Najib Menafikan Beberapa Perkara Namun Bukannya Perkara-Perkara Lain!

Orang yang sihat berwajah pusat lesi – Perdana Menteri menafikan bahawa dia diserang strok hari ini.

Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah memilih untuk membuat suatu penafian yang menarik, sebagai tindak balasnya pada laporan kami yang sedang dihebahkan, bahawa dia diserang strok ringan.

Secara berseloroh dia mengatakan bahawa laporan-laporan itu adalah meleset dan menggesa rakyat Malaysia untuk tidak membaca dan mempercayai apa sahaja berita yang tidak dilesenkan dan dibenarkan oleh rejimnya.
“Jangan percaya pada laman-laman blog ini” pintanya, dengan menyembunyikan bahawa dia sendiri mempunyai sebuah blog untuk dirinya.

 

Maka kini Perdana Menteri itu telah menunjukkan dia sedar bahawa semua yang dilaporkan oleh laman-laman yang tidak dilesenkan itu dan bersedia untuk mengeluarkan isu-isu penafian apabila ianya sesuai untuknya, bolehkah dia beralih ke arah topik-topik penting yang lain yang memerlukan komen segera darinya?

Dilarikan oleh pasukan keselamatan dan diletupkan menggunakan bahan letupan C4. Najib seharusnya menafikan tuduhan-tuduhan bahawa Altantuya adalah teman wanitanya dan mengeluarkan ancaman pendedahannya sebelum wanita itu dibunuh.

Pada beberapa minggu yang lalu rakyat Malaysia telah dibiarkan tertanya-tanya dan merasa marah pada sifat membisu Perdana Menteri itu pada beberapa isu yang kebanyakannya bersifat skandal yang tidak dapat ditangani dengan membelakangkan undang-undang.

Perdana Menteri itu sedang dikaitkan secara terbuka dengan skandal seks dan kes bunuh, berkaitan urusan pembelian senjata secara berasuah, di mana Najib dituduh terlibat secara intim dan berperibadi.
Mengapakah Perdana Menteri tidak menggunakan peluang mengesahkan keadaan kesihatannya itu untuk menafikan semua tuduhan itu juga?

Sebenarnya kenapakah dia seterusnya tidak mengadakan persoalan terbuka untuk membersihkan kesemua tuduhan itu?

Lagipun jika dia begitu yakin bahawa kenyataan-kenyataan mengenainya itu telah dibesar-besarkan, kenapakah dia tidak mengeluarkan prosiding bagi menentang orang-orang yang telah menuduhnya?

Seorang penyunting portal berital atas talian telah mengatakan bahawa mereka telah cuba mendapatkan komen daripada Najib dan Rosmah mengenai semua tuduhan yang dilaporkan selama ini namun tidak berjaya.

Menjaga rakan-rakan anda? Deepak mendakwa perniagaannya telah musnah kerana berurusan dengan keluarga Najib.

PM yang telah membisu terhadap tuduhan itu telah menunjukkan suatu riak muka yang baik berikutan beberapa pendedahan terkini. Dua minggu yang lepas Kementerian Pertahanannya telah membuat suatu kejutan dengan mengumumkan bahawa mereka akan membeli sebuah syarikat, Astacanggih Sdn Bhd, milik penuduh utamanya, bekas kenalan dan rakaniaganya Deepak Jaikishan, dengan harga RM30 juta.

Kementerian itu juga akan membeli sebuah tapak milik Ketua Wanita UMNO, Raja Ropiah seluas 200 ekar, dengan harga RM150 juta menggunakan dana awam, di mana Deepak mengakui telah berurusniaga secara kompleks, yang akhirnya menyebabkan Deepak menanggung kerugian dalam bentuk rasuah yang dikeluarkan kepada keluarga Najib.

Dengan Deepak yang selama ini telah menuduh Najib secara berterusan, maka penafian Najib terpaksa dilakukan dengan cara membayarnya secara senyap-senyap adalah difikirkan berbaloi.

Lagipun, ini adalah kali kedua selepas tuduhan pembunuhan dikaitkan dengan Najib yang ingin disembunyikannya berbanding usahanya untuk menguji tuduhan-tuduhan itu di mahkamah.

Pada kali pertama, sebuah SD yang dibuat oleh bekas anggota polis yang mempunyai reputasi baik, yang bekerja sebagai pengawal peribadi kepada perunding peribadi Perdana Menteri dalam urusan pembelian kapal selam Peranchis dalam 2008, telah memperincikan mengenai skandal seks, pembunuhan dan rasuah yang kemudiannya menjurus kepada penculikan dan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Bala – dia telah menarik balik tuduhannya yang terdahulu.

P I Bala Subramaniam telah mengesahkan bahawa dia telah mengetahui Altantuya dan majikannya, Abdul Razak Baginda, bahawa Altantuya sememangnya wanita simpanan Najib dan pada waktu itu Najib sebagai Menteri Pertahanan. Altantuya telah mengganggunya dengan meminta wang sogokan dari urusan pembelian itu.

Tanpa menafikan tuduhan itu, Najib seterusnya dituduh merasuah Bala untuk membuat SD kedua yang bertentangan dengan yang pertama.

Pada hari berikutnya Bala telah menarik balik semua tuduhannya dan dia menghilangkan entah ke mana. Setahun kemudian dia telah muncul semula di UK untuk mengatakan bahawa dia berpegang pada tuduhan yang pertamanya, bahawa dia mendakwa dia telah diancam untuk menarik balik tuduhannya dan dia tidak menerima sogokan penuh yang dijanjikan kerana mengubah ceritanya dan menyebabkan dia telah bersembunyi di India.

Najib berhadapan dengan tuduhan-tuduhan ini … dengan cara berdiam diri!

Puan Macbeth? Masa untuk Rosmah untuk membuat penafian juga dalam peranannya dalam drama Shakespeare ini.

Kini, dua tahun kemudian, menjelang pilihanraya umum, penjual karpet yang juga merupakan kenalan kepada keluarga Najib, Deepak Jaikishan, menjelma secara tiba-tiba untuk mengesahkan cerita Bala, mengatakan bahawa dia telah diarah oleh Rosmah untuk menasihatkan Bala menarik balik kenyataan dan kemudian membayar Bala untuk meninggalkan tanah airnya.

Deepak telah memberikan banyak jawapan wawancara dan sebuah manuskrip penuh mengenai pertuduhan yang dibuatnya. Namun Najib dan juga Rosmah tetap membisu seribu bahasa.

Apabila lebih banyak tuduhan dikeluarkan, disokong dengan resit-resit, yang menunjukkan bahawa Deepak pernah membeli barangan kemas bernilai beratus juta ringgit untuk Rosmah semasa dia masih dikaitkan dengan mereka, pasangan pertama negara itu tetap juga membisu.

“Saya tidak melakukan seks dengan wanita itu” – duluan yang menggalakkan?

Sebaliknya, Kementerian Pertahanan telah didapati secara tiba-tiba menyuntik sejumlah wang ke dalam syarikat milik Deepak!
Maka, kami amat gembira bahawa Perdana Menteri itu boleh meyakinkan kita yang kesihatannya adalah baik; namun apa pula maknanya jika nama baiknya dicemari oleh salah lakunya?

Rakyat Malaysia keseluruhannya masih menunggu dia menafikan peranannya dalam drama hidupnya yang luar biasa, yang menonjolkan dia dan isterinya di tengah-tengah jaringan skandal seks, salahguna kuasa, pembunuhan, rasuah dan sogokan!

Sehingga kini tidak kelihatan tanda-tanda berakhirnya tuduhan-tuduhan ini. Pada hari ini juga Deepak telah mengumumkan bahawa dia merancang untuk mengemukakan sembilan buah lagi siri sidang akhbar “untuk mendedahkan butir-butir mengenai SD Bala yang telah diubah, urusan pembelian tanah Raja Ropiah, dan urusan-urusannya dengan keluarga Perdana Menteri Najib Tun Razak”.

Nafikanlah sebanyak mana anda mampu, Perdana Menteri Najib – itulah satu-satunya cara anda boleh menamatkannya!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments