Ketiadaan Kepimpinan – YB Snowdan Lawan Gentar Menghadapi Orang-orang Melikin!

Dengan kebangkitan dan kemarahan para pengundinya kerana tanah-tanah mereka dicerobohi dan jambatan kemudahan awam dirosakkan, ADUN Snowdan Lawan telah membuat keputusan untuk menziarahi kawasannya di Balai Ringin semalam.
Namun dia telah bersembunyi di dalam balai polis dan enggan keluar untuk berbual dan menemui para penunjuk perasaan yang sebahagian besarnya merupakan pengundinya sendiri!
Punca rasa malu Snowdan Lawan tidak sukar untuk dipastikan. Bukan hanya kejadian rampasan tanah yang dilakukan ke atas orang-orang kampung, malah para pemegang saham dalam syarikat pembalakan, sebagai mana telah kita dedahkan adalah dua orang rakan seniornya dalam BN, Naroden Majais dan Awang Tengah Ali Hassan! Haruskah dua orang menteri itu diberikan lesen-lesen membalak? Ini adalah kesalahan rasuah yang amat jelas dan ketara ke atas hak milik orang-orang kampung yang harus dibetulkan oleh YB Snowdan Lawan.
Saksikan sendiri apa yang telah dilakukan oleh orang-orang suruhan United Teamtrade ke atas orang-orang kampung yang membantah dan memberontak pada hujung minggu lalu. Mereka telah merosakkan jambatan di hadapan orang-orang kampung dan juga polis yang berkawal sahaja!

Alasan-alasan yang tidak masuk akal!

Orang-orang suruhan syarikat itu mendakwa bahawa jentolak mereka telah tergelincir dari jambatan dan dengan tidak sengaja telah merosakkan jambatan itu!

Kejadian itu telah disaksikan sendiri oleh orang-orang kampung dan juga polis yang gagal menghalang kegiatan itu.
Namun Snowdan Lawan tetap belum menunjukkan rasa belas kasihannya terhadap orang-orang kampung yang terjejas itu.
Dia telah mengajak orang-orang United Teamtrade berbincang dengan selesa di balai polis Serian, termasuk Superintenden Jabatan Tanah dan Survei dan juga 5 orang wakil dari 19 buah perkampungan yang diganggu oleh pembalakan itu.
Orang-orang kampung yang lain pula terpaksa menunggu di bawah terik panas matahari walaupun mereka telah datang dari jauh awal pagi lagi untuk bertemu YB mereka itu.
Di luar balai polis itu kelihatan sepasukan polis pencegah rusuhan bagi menghalang kemasukan orang-orang kampung yang tidak menunjukkan kemungkinan untuk merusuh, walaupun mereka telah dikasari oleh para samseng upahan syarikat pembalakan terbabit.

Walaupun peguam mereka, ADUN pembangkang See Chee How, telah tiba dari Kuching, namun dia juga tidak diajak berbincang dengan YB Snowdan Lawan yang bapanya seorang yang kaya raya yang merupakan salah seorang dari kroni perniagaan kepada Taib Mahmud. Tidak berapa lama kemudian 5 orang wakil orang-orang kampung telah keluar dari balai polis itu dengan menunjukkan riak muka memprotes.
Tidak lama kemudian kelihatan Snowdan Lawan juga keluar dari kawasan balai polis Serian itu dengan menaiki kereta mewahnya tanpa berhenti untuk bertemu orang-orang kampung yang telah lama menunggu peluang untuk bertemunya.
Sekali lagi, Sarawak Report terpaksa mempersoalkan kenapakah urusan-urusan negeri telah diperlakukan sedemikian rupa?
Kami ingin bertanya mengapakah orang-orang di Balai Ringin berada dalam kemiskinan yang teruk sedangkan beribu juta ringgit nilai hutan telah ditebang dan kawasan-kawasan di situ telah dijadikan ladang-ladang kelapa sawit?

Kami juga ingin bertanya bagai mana harus YB Snowdan Lawan yang muda dan bertenaga lagi kaya itu dicalonkan untuk menjadi ADUN dalam Dewan Undangan Negerinya, walaupun minat mendalamnya adalah terhadap kereta lumba mewah dan hidup mewah?
Dan kami juga ingin bertanya kenapakah tiada seorangpun yang sanggup menentang kesalahan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan menggunakan lesen-lesen pembalakan dan kemudiannya mengancam orang-orang kampung menggunakan khidmat samseng jika mereka enggan menerima pampasan sebanyak RM350 sehektar?
Nampaknya para pembalak juga mempunyai motif mereka sendiri, yang mana pihak polis memandang serius terhadap siapakah dalang dalam masalah ini.
Jambatan laluan pembalakan yang baharu, sebagai contohnya, telah dirobohkan untuk menghalang jentera-jentera pembalakan bergerak melalui perkampungan itu. Jenayah itu telah dipandang serius oleh pihak polis, sedangkan jambatan yang dibina kerajaan negeri untuk kemudahan umum telah dirobohkan oleh para pembalak tidak dihiraukan oleh polis.
Pada hujung minggu lalu suatu kebakaran telah dilaporkan berlaku di kolam balak yang dibina oleh United Teamtrade di tengah-tengah hutan milik orang-orang kampung itu. Namun, apakah hak syarikat itu menggunakan lesen menduduki sementara yang belum diluluskan itu sedangkan orang-orang kampung kini sudah membawa kes itu ke mahkamah untuk mendapatkan balik hak mereka ke atas tanah mereka itu?

Nasib orang-orang di Melikin adalah suatu ujian bagi seluruh Sarawak. Dapatkah mereka menyelamatkan tanah-tanah mereka dari terus dirampas oleh rejim tamak Taib Mahmud, atau adakah rampasan tanah akan terus berlaku?
Kes mereka akan didengar di mahkamah minggu hadapan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments