Maka Siapakah Yang Taib Katakan Sebagai Pembohong?

Tahun lalu, Abdul Taib Mahmud pernah menamakan Sarawak Report sebagai pembohong kerana telah menarik perhatian umum pada hakikat bahawa dia telah memusnahkan hampir keseluruhan hutan hujan tropika di Sarawak.
Kami telah melaporkan bahawa terdapat kurang dari 5% hutan dara yang tinggal dan baki itu pula terus ditebang.
Namun Ketua Menteri itu terus mendakwa bahawa 70% hutan dara di seluruh negeri Sarawak masih tidak disentuh!
Jika dakwaan itu tidak menyedihkan, ianya mungkin boleh dijadikan bahan gurauan.

Namun Taib dan gerombolannya terus mendakwa bahawa maklumat satelit dan perangkaan antarabangsa yang digunakan untuk menyokong peratusan yang tidak masuk akalnya itu dan mengatakan bahawa Sarawak Report telah mengada-adakan maklumat yang “salah dan mengelirukan”.
Adik iparnya yang tamak haloba, Robert Genied, yang telah menguasai Mulu dan yang meraih keuntungan menerusi lesen-lesen pembalakan yang luas ke atas bekas kawasan pembalakan, telah juga menubuhkan yayasannya sendiri ‘ bagi menyokong alam sekitar’. Adakah itu sebagai suatu bahan gurauan keluarganya?
Namun, Taib kini mendapati sukar untuk mencari seseorang yang boleh dia percaya untuk menyokong kedudukannya. Bercanggah dengan itu pendapat umum antarabangsa kini sedang berkembang dalam menyokong kritikan kami dan kerisauan terhadap kerakusannya memusnahkan hutan negerinya sendiri dan menafikan hak asasi rakyatnya sendiri.
Dengan penerbitan sebuah rencana secara eksklusif oleh majalah The Economist pada minggu lalu, adakah Taib akan mengadu bahawa majalah itu juga sebagai pembohong?
Rencana yang dimuatkan di dalam The Economist itu adalah berdasarkan siasatan terperinci yang dijalankan oleh NGO alam sekitar yang paling berwibawa mengenai keadaan sebenar di Sarawak, Global Witness.

Global Witness kini telah menerbitkan salah sebuah dari banyak laporan ke atas pemusnahan hutan negeri yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Abdul Taib Mahmud. Ianya memfokuskan pada peminjaman kewangan berhipokrit pihak institusi kewangan, yang kononnya menyokong amalan penjagaan alam sekitar namun mereka membantu kegiatan pembalakan rakus, seperti bank HSBC.
Maka, adakah Taib akan mengadu bahawa Global Witness itu juga sebagai pembohong?

Dalam laporan Global Witness, mereka mengulangi semua kritikan dan tuduhan menentang Taib bahawa Sarawak Report telah menarik perhatian umum dan NGO itu telah mendedahkan perangkaan yang amat mengejutkan banyak pihak.

Ketua Menteri itu mungkin tidak akan menerima semua kritikan kami dan penolakan semua dakwaan mesra-alamnya berbanding analisa yang dibuat oleh Global Witness itu.
Pada hari Isnin ini Taib akan ke Tokyo dan berhadapan dengan suatu keadaan yang memalukannya apabila dia dijadualkan akan memberikan ucapannya mengenai rekod-rekod pembalakannya di persidangan UN yang ditaja oleh ITTO.

Bagaimanakah dia akan mempertahankan rekod-rekod buruknya di hadapan penontonnya yang terdiri dari NGO dan para pakar yang telah berhempas pulas memelihara baki hutan dunia? Ingat, baki hutan hujan tropika di Sarawak hanyalah 0.5% sahaja tetapi ianya merupakan penyumbang terbesar kayu balak ke pasaran dunia mengatasi Amazon dan Afrika yang digabungkan dalam tahun 2010!
Kebanyakan hasil kayu keras ini telah dijadikan papan lapis bermutu rendah, apabila pembalakan yang lebih terkawal akan menentukan harga yang baik untuk mutu yang baik juga.
Pertubuhan Bruno Manser Fund, yang telah mendedahkan kerakusan Taib Mahmud dalam pembalakan dan yang telah juga melancarkan Kempen Hentikan Pembalakan pada tahun lalu, telah mengeluarkan suatu cabaran ke atas ITTO dengan mempersoalkan kenapakah Taib dijemput untuk berucap sedangkan ‘Ketua Samseng Pembalakan’ ini telah gagal melaksanakan dasar-dasar pembalakan berterusan ITTO yang dibuat 20 tahun lalu?

Sebenarnya salah satu cara Taib Mahmud mengawal kritikan antarabangsa beberapa tahun ke belakangan adalah dengan menghalang kemasukan sesiapa yang dia tidak suka. Kumpulan-kumpulan NGO yang kritikal terhadapnya (termasuk Sarawak Report) telah disenarai-hitamkan.
Begitu juga, Ketua Menteri yang autokratik selaku Menteri Kewangan dan juga Menteri Perancangan dan Sumber Asli itu telah mempastikan tidak wujud sebarang media bebas di Sarawak, maksudnya dia boleh berkata sesuka hatinya tanpa diajukan sebarang persoalan (yang kritikal).
Jika Taib mengatakan bahawa baki hutan yang ada kini adalah sebanyak 80%, maka semua orang terpaksa menerima apa yang dikatakan itu. Lagi pun, siapa yang berani mengatakan bahawa si Maharaja itu tidak berpakaian langsung!

Para delegasi di ITTO nanti harus menggunakan peluang itu untuk mengingatkan Taib bahawa dia adalah seorang tua yang kerap bermimpi dengan mendakwa 80% hutan hujan di Sarawak belum disentuh.
Dan mungkin isterinya Ragad harus sekali lagi menyepak tulang keras di betisnya sebelum dia bertolak untuk mengejutkannya dari lamunannya?
Lagipun setelah dia menyerang suaminya di hadapan pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat 12hb Oktober yang lalu, kita kini diberitahu bahawa ‘Wanita Pertama’ itu kembali lagi beraksi menyerang suaminya di hadapan para tetamu di sebuah jamuan rasmi pada petang Jumaat yang lalu!
Hampir semua orang di Sarawak boleh bersimpati dengan perasaan Ragad, namun kerana mereka adalah orang-orang yang baik-baik, mereka harus menggunakan undi mereka untuk menyingkirkannya pada pilihanraya umum nanti!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments