Bagaimana Sepupu Taib Si Hamed Sepawi Si Pelesit Itu Melanggari Undang-undang Di Leberia!

Pelesit – Hamed Sepawi telah menjadi tidak berguna di Liberia.

Sepupu kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Hamed Sepawi adalah salah seorang yang paling kaya di Malaysia.

Dia telah mencapai status itu kerana pemberian banyak lesen dan konsesi kepada syarikat-syarikatnya daripada kerajaan Negeri Sarawak, terima kasih pada keputusan bijak Abdul Taib Mahmud sendiri.

Hamed Sepawi telah menerima konsesi-konsesi pembalakan dan perladangan yang amat luas serta kontrak-kontrak, menerusi syarikat-syarikatnya seperti Ta Ann, Sarawak Plantation, Naim Candera dan Grand Perfect dan juga 84 buah lagi syarikatnya yang lain.

Kesemua pemberian ini dilakukan secara bermisteri, tanpa sebarang persaingan dan tanpa maklumat yang jelas dan telus mengenai bayaran yang dibuat kepada kerajaan negeri.

Maka, tidak hairanlah kenapa Hamed telah menjadi begitu kaya dan kenapa dia dianggap sebagai orang penting dalam perniagaan Taib.

Lagi banyak dan dari mana semua ini datang!

Namun kekayaan yang diperolehi oleh Hamed di Sarawak tidak mencukupi bagi dirinya.

Dia telah mengembangkan eksploitasinya ke kawasan lain yang ada saki-baki hutan di seluruh pelosok dunia dan menyogok kerajaan-kerajaan dan juga kumpulan-kumpulan pencita alam sekitar yang telah berputus asa memelihara persekitaran mereka.

Rantau-rantau itu termasuk Tasmania, di mana syarikatnya telah menjejaskan keputusan Perjanjian Perhutanan dan juga di Liberia.

Pada bulan ini syarikatnya, Atlantic Resources Limited, telah diarahkan oleh Presiden negara Liberia untuk menghentikan pembalakan pada konsesi yang luas yang didapati dilakukan secara berasuah dan diperolehinya secara rahsia dengan menyalahgunakan keistimewaan Private Use Permit (PUP), iaitu kebenaran menebang hutan (secara kecil-kecilan) untuk kegunaan sendiri yang hanya dikenakan kepada penduduk-penduduk tempatan di negara itu.

Hamed Sepawi memang cintakan pokok – namun hanya pokok-pokok yang telah ditebang dan diproses menjadi papan lapis dan dijadikan wang tunai sahaja.

Pengharaman yang diisytiharkan pada bulan Ogos tahun lepas itu telah melarang ekspot sebarang hasil balak ke luar dari konsesi-konsesi ini.

Namun, Abdul Hamed Sepawi si pelesit itu telah melanggari arahan Puan Presiden negara Liberia itu.

Sebaik menjelang musim Krismas tahun lepas NGO alam sekitar antarabangsa, Global Witness, mendedahkan bahawa Hamed Sepawi telah membawa keluar hasil balak secara haram dengan nilai mencecah berjuta-juta dollar menggunakan dua buah kapal, yang didakwa tiba di India pada pertengah bulan Disember itu.

Nampaknya Hamed Sepawi telah menimbulkan kekeliruan di kalangan para penguatkuasa undang-undang di Liberia di mana sama ada mereka menguatkuasakan pengharaman mengekspot kayu balak yang telah ditebang itu sebelum Presiden membuat pengumumannya dalam bulan Ogos itu.

Dengan cara itu dia berjaya memperolehi keuntungan dari kayu balak yang bernilai tinggi itu sebelum siasatan ke atas bagaimana dia mendapatkan hasilnya menerusi PUP yang palsu dan haram itu.

Seperti di Sarawak, Global Witness berjaya menunjukkan bahawa mangsa utama manifestasi keluarga tamak Taib itu adalah orang-orang peribumi dan juga alam sekitar secara globalnya.

Nasib malang yang menimpa orang-orang Liberia adalah serupa dengan nasib yang menimpa orang-orang Sarawak akibat ketamakan dan kerakusan keluarga Taib Mahmud. Hamed Sepawi telah merancang untuk membuka kawasan yang telah ditebangnya itu menjadi ladang kelapa sawit,

Proksi utama – Hamed Sepawi (kanan) telah dilantik menjadi Pengerusi dalam Sarawak Energy Berhad bagi mempastikan bahawa Taib mempunyai kawalan penuh ke atas rancangan SCORE cetusan mindanya – dan juga mempastikan semua kontrak utamanya diboloti syarikat-syarikat keluarganya.

Pendedahan-pendedahan di Liberia itu telah membangkitkan lebih banyak persoalan yang serius mengenai penglibatan Taib dengan gergasi pembalakan Sarawak, Samling, yang mendapat konsesi-konsesi yang amat luas di Sarawak.

Siasatan-siasatan rasmi menunjukkan bahawa syarikat Atlantic Resources Ltd milik Hamed Sepawi telah menerima pembiayaan sebanyak $60 juta daripada Samling untuk mendapatkan konsesi-konsesi pembalakan yang amat luas (suatu kawasan berhutan yang dikatakan sebesar satu-perempat dari benua Afrika itu).

Namun, yang peliknya Samling tidak mempunyai sebarang kepentingan atau pegangan saham dalam syarikat berkenaan!

Para pemilik syarikat Atlantic Resources adalah dua pemegang utama saham-saham dalam syarikat Perkapalan Damai Timur (PDT). Mereka adalah Hamed Sepawi sendiri dan Wan Morshidi bin Tunku Abdul Rahman, nomini kepada bapa saudara Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tunku Abdul Rahman Ya’kub.

Wang sogokan? – mengapakah nomini-nomini kepada dua orang keluarga Mahmud, iaitu Ketua Menteri Taib dan Tunku Abdul Rahman Ya’kub itu dibiayai oleh Samling menjalankan kegiatan mereka di Liberia?

Persoalan yang harus dikemukakan, mengapakah Samling membiayai Atlantic Resources Ltd menggunakan $60 juta tanpa mendapatkan balik sebarang keuntungan ataupun sebarang pegangan dalam syarikat itu?

 

 

Adakah ianya suatu bentuk sogokan bagi semua lesen atau konsesi yang diberikan oleh Taib kepada Samling di Sarawak, sama seperti bagaimana Samling menghadiahkan dua buah rumah mewah di Seatle, USA, kepada keluarga Taib?

Ianya kelihatan amat nakal dan licik sekali.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments