Lagi Soalan-Soalan Untuk Timbalan Presiden SEB Dari Tasmania Perihal Tanggungjawab Korporat Dan Sosial

Nick Wright yang juga terlibat dengan penempatan semula kaum peribumi

Nick Wright merupakan rakyat Australia yang berasal dari wilayah Tasmania yang bertindak selaku Timbalan Presiden dalam Sarawak Energy Berhad (SEB) yang bertanggungjawab penuh mengendalikan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi syarikatnya itu.

Dia bertanggungjawab ke atas rancangan penempatan semula puluhan ribu orang peribumi Sarawak yang terjejas akibat pembanjiran empangan-empangan hidro di 12 batang sungai utama Sarawak. Maka, kita ingin mendengar pandangan Nick Wright mengenai insiden kaum Penan yang telah mendirikan hadangan atau sekatan jalan menuju ke tapak pembinaan empangan Murum suatu ketika dahulu.

Setelah lima tahun projek empangan ini dilaksanakan dan tinggal beberapa bulan lagi untuk disiapkan, kaum peribumi ini belum lagi diajak merundingkan secara sempurna dan penempatan mereka tidak diketahui hujung dan pangkalnya. Hak-hak ini sememangnya diikhtiraf secara antarabangsa yang turut dimeterai oleh Australia dan Malaysia dan kini terdapat lebih 60 buah NGO dari Malaysia dan seluruh dunia telah menandatangani beberapa petisyen membantah projek berkenaan.

Orang-orang ini harus diwakili oleh peguam yang dibayar oleh kerajaan negeri dan kerja pembinaan empangan harus digantung buat seketika sehingga kata sepakat dicapai.

Adakah Nick Wright akan mengambil kira hadangan jalan yang didirikan yang kemudiannya telah mengheret wakil-wakil kaum Penan ke sidang media sebagai suatu helah menunjuk-nunjukkan mereka menyampaikan sejumlah bantuan kewangan dan kemudiannya menganggap isu itu selesai begitu sahaja?

Bagi kaum peribumi yang telah lama diabaikan ini yang kurang di segi ekonomi, pemberian RM3.4 juta kepada mereka (sebagai ganti rugi kemusnahan tapak-tapak perkuburan) boleh menganggap pemberian itu sesuatu yang sukar ditolak. Namun di manakah peguam-peguam yang mewakili mereka untuk merundingkan pemberian itu dan apakah peruntukan-peruntukan yang telah dirangka untuk masa depan mereka yang mana segala kehidupan dan budaya mereka telah dimusnahkan?

Jika mereka telah diberikan akses yang mencukupi dan sempurna, jumlah pemberian RM3.4 juta itu tidaklah seberapa nilainya untuk menjamin masa depan generasi mereka. Dan, sememangnya sebarang jumlah wang yang dibayar kepada mereka harus diperuntukkan dan dilaburkan menggunakan khidmat golongan professional bagi menjaga kepentingan mereka. Sebenarnya kini telah timbul kerisauan apakah yang bakal mereka dapat dengan pemberian RM3.4 juta itu!

Aras tanggungjawab sosial korporat yang tinggi? Apa yang ada kini adalah SEB hanya bercakap kosong sahaja.

Perlantikan Nick Wright adalah sebahagian dari proses peminjaman tenaga mahir dari syarikat Hydro-Tasmania milik kerajaan Tasmania, yang dianggap “perlu” untuk melaksanakan projek-projek SCORE cetusan minda Taib Mahmud, menurut SEB.

Bryan Green membantu Taib menjalankan kempen politiknya yang seterusnya menyokong kegiatan Ta Ann di Tasmania.

Wright datang dari Jabatan Tenaga di Tasmania yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menterinya, Bryan Green, seorang penyokong yang bersuara lantang mengenai kontroversi pembalakan di wilayah itu yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembalakan dari Sarawak yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak, Ta Ann.

Sebenarnya Ta Ann telah membina dua buah kilang kayu di Tasmania sejak 2008, di mana Pengerusinya Abdul Hamed Sepawi (sepupu Abdul Taib Mahmud) telah secara berseloroh mengatakan dia sememangnya telah mengambil kira membina salah sebuah dari kilang-kilangnya di kawasan pilihanraya Bryan Green, dan sebuah lagi di kawasan pilihanraya Perdana Menteri, Paul Lennon!

Hydro-Tasmania telah cuba menunjukkan bahawa peminjaman tenaga mahirnya kepada SEB adalah penting untuk menjayakan SCORE, yang sekadar terdiri dari menawarkan khidmat nasihat, sebagai mempastikan bahawa Sarawak mula mengendalikan projek-projek yang boleh diterima di segi pengurusan CSR.

Jika itu yang diharapkan, apakah pencapaian Nick Wright dalam memurnikan lagi proses-proses yang sepatutnya dilaksanakan?

Dia tiba di SEB dalam tahun 2010 dan mengendalikan CSR pada bulan Januari 2011. Namun setelah hampir dua tahun kemudian sehingga Sarawak Report membocorkan salinan bagi apa yang mereka namakan Pelan Tindakan Penempatan Semula, yang seharusnya mereka terbitkan untuk diteliti umum SEBELUM pembinaan empangan itu dimulakan.

Kami ingin bertanya, kenapakah ianya dibiarkan kepada kami untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab Nick Wright untuk mempastikan bahawa hak-hak kaum peribumi Sarawak dihormati, dan kenapakah kami dibiarkan menunggu jawapan daripadanya, yang sepatutnya bertindak selaku Ketua Perhubungan, berkenaan perkara ini?
Apa yang begitu ketara yang dibangkitkan dari salinan yang terbocor itu adalah bentuk pampasan yang direka oleh SEB dan juga Kerajaan BN Sarawak, adalah suatu penganiayaan kepada orang-orang yang terjejas oleh projek itu yang tiada harapan cerah untuk komuniti mereka.

Para penentang yang marah setelah pendedahan kami

Pada beberapa minggu yang lalu, bangkit suatu bentuk bantahan dari kumpulan-kumpulan NGO Malaysia mengenai pelanggaran hak-hak asasi orang peribumi di Murum itu, dan sekali lagi kami ingin bertanya pada Nick Wright, kenapakah isu ini tidak diselesaikan awal-awal lagi? Isu-isu yang utama adalah kaum peribumi itu tidak mahu hutan mereka ditebang dan kemudiannya dibanjirkan dengan air empangan, dan ini tidak diselesaikan sebagaimana sepatutnya.

Di bawah protokol-protokol Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), pandangan orang-orang peribumi hendaklah dihormati. SEB dan Kerajaan BN Sarawak seharusnya mendebatkan usul bantahan kenapa empangan sedemikian tidak diperlukan kerana ianya sememangnya akan menjejaskan alam sekitar yang teruk.

Namun, tiada alasan yang paling baik untuk membina empangan Murum itu, kerana ianya semata-mata bagi memenuhi impian ‘pengindustrian gergasi’ Taib Mahmud. Sarawak kini sudah menjana tenaga elektrik hidro yang berlebihan sebagaimana diramalkan untuk masa hadapannya.

Untuk menangkis tuduhan yang kononnya melulu?

Nampaknya peranan Nick Wright hanyalah menuruti kehendak majikannya untuk menjadikan SEB boleh diterima sebagai ahli lembaga dalam International Hydropower Association (IHA), yang bercadang untuk menganjurkan Persidangan Tahunannya di Kuching, Sarawak pada tahun 2013 nanti
Nick Wright dan ketuanya berbangsa Norway, Torstein Sjotveit (yang menerima gaji tahunan berjuta-juta ringgit dari SEB)seharusnya menghormati hak-hak kaumPenan yang telah mendapat sejumlah yang kecil dari projek gergasi bernilai beratus-juta ringgit itu.

Langkah pertama, kaum Penan harus diwakili oleh khidmat guaman yang dibayar sepenuhnya oleh kerajaan negeri. Urusan rundingan antara orang-orang politik dan ‘perwakilan komuniti’ yang menggunakan pemberian wang tunai harus dihentikan.

Langkah kedua, menggantung pembinaan empangan buat sementara waktu sehingga persetujuan telah dicapai.

Langkah ketiga, mempastikan semua penduduk peribumi diberikan akses pada hak kelahiran mereka dengan mengeluarkan kepada mereka dokumen-dokumen pengenalan diri yang telah sekian lama tidak dipedulikan, dan hak-hak didaftarkan sebagai pengundi.

Selepas dua tahun hidup tanpa berbantu, kini barulah bantuan dihantar.

Keengganan Taib Mahmud untuk mengikhtirafkan hak-hak kaum peribumi ini yang menjadi mangsa pembalakan rakus dan rampasan tanah melambangkan betapa buruknya rejimnya menentang hak asasi manusia.

Nick Wright dan Hydro-Tasmania pula tidak berhak mengakui bahawa mereka mengikuti “tahap tanggungjawab sosial dan korporat paling tinggi” sehingga mereka dapat mengikuti langkah-langkah asas yang disarankan di sini.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments