Kami Masih Di Sini - Hentikan Berbohong Bahawa Isu-Isu Kami Telah Diselesaikan!

Menteri-menteri BN dalam kerajaan Taib Mahmud dengan rasa segannya telah menuduh para ‘pencetus tuduhan’ dengan mengatakan bahawa isu-isu empangan Murum dengan kaum Penan telah berjaya diselesaikan.
Serangan terhadap para ‘pencetus tuduhan’ telah diketuai oleh Menteri Perancangan, Awang Tengah Ali Hassan yang tidak bertanggungjawab itu, yang mengatakan bahawa kaum Penan itu kini telah merasa gembira dengan rancangan yang telah dirangka secara rahsia oleh kerajaan itu untuk kebaikan masa hadapan mereka. Namun, siapakah yang akan merasa gembira jika mereka diusir dari wilayah asal mereka dan kemudian dipindahkan semula ke suatu kawasan yang tidak subur bersebelahan dengan ladang kelapa sawit dengan dibayar pampasan sekecil RM850 yang akan dikurangkan sehingga RM500 untuk sebuah isi rumah sebulan selama empat tahun sahaja?
Menurut pelan-pelan penempatan semula yang dibocorkan kepada kami itu, pampasan akan dihentikan sepenuhnya selepas empat tahun. Taib Mahmud mungkin akan menandatangani waran kematian untuk kaum Penan.
Kaum Penan masih lagi bertahan untuk menentang pelan penempatan semula itu, yang telah mendorong mereka mendirikan hadangan jalan dan pada hari ini, hari ke-22, mereka masih lagi menghadang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan itu, walaupun para menteri BN telah berusaha mengatakan bahawa kaum Penan telah meninggalkan hadangan jalan yang mereka dirikan itu.
Murum mungkin suatu kawasan yang terpencil, namun pada zaman ini Taib Mahmud dan kerajaan BN-nya tidak seharusnya cuba lari dari kebenaran. Ianya bukan sahaja salah, akan tetapi mereka akan dibuktikan sebagai bersalah. Para pemberita dan krew-krew perfileman kini sedang mengunjungi tapak hadangan itu untuk merakamkan bantahan yang sedang dijalankan dan sekali lagi anda tidak harus percaya pada kata-kata Taib Mahmud dan para menterinya.
Dalam pada itu, akhbar-akhbar lidah Taib telah menjelaskan siapakah yang akan mendapat keuntungan dari empangan itu. Pada awal minggu ini Taib dan menteri-menteri kegemarannya telah ke luar negara untuk mendapatkan sokongan di segi pelaburan di negara-negara Arab dengan bermurah hati menawarkan insentif kepada bakal pelabur mereka. Bagaimana pula jika mereka bermurah hati dengan kaum-kaum asli Sarawak yang memiliki tanah itu sendiri?
Apabila mereka ditanya pemberita mengenai tuntutan-tuntutan kaum Penan ke atas bahagian-bahagian dari keuntungan yang bakal terjana dari empangan Murum itu pada minggu ini, Awang Tengah, yang baharu sahaja kembali ke tanah air bersama rombongan Taib Mahmud, Alfred Jabu dan CEO Sarawak Energy Berhad berbangsa Norway, Torstein Sjotveit, telah menyatakan dia terkejut dengan tuntutan-tuntutan itu.
Kenapa tidak? Perusahaan empangan itu telah dipromosikan sebagai penyumbang kebaikan kepada rakyat. Namun orang-orang yang betul-betul akan menjadi kaya raya nanti adalah Taib Mahmud dan keluarganya, yang telah dianugerahkan kontrak-kontrak berjuta-juta ringgit kerana telah membekalkan kabel-kabel elektrik, membina jalan-jalanraya dan juga membekalkan simen.
Si pembuli, Awang Tengah telah mengambil keputusan bahawa kemiskinan yang membelengu kaum Penan harus dikutuk. Selaku Menteri Perancangan dia tidak peduli bahawa orang lain yang mengambil tanah kaum Penan yang sepatutnya digunakan oleh kaum itu untuk belajar bercucuk-tanam! Lagi pun, dia sedang menjana berjuta-juta ringgit dari projek empangan itu dan juga projek-projek lain menggunakan kedudukannya itu, ditambah pula dia kini telah memiliki sebuah rumah mewah di Perth, Australia.
Kenapa pula kaum Penan dilarang menuntut dan mendapatkan ekuiti di Murum? Masyarakat di kawasan lain yang terjejas kerana pembinaan empangan telahpun dibayar pampasan kerana pengorbanan mereka. Kenapa pula mereka dimarahi kerana menuntut, di mana mereka tidak diberikan sebarang pilihan (yang telah dilihat sebagai melanggari undang-undang antarabangsa yang dinaungi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) dan yang telah tidak menerima apa-apa setelah hutan mereka ditebang?
Pada hakikatnya kaum Penan di Murum kini tidak akan mengalah pada Taib atau merasa gentar pada Taib lagi, kerana dialah yang telah menjadikan mereka terlalu putus asa dan hancur harapan.
Di sepanjang pengambaran itu yang telah dirakam oleh para pengunjung ke kawasan hadangan jalan pada minggu lalu, turut kelihatan adalah lori-lori besar milik kroni Taib, syarikat Shin Yang, melalui di hadapan kaum Penan sambil mereka cuba menceritakan sesuatu. Tiada gambaran yang lebih jelas mengenai rompakan di bumi Sarawak dan dari orang-orang Sarawak.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada penderma rintihan Murum yang masih lagi diteruskan sehingga kini. Setakat kini tabungan ini kami gunakan untuk membeli bekalan beras dan keperluan-keperluan harian yang lain untuk menyokong para penentang yang mengatakan bahawa mereka tidak akan berundur sehinggalah tuntutan-tuntutan mereka dapat ditunaikan sejajar dengan undang-undang dan hak-hak asasi hingga ke peringkat antarabangsa.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments