28 Jan 2013

Bagaimana Si Kucing Gemuk Ketua ‘Pemuda’ BN Menjadi Kaya Hasil Sogokan Permit-Permit

This post is also available in: English, Iban

Radin Kadri Radin Budiman – Ketua Pemuda yang semakin menua!

Radin Kadri Radin Budiman telah terlalu setia pada BN dengan menjadi ketua ‘golongan muda’ walaupun kini dia suda berusia 47 tahun.

Dia telah menjadi terkenal sebagai jurucakap yang amat lantang bersuara, yang sering mendakwa dirinya bercakap bagi pihak belia-belia Sarawak, namun dia lebih cenderung bersuara seperti orang kerajaan.

Dalam pada itu, walaupun dia seorang ahli PBB yang angkuh dan begitu lantang mengutuk para “penghianat” kepada parti, namun Radin merupakan orang yang dituduh berada di tengah-tengah konspirasi beraras tinggi untuk menjatuhkan Taib, menurut dossier yang dikemukakan oleh beberapa orang ahli keluarga Taib sendiri.

Peranan utama Radin Kadri adalah menerusi pembentukan apa yang dinamakan sebagai ‘Gelombang Biru’ yang terdiri dari penyokong-penyokong PBB, yang didakwa mungkin dibayar upah untuk berbaris di belakang bahagian Pemuda dan kemudian akan muncul semasa rampasan kuasa oleh Menteri Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Awang Tengah nanti.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Radin Kadri dikatakan telah diperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk merekrut para belia berpakaian seragam biru sebagai menunjukkan sokongan kepada para perancang mereka apabila tiba masanya nanti. Kehadiran mereka dan dengan gaya ala-tentera mereka itu dilihat telah membangkitkan rasa risau di kalangan golongan kerajaan yang memerintah.

Menunjukkan kekuatan mereka? – Radin Kadri mengetuai perbarisan Berbaju Biru di sekitar bandaraya Sibu dalam tahun 2011 dahulu.

Dalam pada itu kami dapat mendedahkan bagai si kucing gemuk BN ini telah menjadikan dirinya kaya sejak beberapa tahun ini, menggunakan kaedah yang tipikal sama seperti yang diamalkan oleh konco-konco Taib yang lain yang mempergunakan hasil negeri dan rakyat mereka.

Radin Kadri berkahwin dengan saudara kepada bekas ahli politik BN yang juga kroni kepada Taib, iaitu, Effendi Norwawi, yang pernah menjawat jawatan Menteri Pertanian dalam tahun 1999 dahulu.

Pada tahun itu juga syarikat Noble Mermaid Sdn Bhd milik Puan Raden Siti Noralem Binti Raden Ibrahim telah dianugerahkan tidak kurang dari 40 buah lesen kapal perikanan laut dalam daripada Kementerian Pertanian yang releven itu.

Puan Raden Siti Noralem dan suaminya Radin Kadri merupaka pemilik perniagaan yang lumayan – kerana syarikat mereka Noble Mermaid telah beroleh tidak kurang dari 40 lesen kapal perikanan laut dalam secara percuma dari negeri Sarawak!

Nilai lesen-lesen ini, menurut sumber-sumber kami adalah diberikan percuma oleh kerajaan BN, adalah amat tinggi. Apa yang dilakukan oleh Radin Kadri suami-isteri adalah mengenakan bayaran pada sesiapa yang menggunakan lesen itu.

Maka tidak hairanlah bagaimana rupa bentuk badan Radin Kadri itu dapat menggambarkan jumlah yang lumayan hasil dari lesen-lesen berkenaan. Dua juta setengah ringgit telah diekstrak dari perniagaan yang asli oleh seseorang yang tidak perlu membida pemerolehan lesen dari kerajaan BN.

Radin Kadri di pelabuhan bersama-sama para nelayan.

 

Bukan sahaja para nelayan yang terpaksa menaja kegiatan Radin Kadri, malah para pembayar cukai juga turut kehilangan pendapatan dari lesen-lesen ini, yang telah dibolot oleh Radin sebagaimana diamalkan secara tipikal oleh golongan parasit dari rejim BN. Radin Kadri sememangnya mengendalikan 15 lesen itu menurut akhbar Sarawak Tribune, sebuah akhbar milik dan dikendalikan oleh ahli keluarga Taib Mahmud.

Namun kesemua ini tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan untuk orang-orang Sarawak.
Dikaitkan dengan Radin Kadri dan bertindak selaku setiausaha dalam syarikat Noble Mermaid merupakan seorang lagi tokoh PBB, bekas pengerusi Sarawak Tribune, Awang Bemee Bin Ali Basah, bekas wakil rakyat bagi kawasan Nangka.

Kedua-dua orang itu dikaitkan dengan Awang Tengah, mengatakan para pemfitnah dan Radin Kadri dipercayai telah membangunkan cita-cita politik dan rancangan untuk mewarisi kerusi kawasan Nangka sekiranya rangcangan rampasan kuasa Awang Tengah itu berjaya nanti.

Untuk kepentingan bersama – para kai ampu dalam BN.

Awang Bemee telah dan sedang menjawat jawatan Setiausaha dalam syarikat Noble Mermaid Sdn Bhd

Pada hari ini Awang Tengah dan para penyokongnya telah didengar menerusi media mengatakan bahawa laporan mengenai konspirasi itu adalah tidak benar. Sebagai menyokong bantahannya dia telah mengampu ketuanya Taib Mahmud dan mendakwa bahawa dia sendiri adalah seorang yang tidak mempunyai sebarang cita-cita. Awang Tengah dan sekutu-sekutunya adalah silap apabila mereka mendakwa bahawa BN sentiasa bersatu-padu. Ini kerana semua orang di dunia ini tahu bahawa BN mempunyai masalah dan tidak lagi bersatu.

Sebenarnya tokoh-tokoh penting dalam BN telah berbalah sesama sendiri dan gabungan parti dalam BN pula semakin berpecah. Ketua Menteri sudah tidak mampu mengawal perpecahan ini.

Maka jika Awang Tengah dan para penyokongnya inginkan kita mempercayai bahawa mereka tidak mengendalikan rancangan rampasan kuasa mereka itu, usahlah bagi mereka mendakwa bahawa BN masih teguh bersatu!

BN dan Awang Tengah mungkin harus mengambil kira sama ada mereka bukan berjuang dalam peperangan yang salah. Dalam masa orang-orang besar BN berbalah untuk mendapatkan kedudukan penting dalam PBB, orang-orang Sarawak pula sedang mencari ilham untuk mencari perubahan dan mencari set-set parti yang lain untuk mentadbir negeri mereka!

 

Sign up to receive regular updates from Sarawak Report

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments