Negeri Tadbiran Samseng-Samseng! – Lagi banyak Kemarahan Di Melikin

Pada hujung minggu lalu pihak polis hanya berkawal sambil memerhatikan sebuah jenkaut merobohkan jambatan kegunaan orang awam yang telah dibina oleh kerajaan negeri sebagai kemudahan orang-orang kampung di situ.
Perbuatan itu dilihat sebagai tindak balas para pembalak, yang marah kerana orang-orang kampung mempertahankan tanah-tanah NCR mereka dibuka oleh sebuah syarikat, United Teamtrade Sdn Bhd, yang hanya memegang lesen menduduki sementara ke atas kawasan hutan di situ.
Maka, kenapakah pihak polis hanya sekadar berkawal dan berdiam diri sahaja?
Adakah kerana syarikat United Teamtrade itu dimiliki bersama oleh dua orang menteri kanan Taib Mahmud, Awang Tengah (Timbalan Menteri Perancangan) dan Naroden Majais (Menteri Pembangunan Usahawan)? Jika ya, adakah negeri Sarawak kini ditadbir urus oleh para menteri yang boleh sesuka hati mengambil apa jua kawasan atau tanah dan kemudiannya memusnahkan kemudahan awam sebagai balasan kepada orang-orang kampung yang mempertahankan hak-hak mereka?

Suasana di kawasan Melikin telah menjadi begitu tegang sejak beberapa minggu yang lalu di mana orang tempatan menghadapi ancaman para samseng di samping ditahan oleh pihak polis dalam cubaan mereka menghalang kemasukan gerombolan samseng-samseng itu ke perkampungan mereka.
Namun Kerajaan Negeri pimpinan BN tidak berbuat apa-apa untuk memulihkan keadaan. Sebagai mana dikatakan YB tempatan mereka, Snowdan Lawan, keadaan di situ adalah “terlalu sensitif” untuk dikendalikan!
Di sesebuah negara yang ditadbir urus secara normal, syarikat seperti United Teamtrade tidak akan memulakan operasi mereka sehinggalah lesen menduduki sementara mereka itu disahkan dan semua keadaan (termasuk bantahan dari orang-orang tempatan) telah diselesaikan secara sah di sisi undang-undang.
Namun negeri Sarawak bukanlah ditabir sepenuhnya dengan undang-undang yang normal, kerana ianya adalah sebuah negeri di mana pihak polis hanya berdiri berkawal dan memerhatikan kemudahan awam dimusnahkan di hadapan mata mereka, hanya kerana mereka enggan mengkritik tindakan segelintir menteri yang sudah termakan rasuah!

Salah satu masalahnya adalah sumber asli negeri Sarawak kian pupus dan Ketua Menterinya pula kian uzur, mana kala menteri-menteri yang lebih muda dan bertenaga pula bersungguh-sungguh mengerjakan saki-baki kawasan berhutan, yang kini merupakan kawasan-kawasan yang sensitif dan didiami oleh orang-orang kampung.
Suatu lagi masalahnya adalah sebelum orang-orang kampung dapat diancam dan dunia pula tidak akan mendengar mengenainya, adalah tidak mustahil kini bagi kita untuk merakamkan gambar dan melaporkan kejadian-kejadian itu secepat yang mungkin!
Dengan alasan-alasan sebegini, Awang Tengah dan Naroden Majais seharusnya memberitahu syarikat mereka untuk berhenti mengancam orang-orang kampung dan menunggu mahkamah untuk memberikan keputusannya.
Mereka juga harus meminta para peguam mereka untuk mengesan percanggahan kepentingan mereka yang korup, yang boleh menyebabkan mereka dihadapkan ke mahkamah kemudian!

Para samseng
Kini Sarawak Report sedang mengikuti perkembangan ancaman samseng di Melikin yang melibatkan sembilan buah kampung selama beberapa minggu ini.

Mereka terpaksa pergi ke Kuching untuk menunjukkan bantahan mereka. Mereka telah mengemukakan kes mahkamah. Dan ahkirnya mereka telah mendirikan bloked jalan kampung bagi menghalang kemaraan jentera syarikat yang mencerobohi kawasan-kawasan mereka.

Maka, apakah tindak balas syarikat United Teamtrade yang dimiliki oleh dua orang menteri kanan BN yang korup, Awang Tengah dan Naroden Majais itu? Dengan menyerahkan orang-orang kampung pada pihak polis menggunakan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas!
Pada mulanya, lima orang kampung ditahan dalam lokap polis, ditahan dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal – kemudian pertuduhan ditarik balik dan dibatalkan.
Beberapa hari kemudian, beberapa orang lagi diberkas dan ditahan (empat orang dari mereka, wanita) dituduh kerana menghalang laluan para pembalak.
Namun, ianya lebih teruk dari ini, kerana pihak kami tidak bersama mereka untuk menceritakan serangan yang dilakukan samseng secara bersembunyi itu untuk mengancam orang-orang kampung.

Para samseng telah menjadi agen kepada rejim Taib Mahmud sejak 30 tahun, di mana setiap pegawai polis telah diarahkan membuta-tuli pada tindak-tanduk mereka itu.
Para pemberi maklumat kami mengatakan pihak polis turut berkhemah di pinggir perkampungan selama beberapa minggu namun mereka tidak berbuat apa-apa untuk menghalang sebarang ancaman yang dilakukan oleh pihak syarikat pembalakan itu.
Para samseng dikatakan telah memasuki rumah panjang dengan menunjuk-nunjukkan senjata mereka dengan tujuan menakut-nakutkan orang-orang kampung. Namun kecekalan, ketabahan dan keberanian orang-orang kampung telah meyakinkan mereka untuk bertahan.
Dan menurut orang-orang kampung lagi, pihak syarikat United Teamtrade telah menggunakan taktik-taktik lain semasa mereka mengeluarkan lesen menduduki sementara agar ianya kelihatan sebagai telah mendapat kelulusan dan persetujuan orang-orang kampung.

Hak untuk membantah secara aman

Namun kenapakah orang-orang kampung itu terus diancam kerana mempertahankan tanah-tanah dan hak mereka? Menurut orang-orang kampung itu, mereka terpaksa mendirikan halangan bagi menghalang pencerobohan jentera pembalakan memasuki kampung-kampung mereka. Halangan itu diikuti dengan penahanan orang-orang kampung walaupun tanpa waran dan tanpa pertuduhan yang sahih yang mengatakan orang-orang kampung telah merobohkan jambatan yang merentasi sungai.

Peguam hak asasi manusia dan juga ADUN PKR See Chee How hadir untuk membantu orang-orang kampung yang telah ditahan kerana wakil BN mereka sendiri telah memilih untuk berdiam diri menghadapi syarikat yang sebenarnya dikendalikan oleh rakan-rakan politiknya sendiri.
Penjenayah yang sebenarnya dalam kejadian-kejadian ini adalah ahli-ahli politik BN yang terlalu korup yang telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan. Kenapakah pihak polis tidak menyiasat mereka?
Semua buktinya dirakamkan dalam gambar-gambar

Nampaknya kroni-kroni Taib harus mengemaskini cara-cara jahat mereka untuk melakukan sesuatu yang buruk. Teknologi terkini adalah terlalu pantas bagi mereka untuk mengelak sesuatu. Sebagai contohnya, beberapa penahanan telah dilakukan ke atas pemusnahan yang berlaku pada struktur kediaman milik United Teamtrade.
Syarikat itu mendakwa pemusnahan bangunan itu perbuatan orang-orang kampung … maka, siapa pula empunya jentolak yang masih berdiri megah di tepi bangunan itu? Sudah tentunya milik United Teamtrade!

United Teamtrade masih ada kes mahkamah untuk menentang orang-orang kampung pada 9hb September akan datang, yang kononnya bagi menentang pelbagai bentuk ‘sabotaj’.
Dalam pada itu mereka telah menghalang laluan orang-orang kampung ke dusun atau huma mereka, sementara pihak polis hanya berkawal dalam khemah berdekatan. Ini adalah cara yang kasar dilakukan syarikat yang menganggap diri mereka sebagai pemilik sah kawasan yang dilesen secara sementara itu.
Kini sudah tiba masanya Taib harus bangun dari tidur lenanya dan menegur menteri-menteri di bawah jagaan supaya tidak terlalu rakus mencari kemewahan atas hak orang lain sebelum rejim pimpinannya itu ditolak sepenuhnya oleh rakyat.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments