Lebih 40% Anak-Anak Kaum Penan Kekurangan Makanan Berzat – Lagi Banyak Rahsia Di Sebalik Laporan Mengenai Empangan Murum

Lebih 40% kanak-kanak kaum Penan di bawah 5 tahun dari kampung-kampung kaum Penan yang bakal dibanjiri empangan Murum didapati mengidap masalah kekurangan makanan berzat, mana kala 12% lagi didapati terjejas teruk, menurut satu lagi laporan yang disembunyikan oleh kerajaan.
Ini merupakan salah satu pengakuan yang amat memalukan mengenai jenayah mengabaikan nasib orang-orang asal oleh Taib Mahmud dalam usahanya memusnahkan hutan secara ditaja oleh kerajaan negerinya.
Kegagalan-kegagalan lain adalah dalam kategori-kategori pendidikan dan kesihatan.
Rumusan-rumusan dalam dokumen rasmi tersebut adalah:
“Sebanyak 46% dari keluarga kaum ini sering mengalami kekurangan bekalan makanan”
“Klinik yang paling dekat dengan perkampungan di kawasan Murum terletak di Sungai Asap. Tiada pengangkutan awam dan … dari perkampungan-perkampungan yang paling dekat … masa perjalanan adalah 2 jam untuk ke klinik, manakala perkampungan yang paling jauh, Long Luar, masa perjalanan adalah 6 jam.”
79% kelahiran adalah bersalin di rumah “yang tidak selamat” dan “tiada sebarang statistik yang boleh dipercayai mengenai kes kematian bayi” atau sebarang program yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan.”
Kaum keluarga dari kaum Penan yang telah berpindah ke Sungai Asap untuk mendekati kemudahan pendidikan untuk anak-anak mereka didapati “mendiami struktur apa yang dahulunya reban-reban ayam, yang kini diubah menjadi rumah untuk mereka.”
Walaupun mereka ingin mendapat pendidikan hanya 2% dari kanak-kanak berpeluang untuk ke sekolah dan terdapat 100% kes keciciran dari 5 hingga 8 buah perkampungan. “Alasan kanak-kanak tericir ini adalah ketiadaan wang dan pengangkutan untuk ke sekolah … Perkampungan Penan yang paling dekat (Long Peran) adalah 90 kilometer dari penempatan Sungai Asap (yang mempunyai sekolah) yang boleh dihubungi melalui jalan-jalan pembalakan, manakala perkampungan yang paling jauh (Long Malim) adalah kira-kira 250 kilometer.”
“Hasrat mutlak kaum Penan adalah untuk didaftarkan dan memiliki kad-kad pengenalan yang rasmi supaya mereka mendapat faedah-faedah dan bantuan-bantuan dari kerajaan dan menjadi penerima perkhidmatan kerajaan yang memerlukan bukti-bukti pengenalan”. Namun, 80% dari keseluruhan masyarakat kaum Penan masih lagi tanpa sebarang pengenalan diri”

Laporan kajian Etnografi Kontemporari ke atas kaum Penan ini telah dilaksanakan pada tahun 2010 sebagai sebahagian dari Penilaian Kesan Terhadap Sosial dan Alam Sekitaran sebagai “langkah permulaan untuk mencapai ‘piawai antarabangsa’ untuk menempatkan semula masyarakat yang terjejas oleh Empangan Murum”.

Sebenarnya laporan itu telah dirahsiakan kerana kandungannya bercanggah dengan protokol antarabangsa mengenai kaedah penempatan semula akibat pembinaan empangan, termasuklah Deklarasi Hak-Hak Orang Asli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP), di mana Malaysia merupakan anggotanya.
Sehingga kini tiada sebarang perjanjian dicapai dengan orang-orang Penan ini yang akan terjejas akibat pembanjiran empangan itu pada awal tahun hadapan.
Kini kami boleh mengeluarkan salinan pertama hasil kajian mengenai keadaan kaum Penan, sebagai mana telah dibocorkan oleh sumber dalaman Kerajaan Sarawak baru-baru ini.
Perincian laporan itu turut mendedahkan bagai mana Taib Mahmud mengabaikan kaum-kaum Penan yang menghuni hutan Sarawak ini, yang dia biarkan belapar akibat pemusnahan tanah-tanmah dan sumber-sumber makanan mereka.
Alasan untuk membalak secara berskala besar dan pemusnahan alam sekitar di Sarawak adalah untuk menjana ratusan ribu juta ringgit yang didakwa untuk membantu orang-orang Penan ini sejajar dengan dasar “kemajuan dan pembangunan”, namun laporan itu merumuskan:
“Kesemua masyarakat di kawasan itu kini hidup di bawah paras sara hidup. Secara relatifnya, cara hidup mereka dianggap jauh lebih mewah dari cara hidup moden. Pada mulanya, mereka mempunyai akses pada kekayaan sumber hutan untuk memenuhi keperluan harian mereka dan juga boleh diniagakan. Perkara ini kini telah menjadi mustahil dengan sumber-sumber hutan mereka dimusnahkan dan dilenyapkan, kerana saki-baki hutan yang ada sudah tidak dapat menampung keperluan harian mereka. Barangan yang dahulunya mudah diperolehi, tetapi kini ianya semakin berkurangan”.

Maka kami ingin bertanya pada Ketua Menteri, Taib Mahmud, yang telah disahkan oleh menantunya sebagai seorang yang paling kaya di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara, apakah yang telah terjadi pada kesemua ratusan ribu juta ringgit hasil jualan hutan-hutan milik kaum Penan, di mana mereka dibiarkan berlapar, tanpa khidmat doktor-doktor, tanpa sekolah-sekolah atau tanpa sistem pengangkutan yang baik.
Kami juga ingin bertanya pada syarikat Sarawak Energy Bhd dan rakan-rakan kongsi mereka dalam Hydro-Tasmania apakah dasar mereka yang mendakwa bahawa pengurusan tanggungjawab sosial dan korporat mereka terhadap kaum Penan selaras dengan penanda aras yang diterima oleh protokol-protokol Kesatuan Tenaga Hidro Antarabangsa, yang akan bersidang pada tahun hadapan atau selaras dengan piawaian UNDRIP?
Mungkin Taib Mahmud sentiasa menganggap kaum Penan tidak wujud sama sekali di muka bumi Sarawak secara rasmi.
Laporan itu telah menjelaskan bahawa masyarakat kaum Penan itu telah banyak kali memohon untuk mendapatkan kad-kad pengenalan, kerana tanpa dokumen pengenalan diri sedemikian adalah mustahil bagi mereka memohon perkhidmatan-perkhidmatan asas dan juga pekerjaan. Namun wujudnya halangan secara rasmi.
Apa yang merisaukan, laporan itu mengesahkan bahawa ketika paras air mulai meningkat membanjiri rumah-rumah dan perkampungan mereka dan juga membanjiri tanah-tanah mereka, hanya mereka yang memiliki dokumen-dokumen pengenalan diri sahaja yang layak diberikan pampasan dan peruntukan untuk ditempatkan semula yang disediakan oleh Kerajaan. Malah terdapat amalan birokrasi bertentangan dengan hak-hak orang-orang ini.

Adakah ini merupakan suatu cubaan untuk menjimatkan wang dengan menafikan hak-hak orang-orang ini?
Adakah ini juga suatu cubaan untuk menghalang mereka dari menolak Abdul Taib Mahmud menerusi undi-undi mereka?
Atau adakah ini merupakan suatu balasan terhadap orang-orang Penan kerana mereka telah mengadakan tunjuk perasaan bagi mendedahkan ketamakan dan rasuah yang dilakukan oleh Taib Mahmud menerusi hadangan mengusir para pembalak, yang telah memperolehi publisiti di seluruh dunia?
Dari masa ke masa laporan itu menunjukkan bagai mana orang-orang ini, yang hidup di bawah paras sara hidup RM850 sebulan yang dianggap sebagai hidup di bawah paras kemiskinan di Sarawak, tiada menerima sebarang bentuk bantuan dari Kerajaan. Di segi perlindungan dan kediaman, mereka kata tiada sebarang bukti bahawa bantuan kerajaan memihak kepada mereka.
Kerajaan yang telah memusnahkan kehidupan dan budaya mereka juga tidak memperuntukkan sebarang pekerjaan pada mereka.
Selain tidak dibantu di segi bekalan makanan dan pendidikan, kini hutan mereka pula bertukar menjadi hutan mono-tanaman.
Bagai mana pula dengan bantuan pertanian untuk membolehkan mereka membantu diri sendiri?

Kaedah-kaedah penghapusan etnik yang dilakukan oleh Taib Mahmud secara halus telah mencemar imej Kerajaan Persekutuan, yang tetap enggan menyingkirkan pemimpin yang tamak dan haloba ini. Secara konsisten Kerajaan Persekutuan Malaysia telah meminta Taib berundur dari arena politik, dan kerap kali pula dia didengar berjanji untuk mengundurkan diri, tetapi dia masih berdegil dan tidak berganjak sekali pun.
Taib Mahmud dilihat ingin memusnahkan dan menghapuskan kebudayaan etnik yang unik di Sarawak itu dan merompak dari mereka apa yang ada, sebelum dia merasakan bahawa tugasnya selesai.
Dan Najib pula dilihat sebagai menyetujui usaha Taib. Dalam bajet yang dibentangkannya baru-baru ini, BN pimpinannya telah mengurangkan bajet peruntukan pendidikan sebanyak 80% pada Sabah dan Sarawak! Adakah ini merupakan tindak balas Perdana Menteri itu terhadap keadaan kaum Penan yang unik itu?

Penulis-penulis rasmi BN yang membuat laporan telah banyak mencemarkan imej bos mereka dengan mengetengahkan objektif dan analisa mengenai kaum Penan bahawa, 5 tahun sejak Murum dibina, 5 tahun setelah laporan-laporan ini dibuat dan sepatutnya diterbitkan untuk pengetahuan umum dan dirundingkan dan kemudian dipersetujui, namun laporan-laporan itu masih dianggap sebagai dokumen-dokumen rahsia.
Taib Mahmud juga mempunyai lima tahun untuk berbuat sesuatu mengenai keadaan ini dan menunjukkan sedikit perikemanusiaan dan bermurah hati dengan masyarkat ini yang telah mendiami bumi Sarawak jauh lebih lama dari generasi keduanya, namun dia memilih untuk menyaksikan mereka hidup dalam kebuluran dan (dia berharap) kaum ini akan pupus sama sekali.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih terhadap para penderma yang telah bermurah hati menderma kepada Tabung Kecemasan Murum. Kami akan menggunakan derma-derma ini untuk menyokong pembelian keperluan harian orang-orang Penan yang mendirikan hadangan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments