Akhbar Utama Australia Melaporkan Secara Terperinci Kerakusan Dan Ketamakan Taib!

Kartunis Zunar menawarkan laporan terkininya secara eksklusif dan tersendiri untuk Sarawak Report!

Perkembangan pengetahuan antarabangsa mengenai stail pemerintahan Taib yang korup dan berompak telah dilaporkan menerusi sudut pendapat umum yang diterbitkan dalam akhbar utama Australia, Canberra Times.

Artikel berkenaan telah mengkritik “kemusnahan hutan hujan tropika Borneo” dan “Lonjakan Besar Ke Hadapan” Taib dalam rancangannya membina 12 buah empangan hidro-elektrik gergasi.

Penerbitan komen-komen sedemikian dalam media arus perdana di Australia merupakan suatu petanda bahawa sudah terdapat kesedaran sedunia mengenai kerakusan dan ketamakan Abdul Taib Mahmud memusnahkan khazanah alam Sarawak yang unik di samping merompak rakyatnya sendiri.

Pada minggu minggu lepas, syarikat konsultansi utama dalam pembinaan empangan “gilanya”, Hydro Tasmania, telah mengumumkan mengenai penarikan diri mereka dari projek-projek yang dirancang itu berikut perkembangan bantahan dan protes. Tekanan sebegini dijangka semakin bertambah dan organisasi-organisasi yang mempunyai reputasi tinggi, seperti International Hydropower Association (IHA) yang dijadualkan akan mengadakan persidangan di Kuching dalam tahun 2013, harus mengambilkira artikel dalam akhbar di Australia itu.

Artikel yang jujur dan ikhlas membantah penglibatan perdagangan Australia dengan rejim-rejim seperti BN di Sarawak

Sebuah Kertas Putih mengenai penglibatan Australia dalam Asian Century memberitahu kita bahawa kita akan menggantikan kezaliman dengan “peluang-peluang yang dekat dengan kita”. Namun objektifnya adalah jelas – ianya keuntungan-keuntungan yang dekat dengan kita.

Dokumen tersebut merupakan sebuah katalog yang berterusan mengenai apa orang-orang Australia boleh perolehi dari perubahan-perubahan di rantau Asia. Semua ini dilihat secara eksklusif dari sudut ekonomi dan setiap satunya terbukti menguntungkan.

Seseorang past menghadapi kesulitan untuk mencari sesuatu maklumat yang berkisar pada kemusnahan hutan hujan Borneo; pembakaran hutan, pembalakan dan pengempangan sungai-sungai; buruh kanak-kanak atau rasuah dan sogokan.

Sepanjang saya membaca sebuah petikan, saya telah bertanya pada jabatan yang bertanggungjawab – Jabatan Perdana Menteri dan Kabinet – untuk membantu saya. Persoalan saya itu telah diutarakan kepada pejabat menteri Craig Emerson. Di manakah dapat saya temui perbincangan mengenai:

  1. Isu meluas mengenai pentadbiran kerajaan di negara-negara Asia?
  2. Ketelusan dalam kerajaan dan juga dalam prosiding mahkamah?
  3. Apakah peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi oleh syarikat-syarikat Australia yang ingin melabur di negara-negara Asia, berhubung dengan piawaian alam sekitar dan pengambilan pekerja?
  4. Australia menerima tawaran melabur daripada taiko-taiko Asia yang korup?
  5. Suatu bab dalam hak-hak asasi manusia, yang akan merangkumi hak-hak orang-orang pribumi ke tanah mereka?

Saya juga harus bertanya mengenai pengelakan cukai, pemindahan harga dan kewujudan ketidakseimbangan.
Namun saya sedar bahawa para penulis dokumen-dokumen itu tidak begitu ambil peduli mengenai perkara-perkara yang dipersoalkan itu. Orang-orang miskin tidak akan membeli barangan kita. Dan apa yang ingin disaksikan oleh para penulis itu dan juga kerajaan adalah pemain-pemain yang kaya terus bertarung dan berentap di kasino perdagangan kita.

Siapa peduli bagaimana mereka memperolehi kekayaan mereka, asalkan kita dapat mencuri dari mereka?
Apa yang harus saya katakan di sini adalah bahawa saya melihat pertumbuhan ekonomi dan pembangunan adalah sesuatu yang baik. Rakyat tidak seharusnya dibiarkan hidup miskin dan daif. Pada hari ini Singapura merupakan sebuah negara yang lebih baik dihuni oleh rakyatnya berbanding dalam tahun-tahun 1970-an dahulu.

Namun negara-negara membangun harus memberi perhatian pada jenis pembangunan dan bagaimana untuk mencapainya. Mengenepika kebajikan rakyat kebanyakan untuk memperkayakan segelintir orang bukanlah cara yang baik.

Sebagai contoh, rancangan kerajaan negeri Sarawak untuk membina sebuah kawasan perindustrian yang amat luas (SCORE), yang dibekalkan dengan tenaga elektrik hidro. Ianya dilihat sebagai meniru dan mengulangi cara pembangunan yang dilakukan kerajaan Soviet Union dalam tahun-tahun 1930-an, atau cara negara China Melonjak Ke Hadapan, kerajaan negeri membayankan perkembangan GDP lima kali ganda menjelang 2030, dengan mewujudkan 1.6 juta lagi pekerjaan dan pertambahan penduduk yang hampir dua kali ganda iaitu mencecah 4.6 juta.
Dua-belas buah empangan dilihat akan dapat memenuhi tugas itu. Sebuah darinya, empangan Bakun, kini sedang beroperasi, dan kedua, empangan Murum, yang hampir siap. Namun buat masa ini kerajaan negeri tiada pasaran untuk menjual bekalan tenaga yang dijanakan oleh empangan Bakun.

Walau bagaimanapun, dengan bantuan orang-orang Australia, rancangan itu, pembinaan empangan Baram, diteruskan, yang akan memindahkan dan menempatkan semula seramai 20,000 orang asal dari kampung halaman mereka. Itu adalah kerja orang yang tidak waras fikirannya. Seperti yang kerap kali disuarakan oleh para pengkritiknya, penyumbang terbesar kepada kerja-kerja pembinaan itu – termasuk membekalkan konkrit – adalah syarikat-syarikat yang berkaitan dengan keluarga ketua menteri. Sebagai penghargaan pada peluang itu, mereka melabur di Australia.

Pada masa kini kerajaan Australia dan pihak pembangkang mereka tiada perkara penting untuk dijadikan isu di negara mereka sendiri, maka kita tidaklah begitu hairan jika mereka terus membuta-tuli pada apa yang berlaku di luar negara mereka. Namun, sama ada negara-negara China, India, Malaysia, Indonesia atau di tempat-tempat lain suka atau tidak, ketidakadilan harus dibanteras. Begitu juga rasuah.

Disatukan, mereka mengutarakan persoalan-persoalan yang serius untuk kerajaan Australia. Adakah kita berpuashati dengan cara melabur dengan peniaga-peniaga Asia yang korup?

Orang-orang Australia bukanlah semuanya bersih dalam pelaksanaan perniagaan milik kerajaan, sebagaimana dibuktikan menerusi kerajaan Buruh NSW mengenai pengeluaran lesen perlombongan arang batu, dan juga tuduhan-tuduhan rasuah dalam Securency. Bolehkah kita menyumbangkan sesuatu pada pembangunan proses pentadbiran yang lebih baik dengan menganjurkan sebuah forum untuk membincangkan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini?

Jiran-jiran kita dari rantau yang berhampiran mungkin akan berminat dengan cara kita mengendalikannya.
Kita boleh mempromosikan kebaikan sikap telus dalam menyiasat tuduhan-tuduhan yang dilontarkan dan menarik perhatian sebuah media bebas dan keperluan untuk menjaga para peniup wisel.

Fokus sebenar kertas putih tidak jauh bezanya dengan yang kita buat di sebelah utara. Seorang penulis di Jakarta Post memberikan komen bahawa kertas putih itu lebih bersifat Austro-sentrik di mana kebanyakan isi kandungannya ditulis mengenai jangkaan bahawa Australia akan meraih keuntungan dari menjalin hubungan dengan rantau Asia, tanpa perlu memberi balik sebanyak mana yang diperolehi.

Dengan mengemukakan suatu permisalan, penulis itu membangkitkan hubungan Australia dengan universiti-universiti di Asia untuk menarik pelajar dan tenaga mahir.
“Sekurang-kurangnya lebih cenderung pada sehala sahaja,” menurutnya.

Dan pendapatnya adalah benar. Kita mendapat faedah apabila kita mengambil yang terbaik dari yang terbaik – doktor-doktor Asia yang muda, juru-jurutera dan saintis-saintis. Dan sebaliknya, negara-negara membangun ini yang memerlukan orang seperti mereka itu yang kerugian. Namun tiada perbincangan mengenai kekangan sedemikian yang timbul.

Kertas putih itu turut mendakwa bahawa ramai orang Australia tersalah anggap mengenai beberapa negara Asia. Ianya mengatakan bahawa suatu pol undian pada tahun lepas mendapati bahawa ramai percaya bahawa Indonesia ditadbir oleh kerajaan tentera, walaupun negara itu mendakwa mereka mengamalkan sistem demokrasi.
Adalah benar bahawa Indonesia melakukan banyak perkara untuk maju dan mereka juga mempunyai pilihanraya. Namun pandangan orang Australia biasa adalah kurang tepat. Di sebalik gambaran sebenarnya, pihak tentera menggunakan kuasanya dan, di rantau-rantau tertentu, seperti di Barat Papua, protes-protes aman dipadamkan menggunakan kuasa tentera.

Kerajaan merancang untuk menambahkan imej baik sebagai ibupejabat-ibupejabat rantau ini untuk menaja para pengurus yang bersedia “untuk menguruskan perkembangan kekayaan di rantau itu”. Ini dilakukan “tanpa membelakangkan integriti dalam sistem pentadbiran”.

Saya berharap urusan sebegini tidak melibatkan pelanggaran undang-undang yang membolehkan gerombolan penyangak untuk beroperasi dan pada masa lalu telah membawa banyak krisis kewangan kepada rakyat tempatan.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments