Kesilapan Besar Di-Raja! – William Dan Kate Dijadualkan Melawat Sabah!

Pada hari ini Pejabat Pendakwaraya Switzerland telah mengesahkan bahawa ianya telah membuka sebuah pertuduhan jenayah menentang kumpulan perbankan UBS, kerana dituduh menyelewengkan wang mewakili Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang bakal menyebabkan kekecewaan diplomasi yang besar bagi Negara UK! Dalam bulan Mei yang lalu, Sarawak Report telah mendedahkan bahawa Ketua Menteri Sabah itu telah terbabit dengan skandal sogokan ratusan-juta ringgit hasil pemberian lesen-lesen pembalakan ke atas saki-baki hutan hujan di negeri Sabah.
Dan kami juga telah memaparkan segala bukti dengan terperinci mengenai penyelewengan wang yang dilakukan Musa dan rakan-rakannya menerusi beberapa rencana kami. Butir-butir akaun-akaun bank dan kertas-kertas siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan juga pihak berkuasa di Hong Kong telah kami dedahkan menerusi blog kami ini dan salinan-salinannya telahpun kami hantar ke Switzerland, di mana pihak Bruno Manser Fund telah memintanya sebagai bahan bukti untuk mendakwa UBS.
Namun, dengan adanya banyak bukti sebegini, pihak istana UK telah tidak mempedulikan amaran kami menentang lawatan di-raja yang akan dibuat oleh putera mahkota British dan permaisurinya ke Sabah itu.
Kunjungan di-raja itu dijadualkan dari 11 – 19 September 2012, sebagai sebahagian destinasi mereka ke Negara komanwel sempena sambutan ulangtahun Jubli Berlian ninda Ratu England 60 tahun menduduki tahta England. Mereka juga akan berkunjung ke Singapura dan Kepulauan Solomon.

Sabah mungkin suatu destinasi yang paling baik. Ianya dipilih sebagai “lawatan ke hutan kepulauan Borneo”. Beberapa jam yang lalu pihak akhbar Britain telah dipenuhi cerita-cerita mengenai promosi dan rancangan lawatan di-raja itu yang memaparkan mereka menggendong seekor anak orang utan yang comel. Rancangan lawatan di-raja itu adalah untuk memuji usaha Musa Aman yang digambarkan sebagai pejuang yang melindungi hutan Sabah. Sarawak Report telah banyak kali memberitahu pihak Istana England bahawa Musa Aman sememangnya sentiasa berusaha menjernihkan imejnya mengangkat Sabah sebagai negeri ‘mesra-ekologi’, tetapi sebenarnya kawasan Rizab Lembah Danum yang bakal dilawati oleh rombongan di-raja itu merupakan sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia ini.
Sarawak Report telah memberikan amaran bahawa bukti-bukti kesalahan rasuah Musa Aman kini berada pada domen awam, yang menunjukkan kemusnahan hutan Sabah sejak 1990 telah dilakukannya semasa mengeluarkan lesen-lesen pembalakan, pada mulanya dia bertugas sebagai Ketua Yayasan Sabah dan kemudiannya sebagai Ketua Menteri.
Terdapat juga lebih US$90 juta wang itu diselewengkan menerusi akaun rakan-rakannya, Michael Chia dan juga peguamnya Richard Christopher Barnes.
Maka dengan sebab sedemikianlah Sarawak Report memberikan amaran kepada pasangan di-raja yang telah digalakkan untuk mengikhtiraf seorang pemimpin yang mempunyai rekod jenayah memusnahkan alam sekitar yang mereka katakan sebagai hutan terlindung!

Walaupun amaran telah kami keluarkan mengenai pihak Swiss yang akan menjalankan perbicaraan ke atas wang sogokan Musa, namun pihak istana Britain tetap juga membenarkan kunjungan di-raja itu!
Ini telah menjadikan Pasangan Di-raja itu dikatakan sebagai berhipokrit. Mereka akan turut menginap di sebuah resot hutan serba mewah Lembah Danum (sebuah projek yang ditaja oleh syarikat peladangan kelapa sawit terbesar di dunia, Sime Darby), sementara di sekeliling tempat penginapan mereka adalah jutaan hektar ladang kelapa sawit yang sedang diusahakan secara berasuah oleh tuan rumah mereka. Lawatan di-raja itu juga hampir bersempena pilihanraya di Malaysia. Apakah kewibawaan Britain mengikhtiraf sebuah kerajaan yang berasuah dan otokratik yang telah berkuasa sejak sekian lama di kalangan kuasa-kuasa kuku besi yang lain di dunia ini?
Selepas 50 tahun, siapa kata kerajaan BN tidak menipu atau melakukan rasuah untuk berjaya dalam setiap pilihanraya? Banyak bukti telah ditunjukkan bahawa wang telah dicuri dari simpanan awam di Malaysia dan dibawa ke luar Negara secara rahsia sebagaimana dilakukan oleh Musa.

Dan kebanyakan wang itu dicuri dari harta pusaka orang-orang miskin Sabah dan Sarawak di kepulauan Borneo, dan orang-orang ini telah dibiarkan hidup dalam kemiskinan.
Dalam masa Malaysia tersedar dan dikejutkan dengan hakikat oleh pendedahan-pendedahan pihak pembangkang mengenai salah-laku pemimpin yang memerintah, kenapakah Britain tetap mengikhtiraf regim berjenayah dengan mengatur kunjungan berprofil tinggi itu dan mencemar kedaulatan pasangan di-raja yang muda itu?
Rakyat Malaysia, amnya, dan pengundi BN di Sabah, khasnya telah menggesa pengunduran Musa dari kedudukannya sebagai ketua kerajaan di Sabah. Bagaimana akan dia bersyukur pada putera William dan permaisuri Kate yang berkunjung ke negerinya sebagai penyelamat maruahnya, seolah-olah mereka dilihat sebagai melakukan sesuatu yang bodoh terhadap dasar-dasar ‘mesra-ekologi’ yang palsu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments