Jutaan Dollar Suatu ‘Penyamaran’ - Cerita-Cerita UMNO Yang Sentiasa Berubah-Ubah!

Di manakah Michael Chia berada pada 14hb Ogos tahun 2008?
UMNO telah mengeluarkan pelbagai percanggahan kenyataan bersama-sama alasan mereka yang mana kini mereka harus mengemukakan beberapa bukti untuk menyokong kenyataan mereka itu.
Kisah itu bermula dengan tarikh penahanan peniaga kayu balak Michael Chia yang membawa RM40 juta di dalam begnya, dalam penerbangannya balik ke Sabah dari Hong Kong.
Penahanan Michael Chia telah menjadi tajuk-tajuk portal media dan sebagai tindak-balas, telah menimbulkan beberapa penafian. Michael Chia telah menafikan bahawa dia telah ditahan atau menafikan bahawa wang sebanyak itu ada kaitan dengannya dan Musa Aman pula menafikan bahawa dia ada hubungan dengan Michael Chia.
Tetapi kini, tiba-tiba, setelah berlalunya empat tahun menafi, YB Nazri dari parti UMNO-BN telah mengakui bahawa kesemua wang itu telah dihantar oleh Michael Chia kepada Musa. Namun bukan untuk kepentingan peribadi tetapi sebagai ‘sumbangan politik’.
Nah! Kenapa pula Musa Aman, Nazri dan BN/UMNO tidak berkata sedemikian sejak awal lagi?
Sebagai muslihatnya, Musa Aman telah, dalam bulan April yang lalu, berkata:
“Saya tiada kaitan dengan sesiapa yang bernama Michael Chia” [KENYATAAN dari Musa Aman bertarikh 12/04/2012]
Kenapa Musa Aman tidak berkata:
“Betul. Saya memang mengenali Michael Chia. Dia sering mendapat lesen-lesen membalak daripada Yayasan Sabah, di mana saya selaku Pengerusi di situ. Michael Chia telah secara terang-terang dan mengirimkan saya wang sebanyak RM40 juta sebagai derma kepada parti politik saya, di mana saya juga selaku Pengerusi parti dalam tahun 2008. Kami amat menghargai sumbangan dermanya itu. Jika anda ingin yang lebih teliti dan telus, sila periksa rekod-rekod kewangan parti kami.” [Musa Aman LANGSUNG TIDAK PERNAH menyebut kenyataan ini]
Sila teliti kesemua peluang yang terlepas yang mungkin boleh digunakan oleh Musa/UMNO untuk menjelaskan keadaan pada waktu itu. Pada mulanya penahanan Michael Chia dilaporkan dalam tahun 2008.
Itulah masa yang amat sesuai bagi Musa Aman dan Michael Chia untuk menjelaskan bahawa kejadian itu timbul kerana kelalaian sendiri dan bahawa kesilapan itu bukannya pengubahan wang sebagaimana dipantau oleh pihak berkuasa Hong Kong selama tiga tahun. Persoalannya adalah pada Michael Chia yang cuba menyumbangkan derma sebanyak RM40 juta ke dalam akaun UMNO, melebihi lumrah umum!
Namun sebaliknya mereka telah mula menafikan bahawa Michael Chia ada kaitan dengan wang sebanyak itu atau mempunyai sebarang kaitan politik dengan Musa Aman!
Namun empat tahun kemudian UMNO kini mengakui secara terbuka bahawa Michael Chia adalah penyumbang derma sebanyak RM40 juta/$16 juta kepada UMNO Sabah, yang dipengerusikan oleh Musa Aman. Sememangnya wujud perkaitan politik di situ.
Ingat, sehingga minggu lalu Musa Aman masih menafikan bahawa dia mempunyai “sebarang perkaitan dengan sesiapa” yang bernama Michael Chia.
Maka, apakah yang menyebabkan mereka kerap mengubah-ubah cerita asal mereka itu? Lagi pun, versi pertama ceritanya timbul setelah beberapa tahun. Peguam Negara, Abdul Gani Patail (saudara sedarah sedaging dengan Musa Aman) telah enggan memberikan kerjasama antara-negara kepada Hong kong dan pada 2011 setelah berakhirnya tempoh bertenang di pihak ICAC Hong Kong menggugurkan kes tersebut (tetapi hanya Nazri dari UMNO-BN yang tampil untuk mengatakan bahawa ICAC Hong Kong telah “membersihkan” nama Michael Chia walaupun ICAC belum mengemukakan sebarang komen atau kenyataan).
Namun terdapat terlampau banyak bukti, termasuk penyata-penyata bank pegangan Chia kini berada pada simpanan Sarawak Report. Kami telah mengemukakan bahan-bahan bukti ini kepada pihak-pihak berkuasa Switzerland, yang kini telah membuka siasatan jenayah ke atas bank UBS mereka, yang mengendalikan akaun-akaun bank Hong Kong untuk Michael Chia Tien Foh.
Kami juga telah menerbitkan banyak bukti yang menunjukkan bahawa Michael Chia telah menerima jumlah wang yang teramat banyak daripada syarikat-syarikat pembalakan sebagai “deposit lesen-lesen pembalakan” dan bahawa Michael Chia juga membayar wang dari akaun-akaunnya kepada anak-anak Musa Aman yang sedang menuntut di Australia pada ketika itu.
Bolehkah kaum UMNO menjelaskan sama ada bayaran-bayaran untuk anak-anak Musa Aman itu sebagai “sumbangan politik”?
Pada mulanya Musa telah cuba sedaya upaya mengatakan bahawa dokumen-dokumen itu telah dipalsukan dan mendakwa bahawa dia ada kaitan dengan Michael Chia Tien Foh. Namun dengan dua kes mahkamah dan pengumuman pihak kerajaan Swiss yang mengatakan siasatan-siasatan mereka itu membabitkan Musa Aman kini menjadikan keadaan semakin tidak dapat dipertahankan.
Kes mahkamah pertama membabitkan bank UBS di Singapura. Dengan memberikan bukti, bank tersebut yang mengisytiharkan bahawa bayaran telah dilakukan kepada anak-anak Musa Aman, yang keluar dari akaun-akaun kendalian Michael Chia, yang telah kami dedahkan, dan pada jumlah yang sama, sama seperti jumlah yang kami tunjukkan pada hari-hari yang sama.
Kes mahkamah yang kedua diadakan di Sandakan, Sabah. Ianya untuk menentang Michael Chia, yang dituduh oleh pembalak Agus Hassan di mana dalam tahun 2004, untuk mendapatkan lesen pembalakan dia harus membayar sejumlah wang kepada UMNO, kerana Michael Chia bertindak selaku “orang tengah” yang boleh menggantung lesen jika pembayaran tidak dilakukan kepadanya.
Kes ini telah memusnahkan pengakuan Michael Chia bahawa dia tiada kaitan dengan UMNO atau politik atau bukan bekerja untuk Musa Aman.
Maka, memandangkan Michael Chia telah dibuktikan telah memberi wang kepada Musa Aman dan bahawa dia juga telah dibuktikan bertindak selaku orang-tengah kepada Musa Aman berkenaan lesen-lesen pembalakan, cerita dongeng mengenai Musa tiada kaitannya dengan Michael Chia akan menemui noktahnya.
Namun versi terkini cerita dari UMNO timbul pada minggu ini. Mereka kini mengakui bahawa wang itu sebenarnya datang dari Michael Chia dan bahawa wang itu juga diterima oleh Musa. Namun, alasan terkini yang mereka kemukakan pada minggu ini adalah RM40 juta ‘sumbangan’ “yang halal” kepada parti UMNO
Akan tetapi, bagaimanakah ianya “halal” jika Michael Chia adalah penerima lesen-lesen pembalakan daripada Musa Aman dan diketahui sebagai “orang tengah” kepada Musa Aman dalam mengendalikan lesen-lesen pembalakan di Yayasan Sabah?
Lagipun bapa Michael Chia adalah penerima monopoli pengangkutan kayu balak sejak sekian lamanya!
Adakah wang rasuah atau sogokan dihalalkan apabila ianya menjadi suatu sumbangan politik? Jika ya, apakah alasan bahawa arahan pindahan wang daripada Michael Chia kepada akaun-akaun anak-anak Musa Aman?
Kini, adalah giliran Musa Aman untuk mencetuskan rasa cemas di kalangan parajurit cyber mereka yang ingin menutup mata dan telinga atau mengaburi minda para pembaca, tanpa ingin berdepan dengan fakta-fakta dan hakikat sebenarnya.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments