Nilai Harta USD15 Ribu Juta! – Taib Mahmud Adalah Orang Yang Terkaya Di Malaysia

Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab memerah segala kekayaan balak kayu keras dari hutan bernilai tinggi di negerinya sendiri. Dia juga seorang yang mengawal kesemua geran tanah bagi kawasan yang ditebang sebesar negeri England, menggunakan kedudukannya secara sistematik untuk menghimpunkan kekayaan luar biasanya.
Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Bin Mahmud, juga merupakan penjaga pintu utama bagi kemasukan kesemua kontrak dari kerajaan Persekutuan ke negeri Sarawak dan dia juga telah menswastakan kebanyakan industri utama kepada pegangan dirinya dan juga ahli-ahli keluarganya sendiri.

Maka, fakta sedemikian bukanlah suatu kejutan apabila pengauditan terkini ke atas keluarga Taib Mahmud, sebagaimana dilakukan oleh pertubuhan NGO dari Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF), yang telah menganggarkan kekayaannya berada pada nilai USD15 ribu juta dollar.

Fakta sedemikian telah menjadikannya orang yang paling kaya di Malaysia, dengan himpunan harta dan aset-asetnya yang mengatasi ‘Raja Gula” Robert Kuok, yang mendahului senarai Individu Terkaya Malaysia Forbes dengan kekayaan berjumlah USD12 ribu juta dollar sahaja.

BMF, yang mengendalikan kempen-kempen memperjuangkan isu-isu alam sekitar dan orang asli di Sarawak, menjelaskan bahawa ini adalah anggaran kekayaan Ketua Menteri secara berturut-turut setiap tahun, yang diperolehinya selama 30 tahun menerusi kepimpinannya secara bersistematik dan didokumenkan ke atas kekayaan alam semulajadi negeri Sarawak.
Pengauditan itu, yang merupakan sebahagian dari laporan mereka yang bertajuk “The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak” telah diterbitkan hari ini sebagai menandakan kunjungan Menteri Industri Perladangan dan Komiditi Malaysia, Bernard Dompok, ke EC. Pertubuhan-pertubuhan alam sekitar telah mengadakan bantahan mereka menentang sebarang perjanjian pembalakan dengan Malaysia sehingga amalan pembalakan yang berasuah dapat dihentikan di negeri-negeri Sarawak dan Sabah.
Laporan BMF itu mengatakan Taib sebagai “Tauke Besar kepada empayar perniagaan keluarganya” bermodalkan lebihan aset-aset haram berjumlah sekitar USD20 ribu juta dollar, dengan nilai harta peribadinya tidak kurang dari USD15 ribu juta dollar.

BMF telah mengisytiharkan pengauditan mereka ke atas analisa yang menyeluruh ke atas bukti-bukti yang terdapat pada aset-aset perniagaan milik Taib sekeluarga, rampasan tanah, hasil sogokan lesen-lesen pembalakan dan pembukaan ladang-ladang dan juga kontrak-kontrak awam yang mewah-mewah.
Keseluruhannya, aset-aset bagi 20 orang ahli keluarga Ketua Menteri itu telah dianalisakan mencecah tidak kurang dari USD21 ribu juta dollar. Ahli-ahli keluarga ini merangkumi empat orang anaknya, adik-adiknya, sepupunya Hamed Sepawi dan juga dua orang menantunya dan adik iparnya, Robert Geneid.
Laporan itu turut memuatkan kata-kata angkuh Taib sendiri semasa kempen pilihanraya tahun lalu yang mengatakan bahawa dia “memiliki wang yang amat banyak lebih dari yang dapat dibelanjakan”!

Pendedahan ini telah memburukkan lagi isu kegagalan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak untuk bertindak terhadap Ketua Menteri yang jahat itu, yang mana ketamakan dan rasuahnya telah mencapai status berlagenda termasuk di Malaysia, sebuah negara di mana rasuah politik adalah sesuatu yang biasa.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengumumkan bahawa mereka telah membuka kertas siasatan ke atas Taib, berikutan banyak laporan dan berdasarkan bukti-bukti yang terkandung dalam laman blog ini.
Namun, sehingga ke hari ini, pihak SPRM masih gagal bertindak secara berdikari.
Perdana Menteri Najib pernah didengar menasihatkan Taib yang sudah berusia 75 tahun itu berundur dari arena politik menjelang pilihanraya negeri yang lalu. Namun Taib telah berdegil kerana takut, sebaik sahaja dia mengundur diri dia akan didakwa.
Dia juga telah berjanji kepada umum untuk meletak jawatan sebaik sahaja selesainya pilihanraya yang lalu, namun sehingga Pilihanraya Umum Persekutuan yang akan diadakan inipun, dia masih tidak berganjak dari kedudukannya itu.

Dengan pendedahan BMF itu, Ketua Menteri Sarawak sebagai orang yang paling kaya di Malaysia diumumkan ketika pentadbirannya menghadapi kesukaran, dengan masa yang ada kini hanya digunakan untuk memperlekehkan Perisytiharan Kuching yang dimeterai oleh pakatan pembangkang di Kuching bersempena Hari Malaysia 16 September yang lalu.
Perisytiharan itu telah menandakan komitmen-komitmen utama pakatan pembangkang untuk menunjukkan penghormatan penuh mereka terhadap hak-hak Sarawak di segi kesama-rataan dan autonomi, sebagaimana telah ditetapkan di zaman kemerdekaan dahulu. Menerusi perisyhtiharan itu, jika PR berjaya membentuk kerajaan selepas PRU13 nanti, turut berjanji untuk menamatkan rampasan tanah yang diamalkan oleh Taib, meningkatkan royalti hasil minyak negeri bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan menghentikan rompakan hasil negeri yang dilakukan ahli-ahli politik yang korup.
Perisytiharan itu telah berjanji untuk memperhebatkan pembangunan infrastruktur dan mutu kehidupan orang-orang Sarawak (yang merupakan salah sebuah negeri penyumbang utama hasil minyak Malaysia) agar setanding dengan jiran-jiran mereka di Semenanjung Malaysia.

Namun, dalam beberapa siri serangan Taib dan ketua-ketua parti BN pimpinannya, mereka telah memperlekehkan perisytiharan itu dan menganggapnya “tidak masuk akal”!
Kini, sementara pengundi-pengundi di Sarawak sedang meneliti bahawa Taib dan BN tidak berminat untuk menghentikan rampasan-rampasan tanah, atau memohon pertambahan royalti hasil minyak dari 5% kepada 20%, laporan BMF terkini ini telah menambahkan lebih banyak maklumat mengenai kekayaan Ketua Menteri dan keluarganya yang terjana menerusi dasar-dasar pentadbirannya untuk kepentingan dirinya dan keluarga!
Menurut bukti yang diketengahkan oleh BMF, ahli-ahli keluarganya yang lain telah diutamakannya semasa pengagihan habuan-habuan haram yang diperolehinya selama ini.

BMF percaya bahawa sementara kebanyakan urusan Taib dikendalikan oleh ‘pembantu utama’ kepada keluarganya, seperti Richard Curtis rakyat Britain, yang menguruskan syarikat CMSB milik keluarga Taib itu dan menantunya Sean Murray, rakyat Kanada dan adik iparnya, Robert Genied rakyat Australia, kebanyakan aset-asetnya dipertanggunjawabkannya kepada saudara-mara terdekatnya.
Oleh yang demikian, kekayaan anak perempuannya Jamilah Taib, sebagai contoh, yang kini telah menjadi rakyat Kanada dan merupakan pemegang utama saham-saham di syarikat-syarikat mereka di UK, Australia, Kanada dan US dianggarkan mencecah USD1 ribu juta dollar. Namun suami Jamilah, Sean Murray, yang dilantik sebagai Pengarah kepada syarikat-syarikat ini hanya memegang saham-saham sekitar USD 10 juta dollar sahaja.

Laporan BMF turut memuatkan maklumat bahawa Sean Murray pernah mengatakan kesemua harta kendaliannya di Kanada dan London itu kononnya milik keluarga asalnya, dan tidak pernah menerima sebarang pembiayaan dari bapa mertuanya, Taib Mahmud.
Laporan BMF turut memberikan tinjauan ke hadapan ke atas rasuah dan kekayaan haram keluarga Taib Mahmud berserta bukti-bukti yang amat memalukan dan sukar dilupakan oleh rakyat Malaysia secara umumnya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments