Kesepaduan Para Penunjuk Perasaan Di London - Kembalilah Ke Tanahair Untuk Memantau Pilihanraya Yang Adil

Di luar Downing Street, London – Pesanan untuk PM Btitain adalah orang Malaysia juga inginkan pilihanraya yang adil, bukan penipuan.

Dengan berinspirasikan kehadiran lebbih kurang setengah juta orang yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Negara dan di seluruh KL, sekumpulan rakyat Malaysia yang tinggal di kota London telah melawan cuaca dingin untukberarak dari Trafalgar Square ke Downing Street dan kemudiannya ke bangunan Parlimen Westminster hari ini.

Mereka mengibarkan sepanduk-sepanduk dan bendera-bendera, melaung-laungkan kata-kata menuntut pilihanraya yang bersih dan membacakan ucapan dari ketua Bersih, Ambiga Sreenevasen memanggil balik rakyat Malaysia di luar negara pada piliharaya umum nanti dan membantu memerhatikan pilihanraya nanti.

Kumpulan yang periang itu ditemai oleh beberapa orang pegawai polis yang tiba untuk mengawal lalulintas semasa mereka memasuki Whitehall.

Para penunjuk perasaan itu merasa gembira dengan berita bahawa polis di KL tidak berkeras dengan para penunjuk perasaan di sana.

Membantu – pihak polis London membantu mengawal lalu lintas semasa para penunjuk perasaan berjalan dari Trafalgar Square ke Whitehall.

Pesanan untuk Kerajaan British

Poster-poster yang dikibarkan menyampaikan beberapa siri pesanan yang mudah, di mana para pemerhati rasmi Britain seharusnya mengambil kira.

Dasar yang sengaja diadakan sekarang nampaknya sesuai untuk kedua belah pihak. Najib sedang mencari pengikhtirafan antarabangsa, mana kala Britain pula sedang berusaha mencari peluang perniagaan. Perdana Menteri UK, David Cameron telah mempastikan segala rancangan baik untuk kedua belah pihak dilaksanakan untuk.  kepentingan bersama.

Jangan berurusniaga dengan mana-mana kerajaan yang kotor.

Sebahagian dari ‘hubungan yang diberi nafas baru’ ini nampaknya berfokus pada urusan pembelian senjata yang dilakukan oleh BAE Systems bagi penjualan jet-jet pejuang jenis Typhoon.

Ianya sebuah urusniaga yang berhadiah dengan beberapa buah jet pejuang terpakai yang sedang dilupuskan dari kendalian Pangkalan Udara Di-raja Britain, sebagai suatu usaha mereka mengurangkan perbelanjaan menyenggara lojistik pertahanan mereka. Perjanjian Perniagaan Bebas sedang dirundingkan dengan Kestuan Eropah dan jelas juga perdagangan dua hala yang lain sedang diusahakan oleh Britain.

Pesuruhjaya Tinggi Britain, Simon Featherstone merupakan salah seorang pelawat rasmi dari Britain ke Malaysia dalam masa dua belas bulan yang lalu.

Lawatan-lawatan rasmi juga diatur untuk ahli-ahli politik, kerabat di-Raja, menurut Pesuruhjaya Tinggi Britain.

Tuntutan para penunjuk perasaan pada hari ini jelas kedengaran di kota London. Urusan-urusan dengan kerajaan BN tidak seharusnya mempertaruhkan kebebasan dan pentadbiran kerajaan yang baik untuk rakyat Malaysia.

Jika kerajaan UK bersedia menghadapi tuduhan untuk membelakangkan gejala rasuah di Malaysia dalam usahanya berdagang dengan Malaysia, sepanduk-sepanduk yang dikibarkan adalah sebagai peringatan untuk para perunding dan juga diplomat yang terlibat.

Antara kenyataan pada sepanduk-sepanduk yang dikibarkan adalah “Penipuan Meluas Pilihanraya di Malaysia”; “Kerajaan Malaysia Paling Korup Di Dunia”; “Berikan Kebebasan Bermaklumat Untuk Media Di Malaysia”; “Bersihkan Daftar Pengundi”.

Apakah peranan UK dalam menggalakkan pemantauan pilihanraya di Malaysia?

Perkara yang sama akan turut ditimbulkan di Parlimen Britain pada minggu depan, apabila NGO Suaram dan pekerja kempen pilihanraya bersih, Ambiga Sreenevasen dijangka bertemu dengan para MP UK dan memberitahu mereka mengenai kemerosotan nilai demokrasi Malaysia dan peningkatan indeks rasuah. Suasana perdagangan yang selesa yang telah dinikmati oleh Britain dengan Malaysia telah berakhir dengan “Pembelian Senjata”

Empangan Pergau, suatu urusniaga antara bekas Menteri Pertahanan ketika itu, Mohd Najib Tun Abdul Razak, dan beberapa orang ahli konservatif yang berprofil tinggi.

Ianya merupakan suatu episod beramaran bahawa kerajaan Britain harus hormati dan sebuah buku mengenainya telahpun diterbitkan, memperincikan keseluruhan salahlaku yang dibuat.

Kini Najib Razak adalah orang yang terlibat secara langsung dalam pembelian kapal selam Scorpene yang dibelengu oleh sogokan beratus juta Euro dan skandal pembunuhan, yang sedang diperiksa oleh mahkamah Peranchis.

Sejarah mencadangkan agar UK harus berhati-hati semasa berdagang dengan sebuah negara yang berada di Tangga Ke-3 indeks pengaliran keluar wang haram di dunia dan seterusnya mendengar laungan kebebasan dari orang-orang yang ingin membersihkan sistem kerajaan mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments