Perang Media!

Bagaimana ianya dilaporkan dalam Borneo Post (yang dikendalikan oleh kroni pembalakan Taib, KTS)

Ketua Menteri Sarawak telah kehilangan sabarnya dengan meminta kerajaan persekutuan menggunakan apa jua cara haram untuk menyekat stesen radio persendirian, Radio Free Sarawak.

Dalam masa yang sama, sekutu politiknya, Ketua PRS, James Masing, juga turut kedengaran apabila dia memohon kuasa tentera untuk menyekat siaran dari stesen radio berkenaan, kerana stesen itu didakwanya “meracuni minda” para pengundinya!

Dengan mengambil kira keseimbangan kuasa ke atas media di Sarawak, kedua-dua orang kanan kerajaan negeri itu dilihat sebagai amat tersinggung terhadap masalah yang kecil itu.

Media kawalan penuh BN

Ketua Pengarang? – Hanifah mempunyai kawalan penuh pada Sarawak Tribune dengan mempastikan tiada satupun artikel akan menyinggung perasaan bapanya

Lagipun, sejak 40 tahun berkuasa Taib dan keluarganya telah berkuasa penuh atas semua media cetak dan penyiaran tempatan, sama ada menerusi ahli keluarganya ataupun para kroni pembalakannya. Manakala media kebangsaan dikawal rapi oleh sekutunya UMNO dan juga kroni-kroni perniagaan mereka.

Caranya adalah mudah, BN akan menghalang sesiapa yang ingin menerbitkan apa sahaja tanpa lesen dan mereka hanya akan mengeluarkan lesen kepada orang-orang yang boleh mereka percayai dan kawal.

Ini bermakna BN di Sarawak biasa dengan berita-berita yang dilaporkan sebagaimana yang mereka kehendaki (dan menghalang penerbitan sebarang berita mengikut kehendak mereka juga) dan orang awam tidak dibenarkan mendengar sebarang kritikan atau fakta yang tidak baik mengenai kerajaan selama beberapa dekad yang lalu.

Anak perempuan Taib, Hanifah, yang sering menonjolkan dirinya sebagai pemberita terkenal, telah melantik dirinya sebagai bos dalam akhbar kedua di Sarawak, the Sarawak Tribune. Bagi Hanifah Taib, untuk mendapatkan pekerjaan itu bukanlah sesuatu yang sukar dan sudah pastinya dia tidak perlu mengikuti sebarang latihan atau dinaikkan pangkat dari peringkat bawah. Ini kerana Tribune Press Sdn Bhd adalah milik sepupu bapanya yang juga bertindak selaku proksi perniagaannya, Abdul Hamed Sepawi dan rakannya, Hasmi Bin Hasnan (yang telah menjadi kaya raya dalam sekelip mata setelah bekerja dalam Jabatan Tanah & Survey Taib Mahmud).

Editor, Hanifah Taib (anak perempuan Ketua Menteri) akan berteriak jika timbul sebarang perkara yang tidak disukai bapanya diterbitkan dalam the Sarawak Tribune

Sementara itu, akhbar-akhbar Borneo Post dan Utusan Borneo turut dikawal oleh kroni pembalakan Taib, syarikat KTS.

Pembohongan keterlaluan terpapar pada muka hadapan Borneo Post terbitan KTS

Apabila pemberita dari luar negara, termasuk dari agensi berita Agence France Press (AFP) datang ke Sarawak untuk membuat liputan mengenai tunjuk perasaan dan bloked kaum Penan menentang pembalakan yang dilakukan oleh Pustaka KTS, akhbar Borneo Post telah dengan pantas melaporkan kejadian itu di muka hadapan akhbar mereka bahawa protes-protes itu dicetuskan oleh “Penghasut Asing”!

Adakah pelaporan sedemikian boleh disama-ertikan sebagai berkepentingan sendiri? Seorang lagi pemegang kepentingan dalam Borneo Post adalah saudara Taib sendiri, Mohd Ali Bin Mahmud.

Dan terdapat juga akhbar The Star, iaitu akhbar kedua terbesar yang pro kepada BN dan News Straits Times, yang sama seperti rangkaian akhbar tempatan yang lain termasuk saluran berita TV bukan-kerajaan adalah dimiliki oleh gergasi media UMNO, Media Prima.

RTM adalah stesen penyiaran yang dikawal penuh oleh kerajaan dan stesen penyiaran satelit ulung di Malaysia, Astro pula dimiliki oleh Ananda Krishnan, orang kedua terkaya di Malaysia, hasil menyusui pada BN. (Kerajaan BN didapati mengedarkan alat-alat penerimaan siaran Astro secara percuma kepada kampung-kampung dan rumah-rumah panjang di Sarawak sebagai suatu langkah BN mengalih pendengaran dan penontonan pengundi dari Radio Free Sarawak)

Dan bagaimana pula stesen radio “swasta” terulung di Sarawak, Cats Radio?

“Swasta dan bebas”? – Cats Radio dimiliki sepenuhnya oleh Kristal Harta Sdn Bhd

Bagaimana pula mudahnya bagi stesen Cats Radio mendapatkan lesen penyiarannya, anda mungkin tertanya-tanya? Kristal Harta dimiliki oleh Hanib Corporation, dan Hanib Corporation itu dimiliki oleh Hanifah Taib, iparnya Anisa (isteri abangnya Sulaiman Taib) dan juga seorang lagi saudara Taib, mendiang Ibrahim Mahmud!

Hanifah Taib, seorang Rupert Murdoch dari Sarawak?

Maka, apabila kita menyentuh mengenai media penerbitan dan penyiaran di Sarawak, ianya sama seperti perkara yang lain yang dikawal sepenuhnya oleh keluarga Abdul Taib Mahmud!

Sang gajah yang takut pada sang tikus?

Mendengar berita dengan khusyuk di rumah panjang

Maka kenapakah Ketua Menteri dan orang-orang kanannya menggelabah pada siaran dua jam sehari yang disiarkan menggunakan gelombang pendek (dan juga secara online menerusi internet) pada gelombang SW15420kHz?

Bagaimana mudahnya Radio Free Sarawak mampu menggugat monopoli media yang mengawal setiap apa yang didengar atau ditonton di pedalaman Sarawak dan mengapakah minda-minda orang tempatan mudah “diracuni” oleh sebilangan kecil program sedangkan mereka telahpun bertahun-tahun “dididik dan dimaklumkan” menggunakan propaganda BN di mana sahaja mereka berada?

Bagaimana siaran dua jam Radio Free Sarawak mampu merosakkan kesemua usaha BN?

Mungkin kerana Radio Free Sarawak menawarkan harapan dan mungkin juga Radio Free Sarawak kini buat pertama kalinya menyentuh tentang kebenaran yang nyata yang dikenali oleh setiap orang tentang apa yang berlaku di negeri Sarawak?

Daripada mendengar kata-kata dari ‘lidah bercabang’ ahli-ahli politik BN yang mengatakan bahawa hitam itu putih dan meluahkan sampah di mana-mana, kerana tiada seorang pun yang berani menyangkal mereka, namun, menerusi Radio Free Sarawak anda mendengar orang-orang yang sebenarnya bercakap mengenai apa yang mereka alami pada kehidupan mereka.

Siaran yang kerdil ini menawarkan alternatif pada orang Sarawak yang dibelengu kemiskinan, yang diniayai, yang telah kehilangan segala apa yang mereka miliki pada samseng-samseng yang rakus yang dinaungi oleh kerajaan mereka sendiri.

Sejak bertahun-tahun media milik BN telah mengkhutbahkan pada mereka bahawa mereka tiada pilihan lain dan mereka tidak seharusnya mengkritik pemerintah mereka, kerana akibatnya nanti mereka akan sengsara dan dihukum. Kini Radio Free Sarawak adalah pilihan kedua mereka dan BN tidak mampu menjawab ataupun menyangkal dakwaannya.

Kerajaan BN adalah membosankan

Betul juga apa yang dikatakan ini!

Perkara yang membahayakan BN adalah Radio Free Sarawak bukannya meracuni minda-minda pendengarnya, tetapi membebaskan minda-minda yang telah sekian lama dikongkong dan dibelengu. Sebuah media yang bebas adalah tunjang demokrasi dan dengan memusnahkannya Taib dilihat berusaha membunuh demokrasi di negeri Sarawak.

Dengan menafikan kritikan, dengan menghalang rakyat mendengar pendapat yang berbeza, dengan menghalang kemasukan maklumat yang tidak menyenangkan Taib dilihat melaksanakan pemerintahan totalitarian, dan bukannya ‘pemimpin yang dipilih secara berdemokrasi’ sebagai mana yang sering didakwanya.

Namun Taib juga telah mewujudkan rasa putus asa yang melampau di kalangan orang-orang Sarawak, sehingga tiba pada masanya mereka mendengar pandangan yang segar, mereka terus menghayatinya dengan gembira dan penuh harapan.

Tanpa sumber media bebas, tidak wujud sebarang kebolehpercayaan terhadap kerajaan Taib Mahmud. Keluarga Taib Mahmud telah mendapatkan setiap satu yang mereka inginkan dan mereka tidak pernah dibantah atau ditentang. Sehingga suatu suara kecil yang akhirnya disiarkan menerusi Radio Free Sarawak.

Maka, sudah seharusnya Abdul Taib Mahmud berhak menjadi gentar. Suara-suara kecil mampu menyebut perkara yang besar-besar. Suara-suara kecil ini boleh mendedahka penularan gejala rasuah yang besar, suara-suara kecil ini juga boleh menjelaskan apa yang tersembunyi, suara-suara kecil ini boleh mencabar ahli-ahli politik yang mementingkan diri mereka sendiri, suara-suara kecil ini boleh membawa berita-berita dan suara-suara kecil ini boleh menawarkan segala alternatif dan pilihan yang tidak akan dilakukan BN supaya orang ramai mengetahui dan memikirkannya.

Dalam pergelutan yang tidak seimbang antara media-media kawalan Taib dan Radio Free Sarawak yang kerdil, yang mulai didengar oleh umum itu, mampukah ia menang?

“membebaskan media telah menjadi suatu usaha yang amat kritikal dalam mencapai kebolehpercayaan yang luas di negara (Indonesia) itu” [Tim Lankester, bekas Pegawai Luar dan juga Presiden Corpus Christi Oxford, bercakap pada minggu ini mengenai kenapa Indonesia lebih demokratik dan boleh dipercayai berbanding Malaysia]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments