Stesen TV Al Jazeera Melaporkan Mengenai Kesan Sampingan Dari Pembinaan Empangan Di Sarawak

Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.
Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.
Sejak filem rencana itu diterbitkan beberapa minggu lalu, pemain terbesar rancangan pembinaan empangan itu telah cuba menghalang dan membuli penerbit SBS. Mereka juga telah berusaha sedaya-upaya menggesa syarikat penerbitan filem itu untuk mengeluarkan filem itu dari internet.
Pembina empangan dari Australia, Hydro-Tasmania, yang bertindak selaku penasihat bagi kesemua rancangan pembinaan empangan telah melobi untuk menyuruh SBS mengeluarkan permohonan maaf secara formal bagi rancangan yang telah diterbitkan itu!

Dengan pengunduran diri pihak SBS, syarikat-syarikat itu telah dilihat sebagai suatu alat untuk mendera orang-orang Sarawak yang telah menentang pemusnahan ke atas tanah-tanah mereka.

Saluran TV Al Jazeera itu yang terkenal sebagai saluran berita 24 jam di dunia itu dan beribu-pejabat di Doha, telah lama mengikuti perkembangan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak.

Pada siaran tahun 2009 TV 101 East telah mempersoalkan penglibatan Taib dalam perniagaan keluarganya. Siaran itu telah memfokuskan laporannya pada sejumlah wang yang banyak yang digunakan oleh syarikat CMS milik keluarga Taib dalam memonopoli penjualan simen untuk menyokong pembinaan empangan di Sarawak.
Empangan Bakun adalah sebuah pasaran tunggal terbesar bagi simen CMS sebagai mana dilaporkan oleh Howard Davies, namun syarikat itu juga mendapat keuntungan beratus-juta dollar dalam bentuk kontrak-kontrak lain yang diberikan oleh Taib kepada dirinya sendiri dalam apa yang dianggap sebagai percanggahan kepentingan.
“Dari sebuah perniagaan dalam industri pembuatan simen secara kecil-kecil, kini CMS adalah sebuah syarikat terbesar di negeri Sarawak. CMS dikaitkan dengan pembinaan Bangunan Dewan Undangan Negeri yang baru, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, jalan-jalan raya, empangan-empangan, stesen-stesen janakuasa, hospital-hospital, lapangan-lapangan terbang, jambatan-jambatan dan urusan membaikpulih lebuh raya pan-Borneo, kesemua ini mececah nilai ratusan juta dollar US” [Fight for power, Al Jazeera]
Al Jazeera juga mendapati bahawa jurucakap yang mempromosikan empangan-empangan di Sarawak adalah seorang lagi saudara mara terdekat kepada Taib Mahmud, adik iparnya yang dahulunya bertugas sebagai Pengarah Urusan, Abdul Aziz Husain.
Jika dalam sedikit masa dahulu, SBS dikutuk kerana pendedahan mereka mengenai kegiatan haram pemimpin Sarawak itu, kini Al Jazeera boleh bersedia menerima utusan surat guaman yang akan digunakan untuk membuli mereka. Syarikat Hydro-Tasmania (dan juga Ta Ann) telah melenting kerana peranan mereka di Sarawak telah dilaporkan secara ‘lebih-lebih’ dan mereka enggan dipertanggungjawabkan sebagai pembawa masalah terhadap alam sekitar dan sosial berkaitan rancangan empangan Taib itu.
Sally Begbie, dari SBS telah mengalah dan menerima kritikan dari Hydro-Tasmania dan Ta Ann dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, berapa banyakkah kajian yang telah dia jalankan selama ini?
Pertubuhan International Rivers tahu betul akan semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan pembinaan empangan dan mereka telah menuliskan respon kepada Sally Begbie yang akur dengan kehendak Hydro-Tasmania.

Tambahan lagi, Hydro-Tasmania telah dipaksa untuk mengakui bahawa penglibatannya dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak adalah secara ekstensif and penting.
Menjawab persoalan MP Kim Booth dari parti Green di Tasmania, Hydro-Tasmania mengumumkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kontrak-kontrak mereka dengan kerajaan Sarawak, namun mereka telah menafikan penglibatan perniagaan dengan Sarawak.
Kontrak-kontrak ini memperincikan beberapa khidmat penting, termasuk nasihat dalam rekabentuk Empangan Murum, membuat penilaian pada perbalahan kontraktual, dan yang lebih penting, membuat penilaian fisibiliti pada beberapa tapak untuk memberikan pandangan teknikal mengenai beberapa lokasi yang sesuai untuk pembinaan 12 buah lagi empangan cetusan idea Taib.
Hydro-Tasmania juga mengada kajian-kajian fisibiliti ke atas dua buah lagi projek empangan hidro di Belaga dan Metjawah

Oleh yang demikian, dengan adanya bukti yang menunjukkan penglibatan mereka dalam pembinaan empangan-empangan di Sarawak, apakah hak Hydro-Tasmania mengatakan peranan mereka telah diperbesar-besarkan atau diada-adakan?

Dan jika mereka telah terlibat dalam banyak kajian fisibiliti yang telah diumumkan sebagai amalan baik, kenapa pula ianya perlu dirahsiakan?
Menurut penafian mereka, Hydro-Tasmania boleh menerima hakikat bahawa dokumen-dokumen mereka itu mempunyai kepentingan awam, namun mereka juga mengatakan ianya boleh menggugat perniagaan mereka. Adakah keuntungan untuk pihak Australia didahulukan manakala kehidupan dan masa depan orang-orang di Borneo boleh dikemudiankan?
Adakah Hydro-Tasmania tetap mengakui bahawa piawaian mereka adalah yang paling tinggi dalam soal tanggungjawab sosial dan juga korporat apabila kajian-kajian fisibiliti mereka seharusnya dirahsiakan?
Ketua PKR yang juga ADUN Baru Bian yang memperjuangkan hak-hak orang asli orang-orang Sarawak telah menulis surat kepada SBS kerana mereka telah mengalah dan mengumumkan bahawa siaran itu suatu kesilapan. Kepala surat Baru Bian itu turut memuatkan serangkap kata-kata yang dipetik dari dari kitab Injil yang berbunyi: “semoga keadilan dan kebenaran mengalir seperti sungai yang tidak akan kekeringan” Amos 5:24
Hydro-Tasmania boleh menghantar peguam-peguam mereka lagi. Namun cerita ini timbul lagi bagaikan suatu kebocoran, bak kata pepatah, penafian-penafian mereka akan tetap dibasuh bersih oleh kebenaran!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments