Penipuan Dalam Perniagaan Mengatasi Perniagaan Jujur – Taktik Budak Pembuli Di Tasmania

Sebuah rancangan televisyen Dateline Australia, Last Frontier, telah mendedahkan beberapa isu berkontroversi yang telah membuka mata orang awam baik dI Tasmania mahupun di Sarawak.
Last Frontier telah meneliti dasar-dasar kerajaan di negara-negara yang terbabit yang bakal menjejaskan kehidupan puluhan ribu orang asal dan merosakkan sistem ekologi saki-baki hutan dunia di negara-negara berkenaan.
Pendek kata Dateline telah menyiasat rancangan untuk menenggelamkan sebagahian besar negeri Sarawak menggunakan 12 empangan yang berkontrovesi tinggi yang akan menempatkan semula ramai orang asal serta memusnahkan hutan tropikanya.
Siaran itu kemudiannya melaporkan hubung-kait antara rancangan-rancangan ini dengan kegiatan pembalakan di Tasmania yang dilakukan oleh syarikat Ta Ann dari Sarawak, yang telah mencetuskan kemarahan pencinta-pencinta alam sekitar.
Maka, stesen Dateline telahpun melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya mengetengahkan maklumat terkini kepada umum secara bersiasat pada kadar kesahihan yang amat tinggi mutunya.
Namun, perniagaan besar yang dimuatkan dalam rancangannya, Ta Ann, yang memegang lesen pembalakan dan perladangan utama di Sarawak, dan Hydro-Tasmania, dari Tasmania yang membantu dalam projek pembinaan empangan-empangan hidro elektrik di Sarawak, tidak menyukai siasatan dan mengadu bahawa rancangan itu telah disiarkan untuk menentang mereka.
Dalam beberapa jam penyiaran, mereka telah berusaha menyekat rancangan yang disiarkan di Malaysia itu, di mana babak-babak tertentu telah dipotong yang akan menjejaskan kredibeliti rejim memerintah, yang dikaitkan dengan Ta Ann.
Dengan peruntukan masa siaran yang mencukupi bagi Ta Ann dan Hydro-Tasmania, yang turut memuatkan temuramah dengan beberapa orang eksekutif utama setiap syarikat, SBS harus berkeyakinan bahawa tidak banyak kes yang harus dijawab.
Lagi pun, laporan itu telah dibuat dengan seteliti mungkin, di mana Hydro-Tasmania telah mendapat peranan berprofil tinggi dan lumayan dalam membantu negeri Sarawak melaksanakan projek-projek empangan hidro yang memusnahkan, dan Ta Ann pula telah bertanggungjawab memusnahkan kawasan hutan Tasmania yang amat luas.
Ia juga telah mendedahkan bahawa Pengerusi dan pemegang utama saham-saham dalam Ta Ann, Abdul Hamed Sepawi (yang merupakan sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak) juga merupakan Pengerusi dalam Sarawak Energy Bhd, yang mengkomisyenkan peranan Hydro Tasmania di Sarawak.
Dateline telah menimbulkan perkara-perkara ini dan membiarkan para protagonis untuk membahaskannya.
Namun, selain mengatasi aduan-aduan ini mengikut prosedur yang biasa, Pengerusi David Crean dari Hydro-Tasmania telah ‘pergi lebih jauh.
Apa yang diketahui oleh Pengerusi SBS, adalah, Hydro-Tasmania merupakan sebuah syarikat yang membayar iklan di saluran stesennya, yang baharu saja mula menerima iklan-iklan sempena rancangan-rancangan isu semasa, Dateline, yang mana perkara sebegini telah menjadi suatu kes ujian baginya! Kami pernah mengetengahkan Pengerusi David Crean yang melawat Sarawak pada awal tahun ini untuk bertemu Menteri Perancangan Sarawak yang berasuah, Awang Tengah Ali Hassan, untuk memberikan taklimat padanya mengenai persediaan persidangan kesatuan-kesatuan pengeluar tenaga hidro antarabangsa! Kita harus ingat bahawa intipati aduan David Crean pada penyiar SBS adalah mengenai peranan Hydro-Tasmania di Sarawak hanya sekadar memberi khidmat nasihat dan siaran rancangan mereka telah merosakkan kepentingan usahasama itu.
Namun di sini Crean secara peribadinya telah menasihati Awang Tengah mengenai amalan membina imej untuk persidangan antarabangsa itu di mana Sarawak bakal dikenali sebagai pembina empangan hidro terbesar di dunia pada masa akan datang.
Dalam pada itu, syarikat Entura telah mengeluarkan kenyataannya bahawa ia ‘sedang merapatkan lagi hubungannya’ dengan Sarawak dengan memaparkan David Crean berjabat tangan dengan menteri perampas tanah yang korup, Awang Tengah, sambil disaksikan Hamed Sepawi di gambar itu! Rakan Crean, Ketua Pegawai Eksekutif Hydro-Tasmania, Roy Adair, telah membuat kenyataan ke udara untuk mengatakan bahawa Sarawak telah menganggotai Kesatuan Pembekal Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) (di mana anda dan saya dapat juga menganggotai kesatuan itu hanya dengan membayar yuran keahlian sekecil £3,000 sahaja) adalah penting untuk dijadikan rakan-niaga. Lagi pun Hydro-Tasmania gemar mendakwa kayu ukur operasinya adalah yang terbaik dan tertinggi di dunia!
Kami pernah melaporkan bahawa pada hakikatnya Hydro-Tasmania mengadakan usahasama dengan projek-projek empangan Sarawak sekurang-kurang dua tahun SEBELUM Taib memikirkan untuk membayar £3,000 untuk menganggotai kesatuan yang tidak berguna ini. Yang menghairankan, dalam masa beberapa minggu setelah menganggotai IHA dalam tahun 2010, Eksekutif SEB berbangsa Norway yang dibayar gaji berlebihan, Torstein Dale Sjotviet telah dinaikkan pangkatnya untuk mengetuai Lembaga! Dan dalam masa beberapa bulan juga Pusat Persidangan Borneo Kuching, BCCK, (yang dimiliki dan dipengerusikan oleh adik Taib yang korup, Raziah Mahmud) akan menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa di masa akan datang!
Nampaknya David Crean begitu perihatin dengan terus memberikan taklimat kepada Awang Tengah? Lagipun setelah mengadakan usahasama dengan Sarawak, syarikat Entura telah berjaya beroleh keuntungan. Di segi punca pendapatan kepada Hydro-Tasmania, kesengsaraan penduduk asal Sarawak adalah sesuatu yang mendatangkan tuah padanya. Maka apakah hasil tulisan surat David Crean yang mengatakan bahawa syarikatnya dan syarikat Ta Ann telah dilaporkan secara tidak adil? Adakah SBS akan bangun untuk membidas kes ujian terhadap kuasa pengiklanan yang baru bagi rancangan perdananya itu?
Tidak! SBS telah menyerah kalah dalam hal ini! Pengerusi mereka telah mengutuskan surat memohon maaf kepada Crean dengan mengatakan bahawa kandungan siaran adalah suatu kesilapan dan tidak adil bagi kedua buah syarikat yang terlibat dalam pembalakan dan juga pembinaan empangan di Sarawak!
Sarawak Report boleh memberi jaminan bahawa penulis surat memohon maaf kepada Crean itu telah tidak membaca dengan teliti bukti-bukti yang terdapat dalam laman web ini yang memperincikan kesalahan rasuah, pelanggaran hak asasi manusia dan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan.
Kami juga ingin tahu apakah bahan kami yang difikirkan penulis surat memohon maaf itu sebagai tidak seimbang atau tidak adil? Lagi pun dalam Laporan Tahunan Hydro-Tasmania sendiri turut menyatakan bahawa anak syarikatnya Entura telah berkembang di segi peranan dan kepentingannya di Sarawak. Begitu juga dengan salah seorang pegawainya turut dilantik sebagai “Pengurus Projek” dalam projek Empangan Murum dan juga selaku Pengurus Kanan Projek Empangan Baram dan Baleh.
Maka, kami ingin bertanya setakat manakah para pemberita atau penerbit rancangan atau penyelidik mereka dalam mencari sumber sahih, sebelum Pengerusi SBS mengutuskan surat memohon maaf untuk memenuhi kehendak pengiklan ini yang diperuntukkan ruang dalam siaran mereka itu?
Para penonton di Australia haruslah teliti dengan ujian kes rancangan perkembangan semasa yang telah sanggup menghadapi risiko dengan menerima pengiklan dengan berhati hati!
Dengan tindakan mengalah dalam soal ini, syarikat-syarikat Ta Ann dan Hydro-Tasmania telah mula mengatakan bahawa tindakan mereka di Sarawak dan Tasmania itu ‘tidak salah’. Begitu juga, jurucakap-jurucakap mereka dan juga ahli-ahli politik yang bersimpati dengan ‘nasib malang’ mereka telah menuntut agar rancangan itu digugurkan dari muka bumi ini, dikeluarkan dari laman web SBS dan dilabelkan sebagai tidak benar!
Syarikat-syarikat lain yang bijak (di luar Tasmania dan Sarawak sekurang-kurangnya) telah mengetahui mengenai taktik-taktik ‘pembuli’ berkenaan, kerana adanya internet untuk dijadikan sumber maklumat yang pantas untuk mendedahkan salah-laku mereka!
Dengan ancaman dari Hydro-Tasmania dan juga Ta Ann, Last Frontier dari Dateline telah menjadi sebuah ‘Filem yang tidak sepatutnya dipertontonkan di pentas dunia”. Dalam tahun 2006 Perdana Menteri Paul Lennon di Tasmania telah mengalu-alukan Ta Ann untuk membuka dua kilang kayu yang akan dibekalkan dengan kayu dari hutan Tasmania.
Kerajaan Tasmania juga menguruskan subsidi awam bernilai $8 juta untuk membantu membina kilang-kilang kayu itu, dengan harapan peruntukan itu dibayar balik menggunakan wang awam kepada kerajaan mereka.
Pada masa itu para pemberita telah memerhatikan bahawa kedua-dua buah kilang itu dibina di kawasan yang bekepentingan politik negeri itu. Sebuah darinya dibina di kawasan pilihanraya Paul Lennon sendiri dan sebuah lagi di kawasan pilihanraya bekas Menteri Sumber Semulajadi, Bryan Green (yang kini merupakan pejuang politik untuk Ta Ann walaupun syarikat itu telah didapati berbohong mengenai hasil perkayuan mereka adalah bercirikan mesra alam).
Lagipun bekas ketua Green Party, ahli politik veterannya Bob Brown, telah mengkritik kontrak Ta Ann dengan Dateline, kerana menurutnya, selain menjana pendapatan untuk Jabatan Hutan Tasmania, Ta Ann didapati mengalirkan keluar jutaan dollar wang negeri, dengan menebang hutan yang sepatutnya dilindunginya.
Dalam masa yang sama, Bryan Green telah bertindak selaku duta kepada Ta Ann, stelah syarikat itu didedahkan berbohong mengenai bahan kayu ‘mesra alam’ yang mereka akui datangnya dari hutan tanam semula! Kami ingin bertanya kepada Green untuk mengesahkan siapakah yang membiayai tambang perjalanan-perjalanannya itu? Perkara-perkara ini yang telah didedahkan menerusi filem-filem yang ditayangkan menyentuh banyak bukti yang ada kepentingan awam, di mana Perjanjian Hutan Kebangsaan yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan mereka dengan Tasmania telah menjadi lapuk kerana ahli-ahli politiknya, termasuk Bruan Green, telah mengadu mengenai pendedahan kegiatan Ta Ann!
Pejuang-pejuang alam sekitar Australia telah mendakwa bahawa kehadiran Ta Ann di wilayah itu sebagai pemangkin kredibilitinya untuk melabelkan hasil perkayuannya untuk dipersijilkan berbanding syarikat-syarikat asas kayu di Sarawak. Kontrak Ta Ann juga memusnahkan hutan-hutan dara di Tasmania.
Rancangan Last Frontier dalam Dateline telah memperkenalkan segala realiti mengenai Sarawak kepada orang-orang Australia.
Kebanyakan orang Australia masih menganggap hutan di Sarawak masih banyak dan belum disentuh, dan segelintir di kalangan mereka pula tidak pernah mendengar mengenai kerakusan Taib Mahmud yang dibelengu rasuah, rampasan tanah orang-orang tempatan, membolot projek-projek yang besar-besar, merancang untuk menenggelamkan kawasan-kawasan bekas hutan yang luas atau menyerahkan penguasaan kawasan-kawasan yang telah diterangkan kepada kaum keluarganya.
Maka, adalah tepat pada masanya bagi pemberita veteran, David O’Shea untuk bersusah payah mendapatkan maklumat mengenai Sarawak sebelum dia melaporkan refleksinya mengenai masalah-masalah ini sebagai maklumat orang-orang Tasmania, yang belum lagi sedar akan pengaruh syarikat Ta Ann Tasmania milik sepupu Taib, Hamed Sepawi, di wilayah itu.
Laporan O’Shea mendedahkan syarikat yang mengakui diri mereka sebagai syarikat bercirikan mesra ekologi itu sebenarnya terbabit dengan masalah rampasan tanah orang-orang tempatan di Sarawak.
Hydro-Tasmania berharap para penonton filem rencana itu tidak diberitahu mengenai skandal-skandal rakan niaga rasmi mereka, Taib Mahmud, yang mentadbir negeri Sarawak, atau bagai mana Taib melantik sepupunya Hamed Sepawi mengendalikan banyak perniagaan utama di Sarawak (seperti Sarawak Energy Berhad) dan dalam masa yang sama menghadiahkannya dengan lesen-lesen pembalakan dan perladangan dan juga kontrak-kontrak besar.
Dateline telah melaksanakan tugas murninya dalam menyampaikan maklumat kepada umum, apabila ia mendedahkan Hamed Sepawi dari Ta Ann, dalam penyamarannya sebagai Pengerusi Sarawak Energy Berhad, sebenarnya yang melantik Hydro-Tasmania sebagai penasihat dalam pembina 12 empangan hidro yang dirancang oleh Taib Mahmud.
Maka, di bahagian manakah dalam filem rencana itu yang mengatakan bahawa kepentingan Hydro-Tasmania lebih utama dalam projek-projek itu? Bagitu juga, adakah Ta Ann Tasmania berusaha untuk mengelakkan pengerusi mereka dari dilibatkan dalam kesalahan rasuah dan pelanggaran hak-hak asasi manusia di Sarawak?
Malah, pada hujung minggu lalu sebuah lagi syarikat milik Hamed Sepawi, Perkapalan Damai Timur telah didedahkan di Liberia kerana didakwa terlibat dengan rasuah, pada kali ini ianya dilaporkan oleh NGO Global Witness yang berjudul “Liberia Poised To Hand Over Lands To Timber Pirates”. Oleh yang demikian orang-orang Australia harus tahu bahawa syarikat pembalakan yang telah mendatangkan masalah di Tasmania ada hubungkaitnya dengan ‘lanun balak’ di Liberia dan juga ada hubungkait dengan syarikat-syarikat pembalakan yang memusnahkan hutan Sarawak selama 40 tahun yang lalu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments