Bos-Bos BN Berebut Hasil Rampasan Tanah NCR! - EKSKLUSIF

Berebut tanah NCR – Adik Taib, Raziah Mahmud (kanan) dan MP BN kepada Taib, Aaron Dagang

Para pemilik tanah NCR di Sampadi telah mempelajari bahawa tiada apa yang boleh dipercayai apabila berada di tangan BN, kini dengan tercetusnya pertelingkahan di kalangan orang-orang kanan dalam BN yang berebut tanah-tanah NCR yang mereka rampas.

Dalam bulan Julai yang lalu terdapat seramai 12 orang penduduk Kampung Gerunggang telah mengambil keputusan untuk menjualkan sebahagian dari tanah-tanah NCR mereka kepada seorang pembeli yang berminat.

Pembeli yang berminat itu adalah seorang ahli politik BN. Aaron Dagang adalah Ahli Parlimen dari PRS bagi kawasan Kanowit yang akan mempertahankan kerusi parlimennya pada pilihanraya umum akan datang.

YB Aaron Dagang sering ingat bahawa gajinya untuk berkhidmat untuk kawasan pilihanrayanya tidak mencukupi dan mengambil keputusan untuk mendapatkan tanah-tanah NCR dari para pengundinya pada harga yang murah yang kemudiannya akan memberikan pulangan yang lumayan pada dirinya.

Perjanjian berikut menunjukkan bagaimana dia merancang untuk membeli 77 ekar tanah, terletak tidak jauh dari Kuching, dengan harga RM231,000, yang kemudiannya akan dibangunkan menjadi tanah perladangan kelapa sawit. Dengan harga yang dibida oleh adik Taib Mahmud, iaitu Onn Mahmud yang ingin menjualkan ladangnya pada harga RM31,000 seekar, tanah belian Aaron itu pula bakal memberikan keuntungan sepuluh kali ganda padanya.

Dari perjanjian yang telah dicapai antara MP PRS Aaron Dagang untuk membeli 77 ekar tanah NCR darpada orang-orang Kampung Sampadi

Maka, Aaron mungkin telah merasa berpuas hati dengan cara dia mempercayai orang-orangnya, yang telah memilih BN dan kemudiannya menjual harta pusaka mereka kepadanya dengan harga yang amat murah.

Didorong oleh kecerahan harga jualan semula yang baik dan setelah mendengar nasihat Jabatan Tanah dan Survei, orang-orang kampung itu telah membelanjakan wang yang banyak untuk memetakan tanah-tanah NCR mereka dan mereka seterusnya diberitahu bahawa tanah mereka itu ditandakan sebagai Plot 155 di Blok 8 Daerah Sampadi.

‘Blok 154’ – pemetaan yang mahal untuk membuktikan pembaziran wang!

‘Ditukar’ dengan Lot 154 – Lot 155 yang pada asalnya dimiliki oleh orang-orang kampung telah diserap tanpa sebarang pemberitahuan atau bayaran pampasan!

Namun sebaik sahaja kedua-dua belah pihak ingin memulakan proses jual-beli tanah atas Lot 155 Blok 8 Tanah Daerah Sampadi, kedua-dua belah pihak telah terkejut dengan suatu penemuan. Sebenarnya Lot 155 telah hilang dari rekod secara tiba-tiba!

Setelah banyak kajian dijalankan dan setelah beberapa minggu kemudian maka timbullah hakikat bahawa lot yang ingin diniagakan itu telah ‘ditukar’. Menurut catatan yang terdapat dalam Pendaftar Tanah, lot berkenaan kini adalah sebahagian dari Lot 154.

 

Kini Lot 154 yang lebih luas itu telah diberikan Jabatan Tanah dan Survei kepada sebuah syarikat dalam tahun 2010.

Ini bermakna orang-orang kampung itu bukan lagi menjadi pemilik sah ke atas tanah-tanah NCR yang ingin mereka niagakan itu. Malah mereka tidak pernah diberitahu mengenainya ataupun menggalakkan mereka membelanjakan secara sia-sia sejumlah wang yang banyak untuk rancangan yang sia-sia itu!
Maka, siapakah orang yang amat berpengaruh yang telah berjaya melakukan pembahagian tanah pada Pendaftar Tanah tanpa memberitahu apa-apa kepada pemilik sah tanah-tanah NCR itu?

“Ditukar” – pembahagian yang ditulis tangan dalam Pendaftar Tanah telah memadamkan hakmilik orang-orang kampung dan kemudiannya memberikan tanah itu kepada Raziah Mahmud!

Carian dalam Pendaftar Tanah menunjukkan bahawa dalam tahun 2010, Lot 154 (kini merangkumi bekas Lot 155) telah dijual oleh Jabatan Tanah dan Survei dengan nama ‘tanah milik negeri’ kepada sebuah syarikat bernama Saradu Plantation, yang mengusahakan penanaman pisang. Syarikat itu dahulunya dikenali dengan nama Emerald Discovery:

Saradu Plantation, dahulunya dikenali sebagai Emerald Discovery, diuruskan dari pejabat-pejabat Raziah Mahmud di Kuching

Saradu Plantation telah mendapat faedah dari beberapa jualan menerusi Jabatan Tanah dan Survei, menurut salinan yang dibocorkan dari Pendaftar Tanah, yang telah membolehkan kami mendedahkan siapakah sebenarnya penerima faedah dan keuntungan dari Kementerian Perancangan dan Sumber Taib Mahmud selama 30 tahun.

 

 

Jika ada yang masih meragui siapakah yang mengendalikan Saradu Plantation, marilah kita kaji masukan dokumen yang dibocorkan kepada kami ini.

Saradu Plantation, mulanya dikenali sebagai Emerald Discovery Sdn. Bhd. disenaraikan dalam Daftar Tanah sebagai dimiliki oleh Raziah Mahmud

Adik Taib, Raziah Mahmud adalah orang yang disenaraikan sebagai orang yang boleh dihubungi di dalam syarikat berkenaan. Pada kes mengenai Lot 154 Blok 8 Daerah Sampadi itu tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Raziah pernah membayar apa-apa untuk mendapatkan tanah itu.

BAYARAN SIFAR! – 170 hektar ‘Tanah Negeri’ telah diserahkan kepada Saradu yang turut merangkumi 77 ekar tanah NCR milik orang-orang kampung!

Anak perempuan Raziah, Elia Khadijah Abas adalah seorang Pengarah – pemegang terbanyak saham dalam syarikat Organic Treasure Sdn Bhd yang sebahagian besarnya dimiliki oleh ibunya, Raziah Mahmud dan suami, Robert Geneid

Raziah Mahmud kini mengambil berat bahawa anak perempuannya itu harus menjadi seorang yang kaya, walaupun muslihat itu telah menafikan hak ke atas tanah pusaka orang-orang kampung Gerunggang untuk mendapat sedikit keuntungan dari jualan tanah-tanah mereka itu.

Dengan pilihanraya yang semakin hampir, sudah tentu para pengundi BN akan mula memikirkan adakah bijak bagi mereka untuk memilih semula dan melantik semula keluarga tamak Taib Mahmud sebagai pemerintah mereka?
Lagipun Taib Mahud telah menyalahgunakan kuasanya dengan membenarkan perampasan tanah-tanah NCR sesuka hatinya. Lagipun, kenapa dia begitu bersungguh-sungguh menjawat banyak jawatan selain jawatan Ketua Menteri, tetapi juga sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Sumber, suatu kedudukan untuk membolehkannya mengendalikan tanah-tanah di negeri Sarawak?

Bagi seorang yang tua dan uzur, untuk menjawat tiga jawatan menteri yang penting adalah tidak masuk akal dan bersifat luar biasa.

Namun, banyak kajian kami membuktikan, sejak selama 30 tahun Taib telah menggunakan kuasa luar biasa ini untuk merampas lebih dari separuh kawasan hutan negeri Sarawak untuk keluarganya, penyokong-penyokong politiknya dan juga kroni-kroni perniagaannya.

Para pendudukan Kampung Gerunggang merupakan mangsanya yang terkini.

Kini banyak persoalan ditimbulkan bagaimana adiknya, Raziah Mahmud berjaya mendapatkan tanah itu sebagai terpapar pada dokumen dari Pejabat Pendaftar Tanah itu. Ada yang mengandaikan kaitan Raziah dengan Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Menteri Perancangan dan Sumber, yang terkenal sebagai kaya secara luar biasa, mungkin salah seorang yang membantunya mendapatkan tanah-tanah NCR itu.

Awang Tengah kini telah kami kenalpasti sebagai perampas tanah sebagaimana yang pernah kami laporkan dalam Sarawak Report dahulu. Kami ingin menggesa pada orang ramai untuk menyingkirkan golongan orang yang berpengaruh yang tamak haloba ini menggunakan undi dan menggantikan mereka dengan sebuah lagi pemerintah yang baru secara berperlembagaan?

Dari 2010-2070 – tanah itu sah dimiliki oleh Saradu Plantation pada kos sifar, selain membayar sewa tanah sebanyak RM425 setahun sahaja!

Hidup yang amat mewah bagi keluarga Geneid, yang telah berjaya merompak kawasan tanah yang lebih luas dari pulau Singapura dari negeri Sarawak

YB MP Aaron Dagang kini sudah naik angin setelah dia mengetahui bahawa usahanya untuk mendapatkan tanah telah diganggu oleh muslihat Raziah, yang telah berjaya bukan sahaja mendapatkan tanah dengan harga yang lebih rendah malah secara percuma menggunakan pengaruhnya di Jabatan Tanah dan Survei!
Kini Aaron telah mendapatkan peguam untuk mendapatkan balik tanah Lot 155 untuk dikeluarkan dari milikan lesen Saradu.

Sementara budak-budak buli dalam BN bersengketa sesama sendiri ke atas sebidang tanah ini, kes ini telah menimbulkan rasa risau pemilik-pemilik lain tanah NCR di Kampung Gerunggang.
Kami difahamkan bahawa selebih 170 hektar tanah dalam blok 154 Blok 8 Sampadi itu juga sedang giat diusahakan oleh pemilik-pemilik tanah NCR itu, yang sehingga kini tahu bahawa keluarga Raziah akan memusnahkan kebun getah dan dusun buah-buahan mereka agar kemudiannya akan ditanam dengan pisang.

Orang-orang di Sampadi kini telah mendapat suatu amaran dan begitu juga orang-orang di Kanowit, di mana Aaron telah dipilih semula mewakili mereka dalam tahun 2008 tanpa sebarang penentangan dari pihak pembangkang. Jika orang-orang tempatan tidak mengambil sebarang tindakan pada pilihanraya kali ini, tanah-tanah NCR mereka juga akan turut hilang.

Kedua-dua daerah (Sampadi dan Kanowit) kini mempunyai kehadiran pembangkang yang kuat yang kini menuntut suatu perubahan harus dilakukan, sebelum termusnahnya saki baki kayu balak dan tanah NCR dilakukan oleh keluarga Taib, yang kebanyakan dari mereka kini bercuti di luar negara.

Taib Mahmud sememangnya menipu, tetapi pengundi yang nekad harus dapat menentang penipuan itu.

Sudah tiba masanya untuk menyelamatkan Sarawak dari “dasar pembangunan” yang dilakukan oleh Taib si perampas tanah?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments