mengenai himpunan harta haramnya.
Namun, pada tahun lepas dia telah mengumumkan dalam DUN Sarawak mengenai berita President Switzerland yang bersetuju untuk memulakan siasatan rasmi ke atas aset-asetnya di negara Swiss itu adalah suatu yang direka-reka.Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Persekutuan Switzerland telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan MP Carlo Sommaruga:

Soalan: “Dalam bulan April 2011, bekas Kaunselor Persekutuan Micheline Calmy-Rey telah mengemukakan suatu inkuiri dari Bruno Manser Fund mengenai aset-aset orang-orang yang didedahkan (PEP) yang dipegang oleh keluarga Taib kepada pihak FINMA. Apakah tindakan pihak FINMA seterusnya? Adakah Suruhanjaya Persekutuan bersedia untuk membekukan aset-aset Taib di Switzerland?” [MP Sommaruga, Carlo, 03 Mei 2012]
Jawapan bertulis yang dibuat dengan teliti itu telah mengambil masa yang agak lama untuk diajukan, dalam undang-undang kerahsiaan perbankan Switzerland yang terkenal di dunia itu. Namun, jawapan yang teliti itu tidak dapat membantu bantahan Taib:
Jawapan: “Memandangkan kerahsiaan rasmi, adalah tidak mungkin maklumat dikeluarkan bagi kes-kes yang lebih spesifik. Sebagai kemungkinan untuk membekukan aset-aset Taib oleh Suruhanjaya Persekutuan, rujukan dibuat pada Jawapan 4.”
Perhatikan susunan kata-kata teliti ini. Mereka mungkin merujuk pada ‘aset-aset yang dijangkakan’, atau ‘aset-aset berkemungkinan’, atau ‘sebarang aset’, namun mereka telah mimilih untuk menggunakan frasa “aset-aset Taib”! Rujukan bersignifikan bagi ‘Jawapan 4’ menjelaskan bahawa pembekuan akaun bank seseorang individu akan dilakukan apabila ada permintaan dari pihak berkuasa negara mereka sendiri, walaupun ia menjelaskan:
“buat masa ini situasi itu tidak berlaku di Malaysia”.
Musa dan Taib amat bernasib baik! Rakan-rakan mereka dalam BN tetap enggan mewakili orang-orang di Sarawak dan Sabah, yang kekayaan negeri mereka telah dibolot dan dicuri, dengan meminta pihak kerajaan Switzerland untuk membekukan aset-aset kedua-dua ‘orang politik yang didedahkan ini’.
Lagipun, pada hari ini, PM Najib Razak telah melindungi Taib dan menyebut bahawa orang ramai jangan ambil peduli sangat mengenai isu yang mengatakan Taib adalah hartawan terkaya di Malaysia!:
“Kini terdapat banyak tuduhan, jangan kita layan,” [Malaysiakini]
Najib kini sedar, menjelang pilihanraya umum ke-13 ini, ramai orang yang ingin ambil tahu perkara ini.
Namun, pemimpin-pemimpin dalam BN yang kaya terpaksa menerima hakikat bahawa rasuah yang diamalkan oleh Menteri Persekutuan dan Negeri mereka itu sebagai suatu alat penting untuk memantapkan kedudukan parti mereka dalam kekuasaan mereka. Melihat kepada reaksi umum sejak kebelakangan ini, kebanyakan orang Malaysia merasa marah pada tokoh-tokoh mereka yang korup seperti Taib dan Musa yang telah menghimpunkan kekayaan untuk diri mereka sendiri, sementara rakyat mereka dibiarkan hidup miskin dan daif!
Jawapan yang terkini dari pihak Switzerland ini tidak akan meyakinkan orang-orang Sarawak bahawa ratusan ribu juta dollar yang dibolot oleh Taib sebenarnya tidak disembunyikan dengan kemas dan selamat.
Maka, bolehkah Taib memohon dari pihak Switzerland untuk memperbaiki imejnya dan mengeluarkan penafian berkategori yang mengatakan dia tidak pernah memiliki akaun bank di Switzerland ataupun sebarang aset di negara itu?
Jika Taib benar-benar tidak bersalah dalam hal ini, maka dia seharusnya memohon dari pihak Switzerland untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian!
Dalam masa yang sama, di London pada hujung minggu ini Ketua PKR Anwar Ibrahim telah memberikan kenyataan peribadinya mengenai kegiatan korup pemimpin-pemimpin Malaysia sempena kuliahnya mengenai Democracy and Islam for The Center for The Study of Democracy di Universiti Westminster.
Dengan menegakkan tolak-ansur dan kepelbagaian budaya di Malaysia, dia menggesa semua agama untuk menghormati anutan orang lain di Malaysia dan menegakkan landasan hak asasi manusia setiap individu untuk menganut dan mengamalkan agama mereka pilihan mereka.
Dia merasa kesal dengan cubaan sesetengah pihak yang menafikan hak-hak orang Kristian menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan mereka walaupun panggilan itu telah sekian lama digunakan.
Anwar telah mengingatkan para penontonnya bahawa “Islam mengajar umatnya kesama-rataan, keadilan, dan kemuliaan manusia” dan dia mengatakan bahawa jika orang Islam marah kerana nabi mereka dipersendakan, mereka juga harus marah pada amalan yang bertentangan dengan ajaran yang bercanggah dengan ajaran agama mereka seperti “ketidak-adilan, rasuah dan pendakwaan politik”.
Apakah peringatan yang lebih baik buat pemimpin-pemimpin BN yang patut mereka amalkan sebagaimana telah mereka ajarkan kepada rakyat mereka dan menghapuskan segala kesalahan yang menentang pandangan agama mereka sebagai mana dilakukan olehTaib Mahmud dan Musa Aman ke atas orang-orang di negeri-negeri mereka sendiri?
“Jangan kita layan sangat?” bukanlah suatu respon yang sesuai. Untuk Soalan lengkap dan jawapan kepada MP Carlo Somarruga sila perhatikan berikut:
12.3395 – Soalan-soalan di dewan parlimen (“intepretasi”)
Dikemukakan oleh: MP Somurraga Carlo, Tarik dikemukakan: 03 Mei 2012, Dikemukakan dalam Suruhanjaya Kebangsaan
Soalan-soalan yang dibentangkan
Menurut sebuah laporan dalam “Sonntagzetung” pada 22 April 2012, ahli politik Malaysia Musa Aman telah menerima lebih USD90 juta dollar dalam bentuk wang sogokan dari kegiatan pembalakan hutan hujan di Borneo. Wang sogokan ini dilaporkan telah diselewengkan menerusi akaun-akaun UBS di Hong Kong dan juga di Switzerland. Menurut Pejabat Peguam Negara, Switzerland telah memberikan bantuan perundangan.
Musa Aman adalah ketua kerajaan negeri Sabah di negara Malaysia dan saudara kepada Menteri Luar Malaysia. Bersempena dengannya, Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di negara Malaysia, telah dituduh mendepositkan aset-aset yang diperolehinya secara haram di Switzerland.
1. Bolehkah Suruhanjaya Persekutuan mengesahkan bahawa Switzerland telah memberikan bantuan perundangan kepada pihak Hong Kong dalam kes Musa Aman dan juga para wakilnya? Pihak apakah dari Hong Kong yang telah memohon bantuan perundangan daripada Switzerland? Apakah jenis-jenis kesalahan yang mereka maksudkan itu?
2. Pernahkah Switzerland diminta untuk memberikan bantuan perundangan oleh pihak berkuasa Malaysia? Adakah Switzerland bersedia untuk memberikan bantuan perundangan kepada Malaysia?
3. Adakah bantuan guaman dalam kes Musa Aman dikendalikan di perkhidmatan kewangan yang lain selain UBS?
4. Adakah Suruhanjaya Persekutuan bersedia untuk membekukan aset-aset yang mungkin dipegang oleh Musa Aman di Switzerland?
5. Dalam bulan April 2011, bekas Kaunselor Persekutuan Micheline Calmy-Rey telah mengemukakan sebuah inkuiri dari Bruno Manser Fund ke atas aset-aset PEP yang dipegang keluarga Taib kepada pihak FINMA. Apakah bentuk tindakan yang telah diambil oleh FINMA? Adakah Suruhanjaya Persekutuan bersedia untuk membekukan aset-aset yang mungkin milik Taib di Switzerland?
6. Sudahkah Pejabat Pelapor Penyelewengan Wang (MLRO) bertindak? Berdasarkan apa, dengan siapa dan apakah dapatan yang diperolehinya?
7. Apakah langkah kawalan yang diambil oleh Suruhanjaya Persekutuan untuk membendung penyimpanan aset-aset PEP berjenayah dari Malaysia ke Switzerland?
Bagaimanakah Suruhanjaya Persekutuan bertindak ke atas UBS dan pengendali-pengendali aset Swiss yang lain semasa menguruskan aset-aset milik PEP dari Malaysia?
9. Adakah Suruhanjaya Persekutuan mempunyai angka-angka bagi nilai aset-aset PEP dari Malaysia di Switzerland? Jika ada, apakah anggaran jumlah aset-aset itu?
10. Bagai manakah Suruhanjaya Persekutuan akan mengendalikan soalan-soalan mengenai aset-aset PEP dalam konteks berunding sebagaimana termaktub berdasarkan perjanjian perdagangan bebas antara EFTA dan Malaysia?
Jawapan dari pihak Suruhanjaya Persekutuan pada 22 Ogos 2012

Ruj. 1: Switzerland telah menawarkan bantuan perundangan dalam kes Musa Aman dan rakan-rakannya kepada pihak Hong Kong (HKSAR) di Republic Rakyat China berkenaan jenayah rasuah.
Pihak yang memohon bantuan adalah Kementerian Penghakiman di HKSAR Repulic Rakyat China. Agensi yang mengendalikan pendakwaan Switzerland adalah Pejabat Peguam Negara Switzerland. Dapatan dari permohonan bantuan perundangan telah dipindahkan kepada pihak yang memohon pihak berkuasa Hong Kong pada musim bunga 2011 berlandaskan permohonan bantuan perundangan.
Ruj. 2: Dalam hal ini, pihak berkuasa Malaysia tidak pernah meminta bantuan perundangan dari Switzerland. Jika adapun, pihak Pejabat Persekutuan Swiss akan mengkaji permohonan itu terlebih dahulu.
Ruj. 3: Kes membabitkan Musa Bin Aman dan rakan-rakannya tidak menjejaskan perkhidmatan kewangan yang lain.
Ruj. 4: Artikel 184(3) Perlembagaan Persekutuan Swiss memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Persekutuan dalam kes-kes luar biasa untuk membekukan aset-aset PEP di Switzerland. Pembekuan itu biasanya berlaku berdasarkan permohonan bantuan perundangan yang dibuat oleh negara-negara yang memerlukannya. Buat masa kini, keadaan tersebut tidak wujud lagi.
Ruj. 5: Adalah menjadi tugas FINMA untuk memeriksa semua kemungkinan pelanggaran tanggungjawab. Memandangkan kerahsiaan rasmi, adalah mustahil untuk mengeluarkan maklumat mengenai dapatan pemeriksaan pada kes-kes yang spesifik. Mengenai kemungkinan untuk membekukan aset-aset Taib yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Persekutuan, sila rujuk pada Jawapan 4.
Ruj. 6: Mengenai pemprosesan data, pejabat MLRO adalah tertakluk pada kerahsiaan rasmi. Maka, tiada maklumat boleh dikeluarkan pada kes-kes yang spesifik.
Ruj. 7 dan 8: Usaha membanteras rasuah dan mengembalikan dana yang disembunyikan oleh orang-orang politik yang telah didedahkan kepada negara-negara yang terjejas adalah keutamaan Suruhanjaya Persekutuan. Switzerland mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan jenayah penyelewengan wang yang melibatkan institusi kewangan.

Ruj. 9: Tidak terdapat data secara berpusat mengenai kegiatan PEP dengan Swiss bank. Bank-bank bertanggungjawab menguruskan hubungan perniagaan dengan risiko dan tidak terdapat sebarang pemindahan data ini kepada pihak FINMA.
Ruj. 10: Berdasarkan pengisytiharan kerjasama 20 Julai 2010, Switzerland dan negara-negara EFTA sedang melaksanakan dialog dengan Malaysia. Pegisytiharan kerjasama ini berfungsi untuk mengkaji sebarang kemungkinan mewujudkan usahasama antara dua pihak. Dalam konteks ini, negara-negara EFTA dan Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk menyediakan rundingan untuk mencapai dagangan bebas. Persoalan yang dikemukakan di sini tidak releven dengan dasar pencegahan jenayah perdagangan Switzerland.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments