Jangan Berbohong – Kami Masih Di Sini!

Para kaum Penan yang mendirikan hadangan jalan telah menyebabkan kerja-kerja pembinaan di Empangan Murum terhenti sejak sepuluh hari yang lalu, telah bertindak balas terhadap berita mengenai wakil rakyat mereka, Liwan Lagang, yang memberitahu media bahawa penyelesaian telah dicapai.

Sebagai tindak balas mereka itu, mereka terus memperkukuhkan lagi hadangan jalan itu dan mendirikan hadangan di laluan lain menuju ke empangan Murum itu.
Menurut pemberita kami hadangan-hadangan itu kini dikendalikan oleh ketua-ketua kaum mereka dari sembilan buah kampong yang bakal terjejas oleh pembanjiran empangan itu dan mereka telah menganggap laporan Liwan Lagang mengenai keselesaian keadaan itu sebagai sesuatu yang bohong dan palsu.

Walau bantahan mereka itu berkeadaan aman, menjelang pembanjiran kawasan hutan dan perkampungan itu dalam beberapa bulan ini, mereka turut menggambarkan bantahan mereka dengan membakar tayar-tayar lama di hadapan lori-lori yang telah sekian lama menunggu untuk memasuki kawasan pembinaan empangan Murum itu.

Mesej mereka adalah jelas bahawa mereka mahukan penyelesaian dan rundingan yang baik ke atas masa depan mereka, yang telah gagal dipenuhi oleh Kerajaan negeri dan juga Sarawak Energy Berhad.
Kegagalan kerajaan negeri mengadakan rundingan secara telus dengan kaum Penan mengenai kesan pembinaan empangan itu yang bertentangan dengan protokol-protokol antarabangsa, termasuk deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Orang Asal, yang turut dianggotai oleh Malaysia dan Australia dan juga China, di mana syarikat-syarikat mereka iaitu Thre Gorges Development dan Hydro-Tasmania telah membantu pembinaan empangan itu.

Di antara tuntutan-tuntutan mereka adalah 25 hektar tanah untuk setiap keluarga 300 buah keluarga yang terjejas oleh empangan itu; pampasan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM500,000 untuk setiap keluarga; 30,000 hektar tanah untuk setiap perkampungan untuk kesemua sembilan buah kampung; yayasan pendidikan untuk anak-anak mereka; dana pembangunan untuk komuniti mereka; dan hak ke atas baki kawasan tanah yang tidak dibanjiri oleh empangan itu.

Ketika para NGO pergi ke tapak tunjuk perasaan itu, yang telah diputuskan perhubungan telefon bimbit dan perhubungan lain, maka mereka mendapati pada hari Isnin itu bahawa laporan mengenai berakhirnya penghadangan itu adalah mengelirukan, walaupun keputusan telah mereka buat untuk menghantar kaum wanita dan kanan-kanak balik ke perkampungan mereka yang telah terjejas oleh cuaca setelah bertahan di kawasan yang terbuka.

Namun para NGO dan pelawat mereka berjaya membawa masuk bekalan makanan dan lain-lain bekalan yang didermakan, untuk membantu mereka bertahan.
Para pelawat melaporkan bahawa kaum Penan yang mendirikan hadangan itu kelihatan nekad, walaupun bekalan makanan mereka semakin berkurangan dan pada waktu siang pula mereka terdedah pada cuaca yang amat panas dan juga hujan yang lebat. Pondok-pondok sementara yang mereka dirikan kadangkalanya dilanda angin yang kuat yang telah memaksa mereka berteduh di kem pembalakan yang berdekatan.

Bekalan makanan yang ada hanyalah bekalan yang telah dibawa masuk oleh para pekerja kempen anti-empangan Murum, SCANE, yang telah bergegas atas misi kemanusiaan.
Bagi memburukkan lagi keadaan, penularan penyakit malaria yang tidak dilaporkan telah berkembang di kalangan komuniti penentang itu.
Seorang dari kaum Penan dari kem tersebut telah didapati sebagai pengidap positif penyakit malaria manakala, menurut seorang pegawai kesihatan dari Jabatan kesihatan yang melawat tapak hadangan berkata, kawasan sejauh 38 kilometer dari Long Malim telah terjejas oleh penyakit itu.

Namun kemarahan kaum Penan di tapak hadangan itu meningkat setelah mereka mengetahui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Liwan Lagang. Mereka menunjukkan rasa malu mereka kerana Liwan sendiri belum menziarah mereka ke tapak hadangan itu, tetapi dia hanya memanggil 8 orang perwakilan muda untuk pergi ke bandar Bintulu untuk membincangkan perkara itu pada hari Jumaat yang lalu.
Menurut ketua-ketua kaum Penan, perwakilan yang masih muda itu tidak layak diajak berunding untuk menyelesaikan krisis yang sedang berlaku, dan begitu juga dengan Liwan Lagang yang sekadar bertindak bagi pihak bosnya, Abdul Taib Mahmud. Menurut mereka lagi mereka tidak pernah memberikan kebenaran dan kerelaan mereka untuk mewakilkan Liwan Lagang untuk bersuara bagi pihak mereka. Mereka merasa bahawa mereka tidak dihormati oleh kerajaan Negeri.

Cubaan Liwan Lagang untuk menjanjikan wang sogokan RM6,000 untuk setiap kampung jika mereka besetuju untuk merobohkan hadangan mereka itu telah membuat mereka lebih marah, kerana jumlah itu jauh lebih rendah dari pampasan yang sepatutnya mereka dapat, dan kini, pada hakikatnya tiada sebarang hitam-putih dibuat mengenai krisis itu.
Liwan Lagang, menurut ketua-ketua kaum Penan itu, bukan hanya tidak layak mewakili mereka, malah dia juga tidak berhak mengatakan bahawa dia mewakili mereka sedangkan kebanyakan mereka tidak memiliki sebarang dokumen kerakyatan dan pengenalan diri, atau sebagai pengundi berdaftar di negeri Sarawak.

Sebuah laporan yang telah disediakan bagi pihak kerajaan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial dan alam sekitar akibat pembinaan empangan itu telah kerapkali mengakui bahawa 80% dari kaum Penan dewasa tiada kad pengenalan diri maka mereka tidak dimasukkan ke dalam daftar pemilih negara.
Laporan itu telah dirahsiakan oleh Kerajaan Negeri sehingga ianya didedahkan kepada Sarawak Report pada minggu lalu.
Di samping itu, kamu turut mendedahkan laporan yang berkaitan yang memperincikan program penempatan semula dan juga rancangan pembayaran pampasan kepada kaum Penan, yang juga turut dirahsiakan oleh Kerajaan Negeri.

Rancangan pembayaran pampasan yang amat kecil nilainya itu yang dimuatkan di dalam laporan itu yang telah mencetuskan kemarahan di kalangan kaum Penan Murum sehingga menyebabkan mereka mendirikan hadangan jalan, yang telah mendapati bahawa kerajaan bercadang untuk membayar nilai pampasan lebih rendah dari tahap kemiskinan selama hanya 4 tahun dan juga menawarkan pilihan kawasan bercucuk tanam yang telah diperuntukkan kepada perladangan kelapa sawit.
Menurut pemberita kami:
Seorang ketua kaum Penan dari Long Luang berkongsi rintihannya “di hulu, sungainya tercemar oleh pembalakan; di hilir empangan pula dibina; dari langit, hujan beracun yang turun. Mereka sengaja melakukan semua ini untuk membunuh kami. Kenapa harus kami berpindah ke tempat yang tidak menjanjikan kehidupan pada kami?”

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments