Kesepaduan Masyarakat Antarabangsa Kini Berada Di Belakang Kaum Penan Murum

Ketika kaum Penan Murum memasuki minggu keempat mereka mendirikan hadangan jalan yang menghala ke tapak projek empangan Murum, pertubuhan-pertubuhan NGO tempatan dan antarabangsa kini kian meningkatkan sokongan mereka.
Pada hari Jumaat yang lalu, dengan dikerumuni para pemberita, di luar ibu pejabat Hydro-Tasmania di bandaraya Hobard bagi menuntut supaya syarikat itu menghentikan program usahasama mereka dengan syarikat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Sarawak, Hydro Tasmania telah didedahkan kerana menawarkan sokongan kepakaran dan kakitangan pengurusan kepada SEB, suatu peranan yang pernah mereka katakan sebagai penglibatan kecil sahaja.
Namun, dengan pendedahan kami kini, SEB telah mengakui dalam laporan mereka bahawa penglibatan Hydro-Tasmania dan peminjaman kakitangan pengurusan mereka amatlah “perlu” bagi menjayakan rancangan tamak Taib Mahmud dan juga impian pemusnahannya untuk membina 12 buah lagi empangan di tengah-tengah hutan Borneo, yang akan menempatkan semula berpuluh-ribu orang asli. Tunjuk perasaan di Hobart yang dikelolakan oleh pertubuhan-pertubuhan NGO, yang telah mengutuskan surat-surat rasmi kepada Menteri Luar Australia, Robert Carr, dan juga kepada Perdana Menteri Tasmania, Lara Giddings, dengan menuntut supaya syarikat Hydro-Tasmania menghentikan bantuan dan sokongan mereka dalam projek pembinaan empangan untuk Taib Mahmud. Pertubuhan-pertubuhan NGO itu termasuklah beberapa NGO yang terkemuka seperti International Rivers, Bruno Manser Fund, Rainforest Action Network, JATAN dan banyak lagi.
Surat mereka telah mengatakan bahawa mereka amat risau bahawa Hydro-Tasmania telah dilihat sebagai terlibat sepenuhnya dalam pembinaan empangan yang dengan jelas telah melanggari undang-undang dan hak asasi manusia Australia yang selaku anggota dalam UNDRIP.
Mereka telah, secara amnya, menunjukkan bahawa pegawai-pegawai tertinggi kerajaan Sarawak mengambil masa yang terlalu lama untuk mengumumkan pelan tindakan penempatan semula kaum Penan dari kawasan Murum itu.
Pembinaan empangan itu telah dimulakan 5 tahun yang lalu dan kini ianya memasuki fasa penyiapan dalam masa beberapa minggu ini.
Di bawah deklarasi UNDRIP, pelan-pelan tindakan ini sepatutnya diumumkan atau diterbitkan sepenuhnya dan perundingan harus diadakan dengan masyarakat yang terjejas SEBELUM bermulanya sebarang kerja-kerja pembinaan.
Kami telah pun mendedahkan salinan-salinan pelan tindakan yang diseludupkan dari pejabat kerajaan Sarawak yang berkenaan.

Pertubuhan Borneo Project yang beribupejabat di US telah juga menyertai petisyen kami dalam penentangan kami terhadap projek Empangan Murum itu.

Dalam pada itu Pusat Alam Sekitar Lembah Huon di Tasmania, yang telah membantah kegiatan pembalakan di hutan mereka untuk perusahaan perkayuan milik Ta Ann Tasmania (milik Hamed Sepawi iaitu kepada sepupu Taib Mahmud), telah membuat pengumuman media menyatakan sokongan mereka terhadap kaum Penan di Murum, Sarawak. Cerita itu turut dimuatkan dalam agensi-agensi berita dari seluruh Australia – Channel 9; Daily Telegraph; The Australian; News.com. Dalam pada itu, sokongan dan perhatian yang diberikan akan sedikit-sebanyak menggembirakan kaum Penan di Murum, telah buat pertama kalinya mencetuskan rasa cemas dalam ibupejabat Hydro-Tasmania di Tasmania. Para eksekutif syarikat itu, setelah pada mulanya menafikan tunjuk perasaan kaum Penan pada hari Jumaat lalu, kini telah tampil ke hadapan dengan mengatakan bahawa mereka akan “turut terlibat”. Para penunjuk perasaan telah menolak dengan syarat Hydro-Tasmania menamatkan penglibatan mereka di bumi Sarawak!
Sehingga kini, syarikat milik penuh kerajaan Tasmania itu telah menyatakan penglibatannya dengan kerajaan korup Taib Mahmud dan rancangan haramnya memusnahkan alam sekitar Borneo dan juga ke atas kehidupan masyarakat orang asli.
Suatu ketika dahulu syarikat itu telah naik marah terhadap program TV Dateline yang menyiarkan isu yang melanda kehidupan orang-orang asli akibat pembukaan hutan dan pembinaan empangan, yang kemudiannya juga turut diterbitkan oleh TV Al Jazeera. Ketua Eksekutifnya, Roy Adair, telah meluru masuk ke sebuah stesen radio dan mengumumkan bahawa syarikat SEB adalah sebuah perbadanan yang berintegriti untuk berusniaga dengan Hydro-Tasmania. Namun, apabila dia ditekan dengan persoalan, dia gagal membuktikan bahawa syarikatnya telah menyiasat isu itu sepenuhnya, hanya mengatakan bahawa mereka telah melakukan “pra-semakan” bahawa SEB telah menganggotai International Hydro-Power Association (IHA) (yang dilakukan bukan pada masa itu).
Dalam masa yang sama, Pengerusi Hydro-Tasmania, David Crean, telah menelefon Pengerusi syarikat TV SBS dan meminta supaya program itu ditarik balik dengan segera dengan alasan bahawa penglibatan Hydro-Tasmania di Sarawak adalah pada tahap yang ‘minima’.
Hakikat ini tidak boleh dijadikan alasan oleh Hydro-Tasmania yang beroperasi di bawah syarat-syarat antarabangsa apabila mereka ingin berusniaga dengan rejim-rejim yang melanggari hak-hak asasi manusia, namun stesen TV SBS itu dengan cepat mengeluarkan permohonan maaf, dan mengatakan bahawa laporan itu ‘tidak seimbang’.
Pada minggu ini, Senator kegemaran Hydro-Tasmania, Eric Abetz, juga mengambil kesempatan bersempena sesi mesyuarat Jawatankuasa Perundangan Alam Sekitar dan Komunikasi untuk mengeluarkan kutukan yang panjang terhadap pemberita veteran SBS. Apabila eksekutif SBS mengatakan bahawa lima kesilapan yang dikenalpasti dari laporan itu adalah perkara yang kecil, Abetz telah mengatakan bahawa SBS bersetuju bahawa keseluruhan siaran itu “salah”. Justeru itu eksekutif SBS enggan berbuat sesuatu.
Bukan sekali, malah sehingga semalam, Hydro-Tasmania telah mengesahkan bahawa terdapat kerisauan tentang penglibatannya membantu Taib Mahmud meneruskan kempennya membina empangan yang berkontroversi di sebuah negeri yang kini dibelengu masalah rasuah dan juga pelanggaran hak-hak asasi kemanusiaan.
Namun, dengan kebangkitan kaum Penan yang membina hadangan jalan yang turut disokong oleh pertubuhan-pertubuhan NGO antarabangsa, tekanan terhadap Hydro-Tasmania semakin meningkat.
Pada hakikatnya semalam, Hydro-Tasmania telah terpaksa mengumumkan bahawa rakan-niaganya SEB dituduhnya melakukan “kesalahan” kerana “membesar-besarkan” peranannya dalam program empangannya.
Wakil komunikasi bagi Hydro-Tasmania telah memberitahu para penunjuk perasaan dan pemberita di luar pejabat mereka dengan mendakwa bahawa pada Laporan Tahunan SEB di mana Hydro-Tasmania memainkan peranan penting dengan mengisi kedudukan pengurusan tertinggi yang penting dan membawa kemahiran adalah tidak benar!
“Pengambilan pekerja ekspatriat menunjukkan bahawa kemahiran dan jawatan-jawatan penting amatlah diperlukan dalam SEB untuk menjayakan SCORE yang belum lagi terdapat pada SEB dan juga di Sarawak” [Laporan Tahunan SEB 2010]
Maka, menurut Hydro-Tasmania, bukan sahaja Sarawak Report yang tidak betul, bukan sahaja Dateline yang tidak betul, bukan sahaja pertubuhan-pertubuhan NGO yang tidak betul, bukan sahaja kaum Penan yang miskin dan terjejas oleh projek Murum itu yang tidak betul, namun SEB juga turut tidak betul! SEB mungkin telah menghisytiharkan dalam laporan tahunannya bahawa usahasamanya dengan Hydro-Tasmania melibatkan “beberapa perjanjian untuk melaksanakan projek-projek penjanaan elektrik hidro secara spesifik” dan para pekerja dalam Hydro-Tasmania mungkin telah dipinjamkan sebagai pengarah-pengarah projek dan sebagai Naib Presiden dalam SEB, namun Hydro-Tasmania tetap mengatakan usahasama dan peranannya dalam SEB adalah tidak betul!

Hydro-Tasmania adalah sebuah syarikat awam dan akan diswastakan. Buat masa kini masyarakat Australia dan ahli-ahli politik mereka yang akan menilai sama ada mereka ingin dipertanggungjawabkan kerana meyalahi hak asasi kemanuasiaan di Sarawak atau sama ada mereka berpuas-hati bahawa Hydro-Tasmania layak mengambil bahagian dalam agenda Taib Mahmud menindas orang-orangnya di Sarawak
Pada dasarnya di bawah undang-undang antarabangsa sebarang penglibatan dalam pelanggaran Hak Asasi Kemanusiaan dianggap sebagai tidak boleh diterima, sama ada penglibatan itu kecil atau sebaliknya, akan membantu membentuk keputusan pengadilan itu.
Dalam pada itu, Hydro-Tasmania juga bertanggungjawab kepada Lembaga Keahlian IHA. IHA adalah suatu landasan bagi mereka untuk menambahbaik rekod tanggungjawab sosial dan korporat dan bekerja dalam lingkungan undang-undang UN.
CEO Roy Adair mendakwa SEB adalah ahli dalam IHA dan ini telah mendorong mewujudkan usahasama dengan Hydro-Tasmania. Pada hakikatnya, keahlian SEB dalam IHA wujud SETELAH Hydro-Tasmania menjalin usahasama dengan SEB.
Malah Pengerusi David Crean telah berkunjung ke Sarawak untuk memberi nasihat kepada SEB supaya mengadakan persidangan IHA dalam tahun 2013.
Adakah Hydro-Tasmania yang mengatakan SEB menyertai IHA setelah beberapa bulan selepas itu, walaupun dengan membayar sebanyak £3,000 setahun dan seterusnya menjadi tuan rumah persidangan itu setahun kemudian?
Adakah selaku Ahli Lembaga dalam IHA, Hydro-Tasmania bertindak mempromosikan imej SEB dalam IHA, dan sekali lagi membantu Taib Mahmud merealisasikan rancangannya membina lebih banyak empangan dan memurnikan lagi SCORE demi kepentingannya sendiri?
Dalam kenyataan akhbar mereka baru-baru ini, Hydro-Tasmania mendakwa penglibatan mereka di Sarawak lahir dari belas kasihan mereka untuk membantu meringankan kesengsaraan orang asli di negeri itu.
Mereka sepatutnya dibawa ke forum awam bersama-sama kaum Penan dan berpuluh ribu orang asli lain yang terjejas oleh projek-projek empangan di Sarawak untuk menjelaskan apakah kebaikan dan keuntungan yang mereka dapat.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments