Polis Mendakwa Bantuan Kemanusiaan Untuk Murum Adalah “Bertujuan Menghasut”

Bilangan anggota pasukan polis sedang ditambah di kawasan hadangan jalan oleh Penan di Murum. Semalam mereka telah menahan salah seorang pejuang NGO, yang datang membawa bekalan makanan dan mengumumkan bahawa sebarang bantuan kemanusiaan yang dihantar ke kawasan berkenaan adalah bertujuan “menghasut”.
“Ianya bukan suatu kesalahan jika dia telah menghantar bekalan itu ke rumah panjang kaum Penan”, kata seorang penguasa polis tempatan. Kenyataan seperti ini mungkin menunjukkan bahawa kaum Penan memang tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan sejak kawasan pemburuan mereka ditebang dalam kerja-kerja menerangkan kawasan tapak empangan dan bahawa separuh dari bilangan keseluruhan anak-anak kaum Penan mengidap gejala kekurangan makanan berzat berdasarkan laporan rasmi.

Namun, pegawai polis itu tetap mendakwa bahawa membekalkan sebarang makanan kepada para penentang secara terus adalah sesuatu yang dilarang.

Ketakutan kian memuncak dalam usaha kerajaan akan menentang para penghadang, yang memperjuangkan hak-hak kemanusiaan mereka, yang dibenarkan dalam Petubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang turut dianggotai oleh Malaysia.

Lapan perkampungan kaum Penan telah bersatu mendirikan hadangan jalan itu setelah mereka mengetahui mengenai Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) yang dibocorkan kepada komuniti mereka. Pelan ini telah dirahsiakan dalam tempoh masa pembinaan empangan itu, walaupun protokol-protokol antarabangsa yang mengatakan bahawa orang-orang asli seharusnya diberitahu sepenuhnya terlebih dahulu dan mereka pula harus bersetuju dengan cadangan-cadangan yang akan melibatkan dan menjejaskan masa depan mereka.
RAP itu turut memperuntukkan bayaran pampasan yang jauh lebih rendah dari indeks kemiskinan untuk setiap keluarga dan hanya akan dibayar selama empat tahun sahaja. Kawasan-kawasan penempatan semula yang diagihkan kepada mereka pula tidak mencukupi.

Justeru itu kaum Penan tersebut dengan segera mendirikan hadangan jalan dan membuat tuntuan mereka sendiri. Ini merangkumi bayaran sebanyak RM500, 000 untuk setiap keluarga, diberikan ekuiti dalam empangan dan diperuntukkan suatu kawasan penempatan semula yang lebih luas yang tidak diagihkan kepada mana-mana konsesi perladangan mono-kultur kelapa sawit.

Pada mulanya kerajaan BN mengumumkan bahawa isu itu telah diselesaikan. Wakil rakyat bagi kawasan itu, YB Liwan Lagang, tidak berkunjung ke kawasan itu untuk melihat sendiri keadaan yang sebenarnya sedang berlaku.

Kini jelaslah hadangan jalan itu tidak diroboh, maka YB Liwan Lagang dan menteri-menteri BN telah mula mengadu bahawa kaum Penan itu telah bertindakbalas berdasarkan “hasutan”, dan beralasankan pada andaian bahawa orang-orang Penan itu tidak mampu berfikir secara waras untuk diri mereka sendiri.
Secara kontrarinya, kaum Penan itu telah melakukan sesuatu apa orang lain lakukan. Mereka menentang untuk keberterusan kewujudan mereka sendiri.

Selama bertahun-tahun, menurut mereka, mereka telah dijanjikan dengan sesuatu yang mengelirukan mengenai apa yang akan dilakukan pada mereka, namun sebenarnya selama ini mereka telah dibiarkan dalam kegelapan mengenai pelan tindakan penempatan semula rekaan BN.
Mangsa-mangsa rancangan penempatan semula yang terdahulu, seperti kaum Iban di Batang Ai dan kaum-kaum asli lain di Bakun kini telah sedar bagaimana janji-janji BN itu telah hilang begitu sahaja. Kaum Penan di Murum kini tahu bahawa puluhan ribu orang-orang mereka akan dipindahkan dari empangan-empangan Baram, Baleh dan 12 lagi empangan yang dirancangkan, harus mengambil ikhtiar dan ikhtibar pada kaedah-kaedah yang akan digunakan ke atas mereka.

Dalam dokumen-dokumen Soal & Jawab yang didedahkan kepada pertubuhan-pertubuhan NGO pada minggu ini, Ketua Eksekutif berstatus jutawan dari Sarawak Energy Berhad, Torstein Sjotveit, warga Norway, telah mengatakan bahawa kaum Penan itu telah diberitahu terlebih dahulu dan telah bersetuju dengan bayaran pampasan yang mereka terima.

Juteru itu kami ingin tahu kenapakah tiada sebarang dokumen dibuat dalam bahasa Penan sebagai bukti persetujuan dengan mereka telah dicapai dan kenapa kesemua mereka mengatakan bahawa mereka masih keliru dan belum diberitahu terlebih dahulu semasa lawatan-lawatan para eksekutifnya dan bahawa janji-janji itu tidak wujud dalam pelan penempatan semula itu?
Dan jika kaum Penan dikatakan amat gembira menyambut rancangan penempatan semula yang tidak seberapa yang ditawarkan oleh Kerajaan BN itu, kenapakah ianya dirahsiakan dan kenapakah mereka kini bangkit mengatakan mereka belum melihat dokumen itu?

Dakwaan-dakwaan Tortsein Sjotveit itu sedang dianalisa oleh kumpulan-kumpulan NGO berdasarkan protokol-protokol antarabangsa. Dalam pada itu juga warga Norway itu telah terpapar pada akhbar-akhbar di negaranya dan dikaitkan dengan tuduhan-tuduhan rasuah
Pada hari Sabtu yang lalu akhbar Dagbladet di Norway telah melaporkan bahawa pertubuhan NGO Bruno Manser Fund telah mengemukakan aduan rasuah di Norway menentang Torstein Dale Sjotveit, seorang CEO yang bekerja dengan Sarawak Energy Berhad, dengan pemantau kegiatan rasuah Norway, Okokim, mengenai beberapa keluarbiasaan yang berlaku dalam rancangan apa yang dikenali sebagai “Sarawak Corridor of Renewable Energy” (SCORE).

Encik Torstein Sjotveit yang berpendapatan berjuta-juta dollar itu, telah mengatakan bahawa semua kontrak dengan Sarawak Energy Berhad diamalkan menggunakan “sistem tender terbuka” dan persoalan mengenai “hakmilik” ke atas syarikat-syarikat yang terbabit adalah “tidak relevan”. Sebagai respon mereka pertubuhan NGO itu memohon dikemukan juga butir-butir transaksi.
Jika Taib memilih untuk menggunakan kuasa polis untuk menahan kaum Penan Murum dan merobohkan hadangan atau menghalang bekalan makanan dihantar kepada mereka, yang kebanyakannya kaum wanita, usaha itu tidak akan dapat disembunyikan lagi.

Kerajaan BN Sarawak telah gagal untuk bertindak selaras dengan protokol-protokol ketelusan, rundingcara dan persetujuan semasa membina empangan-empangan di bawah deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak-Hak Orang-Orang Asli dan banyak lagi protokol yang mengikat Malaysia dan kebanyakan negara lain, sebagai mana diketahui oleh sesiapa yang membaca laman blog ini.
Sebagai tindak balasnya, penentangan kaum Penan di Murum adalah sesuatu yang sah di sisi undang-undang antarabangsa, mana kala tindakan yang diambil oleh kerajaan BN adalah sebaliknya.

Pada bulan Mei tahun 2013 nanti kesatuan International Hydropower Association (IHA) telah dijadualkan mengadakan persidangannya di Kuching, Sarawak, yang dijangkakan sebagai menandakan mereka mengamalkan tanggungjawab social dan korporat berkenaan pembinaan empangan, sebagai mana yang cuba diketengahkan oleh Torstein Sjotveit dan rakan-rakannya dalam syarikat Hydro-Tasmania dalam rancangan pembinaan empangan-empangan lain.

Kekerasan dan kekasaran terhadap kaum Penan yang bangkit menentang tidak lagi boleh dianggap sebagai meyakinkan bahawa perbuatan mereka itu adalah salah.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments