Rancangan Utama Adalah Untuk Menentang Najib!

Dalam masa puak-puak yang bertelagah dalam pakatan BN tengah bercakaran sesama mereka sendiri yang sukar mereka elakkan, kesemua bisikan yang dapat didengar adalah mengenai balasan dendam.
Najib kini menghadapi kutukan dalam UMNO kerana kejatuhan kedudukan pengundian dan para perancang dalam partinya kini sedang membincangkan bagaimana untuk mengatasinya dan memulihkan kawalan mereka ke atas Malaysia, yang pada suatu ketika dahulu mereka kendalikan sebagai kenderaan mereka sendiri.

Pemandangan yang memedihkan mata umum di luar kawasan Kuching? Setelah berkuasa selama 50 tahun, kenderaan UMNO yang buruk itu tetap akan cuba merangkak di sepanjang laluan untuk menghadapi pilihanraya ke-13 dalam tahun 2013 ini.

Sebuah kereta buruk yang dipandu oleh pemandu belakang?

Orang utama untuk pilihanraya akan datang, namun dia juga yang akan tetap disingkirkan.

Sarawak Report telahpun memperincikan rancangan awal untuk menyingkirkan Taib oleh orang pentingnya sendiri dalam BN-PBB Sarawak, namun kisah yang lebih hangat kini adalah rancangan untuk menentang Najib dari dalam kalangan orang-orang UMNO sendiri, yang juga akan dilancarkan sebaik sahaja pilihanraya umum itu selesai nanti.

Ini bermakna, rakyat Malaysia akan mengundi seorang pemimpin idaman mereka, namun pilihan mereka itu akan ditukar dengan watak yang lain beberapa minggu selepas itu.

Watak yang dimaksudkan itu adalah yang jauh kurang popular, seorang yang berwatak keras, Muhyiddin Mohd Yassin, timbalan Najib sendiri. Orang yang berada di sebalik perancangan itu adalah si pemandu belakang utama Malaysia, Mahathir Mohamad, yang tidak dapat menerima persaraannya sendiri.

 

 

 

 

 

Mahathir adalah si pemandu belakang yang tidak rahsia dalam UMNO.

Dan, para penyokong Mahathir dalam UMNO pula adalah terdiri para penyokong tegar UMNO sendiri dan bernostalgia yang ingin mengembalikan Zaman Kegemilangan UMNO, semasa mereka mengawal semua perkara di Malaysia dan akan menentang sekeras-kerasnya sesiapa yang berani mencabar kekuasaan itu.

Semua pihak tahu dan sedar akan pandangan-pandangan Mahathir, yang pernah memerintah Malaysia ala-kuku besi yang juga pernah menghapuskan kebebasan kehakiman, akhbar, kuasa polis dan perkhidmatan awam untuk mempastikan bahawa kuasa eksekutifnya tidak dicabar.

Bekas pemerintah kuku besi itu telah mengekalkan kesetiaan sokongan dari kalangan orang UMNO terhadapnya dengan membeli sokongan mereka, menggunakan hasil minyak dan gas dari Sabah dan Sarawak.

Bersedia untuk memerintah dengan kuku besi. Mahathir amat yakin bahawa Muhyiddin akan membawa Malaysia kembali ke landasan bagaimana ianya diperintah dahulu.

Namun, Mahathir sendiri telah disingkirkan kerana stail pemerintahannya telah menjadi tidak bertoleransi buat orang-orang Malaysia dan UMNO pula harus membangunkan kaedah yang baru dan berlainan untuk terus berkuasa. Abdullah Ahmad Badawi telah memulakan proses itu dan kesannya adalah pihak pembangkang telah menjadi lebih baik dalam pilihanraya 2008 dahulu.

Namun orang-orang UMNO telah mengambil ikhtibar dari petunjuk itu untuk mempertahankan Mahathir, dan pula Mahathir sendiri pula merupakan kuasa penggerak utama menyingkirkan Badawi sebaik sahaja mereka mengalami ‘bencana’ demokrasi itu.

Justeru itu, Muhyiddin dilihat lebih layak dari Najib, di mana Najib dilihat sebagai seorang pemimpin negara yang lemah berbanding Badawi, dalam usahanya untuk menunjukkan bahawa Malaysia boleh berubah dan mampu bergerak seiring dengan masyarakat antarabangsa dalam soal menghormati hak asasi manusia dan demokrasi.

Perkara yang paling memeningkan kepala para orang kuat UMNO adalah demonstrasi jalanan yang aman baru-baru ini, di mana ratusan ribu manusia telah memberanikan diri berarak di jalanan menyokong agenda pembangkang, tanpa campur tangan rejim memerintah. Mereka mungkin memikirkan untuk melakukan campur tangan, namun mereka mungkin juga telah mengambilkira pandangan masyarakat antarabangsa.

Rancangan yang mudah

Para penyokong pembangkang takut menghadapi risiko ditentang oleh polis – namun para penyokong BN dengan mudahnya mendapatkan bantuan beras dari para pekerja 1Malaysia.

Najib semakin menghadapi pelbagai tekanan. Dia sememangnya pemimpin yang lemah dan masih terpaksa bergelumang dengan amalan-amalan rasuah yang telah mengekalkan kekuasa BN selama beberapa dekad.

Lagipun, jika anda suda terlajak memulakan karier dalam rasuah, anda tidak akan ke mana-mana dan amalan itu juga turut dilakukan dalam parti-parti politik.

Himpunan para penyokong Najib yang terdiri dari beberapa ribu orang itu kelihatan kurang bermaya, dengan diagih-agih bantuan beras yang dengan sendirinya menceritakan bagaimana terdesaknya hubungan BN dengan para pengikutnya.

Namun Najib juga begitu moden untuk menyedari bahawa dia harus berhadapan dengan perubahan. Inilah salah satu sebab kenapa UMNO menyingkirkan Mahathir dulu, dan juga menjadi sebab berlakunya tsunami politik dalam tahun 2008.

Adalah jelas bahawa untuk meretakkan keadaan kini akan mengakibatkan tekanan-tekanan yang merbahaya dan tidak dapat ditanggung di mana ianya akan tercetus pada bila-bila masa.

Namun, menurut para pemerhati, inilah yang sedang dirancang oleh Mahathir. Dia ingin menjadikan Muhyiddin berkuasa sebaik sahaja selepas selesai pilihanraya umum nanti, iaitu menerusi suatu rampasan kuasa dalam perhimpunan agung UMNO yang telah sekian lama tertangguh, yang harus dianjurkan dengan segera.

Bekas pemimpin itu yang telah mengarahkan pendengaran setiap orang dalam partinya, kerana dia dianggap sebagai berjaya berpaut pada kekuasaan dan menjadikan mereka kaya, kini menggadaikan keberaniannya bahawa sokongan dari dalam parti itu semakin luntur setiap hari menjelang pilihanraya yang sering tertangguh itu.

Rancangan Mahathir adalah mudah, iaitu menggunakan imej Najib yang lebih sederhana, iaitu 20% lebih boleh diterima umum berbanding Muhyiddin, untuk melalui pilihanraya umum itu dan kemudian akan ditukar. Muhyiddin adalah lebih popular di kalangan para penyokong tegar dalam UMNO sendiri dan puak mereka akan pasti memenangi undi dalam parti itu.

Menipu lagi

UMNO tidak kelihatan runsing bahawa rancangan itu adalah untuk menipu para pengundi bahawa ianya mempromosikan pemimpin yang lebih menyenangkan, namun jika dia lemah dia akan ditukar dengan pemimpin yang berwatak lebih keras dengan agenda mereka untuk menafikan demokrasi dan kebebasan.

Namun sekali lagi UMNO dilihat telah menipu dan merasuah para pengundi mereka seperti mana pernah mereka amalkan selama beberapa tahun yang lalu.

Jika desas-desus mengenai rancangan untuk menggantikan Najib adalah suatu yang tidak benar, maka kita tetap menunggu BN untuk sekali lagi membuat penafian dan kita juga tetap menunggu Mahathir dan Muhyiddin sendiri untuk melafazkan sokongan mereka terhadap Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri sama ada sebelum dan selepas pilihanraya umum itu nanti.

BN seharusnya mengambilkira bahawa rancangan-rancangan busuk mereka menjelang pilihanraya umum itu semakin hari semakin akan menemui kegagalannya.

Menurut poster PKR ini, BN bersengketa sesama sendiri dengan sengitnya sehingga mereka tidak dapat melihatkan keadaan perahu mereka yang semakin lama semakin kecundang dalam perlumbaan ke destinasi mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments