Kunjungan Di-Raja England Ke Sabah Tercemar!

Cerita mengenai imej bogel telah mendominasi liputan antarabangsa yang berkisar pada kunjungan di-raja William dan Kate ke Sabah
Ini bermakna pemusnahan hutan Borneo, akibat gejala rasuah di kalangan golongan elit politik di Malaysia, telah tidak dipedulikan.
Seorang yang boleh menarik nafas lega sudah semestinya Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Negeri Sabah mungkin tidak mendapat perhatian antarabangsa, begitu juga amalan rasuah yang dilakukannya itu.
William dan Kate telah dihiburkan dengan aktiviti kembara kanopi di Lembah Danum, di mana mereka juga berpeluang mengambil gambar orang utan yang dikurung, dan kemudian beredar dari situ.

Pada awal minggu lalu, akhbar Guardian di UK telah memuatkan refleksi mereka mengenai keadaan di Sabah, dengan menyatakan kerisauan umum bahawa kunjungan di-raja itu tidak akan membantu memulihkan apa yang tinggal di Borneo selain dari menjernihkan imej berasuah seorang pemimpin yang telah merangsangkan pemusnahan hutan. Global Witness, sebuah badan NGO antarabangsa yang terkenal telah membantah sekeras-kerasnya kunjungan di-raja itu diatur dan mereka juga bertanya pada Putera William sendiri untuk mempertimbangkan semula mengenai faktor-faktor penyebab utama pemusnahan hutan di Sabah adalah perbuatan rasuah di kalangan menteri-menterinya. Musa Aman telah bertanggungjawab ke atas hutan di Sabah sejak tahun 1993 apabila parti UMNO merampas kuasa dari parti-parti tempatan setelah mereka tewas dalam pilihanraya yang adil, dengan merasuah ahli-ahli parlimen tempatan untuk melompat parti. Setelah UMNO mendapat kuasa mereka meletakkan Bendahari parti mereka, Musa Aman, untuk menjawat jawatan Ketua Eksekutif di Yayasan Sabah, di mana dia dipertanggunjawabkan untuk meluluskan lesen-lesen pembalakan pada saki-baki hutan di Sabah.
Musa telah meluluskan banyak lesen pembalakan dan telah menghalalkan perbuatan-perbuatan rasuah dan kegiatan sebegini telah menjanakan jumlah wang yang banyak untuk membolehkan UMNO mengawal majoriti yang kecil, untuk mengendalikan sumber-sumber balak sebagai asas kekuasaan mereka, termasuk mengamalkan pembelian undi semasa pilihanraya umum.

Di sepanjang tempoh inilah Musa Aman telah menjadi kaya-raya, begitu juga saudaranya, Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia.
Sejumlah tidak kurang dari RM100 juta dollar yang ditemui dalam akaun bank UBS milik Musa Aman, yang dikendalikan oleh wakil-wakilnya dan diperolehi dari sogokan pembalakan, mampu menjelaskan laluan sumber kekayaan itu.
Ia juga boleh menjelaskan kenapa ramai di kalangan rakyat Sabah menjadi semakin miskin berbanding sebelum Musa menerajui kerajaannya, walaupun hutan negeri itu telah dimusnahkan dan digantikan dengan tanaman mono-kultur kelapa sawit
Ketua Menteri Sabah itu amat gemar memperbesarkan kenyataan mengenai ‘pembangunan’ di negeri itu dan mengenai ‘peningkatan’ pada angka-angka pengeluaran, namun pada hakikat yang tidak dapat dinafikannya bahawa Sabah, begitu juga jirannya Sarawak, adalah negeri bagi sebuah masyarakat yang paling miskin dan daif di Malaysia, walaupun sumber aslinya banyak.
Jika Putera William memuatkan fakta-fakta ini dalam ucapannya sekali pun, ianya tidak akan dilaporkan di peringkat antarabangsa.
Nampaknya negara UK lebih gemar mempromosikan syarikat-syarikatnya seperti BAE yang sedang menggunakan profil tinggi untuk cuba menjual persenjataan dan teknologi yang mahal-mahal ke Sabah. Orang-orang miskin di Sabah tidak memerlukan pembelian seperti ini dan ini pula akan mengalirkan wang negeri Sabah untuk menambahkan kekayaan mereka yang sudah kaya di tempat-tempat lain.

Para pemerhati perkembangan skandal kapal selam Scorpene yang sedang didengar kini tertanya-tanya siapakah agaknya yang akan mendapat habuan dari pembelian persenjataan yang mahal-mahal, yang tidak diperlukan ini dari Eropah ke Malaysia?! Adakah kali ini akan dilakukan oleh pembantu Najib, seperti kes yang melibatkan Razak Baginda (menerusi syarikat Perimekar yang telah membolot lebih 100 juta euro yang tidak berbuat banyak dalam pembelian kapal selam Scorpene) atau pembantu kepada Musa Aman?
Dalam pada itu, jentera PR kepada Musa Aman (sebuah blog yang ‘dihujani’ komen-komen yang kami kesan ditulis oleh orang yang sama tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza) telah dapat kami jangkakan akan menggunakan peluang sempena lawatan pasangan di-raja itu untuk membersihkan nama dan imej Musa Aman. Menurut tulisan dalam blog pro-Musa itu:
“Kita harus melihat bahawa kunjungan ini adalah suatu tanda bahawa fitnah mengenai pemusnahan hutan akibat pembalakan haram adalah tidak benar. Kenapa pula Musa membenarkan pasangan di-raja itu mengunjungi negerinya jika Sabah dikatakan berada dalam keadaan yang musnah di kalangan hutan hujan di rantau Asia Tenggara”?
Adakah ianya sebuah kes dimana tuanku bersihkan imej saya, dan saya pula akan membeli persenjataan dari negara tuanku?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments