Tenaga Bersih? Projek Empangan Kotor Sarawak Kini Semakin Menghasilkan Bau Busuk Pereputan!

Berbau busuk dan merbahaya – Tiada air bersih di hulu Bakun atau rasuah yang menyelubungi projek-projek empangan di Sarawak

Bagi sekumpulan orang yang menasihati Sarawak Energy Berhad (SEB), khasnya syarikat Hydro-Tasmania dari Australia, telah menggunakan peluang itu untuk menunjukkan bahawa empangan-empangan yang dirancang untuk Sarawak adalah sumber tenaga yang “berterusan” dan “boleh dibaharui”, tanpa menghasilkan sebarang kesan sampingan sebagaimana dihasilkan tenaga fosil.

Hydro-Tasmania sentiasa mendakwa bahawa empangan-empangan hidro adalah “bebas karbon” dan mereka juga mendakwa syarikat mereka akan menjadi sebuah “syarikat bebas karbon” menjelang hujung tahun ini, setelah mereka berusaha menghentikan operasi pada janakuasa-janakuasa elektrik bekuasa gas.

Namun, perwakilan penentang empangan di Sarawak kini semakin bertambah, telah melawat Australia dengan mengetahui sendiri bahawa ceritanya adalah tidak sama dengan apa yang didakwa oleh syarikat Hydro-Tasmania itu.

Mereka ke sana untuk mengingatkan sesiapa yang dikelirukan oleh dakwaan mengenai empangan ‘mesra alam’, ‘bersih’, ‘bebas karbon’, bahawa empangan-empangan sebenarnya pemangkin kemusnahan, yang kebiasaannya kotor dan tidak sihat dan empangan-empangan juga menghasilkan gas-gas kesan rumah hijau.

Lawatan rombongan Save Rivers ke Australia – James Nurang, wakil dari Baram (kiri) dan Peter Kallang dari Save Rivers (kanan) bertemu dengan Ahli Parlimen Australia John Kayes dari parti Green untuk menjelaskan kepadanya bahawa mereka menolak rancangan pembinaan 50 buah empangan di Sarawak dan juga membantah penglibatan syarikat Hydro-Tasmania dari Australia itu

Hidup dalam kesusahan – kini orang-orang asli ini tidak dapat menangkap ikan, kerana dengan peningkatan tahap asid dalam air empangan yang kian bertukar menjadi lebih gelap dan mereka bertambah khuatir bahawa akhirnya ikan akan mati dan pupus sama sekali

Tetamu-tetamu yang pergi ke tasik Bakun telah mula menghantar balik laporan-laporan yang mengejutkan mengenai peningkatan bau busuk yang bangkit dari air sungai Rajang yang dahulunya jernih bersih dan kaya dengan kehidupan, khasnya dalam zon di hulu empangan itu sendiri.

Suatu perjalanan yang sukar – ianya mengambil masa berjam-jam di bawah terik panas matahari untuk mengharungi tasik Bakun yang berbau busuk untuk bertemu dengan masyarakat jelatong. Namun mereka tetap tinggal di situ daripada ditempatkan semula ke Sungai Asap

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

YB PKR Baru Bian telah mengingatkan para pemberita bahawa kesan sampingan yang teruk yang dihasilkan oleh empangan itu dan kesan pereputan bangkai tumbuhan ke atas mutu air dan kesan sampingannya ke atas kehidupan air.

Dia telah menjelaskan dengan terperinci bagaimana air tasik Bakun itu telah bertukar menjadi keruh dan tahap asidnya meningkat, yang akan  membunuh semua hidupan air, bukan hanya di hulu empangan itu, malah sehingga berpuluh-puluh kilometer ke hilir empangan akibat pengaliran keluar air dari empangan itu.

Baru Bian telah menyatakan kerisauannya terhadap kebajikan masyarakat orang asal yang miskin yang telah mendiami kawasan-kawasan itu, termasuk mereka di hilir empangan itu.

Tenaga hidro dari empangan-empangan yang besar pernah dikatakan sebagai sumber tenaga yang murah, namun kini para saintis telah menyedari bahawa empangan-empangan tenaga hidro juga boleh mendatangkan kemusnahan alam sekitar dan bagaimana empangan-empangan itu boleh meningkatkan kesan pemanasan global

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gas-gas kesan rumah hijau yang lainnya adalah wap air dari empangan yang dihasilkan dengan banyaknya ke udara.

Inilah sebahagian dari alasan bahawa Bank Dunia kini, yang dahulunya menyokong pembinaan empangan tetapi kini telah memutuskan untuk tidak lagi membiayai pembinaan empangan-empangan gergasi, khasnya di negara-negara yang beriklim panas seperti di Sarawak, kerana empangan-empangan seperti Bahun boleh terus menghasilkan gas-gas rumah hijau bukan setakat satu dekad, malah untuk berabad-abad lamanya!Kenapakah, apabila empangan-empangan yang besar yang boleh mendatangkan banyak masalah dan mengeluarkan gas rumah hijau, membolehkan Hydro-Tasmania menggelarkan diri mereka sebagai “tenaga berterusan” dan bertentangan dengan kesan tenaga fosil?

 

Sememangnya orang-orang di Bakun, Murum dan Baleh dan di tempat-tempat lain di mana 50 lagi empangan baru telah dirancangkan di Sarawak kini berusaha bersungguh-sungguh untuk mengelakkan kesan-kesan buruk yang mereka hadapi dan pesanan mereka pada Hydro-Tasmania adalah “tinggalkan negeri kami”.

Taib bukan sahaja merancang untuk membina 12 buah empangan lagi di seluruh negeri Sarawak, malah 50 buah lagi di masa akan datang!

Dan terdapat beberapa laporan yang menjelaskan bagaimana Taib Mahmud yang semakin tua dan uzur itu semakin giat mempromosikan projek SCORE ‘barunya’ itu, masyarakat industri dunia yang lain telah merumuskan bahawa projek-projek empangan gergasi kini adalah suatu yang ketinggalan zaman dan tidak produktif.

Sebenarnya, kajian-kajian telah membuktikan bahawa empangan-empangan besar berharga dua kali ganda tetapi hanya mampu menghasilkan tenaga elektrik separuh dari dijangkakan!

Laporan itu juga mempersoalkan sama ada projek-projek empangan gergasi ini benar-benar boleh memberikan faedah pada orang-orang Sarawak?

Pegawai Perhubungan Hydro-Tasmania dan juga penasihat penjenamaan mereka mendakwa SCORE akan membawa ‘pembangunan’ dan ‘peluang-peluang pekerjaan’. Laporan Bruno Manser Fund (BMF) menjelaskan bahawa infrastruktur yang diwujudkan dari empangan-empangan itu hanya diwujudkan untuk menyambungkan kabel-kabel berkuasa tinggi kepada zon perindustrian SCORE. Perhatikan kawasan empangan Batang Ai di Lubok Antu, Sarawak, di mana komunitinya masih lagi tiada bekalan elektrik walaupun setelah 30 tahun ianya dibina!

Simbol kematian. Orang-orang Bakun dahulunya memiliki semua yang mereka inginkan dari sungai dan hutan. Kini Taib telah merampas semua itu dari mereka dan tanah-tanah mereka pula dibanjirkan dengan air empangan yang kian berbau busuk dan beracun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kilang melebur aluminum di Mukah mencemar kawasan sawah dan mewujudkan masalah kesihatan bagi orang-orang tempatan – tetapi tiada peluang pekerjaan dalam kilang-kilang bagi mereka

Tiada seorangpun dari kalangan orang-orang tempatan yang berpeluang bekerja di kilang-kilang yang dibina dalam kawasan SCORE, seperti kilang Press Metal, kerana Taib telah mengabaikan latihan dan kos yang tinggi untuk mengambil rakyatnya sendiri untuk bekerja di situ.

Menteri-menteri BN pula sering meramalkan ratusan-ribu orang pekerja asing akan dibawa masuk ke Sarawak dari India dan Pakistan untuk bekerja di SCORE. Apakah maksud pembangunan dan kemajuan sedemikian bagi orang-orang tempatan?

Ada banyak lagi pilihan untuk mendapatkan tenaga dari sungai-sungai di Sarawak dan membantu orang-orang tempatan tanpa memusnahkan kehidupan mereka dan juga keindahan alam sekitar mereka.

Lebih banyak empangan seperti Bakun tidak diperlukan lagi, dalam masa Sarawak kini memgeluarkan lebihan tenaga elektrik hidro untuk industri-industri yang semakin mencemarkan alam sekitar.

Skim hidro-elektrik mini yang berharga jauh lebih kecil dari membina empangan gergasi boleh digunakan untuk membantu orang-orang tempatan di Sarawak mendapatkan tenaga elektrik dan juga bekalan air yang bersih.

Tanpa mengurangkan bajet pendidikan sebanyak 80% sebagaimana yang dirancang oleh BN untuk tahun hadapan, lebih ramai orang tempatan boleh dilatih untuk mendidik anak-anak dalam komuniti mereka sendiri.

Jalanraya harus dibina khas untuk kegunaan orang-orang tempatan, bukannya untuk dilalui oleh kenderaan dan jentera pembalakan atau perladangan yang berat. Industri-industri pelancongan harus dipergiatkan lagi untuk melihat hutan-hutan Sarawak dan juga mengharungi sungai-sungai yang tidak terjejas.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments