Najib Diserang Strok?

Cukup untuk menyebabkan strok?

Terdapat desas-desus bahawa Perdana Menteri Malaysia telah diserang strok yang ringan pada hujung minggu ini tadi.
Dengan skandal-skandal yang mengelilinginya, mungkin tekanan terhadapnya telah mula dirasakan?

Najib Razak belum lagi memberikan jawapan-jawapan pada tuduhan-tuduhan terhadapnya sejak beberapa minggu yang lalu, termasuk kes pembunuhan model dari Mongolia Altantuya Shaariibuu dan wang sogokan dari urusan pembelian kapal selam Peranchis Scorpene.

Sebaliknya, secara luar biasa dia telah mengarahkan Kementerian Pertahanannya untuk membeli sebuah syarikat yang dimiliki oleh penuduhnya dan juga rakan niaganya, Deepak Jaikishan.

Rakyat Malaysia telah dibiarkan bertanya mengapakah Perdana Menteri itu dengan tiba-tiba memutuskan untuk menyuntikkan berjuta-juta ringgit ke dalam sebuah syarikat yang tiada fungsi, yang secara kebetulannya dimiliki oleh seorang lelaki yang membuat pendedahan demi pendedahan?

Kegemaran ‘Wanita Pertama’ terhadap intan-berlian telah banyak didokumentasikan

Namun bekas penjual karpet itu, Deepak, mendakwa bahawa jumlah itu tidak cukup untuk menyelesaikan masalah kewangannya, di mana urusannya dengan Perdana Menteri itu telah dijalankan dan kemudian menyebabkannya mula bersuara.

Pendedahan-pendedahan telah mula timbul sejak 3 hari yang lepas, termasuk niat untuk menerbitkan sebuah buku yang dikhaskan untuk Deepak, The Black Rose.

Terdapat bukti yang baru ditimbulkan bahawa peniaga karpet itu telah membeli barangan kemas bernilai berjuta-juta ringgit untuk wanita pertama supaya melancarkan lagi urusannya dengan keluarga Najib termasuk pembelian tanah-tanah negeri.

Kini Deepak telah mula tandus dan berkontra dalam wawancaranya, dengan menyalahkan pihak pembangkang kerana enggan bekerjasama dengannya dan menafikan pemberian maklumat kepada para pemberita, tetapi semua ini dilihat tidak baik untuk Perdana Menteri itu.

Adakah kita memandang seorang pemimpin sebagai seorang lelaki yang harus menamatkan permainan ini dan seterusnya mengundur diri secara baik?

Apa yang pasti adalah serangan ‘strok yang ringan’ mungkin mampu ditanggungnya di segi kesihatan, namun di segi politik ianya dilihat sebagai sesuatu yang memudaratkan bagi seseorang pemimpin kerajaan menjelang beberapa bulan lagi ke pilihanraya umum yang amat penting.

Jika Najib mengakui diserang strok ini, maka dia seharusnya mengundur diri sebelum pilihanraya ini. Strategi pantasnya adalah membenarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin untuk menggantikannya, sebagai usaha terakhirnya untuk menyelamatkan UMNO-BN dari terus terjerumus.

Tiba untuk menyelamatkan keadaan – adakah timbalannya Muhyiddin mampu mengambil-alih tampuk pemerintahan BN sebelum pilihanraya dan kemudiannya menyalahkan salah-laku Najib yang ‘sakit’ itu?

Sebaliknya, jika Najib enggan mengalah pada strok, namun keadaannya itu tetap akan melemahkan BN menjelang pilihanraya umum itu nanti.

Bukan sahaja parti itu dipimpin oleh seseorang yang tidak cekap, namun orang-orang di sekelilingnya turut akan menambahkan tekanan terhadapnya dan seterusnya lebih memudaratkan perpecahan di kalangan mereka tanpa memikirkan usaha untuk menentang pihak pembangkang mereka.

Persengketaan dalaman seperti inilah yang boleh memberikan penjelasan yang kurang tepat mengenai keadaan kesihatan Najib.
Orang-orang yang sangat inginkan Najib disingkirkan dari kedudukannya adalah rakan-rakan seperjuangannya sendiri dalam BN. Mereka adalah tamak, namun mereka tahu bahawa Najib adalah lebih popular dari partinya selama dia memimpin mereka, maka mereka harus mengatur gerakan dengan lebih berhati-hati.

Keadaan begini, di mana Perdana Menteri itu sukar untuk memisahkan dirinya dari skandal seks dan pembunuhan yang diakibatkan oleh sifat tamak, rasuah dan ketidakcekapan, telah memberikan mereka peluang untuk ingin menyingkirkannya dan mendapatkan sesuatu yang lebih baik untuk diri mereka.

Namun, jika Najib terpaksa mengundur diri lebih awal, adalah baik bagi mana-mana penggantinya jika mereka rasa mereka boleh menjauhkan diri mereka dari rasuah dan ketidakcekapan seperti yang diamalkannya.

Lagipun, orang-orang ini sentiasa berada di samping Perdana Menteri itu dalam setiap pergerakannya dan mereka juga dibelengu rasuah sepertinya. Rakyat juga tahu dan faham akan gerak-geri mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments