Hidup Seperti “Tarzan”, “Pemburu” dan “Orang Gua”! - Wakil SEB Tersinggung Dengan Kebangkitan Bantahan Kaum Pribumi Sarawak

Idris Buang – Jurucakap SEB yang tersilap kenyataan

Permintaan terhadap kebebasan bersuara suatu ketika dahulu telah mengetengahkan suatu temuramah yang tidak bersunting antara wakil yang juga Ahli Lembaga Pengarah SEB, Idris Buang, dengan pemberita rancangan TV Dateline dari Australia, mengenai rancangan pembinaan 50 buah empangan di Sarawak.

Semasa ditemubual, jurucakap Idris Buang terpaksa menoleh ke belakang ke arah para penasihatnya dari Hydro-Tasmania bilakah pembinaan empangan Baram akan dimulakan, yang bakal membanjirkan kediaman puluhan-ribu kaum pribumi. Pihak SEB kini mempertaruhkan kehidupan orang-orang pribumi ini dan memusnahkan alam sekitar Sarawak.

SEB telah mempertanggungjawabkan Idris Buang untuk ditemuramah, yang kemudiannya apabila ditanya kenapakah orang-orang di Bakun belum lagi menerima pampasan satu dekad kemudian, beliau memberikan alasan bahawa kaum pribumi itu harus dibayar pampasan, suatu jawapan yang dia ingat akan memuaskan pendengarn

Kaum pribumi“Manusia zaman batu” harus hidup ‘moden’ seperti Idris Buang sendiri?

Penjelasan Idris Buang jelas menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang tidak peka pada tanggungjawab Malaysia sebagai anggota UNDRIP kerana dilihat teragak-agak ketika ditanya mengenai adanya bayaran pampasan atau sebaliknya untuk kaum pribumi yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun itu!

Menerusi penjelasan-penjelasannya itu, Idris Buang dilihat amat kolot dan ketinggalan, tidak seperti kaum-kaum pribumi yang menuntut rundingan dan bayaran pampasan yang sempurna. Terdapat satu alasan kenapa kerajaan Sarawak harus membina 50 buah lagi empangan tenaga hidro. Kontrak pemasangan kabel elektrik bernilai RM90 juta, telah diberikan kepada anak Taib Mahmud, iaitu Mahmud Abu Bekir, adalah suatu contoh yang baik dan ketara.

Namun, Idris Buang tetap mengatakan bahawa bibit-bibit rasuah tetap tidak dilakukan pada projek ini! Tender secara terbuka tidak disentuh langsung berkenaan projek-projek gergasi dalam SCORE, yang dilakukan di sebalik pintu pejabat Abdul Taib Mahmud yang bertindak selaku Menteri yang bertanggunjawab. Percanggahan kepentingan tugas dan tanggungjawab seorang ketua menteri juga langsung tidak disentuh Idris Buang dalam temubual itu.

Taklimat yang lengkap? – email ini didedahkan di bawah prosiding Kebebasan Bermaklumat

Nampaknya, jawapan-jawapan Idris Buang semasa ditemuramah telah terlebih awal disediakan oleh Timbalan Presiden Nick Wright dari Hydro-Tasmania, seperti mana yang diberitahunya kepada ketuanya, CEO Roy Adair menerusi emailnya.

Adakah orang-orang Tasmania ingin dilibatkan dengan projek-projek itu dan dengan sikap-sikap sedemikian?
Nick Wright adalah orang yang sebenarnya memimpin SEB ketika mereka mengutuskan surat aduan untuk menyokong bantahan Hydro-Tasmania menentang rancangan TV Dateline, yang telah memadamkan sebilangan besar kenyataan-kenyatan Idris Buang yang berbau ofensif.

Mengutuskan email dari SEB (diperbetulkan) kepada SBS. Pakar dalam perhubungan awam?Nick Wright dari Hydro-Tasmania kini merupakan Timbalan Presiden dalam SEB.

Isu-isu itu telah mendedahkan lagi banyak persoalan mengenai ‘usahasama’ antara SEB dengan Hydro-Tasmania, dan peranan pegawai-pegawai Hydro-Tasmania itu dalam menjayakan SCORE.
Pada hari ini pertubuhan Bruno Manser Fund (BMF) telah mengeluarkan suatu kenyataan baru bagi menuntut kesemua orang-orang Hydro-Tasmania untuk meninggalkan bumi Sarawak, berikutan berita mengenai tamatnya perkhidmatan Pengarah Projek mereka untuk projek empangan Murum, Andrew Pattle, pada hujung bulan lalu, berikutan penafian luarbiasa CEO Hydro-Tasmania yang mengatakan bahawa syarikat itu tidak terlibat dengan ‘pembanjiran’ Sarawak atau dalam projek empangan Baram.

Tiada kaitan dengan ‘membanjirkan’ bumi Sarawak atau Empangan Baram?

Pertubuhan BMF seterusnya telah menuntut lebih banyak ketelusan diketengahkan dan juga meminta agar Hydro-Tasmania meminjamkan kebanyakan pegawai-pegawai kanannya berkhidmat di Sarawak. Keterangan mengenai diri Andrew Pattle sebagaimana dimuatkan dalam laman ‘LinkedIn’ dilihat amat bercanggah dengan kenyataan akhbar yang dibuat oleh majikannya, Hydro-Tasmania pada minggu lalu.

Para NGO juga turut mempersoalkan mengapakah CEO Hydro-Tasmania, Roy Adair tetap menafikan Idris Buang dalam kenyataan-kenyataannya mengenai Sarawak. Jika Roy Adair telah meluangkan sedikit masanya untuk meneliti Pelan Tindakan Penempatan Semula yang dilaporkan untuk Kerajaan negeri Sarawak bagi projek empangan Murum, dia mungkin akan menemui beberapa masalah yang dihadapi oleh kaum-kaum pribumi dalam usaha mereka untuk mendapatkan kad-kad pengenalan mereka dan seterusnya melayakkan mereka mengundi untuk menentang pemusnahan kehidupan mereka itu.

Roy Adair – CEO kepada Hydro-Tasmania. Kini sudah tiba masanya untuk dia berhenti bersyarah dan mula mendengar?

Kini terdapat sebilangan kecil kaum pribumi Sarawak yang terjejas oleh empangan-empangan dibenarkan oleh kerajaan Taib Mahmud untuk mengundi, walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh sejak sekian lama.

Ini merupakan suatu skandal dan para eksekutif dalam Hydro-Tasmania harus berhenti berpura-pura bahawa segala kontrak mereka dalam keadaan baik dan sempurna dan mula menerima kritikan bahawa penglibatan mereka di bumi Sarawak adalah penuh rasuah dan berunsur memusnah.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments