Akhirnya Taib Mencarigali Minyak Di Sarawak!

Peluang di luar pantai! – Malaysia telah menyedut keseluruhan bekalan minyak dan gas Sarawak, namun rezab minyak dan gas di daratan pula bakal disedut oleh Taib Mahmud.

Sejak setahun yang lalu Sarawak Report pernah mengeluarkan suatu amaran bahawa Taib Mahmud dan kroninya Tiong Hiew King telah memulakan gerakan mereka mencarigali rezab bekalan minyak dan gas di Sarawak.

Kini pengumuman itu telah disahkan kebenarannya!

RH Petrogas, yang dimiliki oleh Tiong, telah berjaya mendapatkan 80% pegangan dalam usahasama dengan Petronas untuk beroperasi di telaga SK331 di Balingian, yang meliputi kawasan seluas 11,600 km persegi.

Masyarakat tempatan yang dahulunya terjejas akibat hilang hutan dan pembukaan ladang kelapa sawit kini akan berhadapan dengan pencemaran yang dibawa oleh penggalian minyak dari kawasan itu yang menjadi sebahagian dari telaga luar pantai Bintulu.

Mereka tidak akan mendapat sebarang faedah dari sumber alam di kawasan mereka itu. Rekod-rekod masa lampau membuktikan bahawa sebahagian besar dari faedahnya hanya akan dinikmati oleh Taib dan para kroninya.

Kemusnahan di Balingian – kawasan pilihanraya yang diwakili oleh Taib

Dalam tahun-tahun 1980-an, Taib Mahmud yang baru sahaja menjawat jawatan Ketua Menteri itu telah merundingkan usahasama dalam perindustrian minyak dan gas Sarawak dengan kerajaan pusat.

Taib menganggap usahanya selama 30 tahun berbaloi dengan menebang kesemua pokok di hutan Sarawak untuk kekayaannya sendiri.

Pada mulanya dia telah bersetuju untuk membenarkan Kerajaan Persekutuan menggali KESEMUA minyak Sarawak, asalkan dia mendapat restu untuk mengeluarkan lesen-lesen pembalakan dan perladangan!

Selepas itu, sebagai tindakbalasnya terhadap kemarahan di kalangan para penyokongnya, dia kembali dan Sarawak tetap selesa dengan royalti hasil minyak 5% dari minyak dan gas yang digali di negerinya sendiri.

Namun, pada masa itu dia telah mempastikan bahawa kekayaan yang dia perolehi dari ekploitasi industri pembalakan dan perladangan kelapa sawit sudah mencukupi untuk keperluannya dan seterusnya bersetuju melepaskan ratusan juta ringgit yang sepatutnya boleh mengubah cara dan gaya hidup rakyatnya sendiri.

Lihatlah betapa selesa dan mewahnya rakyat Brunei berbanding dengan Sarawak.

Dalam pada itu, kekayaan Semenanjung Malaysia dan reputasinya sebagai “Harimau Ekonomi Rantau Asia” sebenarnya terletak pada kejayaannya merompak hasil bumi Sarawak dan juga Sabah.

Tiada apa yang tinggal – tanah-tanahnya diranapkan. Salah seorang pengundi Taib di Balingian.

Taib Mahmud telah mendapat pujian daripada Mahathir Mohamed kerana dapat mengawal sumber asli negerinya untuk kepentingan peribadinya.

Maka, dengan keselesaan orang-orang Malaysia menikmati kekayaan dari hasil minyak dan gas Sarawak, kaum Dayak di Sarawak telah menjadi semakin miskin dan merana.

Kedua-dua negeri Malaysia Timur itu, yang pernah digelar sebagai negeri-negeri terkaya di Malaysia dan sebelum menjadi sebahagian dari Malaysia sehingga 1963, kini mempunyai penduduk yang paling miskin di Malaysia.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bukanlah seorang yang semiskin mereka, namun dia adalah merupakan orang yang paling kaya di Asia Tenggara. Jika dia berjawatan “Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak”, maka itu kerana dia bertanggungjawab sebagai salah seorang CEO yang menipu para pelaburnya!

Dalam pada itu, kekayaan Semenanjung Malaysia dan reputasinya sebagai “Harimau Ekonomi Rantau Asia” sebenarnya terletak pada kejayaannya merompak hasil bumi Sarawak dan juga Sabah.

Taib Mahmud telah mendapat pujian daripada Mahathir Mohamed kerana dapat mengawal sumber asli negerinya untuk kepentingan peribadinya.

‘Tuan’, Datuk Tiong Hiew King

Maka, dengan keselesaan orang-orang Malaysia menikmati kekayaan dari hasil minyak dan gas Sarawak, kaum Dayak di Sarawak telah menjadi semakin miskin dan merana.

Kedua-dua negeri Malaysia Timur itu, yang pernah digelar sebagai negeri-negeri terkaya di Malaysia dan sebelum menjadi sebahagian dari Malaysia sehingga 1963, kini mempunyai penduduk yang paling miskin di Malaysia.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bukanlah seorang yang semiskin mereka, namun dia adalah merupakan orang yang paling kaya di Asia Tenggara. Jika dia berjawatan “Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak”, maka itu kerana dia bertanggungjawab sebagai salah seorang CEO yang menipu para pelaburnya!

Salah seorang dari ramai kroni yang digunakan oleh Taib mengeksploitasi peluang-peluang di Sarawak, Tiong Hiew King, telah menjadi semakin signifikan selama beberapa tahun.

Syarikat gergasi Rimbunan Hijau milik Tiong telah menikmati banyak faedah dari konsesi-konsesi pembalakan, sebagai salah sebuah syarikat yang digemari oleh Taib Mahmud sekeluarga.

Rimbunan Hijau kemudiannya telah mendapat kawasan perladangan kelapa sawit yang amat luas yang dianugerahkan oleh Taib. Kawasan-kawasan ini telah dijual menerusi saudara-saudara Taib sendiri, bagi mempastikan bahawa mereka juga turut mendapat habuan beratus ribu juta ringgit menerusi proses-proses transaksi itu.

Di samping itu, Rimbunan Hijau telah menjadi salah sebuah syarikat pembalakan yang paling rakus di dunia, dengan memusnahkan hutan-hutan di Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan di tempat-tempat lain. Dalam beberapa tahun yang lalu dia telah mula membeli telaga-telaga minyak di rantau itu.

Maka, akhirnya, kita mendapat sedikit kejutan bahawa syarikat RH Petrogas adalah merupakan sekumpulan pejuang yang digunakan oleh Taib merebut peluang menjana pendapatan dari konsesi carigalinya.

Perolehan Tiong di Indonesia. Bolehkah orang-orang di Balingian mengalami perkara yang sedemikian?

Peluang yang terkini untuk membolehkan Taib mengawal konsesi adalah semenjak penemuan rezab telaga minyak di darat berbanding di luar pantai. Menurut perjanjian, Taib akan mengawal segala apa yang ada di daratan negeri Sarawak (selagi dia menjadi Ketua Menteri).

Adalah difahamkan bahawa Tiong telah mengupah seorang bekas eksekutif Petronas, yang mempunyai akses pada maklumat penting mengenai rezab minyak dan gas dan penyata kewangan RH Petrogas jelas menunjukkan bahawa pelabur utama dalam syarikat itu, iaitu Tiong sendiri, telah bersedia untuk membeli telaga-telaga minyak ini.

“Syarikat awam” di Singapura. Namun Tiong sekeluarga memiliki sebahagian besar dari saham-saham dan anak-anak syarikat dalam RH yang berpangkalan di luar pantai British Virgin Islands.

Maka, Taib sebagai sebahagian dari pihak yang terlibat dalam rundingan itu, kroni utamanya Tiong telah berjaya mendapatkan pegangan saham yang terbesar dari konsesi itu. Oleh yang demikian, rakyat Sarawak berhak tahu apakah keuntungan Taib sekeluarga, dan khasnya berapakah bilang saham tersembunyi yang dipegang oleh wakil-wakilnya dalam RH Petrogas?

Terlampau ramai pemegang saham bermisteri. Suatu masa dahulu, keluarga Taib merupakan pemegang saham utama dalam syarikat Jaya Tiasa dan juga anak-anak syarikat Rimbunan Hijau yang lain.

Yang pentingnya, apakah pihak awam telah diberitahu mengenai perlepasan kepentingan awam oleh Kerajaan Negeri Sarawak ini? Apakah perkara yang telah dibahaskan dalam DUN Sarawak atau dibincangankan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam sebuah kerajaan yang sering dianggap mengamalkan demokrasi ini?

Gambaran biasa sebuah konsep perumahan di Sarawak

Nampaknya pihak awam tidak diberitahu langsung. Pengumuman yang dibuat semalam dalam media perniagaan tidak dipetik oleh lidah BN, Borneo Post, malah tiada apa yang dibincangkan mengenai  pelaporan telaga minyak daratan yang pertama di Balingian, di mana-mana ahkbar tempatan arus perdana. Malah ianya tidak dibahaskan dalam arena politik.

Maka, berjayakah Negeri Sarawak beroleh keuntungan dari konsesi ini, bagi membolehkan pihak umum mengharapkan sedikit faedah di masa susah begini? Sudahkah Taib menjalankan tender secara jujur dan terbuka, agar kita semua tahu berapa banyakkah yang dibayar oleh Tiong kepada orang-orang Sarawak?

Para pembaca Sarawak Report dan orang lain yang telah hidup dalam keadaan sukar selama 30 pemerintah berasuah Abdul Taib Mahmud akan tahu jawapannya nanti.

Malah, satu lagi aset kekayaan milik Bumi Kenyalang telah dinodai oleh Raja Berambut Putih dan rakan-rakan tamaknya.

Sebahagian dari pemandangan perumahan di Brunei, di mana hasil minyak mereka telah digunakan sebaik-baiknya untuk menambah-baik kehidupan rakyatnya. Hakikat ini tidak wujud di Sarawak

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments