Rancangan Untuk Menumbangkan Taib! EKSKULSIF UTAMA

Awang Tengah merancang untuk menghianati bosnya – namun, adakah dia seorang yang digemari oleh BN KL?

Sarawak Report telah menerima maklumat dari sumber-sumber yang dekat dengan Taib, memperincikan sebuah konspirasi yang amat kuat untuk menumbangkan Ketua Menteri itu pada perhimpunan agung PBB yang akan datang, selewat-lewatnya dalam bulan Mei. Pembelot-pembelot beraras tinggi itu akan mengekalkan kepura-puraan bahawa mereka tetap bersatu pada pilihanraya umum akan datang, yang dijangka diadakan dalam bulan Mei ini, namun mereka dikatakan telah berjaya menghimpunkan penyokong yang mencukupi untuk menukar Taib dengan Timbalan Menteri Perancangannya, Awang Tengah Ali Hassan, menurut orang yang setia padanya itu, termasuk ahli-ahli keluarga Taib sendiri.

Mereka telah mengemukakan maklumat sedemikian kepada Sarawak Report “dalam keadaan putus asa”, sebagaimana didakwa, untuk menerbitkan apa yang mereka katakan sebagai rancangan awalan, yang harus diambilkira secara serius oleh Ketua Menteri yang semakin tua itu:

“Buat masa kini Tengah mengawal lebih dari 14 ADUN dari PBB (termasuk kerusinya sendiri), 6 orang ADUN PRS, 5 orang bekas ADUN SPDP (Kelab BN5) dan 5 orang ADUN SUPP; dan sehingga kini dia masih berusaha untuk mempengaruhi ADUN-ADUN yang lain yang masih setia pada Taib Mahmud dan Abang Johari Tun Openg, untuk menyertai kemnya. Dia mengawal ADUN-ADUN ini dengan memberi mereka tanah-tanah, lesen-lesen, kontrak-kontrak, wang tunai dan menjanjikan kedudukan penting dalam kerajaan dalam kerajaan Awang Tengah yang baru nanti.” [sumber dalaman]

Penghianatan oleh orang kanannya menggugat Taib dari dalam

Tengah telah menjanjikan kedudukan Gabnor kepada Speaker DUN Mohd Asfia Nassar.

Ketua perancang itu tidak lain dari orang kanan Taib sendiri iaitu Awang Tengah Ali Hassan, kata peniup wisel, yang mendakwa dia menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perancangan, Sumber dan Alam Sekitar (selepas Taib) untuk menubuhkan tabungan perang dan pangkalan kuasa yang besar dan kukuh.

Awang Tengah, yang telah menjawat jawatan yang memberikan pulangan yang amat lumayan bagi dirinya hanya dalam masa 20 tahun, telah dikatakan amat kaya dan dia telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan konsesi dan wang sogokan dan juga mengagih-agihkan kontrak-kontrak dan lesen-lesen.

Mohd Morshidi Abdul Ghani.

Menerusi kaedah ini dia dilihat telah berjaya mempengaruhi penyokong-penyokong setia kepada Taib, termasuk Speaker DUN Mohd Asfia Awang Nassar, yang telah dijanjikannya jawatan Gabenor Sarawak, dan Setiausaha Negeri Sarawak, Mohd Morshidi Abdul Ghani, yang menjadi penjawat awam tertinggi di negeri itu.

Apa yang lebih mencemaskan adalah bukti bahawa Awang Tengah telah memberikan jumlah wang yang banyak untuk membentuk ‘Tentera Biru’ dalam Pemuda PBB, yang dia rancang untuk menunjukkan sokongan pada masa rampasan kuasa dalaman itu dilancarkan nanti.

Ketua kepada penyokong dari kalangan kaum lelaki yang dibayar upah itu adalah Radin Kadri Radin Budiman, dari Bahagian Pemuda Eksekutif PBB, yang dikatakan telah menerima sebanyak RM10 juta daripada Awang Tengah untuk merekrut ketua-ketua Pemuda PBB di segenap lapisan di seluruh negeri Sarawak.

“Ramai orang pernah melihat Radin Kadri kerap memasuki dan meninggalkan pejabat Awang Tengah di Wisma Sumber Alam. Dan yang terakhir, Awang Tengah telah memberikan Radin Kadri sejumlah RM10 juta untuk merekrut ketua-ketua Pemuda PBB segenap lapisan di seluruh Sarawak. Radin Kadri yang dikatakan sebagai perisik dalam kumpulan Taib sering berlagak sombong dan angkuh, kerana dia merasakan dia mempunyai banyak penyokong di belakangnya di seluruh Sarawak. Dia merasakan dirinya amat kuat dalam pergerakan belia PBB kerana dia tahu bahawa Awang Tengah berada di belakangnya secara politik dan kewangan” [sumber dalaman]

Penulis-penulis menunjukkan kerisauan mereka pada hubungan yang dijangkakan itu antara kumpulan penyokong ala-kententeraan ini dan samseng-samseng di Sibu, yang dikenali boleh mencetuskan ketakutan meluas dan ancaman di Sarawak.

Muka baru dalam PBB? – Tentera ‘Gelombang Biru’ pimpinan Radin Kadri berbaris di Sibu pada bulan September 2011 (Radin berada di tengah, hadapan).

Senarai penghianat
Surat-surat keterangan yang telah diserahkan kepada Sarawak Report telah mengandungi senarai komprehensif 30 orang penghianat BN, yang dikatakan telah menyertai kem Awang Tengah untuk menyingkirkan Taib menggunakan undi semasa perhimpunan agung parti itu nanti.

Kebanyakan dari mereka, yang dahulunya dikatakan penyokong setia Taib, termasuk Awang Tengah sendiri, dikatakan digerakkan oleh rasa tamak dan haloba. Senarai itu merangkumi ketua PRS James Masing, yang dikatakan telah dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 sebagai balasan pada jasanya menghimpunkan 6 orang lagi ahli PRS untuk menyertai kem Awang Tengah; ‘Kelab BN 5’ dan Lee Kim Shin, YB SUPP kawasan Senadin Miri dikatakan telah dijanjikan jawatan Timbalan Ketua Mentri 2 kerana seorang yang telah membawa bersama-samanya ahli-ahli SUPP yang telah luntur sokongan mereka dalam SUPP sendiri.

Menurut surat keterangan yang diberikan kepada kami daripada para penyokong Taib, yang merangkumi ahli-ahli keluarganya sendiri.

Terdapat perasaan meluas di kalangan ahli-ahli PBB jelas mengetahui bahawa Ketua Menteri yang sudah tua itu tiba pada masanya untuk berundur, maka tempatnya mulai dipercaturkan. Berikut adalah mereka yang sudah pasti menyertai kem Awang Tengah yang terkini:
• PBB
• 1. Awang Tengah – Bukit Sari (kerusinya sendiri)
• 2. Aidel Lariwoo – Sadong Jaya
• 3. Naroden Majais – Simunjan
• 4. Julaihi Narawi – Sebuyau
• 5. Razaili Gapor – Beting Maro
• 6. Abdullah Saidol – Semop (Ketua Setiausaha Politik kepada Taib Mahmud)
• 7. Ripin Lamat – Lambir
• 8. Dr. Abdul Rahman Ismail – Bukit Kota
• 9. Martin Ben – Kedup
• 10. Roland Sagah – Tarat
• 11. Simoi Peri – Lingga
• 12. Mohamad Razi Sitam – Saribas
• 13. Dennis Ngau – Telang Usan
• 14. Ambrose Blikau Enturan – Katibas

• PRS
• 1. James Masing – Baleh
• 2. Snowdan Lawan – Balai Ringin
• 3. Mong Dagang – Bukit Begunan
• 4. Alexander Vincent – Ngemah
• 5. Joseph Mauh Ikeh – Tamin
• 6. John Sikie Tayai – Kakus

• Former SPDP (Kelab BN 5)
• 1. Sylvester Entrie Muran – Marudi
• 2. Peter Nansian – Tasik Biru
• 3. Wong Judat – Meluan
• 4. Rosey Yunus – Bekenu
• 5. Paulus Gumbang – Batu Danau

• SUPP
• 1. Ranum Mina – Opar
• 2. Dr. Jerip Susil – Bengoh
• 3. Francis Harden – Simanggang
• 4. Dr. Johnichal Rayong Ngipa – Engkilili
• 5. Lee Kim Shin – Senadin

Surat-surat keterangan itu turut mengandungi nama-nama orang yang masih setia pada Taib, namun ianya turut menunjukkan bahawa bilangan mereka itu amatlah kecil dan tidak kuat.

“Malcolm Mussen Lamoh (Batang Ai) dan Liwan Lagang (Belaga) dari PRS, William Mawan Ikom (Pakan) dari SPDP, Wong Soon Koh (Bawang Assan) dari SUPP, George Lagong (Pelagus) calon bebas dan kesemua ADUN PBB yang tidak dinyatakan di atas adalah setia pada Taib. Maka dengan itu Taib hanya mempunyai 26 ADUN yang masih setia dengannya” [sumber dalaman]

Dikhianati? Awang Tengah menyertai ahli-ahli keluarga Taib dan Timbalan Ketua Menteri Jabu sebagai orang dalaman yang boleh dipercayai semasa hari jadi orang tua itu.

Laporan itu membahaskan bahawa Awang Tengah membida kedudukan penting itu kerana berdasarkan jangkaan bahawa dia lebih berwatakan ‘orang tempatan’ untuk menggantikan Taib, berbanding Menteri Perumahan, Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari Tun Openg mendapat kepercayaan KL dan dianggap lebih menarik oleh kebanyakan orang dalam BN, di mana dia juga tidak dibelengu rasuah yang teruk seperti Awang Tengah.

Namun, pada dasar rancangan itu adalah rasuah tetap bertapak.
Penaja utama di sebalik rancangan itu dikatakan sebagai “rakan niaga” kepada Awang Tengah, iaitu peniaga Lau Boon Soon. Lau dikatakan bertindak selaku broker bagi pihak Awang Tengah jual-beli tanah-tanah yang diperolehinya menerusi kementerian dari negeri Sarawak dan dikatakan dia membayar sehingga RM5 juta kepada setiap wakil rakyat yang meninggalkan Taib!

Para penulis laporan itu mengesahkan bahawa musuh utama Awang Tengah yang lain, Adenan Satem sedang sakit tenat dan ramai di kalangan mereka yang menyokongnya kini telah menyertai kem Awang Tengah.

Jerat yang direka dengan berhati-hati untuk memerangkap Taib

Abdullah Saidol – Ketua Setiausaha Politik kepada Taib.

Bahaya rancangan menentang Taib ini didedahkan oleh beberapa orang ahli dalam kumpulan Ketua Menteri yang kini meninggalkannya.

Orang kuatnya, Awang Tengah bukan sahaja telah menjadi musuh utamanya kini, termasuk Speaker ADUN-nya yang amat setia padanya, namun Ketua Setiausaha Politik Abdullah Saidol juga turut tersenarai sebagai perancang utama itu.

Abdullah Saidol menggantikan Mohd Asfia di kerusi Semop setelah Taib menggugurkannya sebagai YB pada pilihanraya yang lepas, namun dia dikatakan mendekatkan dirinya dengan Mohd Asfia dan juga Awang Tengah, yang kedua-duanya telah mencalonkannya untuk kerusi tersebut.

Tidak setia lagi? – Setiausaha sulit Taib, Mustapha Han juga dikatakan turut menyertai kem Awang Tengah.

 

Awang Tengah dikatakan turut membiayai Abdullah Saidol dalam kempennya dan membangunkan unit saiber bagi menentang pengkiritiknya di alam saiber! Seorang lagi berkedudukan penting yang dikatakan turut meninggalkan Taib dan menyertai kem Awang Tengah adalah Setiausaha Sulitnya, yang dikatakan sebagai penjaga pintu-masuknya dan penyelia buku hariannya, Mustapha Han.

Sumber dalaman turut mengatakan bahawa Mustapha Han menggunakan jawatannya untuk mengganggu sebarang komunikasi antara Ketua Menteri itu dengan sesiapa yang benar-benar menyokongnya dan hubungannya dengan Kerajaan Pusat di KL.

“Datu Mustapha Han dikenali sebagai dekat dengan Awang Tengah dan Raziah Mahmud. Memandangkan kedudukannya selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri, dia sering menyekat temujanji rakan-rakan Taib, penyokong-penyokong, dan termasuk juga saudaranya sendiri untuk bertemu dengannya di pejabat. Orang yang kerap dibenarkan menemui Taib adalah mereka yang ada kepentingan dengannya, Awang Tengah dan Raziah Mahmud.

Ini kerana Datu Mustapha Han bertanggungjawab mengendalikan temujanji Taib dan menyelia buku catatan harian Taib” [diekstrak daripada sumber dalaman]

Budak tempatan atau seekor buaya?

Para penyokong Taib kini menyedari bahawa rancangan pimpinan Awang Tengah itu lebih merbahaya, dengan mengatakan bahawa penghianatnya itu adalah lebih tamak dan rakus dari Taib sendiri. Awang Tengah telah diasuh oleh Taib dan dapat mengadaptasi semua kaedah Taib yang akan digunakannya untuk memperkayakan dirinya sendiri nanti.

“Jika Taib sayangkan negerinya Sarawak, rakyat Sarawak dan keluarganya, dia harus bangun dari mimpinya dan menyingkirkan kesemua parasit dari kerajaannya. Demi Sarawak, kami meminta dia menyingkirkan Awang Tengah, Abdullah Saidol, Mustapha Han, Morshidi Ghani, Radin Kadri dan yang lain. Kami mengaku kami berbuat silap sejak 32 tahun yang lalu, kami rasa kecewa dan sedih dengan tindakan kami. Namun kami sayangkan Sarawak dan rakyatnya; kami tidak sanggup melihat Sarawak dijadikan negeri yang lebih buruk buat penghuninya. Kami orang-orang Sarawak tidak sanggup melihat Sarawak bagaikan keluar dari mulut harimau, dan masuk mulut buaya.” (Sumber: Saudara-saudara Taib)” [daripada sumber dalaman]

Para penyokong Taib beranggapan bahawa lebih baik bernaung pada orang tua itu, sebagai “Syaitan yang kita kenali” berbanding kuasa dirampas oleh seorang penyangak yang telah belot dan menghianatinya.

Namun, orang lain di Sarawak turut membahasakan dalam masa menunggu pilihanraya yang bakal menjelang dengan mengatur langkah untuk meninggalkan BN sama sekali, terutamanya kerana Taib seharusnya berundur dari kedudukannya. Adakah ini masanya untuk kita mengundi pakatan pembangkang yang berjanji untuk mewujudkan kerajaan terbuka; mengembalikan tanah-tanah kepada orang-orang peribumi dan menamatkan rasuah, kronism dan salahguna kuasa dan kedudukan?

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments