Syarikat Pembalakan Keluarga Taib Diusir Dari Negara Liberia!

Ditangkap! – Abdul Hamed Sepawi menyasarkan jutaan jektar tanah milik peribumi di Liberia!

Sepupu kepada Abdul Taib Mahmud, seorang taiko pembalakan dan juga kroni politiknya, Abdul Hamed Sepawi, telah diusir keluar dari sebuah negara Afrika, Liberia, oleh Presidennya sebagai suatu langkah menamatkan rasuah dan pembalakan haram dilaksanakan di negara berkenaan.

Tindakan kerajaan Liberia itu merupakan suatu lagi tamparan yang hebat buat orang kenamaan Sarawak di mata masyarakat antarabangsa, berikut kecaman yang dicetuskan dalam Parlimen Switzerland awal minggu ini.

Syarikat milik Hamed Sepawi, Perkapalan Damai Timur (PDT) itu memegang 60% kepentingan dalam syarikat Atlantic Resources Limited, yang pernah didedahkan sebagai syarikat yang mengamalkan amalan korup dan pembalakan haram yang dirancang untuk memusnahkan seperempat kawasan hutan negara Afrika itu.

Sebuah lagi syarikat pembalakan terkemuka Sarawak yang telah dikesan dalam skandal itu adalah pemusnah hutan hujan Borneo, Samling, yang pernah didedahkan sebagai penaja di sebalik usahasama ini, yang beganding bahu dengan Abdul Hamed Sepawi dan juga syarikatnya PDT.

Skandal Afrika ini telah membuka mata masyarkat antarabangsa bahawa syarikat-syarikat kroni Abdul Taib Mahmud, yang sering meraih sokongan kewangan yang besar menerusi eksploitasi hutan Sarawak, kini didapati mencetuskan masalah di peringkat global. Syarikat-syarikat seperti Samling, Ta Ann, Rimbunan Hijau dan WTK adalah dianggap oleh kumpulan-kumpulan ENGO sebagai syarikat penyangak antarabangsa berkenaan amalan korup mereka dan juga mengabaikan kepentingan komuniti tempatan dan alam sekitar.

Atlantic Resources Ltd, yang dimiliki oleh syarikat PDT Hamed Sepawi, telah menyalahgunakan Permit-permit Kegunaan Persendirian untuk mendapatkan seperempat dari keseluruhan kawasan hutan hujan Liberia.

Syarikat PDT milik Hamed Sepawi dan Samling dikecam hebat di Liberia
Arahan Eksekutif itu, yang diumumkan oleh Presiden Ellen Johnson Sirleaf pada 4hb Januari yang lalu, dianggap sebagai suatu tamparan hebat pada sikap pemegang apa yang dinamakan Permit-permit Kegunaan Persendirian (PUP), khasnya syarikat Atlantic Resources Ltd milik Hamed Sepawi.

Puan Presiden itu telah mengumumkan penggantungan serta-merta ke atas kegiatan-kegiatan syarikat-syarikat itu.

 

President Ellen Johnson Sirleaf dari negara Liberia.

Berikutan laporan dari seorang peniup wisel pada tahun lepas, maka kerajaan Liberia telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa permit-permit (PUP) itu telah disalahgunakan, terutamanya oleh syarikat-syarikat dari Sarawak yang dikaitkan dengan Hamed Sepawi dan juga Samling.
Laporan itu seterusnya menyebut pelaku utama pelanggaran PUP itu adalah syarikat Atlantic Resources Ltd milik Abdul Hamed Sepawi.
Di samping itu, siasatan mendapati syarikat Atlantic Resources Ltd memegang sejumlah 130,000 hektar tanah hutan hujan di Liberia dengan menggunakan Kontrak-kontrak Pengurusan Hutan. Dokumen-dokumen itu mendedahkan syarikat yang berasal dari Sarawak itu telah mendatangi orang-orang kampung untuk menandatangani kontrak-kontrak rahsia bagi menyerahkan hak mereka ke atas permit-permit (PUP) itu, biasanya dibalas dengan wang tunai yang sedikit.

 

 

Biasa dengan taktik ini? Orang-orang kampung di Liberia digalakkan menandatangani dokumen-dokumen undang-undang untuk membenarkan tanah hutan mereka diterangkan dengan dibayar pampasan $10,000 setahun.

 

Kontrak-kontrak itu memberi hak kepada syarikat itu menerangkan hampir sejuta hektar hutan dan menukarnya menjadi ladang kelapa sawit dan tanaman-tanaman lain.

Kegiatan sebegini telah menyebabkan Presiden Liberia menganggapnya sebagai suatu penyelewengan, silap tafsiran, salahguna kuasa dan pelanggaran undang-undangan perhutanan Liberia dan terdapat juga pegawai-pegawai penguatkuasa Liberia telah disogok supaya membenarkan perampasan tanah-tanah hutan, semenjak siasatan besar-besaran sedang dijalankan.

Dalam pada itu, kerajaan Liberia mendapati bahawa syarikat Hamed Sepawi telah mengekspot sebanyak 16,764, 381 meter padu kayu balak menerusi pelabuhan Greenville dan masyarakat Liberia kini mulai tersinggung bahawa syarikat-syarikat Malaysia itu telah gagal membayar cukai yang sepatutnya sebelum melaksanakan permit-permit (PUP) mereka itu. Hutang yang terpaksa ditanggung kerajaan Liberia dipercayai mencecah jutaan dollar akibat gara-gara syarikat-syarikat pembalakan Malaysia itu.

Pengantungan PUP pada kegiatan pembalakan haram yang diumumkan oleh Presiden Liberia itu telah disambut baik oleh kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar seperti Global Witness, yang telah berusaha bersungguh-sungguh menerbitkan isu itu.

Kumpulan NGO itu telah menyambut baik amaran kerajaan untuk merampas kayu balak di bawah permit-permit itu bagi membayar cukai-cukai di samping memberi amaran untuk mendakwa sebarang syarikat yang melanggar undang-undang berikut penubuhan Pasukan Peguamcara Khas dalam Kementerian Kehakiman yang berkaitan dengan PUP.

PDT adalah pemegang 60% kepentingan dalam Atlantic Resources Ltd. Sepupu Taib, Hamed Sepawi adalah pemegang utama dalam syarikat itu di samping nomini kepada bapa saudara Taib dan juga pengganti kepada Tun Abdul Rahman Ya-kub (Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman). PDT juga turut memegang 5% kepentingan dalam Samling Global yang dianggarkan mencecah USD$100 juta.

Para pemerhati di negeri Sarawak mungkin mengharapkan tindakan tegas yang serupa dikenakan kerajaan Sarawak dalam menentang pelanggaran undang-undang terhadap syarikat-syarikat seperti Ta Ann, Grand Perfect, Sarawak Plantation dan Samling, yang kebanyakannya dimiliki oleh keluarga Yaw dan Hamed Sepawi.

Namun Ketua Menteri Sarawak sendiri, Abdul Taib Mahmud telah membuta-tuli pada kegiatan pembalakan haram, samseng-samseng dan mengancam orang-orang tempatan menerusi lesen-lesen yang dikeluarkan.

Pendedahan-pendedahan mengenai rampasan tanah yang dilakukan oleh Hamed Sepawi di Liberia telah membukti bahawa kegiatan yang telah lama bertapak itu mempunyai hubungkait dengan kroni Ketua Menteri Sarawak dan syarikat keluarga Yaw, Samling. PDT bukanlah pemegang kepentingan utama dalam Atlantic Resources Ltd, namun ianya turut memegang kepentingan sebanyak USD$100 juta dalam Samling Global.

Pegangan 5% dalam perniagaan Samling dimiliki oleh syarikat Hamed Sepawi. 5% yang lain dimiliki oleh bomoh peribadi kepada Taib Mahmud, Ahmad Su’ut!

Siasatan yang dijalankan oleh kerajaan Liberia ke atas Atlantic Resources mendapati keseluruhan operasinya dibiayai dengan pelaburan sebanyak USD$60 juta daripada Samling. Siasatan itu turut menemui bahawa Yaw Chee Ming dari keluarga Yaw bertindak selaku Pengarah dalam PDT.

Yaw Chee Ming juga bertindak selaku Pengarah dalam dua buah lagi syarikat utama yang turut membida untuk mendapatkan lesen-lesen pembalakan di Liberia, iaitu Southeast Resources dan Alpha Logging.

Kedua-dua syarikat itu dibiayai dengan pelaburan USD$60 juta oleh Samling (yang baharu sahaja diambil balikmenjadi hakmilik persendirian oleh keluarga Yaw setelah mengalami kerugian kepada pegangan-pegangan awam).

Ini bermakna Hamed Sepawi merupakan pemegang utama saham-saham dalam Samling menerusi PDT dan Samling pula bertindak selaku pelabur utama dalam usahasama PDT. Sebenarnya para penyiasat telah membuktikan bahawa PDT dan Samling Strategic Corporation telah menggunakan alamat yang sama dalam direktori atas talian di Malaysia.

Beribupejabat di Samling – perniagaan Hamed Sepawi di Afrika telah dibiayai oleh Samling milik keluarga Yaw.

Isu ini telah menimbulkan lebih banyak persoalan berkenaan bilangan lesen pembalakan yang telah banyak dikeluarkan oleh Taib kepada keluarga Yaw tanpa sebarang penelitian awam sejak 30 tahun yang lalu.

 

Usahasama-usahasama yang dijalankan di Afrika itu membukti bahawa keluarga Yaw dan keluarga Taib Mahmud telah dijalankan dengan hebatnya sebelum umum mengetahuinya.

Sebenarnya hubungan Taib dengan taiko-taiko pembalakan menunjukkan bahawa dia juga terbabit dengan pemusnahan kawasan hutan yang amat luas, bukan setakat di kepulauan Borneo, malah ke seluruh dunia, seperti dibuktikan oleh NGO alam sekitar, Global Witness.

Bukti yang terkini mengenai kegiatan haram keluarga Taib di Afrika besar kemungkinannya akan memperkuatkan lagi semangat juang para penentang pembalakan haram di Tasmania, yang akan hadir di mahkamah menentang secara aman atas kilang kayu Ta Ann.

Ta Ann Tasmania yang juga dimiliki oleh Abdul Hamed Sepawi, telah didapati mendapatkan kayu balak secara berkontroversi dari hutan Tasmania yang suatu ketika dahulu telah diisytiharkan sebagai hutan simpan.

Persengketaan itu telah menggantung Perjanjian Perhutanan utama antara kerajaan Tasmania dengan Kerajaan Pusat Australia, yang mungkin telah mendapat ratusan juta dollar dalam bentuk ganti-rugi pada negeri itu.

Kerisauan pada amalan rasuah yang sering diamalkan oleh syarikat Hamed Sepawi, bukan sahaja di Sarawak malah di Afrika, akan menambahkan persoalan pada Party Green mengenai keputusan mereka mempelawa syarikat dari Malaysia itu ke Tasmania dan menyokong usahasama dengan mengorbankan berjuta-juta dollar wang sabsidi pembayar cukai.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments