Lagi Kutukan Terhadap Taib Apabila WTK Dilabelkan Bertanggungjawab Menyebabkan Malapetaka Kayu Hanyut

Akhbar terlaris di UK, Daily Mail, telah menuliskan kutukan terhadap bank HSBC kerana dikatakan membiayai pemusnahan hutan di Sarawak dilakukan oleh Taib yang tamak haloba.
Pertubuhan NGO Global Witness telah mengeluarkan analisa utama yang menunjukkan bagaimana bank itu yang mendakwa dasar mereka adalah mesra-alam sebagai syarat mengeluarkan pinjaman kewangan, untuk syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan gergasi seperti Shin Yang, Ta Ann, WTK dan Sarawak Oil Palm.
Kesemua syarikat ini adalah kroni kepada Taib yang telah merosakkan Sarawak tetapi tidak dilaporkan, dan tidak pula mendatangkan apa-apa keuntungan kepada rakyat Sarawak sendiri atau membantu menjana ekonomi negeri.

Laporan itu mengesahkan status Taib sebagai penjenayah ekologi nombor satu dunia dan ianya juga membuktikan bahawa syarikat WTK bertanggungjawab penuh ke atas malapetaka alam sekitar kayu hanyut yang memenuhi Sungai Rajang sepanjang 30 batu yang telah menggemparkan media di seluruh dunia dalam tahun 2010 dahulu.
Jabatan Hutan Sarawak tidak mengeluarkan kenyataan yang terperinci mengenai malapetaka itu tetapi menuduh pembalakan tanpa lesen sebagai punca malapetaka itu. Namun, Global Witness mengatakan bahawa analisa menerusi imej-imej satelit adalah bukti menunjukkan kawasan pembalakan WTK adalah punca sebenar, tetapi mereka tidak dihukum atau lesennya tidak digantung.
Global Witness dapat mengesahkan bahawa kedua-dua orang anak perempuan Taib Mahmud merupakan pemegang utama saham-saham dalam WTK, sebagai mana adiknya, Tufail Mahmud, seperti yang dilaporkan dalam Sarawak Report suatu masa dahulu. Adakah ini merupakan alasan bahawa malapetaka kayu hanyut itu tidak dilaporkan secara terperinci oleh Kerajaan Negeri Sarawak?
WTK juga didapati telah melanggari undang-undang di Papua New Guinea, dan Amazon, di mana syarikat tamak itu dan para pemegang saham-sahamnya yang terdiri ddari ahli-ahli keluarga Taib didapati cuba memperluaskan operasi pembalakan mereka.

Kerana penglibatan anak-anak perempuan Taib dan juga Tufail Mahmud dalam WTK, Global Witness boleh menunjukkan bahawa bank HSBC yang meminjamkan wang kepada mereka telah didakwa melanggari undang-undang pengubahan wang kepada Individu Politik Yang Dikenalpasti (PEP). Begitu juga dengan pelaburan di syarikat gergasi, Ta Ann, kerana pengerusinya, Abdul Hamed Sepawi (iaitu sepupu kepada Taib) juga dikenalpasti sebagai seorang PEP.

Apa yang menghairankan, dalam penemuan itu, adalah bagaimana lesen pembalakan Shin Yang di Ulu Belaga, adalah merupakan suatu kawasan yang telah diperuntukkan sebagai Taman Negara di tengah-tengah kepulauan Borneo, tetapi sejak 2005 kawasan itu telah dimusnahkan, terima kasih kepada Taib Mahmud kerana mengeluarkan lesen kepada syarikat berkenaaan.
Laporan itu juga menceritakan bagaimana orang-orang tempatan telah dan sedang diancam oleh samseng-samseng upahan syarikat seperti Shin Yang, dan laporan itu juga mengatakan bagaimana syarikat-syarikat itu sering menyogok orang-orang tempatan untuk mengundi Barisan Nasional sebagai salah satu usaha mereka mengekalkan kekuasaan Taib untuk mempastikan keberterusan pemusnahan hutan yang mereka kerjakan.

Malah laporan itu turut mendedahkan bagaimana bank HSBC telah meminjamkan wang RM3.6 juta kepada keluarga Ling untuk dilaburkan dalam kegiatan-kegiatan itu. Di suatu permisalan gejala rasuah yang melanda Sarawak, Global Witness membuktikan bahawa bekas Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Leo Chai, telah dihadiahkan sebahagian besar dari anak syarikat Shin Yang, lantaran memberikan keuntungan dari kesemua lesen yang dikeluarkan kepada mereka.

Sebuah lagi syarikat gergasi perladangan kelapa sawit yang dimuatkan dalam laporan Global Witness itu adalah Sarawak Oil Palm yang dikendalikan oleh anak Timbalan Ketua Menteri Sarawak Alfred Jabu, iaitu Gerald Rentap Jabu, jelas merupakan satu lagi contoh percanggahan kepentingan yang ketara.
Global Witness memperincikan kesan-kesan pemusnahan alam sekitar yang dilakukan oleh syarikat Sarawak Oil Palm sejak beberapa tahun ini, terima kasih pada lesen perladangan yang dianugerahkan oleh Taib Mahmud.

Sarawak Oil Palm merupakan sebuah lagi syarikat yang menikmati pinjaman daripada bank HSBC. HSBC telah menganjurkan sebuah sidang media yang bertemakan Alam Sekitar dan Media di Kuching dalam tahun 2005. Adakah usaha ini suatu muslihat untuk membersihkan imej ‘hijau’ Sarawak atau adakah ianya suatu peluang untuk membantu Taib Mahmud meranapkan hutan dan alam sekitar Sarawak?
Di segi pemanasan global yang disebabkan oleh pengeluaran karbon berlebihan yang dilakukan oleh Sarawak Oil Palm yang telah memusnahkan alam sekitar, laporan itu tidak berkompromi.
Global Witness juga mendedahkan bahawa syarikat Ta Ann sebagai peminjam daripada HSBC walaupun syarikat itu (yang dimiliki oleh Abdul Hamed Sepawi, sepupu pada Taib Mahmud) bukannya mesra-alam sebagaimana yang didakwanya. Namun Ta Ann terus berusaha untuk mencari hutan dara untuk diterokai di Tasmania dan sekali lagi mendakwa hasil tebangan itu sebagai mesra-alam.
Laporan itu juga mengenalpasti Abdul Hamed Sepawi sebagai seorang lagi PEP seperti HSBC yang boleh dikaitkan dengan jenayah pengubahan wang, yang seharusnya menjadi suatu kerisauan bagi kerajaan Tasmania yang telah sekian lama mengadakan urusniaga dengannya.

Sememangnya laporan-laporan Global Witness merumuskan secara padat bagaimana Abdul Taib Mahmud dan ahli-ahli keluarga terdekatnya boleh dan seharusnya dikenali sebagai musuh alam sekitar bukan sahaja terhadap alam sekitar dan rakyat Sarawak, tetapi mereka juga merupakan ancaman ke atas sebarang kawasan berhutan di bumi ini.
Bersempena hadirnya Taib ke forum ITTO di Jepun pada awal minggu ini, dia seharusnya dilayan sesuai dengan pengikhtirafan antarabangsa ke atas status negeri pariahnya terhadap alam sekitar.
Institusi kewangan antarabangsa, HSBC, telah mengaut keuntungan mencecah £100 juta dari meminjamkan wang kepada syarikat-syarikat pembalakan dan perladangan Malaysia yang telah menjejaskan alam sekitar dan melanggari hak-hak asasi manusia, menurut NGO itu lagi.

Siasatan Global Witness juga mendapati HSBC mengeluarkan pinjaman kepada syarikat-syarikat yang disuspek terbabit dengan rasuah di Sarawak, Malaysia.
Rantau itu mengekspot kayu hutan tropika lebih banyak berbanding Amerika Selatan dan Afrika digabungkan dan pinjaman HSBC kepada syarikat-syarikat pembalakan itu telah menjana pendapatan sekurang-kurangnya £80 juta dalam bentuk faedah dan yuran.

NGO itu mendakwa bahawa syarikat-syarikat itu telah meranapkan kesempurnaan alam semula jadi Borneo dan mengancam orang-orang aslinya.
Buat masa ini syarikat-syarikat ini sedang menebang suatu kawasan seluas tiga kali ganda negara Norway.

Dalam laporan Global Witness yang bertajuk ‘In the Future There Will Be No Forests Left [Di Suatu Ketika Nanti Tiada Hutan Untuk Ditebang Lagi]’ telah mencadangkan bahawa HSBC harus disabitkan dengan jenayah pengubahan wang kerana penglibatannya dengan sektor perhutanan Malaysia yang korup.

Memandangkan negeri Sarawak ditadbir oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud, yang sedang disiasat oleh pihak SPRM negaranya, HSBC juga boleh disabitkan bersama.
Taib dikatakan menggunakan kuasa mutlak politiknya untuk mengawal lesen-lesen pembalakan untuk menjana keuntungan dan pendapatan kepada ahli-ahli keluarganya dan juga kenalannya, menurut laporan NGO itu lagi.

Global Witness berkata mereka kini mempunyai bukti yang amat kukuh yang menunjukkan bahawa Taib Mahmud dan ahli-ahli keluarganya dan juga kenalan-kenalannya terlibat dalam jenayah rasuah yang bersistematik dan juga jenayah pengubahan wang.
Laporan itu menamakan empat buah syarikat pembalakan yang disabitkan dengan HSBC yang telah melanggari peraturan-peraturan perhutanan bank berkenaan dalam tahun 2004, yang mensyaratkan bahawa operasi mereka harus disahkan oleh Suruhanjaya Pengawal Hutan (FSC). Tiada satupun di kalangan syarikat-syarikat itu mendapat pengesahan sedemikian.
Syarikat-syarikat itu termasuk:

• Kumpulan Shin Yang, yang dituduh menebang kawasan hutan hujan yang ditetapkan sebagai taman negara. Masyarakat tempatan yang terjejas dan bekas pegawai mereka mendakwa syarikat itu mengupah gerombolan samseng untuk menakut-nakutkan mereka yang ingin menyuarakan kegiatan kumpulan itu.
• Sarawak Oil Palm Berhad, yang dituduh menerangkan kawasan hutan paya bernilai tinggi untuk menanam kelapa sawit, yang kemudiannya menghasilkan gas rumah hijau dalam kuantiti yang banyak ke udara.
• Kumpulan WTK telah didapati memusnahkan tengah-tengah kepulauan Borneo – yang seterusnya mengakibatkan bebarapa siri tanah runtuh yang kemudiannya menyekat aliran sepanjang 50 km pada sungai terpanjang di Sarawak pada tahun 2010.
• Kumpulan Ta Ann yang menerangkan kawasan hutan hujan yang menjadi habitat orang-utan yang kini didapati semakin pupus.
Menurut jurucakap NGO Global Witness, HSBC telah memperniagakan komitmen-komitmen ini di mata awam, namun mereka gagal mengamalkan apa yang mereka dokumentasikan. Bank itu harus menyingkirkan klien-klien mereka itu dan tampil ke hadapan dengan segera untuk membayar pampasan dan gantirugi kepada mangsa-mangsa pemusnahan hutan yang mereka lakukan dengan bantuan bank berkenaan.
Seorang wakil HSBC pula berkata: HSBC tidak boleh membincangkan mengenai klien atau bekas klien mereka, sama ada mereka itu individu ataupun badan korporat, atas alasan sulit – berbuat demikian adalah melanggari undang-undang.’
Menurut HSBC lagi, mereka ingin meneliti laporan mengenai perhutanan di Sarawak dan akan menhormati segala bukti impak ke atas sosial dan alam sekitar dan akan mengambil sebarang tindakan di mana perlu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments