Sekatan Jalan Di Sarawak Dan Tindakan Secara Langsung Di Tasmania - Hakikat Lwn Dakwaan Palsu

Syarikat milik ahli keluarga Abdul Taib Mahmud di Australia, Ta Ann Tasmania, telah naik angin kerana para penunjuk perasaan menganggu operasi kilang kayu mereka selama beberapa jam pada hari Isnin lalu, dengan mengikat diri mereka ke mesin-mesin di kilang berkenaan.

Bantahan yang merbahaya. Seseorang itu harus berani untuk melakukan perkara ini di mesin kayu sebegini

Jurucakap kepada Ta Ann mendakwa bahawa dunia perlu “marah” dan bahawa kaum lelaki dan wanita dari kalangan penunjuk perasaan yang pasif dari kumpulan Groundswell itu membuli syarikat berkepentingan multi- nasional itu.

Adakah ini betul? Pada hakikatnya kes-kes membuli sememang dilakukan oleh Ta Ann ke atas orang-orang peribumi Sarawak dengan menggunakan khidmat samseng-samseng upahan mereka sebagaimana pernah didokumentasikan oleh rancangan TV Dateline Australia, Last Frontier, suatu ketika dahulu.

Wakil Ta Ann, Jane Calvert telah melengkapkan dirinya dengan menyuarakan ancaman bahawa kumpulan penunjuk perasaan dari kalangan masyarakat setempat, Industi Perhutanan akan sekali lagi mensabotaj rundingan-rundingan untuk menyelamatkan hutan-hutan purba Tasmania itu.

Timbalan Perdana Menteri, Bryan Green, yang ada kilang kayu Ta Ann di kawasan pilihanrayanya, telah mengadakan promosi hasil kayu mereka ke Jepun untuk menangkis dakwaan yang mengatakan ‘kayu mesra alam’ mereka datangnya dari hutan dara Tasmania

Mengapakah sebuah syarikat yang bertanggungjawab membenarkan kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan bangkit menentang yang mereka anggap sebagai golongan “ekstremis” akan menghalang rundingan-rundingan yang akan berjaya?

Namun pada tahun lalu Ta Ann telah mengadu bahawa mereka tidak gemar didedahkan kerana berbohong dalam pengiklanan produk perkayuan mereka.

Syarikat itu telah mendakwa bahawa produk perkayuan mereka datangnya dari kayu yang ditanam semula, sedangkan pada hakikatnya kayu itu ditebang dari hutan-hutan purba Tasmania.

Pada masa itu syarikat itu telah menjelaskan bahawa jika kumpulan-kumpulan penentang mereka itu tidak berhenti membuat pelbagai pendedahan, para penyokong politik mereka, seperti Bryan Green, akan mensabotaj rundingan-rundingan Perhutanan, yang kini sememangnya telah gagal.

Kini sudah tiba masanya dakwaan-dakwaan Ta Ann yang mengelirukan itu harus dicabar dan dihentikan, kerana dakwaan-dakwaan itu mudah diterima umum.

Syarikat milik ahli keluarga Taib ini, sebagaimana dikenali oleh setiap warga Malaysia sebagai sebuah syarikat pembalakan terbesar di dunia, telah pada mulanya menjadikan anak syarikatnya, Ta Ann Tasmania bukanlah secara fizikal menebang hutan di Tasmania, tetapi telah mengkontrakkan Jabatan Hutan Tasmania untuk membekalkan kayu balak kepada kilang-kilang kayunya.

Ini adalah suatu muslihat untuk menafikan tanggungjawab memusnahkan hutan-hutan purba Tasmania, yang seterusnya dilemahkan lagi oleh hakikat bahawa Ketua Eksekutif Ta Ann Tasmania kini adalah sebenarnya bekas Ketua Jabatan Hutan Tasmania, yang bertanggungjawab merundingkan kontrak asal itu dahulu!

Kami bukan pembalak – kami buat tempahan hasil kayu dan Jabatan Hutan membekalkan kayu kepada kami, maka jangan salahkan Ta Ann!

Menurut para pengkritik, segala urusan itu sebenarnya menunjukkan kegiatan menjana kerugian untuk wilayah Tasmania sendiri!

Jika alasan ini adalah Ta Ann “bukannya pembalak” di Tasmania tidaklah seteruk mana pun, tetapi terdapat dakwaan yang lebih menyakitkan hati adalah mereka telah cuba memberitahu umum bahawa kegiatan mereka itu tidak mengganggu alam sekitar Tasmania.

Dengan dakwaan mereka itu yang mereka buat setelah bangkitnya tunjuk perasaan di kilang mereka pada hari Isnin lalu, mereka memberitahu umum bahawa mereka hanya memproses kayu “tanam semula”.

Dakwaan sebegini adalah amat mengelirukan.

Ini adalah kerana, bagi seseorang yang berfikiran waras, “kayu yang disahkan sebagai kayu tanam semula” seharusnya datang dari kayu yang ditanam semula di suatu kawasan hutan yang telah ditebang dan kini ditanam semula untuk ditebang. Bukankah begitu?

Sudah pastinya, tiada seorang yang normal akan membayangkan bahawa dalam kamus Ta Ann “kayu tanam semula” sebenarnya datang dari pokok muda (berusia sekitar 40 tahun) yang tumbuh secara semula jadi di hutan subur.

Sudah pastinya juga seseorang yang normal tidak akan membuat keputusan bahawa “kayu tanam semula” mungkin telah ditebang dengan cara menerangkan keseluruhan hutan subur untuk mendapatkan kayu semula jadi yang saiznya hanya sesuai untuk kilang-kilang Ta Ann itu.

Atau, bahawa bahagian hutan yang lain yang dimusnahkan (dengan kayu yang lebih tua dan tumbuhan-tumbuhan lain yang tidak sesuai dengan kilang-kilang Ta Ann, lebih kurang 70% darinya) mungkin dibakar begitu sahaja?
Bagaimana pula dengan kayu tanam semula? Lupakan sahaja! Ianya akan berharga dua kali ganda untuk ditebang oleh Ta Ann.

Kayu tanam semula yang dibenarkan? – Pembalakan dilakukan Ta Ann adalah menerangkan hutan Tasmania yang amat luas dan ketara.

Apakah jenis pensijilan keberterusan yang menyokong amalan ini dan bagaimana, dengan memusnahkan hutan purba boleh dikatakan sebagai menebang “hutan tanam semula”?

Apa yang diharapkan oleh Ta Ann semasa mereka membuat dakwaan yang disokong oleh pensijilan adalah Australia telah diikhtiraf sebagai pembekal hasil kayu oleh agensi-agensi akreditasi sahaja. Namun kami ingin mencadangkan bahawa Ta Ann membenarkan beberapa kegiatan yang spesifik di Tasmania untuk mengundang beberapa persoalan mengenai nama baiknya!

Dalam masa yang sama, di Sarawak, kaum-kaum peribumi telah terpaksa mendirikan sekatan jalan menentang kemasukan para pembalak dan perampas tanah yang tamak haloba yang direstui oleh Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, seorang yang menjadi tulang belakang syarikat Ta Ann.

Sebelum jurucakap Ta Ann Tasmania di Australia mengadu mengenai “kebangkitan haram” para penunjuk perasaan mengenai isu alam sekitar dan hak-hak asasi orang-orang peribumi (selain memikirkan keuntungan mereka sendiri) jurucakap dan syarikatnya itu harus mengambil kira rekod-rekod jenayah rasuah yang telah didokumentasikan terhadap Taib Mahmud dan sepupunya, Hamed Sepawi, yang selaku Pengerusi Eksekutif dan juga Ketua Pemegang Saham dalam Ta Ann Tasmania.

Berhak untuk menentang? – sebuah lagi sekatan jalan yang didirikan yang dilaporkan di Sarawak

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments