6 Oct 2012

PENGHAPUSAN KAUM! – Rahsia “Pelan Tindakan Penempatan Semula” Murum Didedahkan – LAPORAN EKSKLUSIF

This post is also available in: English, Iban

Kini kami dapat mendedahkan suatu laporan tentang apa yang dilakukan di sebalik kegiatan mendirikan bloked jalan di tapak Empangan Murum, di mana banyak lori telah dihalang bergerak oleh kaum Penan.
Kaum asli pemburu-pemungut hasil hutan yang miskin itu telah mengadakan bantahan dan bloked jalan sebagai tindak balas mereka setelah mengetahui butir-butir penempatan semula dan pembayaran pampasan, yang direka oleh Kerajaan Sarawak sebaik sahaja kampung halaman orang asal itu ditenggelami air empangan nanti.
Pelan-pelan penempatan semula itu telah dirahsiakan sehingga ianya dibocorkan kepada Sarawak Report pada awal minggu ini.

Kerahsiaan itu amat bertentangan dengan protokol-protokol antarabangsa, yang memerlukan perundingan dan pemakluman yang terperinci kepada orang-orang yang bakal terjejas sebelum bermulanya kerja-kerja pembinaan.
Sesalinan Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) yang kami terima itu menunjukkan cadangan-cadangan TIDAK mewakili sebarang bentuk pampasan yang adil terhadap masyarakat Penan yang telah menghuni kawasan-kawasan berkenaan sejak beberapa generasi dan yang telah kehilangan hutan and kehidupan kepada kegiatan pembalakan, ladang kelapa sawit dan tidak lama akan dibanjiri air empangan.

Di bawah pelan RAP itu, kaum Penan akan ditempatkan semula ke suatu kawasan yang asing dan terpencil di pinggir ladang kelapa sawit, di mana mereka tidak ada banyak harapan untuk bercucuk tanam dan berburu lagi.
Jumlah nilai pampasan yang dicadangkan itu terdiri dari elaun bulanan yang jauh lebih kecil dari paras kemiskinan di Sarawak, dan perkara sebegini amatlah memalukan!
Bantuan dari kerajaan negeri yang hanya RM500 untuk sebuah keluarga akan lupus setelah 4 tahun!

Pelan 168 muka surat itu, yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan bantuan Chemsain Konsultan Sdn Bhd, telah cuba mengandaikan ianya sahih di sisi undang-undang dan untuk makluman protokol-protokol antarabangsa.
Laporan itu turut memuatkan banyak janji, namun ianya tidak didedahkan, tiada khidmat nasihat, tiada latihan, tiada persekolahan, tiada bantuan perubatan, tiada bantuan untuk kaum ibu bersalin, tiada penambah-baik dalam mutu kehidupan dan tiada pampasan atau sumber-sumber pendapatan alternatif untuk kaum Penan.

Satu kelemahan dalam pelan-pelan itu, contohnya, adalah setiap keluarga Penan akan diperuntukkan seminina 14 hektar tanah huma di kawasan penempatan semula dan latihan pertanian yang baik untuk membantu mereka mengubah cara hidup dari pemburu-pemungut hasil hutan kepada masyarakat yang mampu menghasilkan makanan sendiri.
Pelan tindakan itu mendakwa bahawa rundingan penuh telah diadakan.
Pemberita kami, yang telah melawat banyak rumah panjang, telah mengetahui setelah dia melihat laporan itu, orang-orang Penan tidak mengetahui sama ada mereka akan dipampas atau sebaliknya.

Setelah menawarkan elaun yang jauh lebih kecil dari pendapatan peminta sedekah itu, Ketua Menteri Sarawak (yang telah digelar sebagai orang yang paling kaya di Malaysia bersandarkan pemusnahan hutan milik kaum Penan dan kaum-kaum) telah mengambil keputusan untuk menghentikan bantuan dari kerajaan negeri!
Kenyataan-kenyataan beridealistik dalam pelan RAP itu telah menawarkan janji-janji yang positif kepada kaum Penan oleh negeri yang perihatin sebagai balasan kesanggupan mereka menyerahkan hutan dan budaya mereka. Pada hakikatnya, orang yang paling bertuah akhirnya adalah Taib Mahmud!

Pemberita kami telah mengumpul beberapa kenyataan dari kaum Penan mengenai masalah-masalah mereka akibat angkara Taib Mahmud dan ketaksubannya pada pembalakan dan perladangan kelapa sawit.
Semua masalah ini telah diumumkan dalam pelan RAP yang dirahsiakan itu, yang melakarkan gambaran sebenar mengenai rintihan dan kesengsaraan kaum Penan. Kerajaan Sarawak telah berjanji untuk membantu kaum itu menjadi sebahagian dari rancangan penempatan semula Murum, namun sepanjang 5 tahun pembinaannya orang-orang ini telah dibiarkan belapar kerana hutan mereka telah berubah menjadi ladang kelapa sawit.

Apakah hak Taib Mahmud mengandaikan sesiapa akan percaya bahawa dia akan membantu mereka kini atau membantu mana-mana kaum asal di Sarawak di mana mereka ditempatkan semula untuk memberi laluan pembinaan banyak lagi empangan yang dirancangnya?
Di samping itu Sarawak Report memohon maklum balas dari Kerajaan Tasmania yang mana bekas Penasihat Kanan kepada Jabatan Tenaga Tasmania, Nick Wright, yang kini dilantik sebagai Timbalan Presiden Sarawak Energy Berhad, yang melaksanakan Tanggunjawab Korporat dan Sosial (termasuklah Rancangan Penempatan Semula ini).

Kenapakah Hydro-Tasmania, yang kini bekerjasama dengan SEB melaksanakan projek-projek empangan untuk SCORE, telah mengabaikan piawaian-piawaian asas dalam perundingan, telus dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan sosial semasa berurusniaga di Sarawak? Sarawak Report akan mendedahkan kandungan penuh Pelan Tindakan Penempatan Semula Murum, termasuk pendedahan-pendedahan mengenai rancangan SCORE cetusan minda gila Taib Mahmud.