Krisis Empangan BN Di Baram!

Mengganggu sungai kami, anda tanggung risiko sendiri Taib! – Para penunjuk perasaan ‘Baram Wave’ yang menentang pembinaan empangan di Baram minggu lepas.

Pada pilihanraya persekutuan yang lepas Taib tidak ambil peduli untuk melawat dan berjumpa para pengundi di Baram.

Bagi Taib, Baram adalah sumber kayu balak yang dia dapat eksploitasi, memberikan lesen-lesen pembalakan yang luas kepada kroni-kroninya seperti Samling dan ahli-ahli politik yang boleh dikuasainya, di samping membiarkan orang-orang tempatan hidup dalam keadaan miskin dan daif.

Salah seorang dari ahli-ahli politik itu adalah Jacob Dunggau Sagan, ahli parlimen (MP) tempatan dan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Jacob merupakan orang yang taat dan setia pada Taib dengan mewakili kerusi Baram selama beberapa penggal di bawah naungan SPDP dan dia telah membuktikan bahawa dia sanggup menghianati orang-orang yang diwakilinya untuk melayan tuannya pada setiap masa.

Jacob Sagan selalu menunjukkan sokongannya pada Taib untuk memperlekehkan orang-orang di Baram, dengan mengumumkan perlaksanaan projek Empangan Baram!

Pasangan suami-isteri yang tamak haloba – sebagai membalas penghianatan mereka pada orang-orang mereka sendiri, mereka diberikan lesen-lesen membalak kayu belian dan lesen-lesen pembinaan bernilai ratusan juta ringgit.

Namun, ketika Sagan memuji-muji rancangan Taib yang memusnahkan ini, yang akan meranapkan banyak rumah dan kampung, termasuk kampung halamannya sendiri, Sarawak Report mendedahkan ganjaran-ganjaran yang diterimanya daripada Taib.

Pada tahun lepas kami telah mendedahkan bagaimana MP yang tamak itu telah, secara senyap-senyap menerima lesen-lesen membalak kayu belian dari hutan kawasannya sendiri.

Tambahan pula, syarikat binaan, Dema Tega, milik pasangan suami isteri bersama-sama adik ipar nya itu, turut menerima kontrak-kontrak kerajaan negeri mencecah RM60 juta!

Winjac Sdn Bhd dan Milisha Sdn Bhd – dimiliki oleh Jacob Sagan, isterinya, Winnie Jolly dan anak perempuan mereka.

Namun, dalam masa Sagan dan keluarganya menjadi bertambah kaya, dia telah mengabaikan para pengundinya untuk melindung diri mereka dari rancangan empangan yang akan menenggelamkan kampung halaman mereka.

Sebagai pilihan terakhir mereka telah merujukkan masalah mereka pada pekerja kempen dari PKR, Roland Engan, yang sering menjanjikan untuk membantu mereka menghentikan projek empangan di Baram itu. Jacob Sagan telah cuba menafikan jenayah rasuah di sebalik kegagalannya melindungi orang-orangnya sendiri dari SCORE, namun dengan menggunakan air Sungai Baram sekalipun tidak akan dapat membersihkan bukti jenayahnya itu.

Syarikat-syarikat Winjac dan Milisha milik pasangan suami isteri ini telah direkodkan sebagai penerima lesen-lesen membalak belian sebagaimana dibocorkan menerusi peta-peta dari Jabatan Hutan (yang harus menjadi maklumat orang awam). Ratusan hektar kayu dari spesis terancam ini telah ditebang oleh MP ini, isterinya dan juga anak perempuan mereka.

Di luar sebuah pondok milik keluarga miskin berhampiran empangan bakun – dengan terbinanya empangan di sungai anda, tidak bererti anda harus mendapat bekalan elektrik walaupun percuma.

Kesan dari itu maka tercetusnya suara-suara kurang senang di seluruh kawasan itu, ketika orang-orang tempatan mulai hilang kesabaran menyaksikan tanah dan hutan mereka diranapkan begitu sahaja.

Penentangan telah semakin berkembang yang terdiri dari pelbagai komuniti di sepanjang sungai Baram. Selama beberapa tahun yang lalu Ketua Menteri telah berjaya mengawal dan memecahkan mereka, namun projek empangan Baram itu telah menyatukan mereka menentang BN.

Kumpulan-kumpulan pejuang alam sekitar seperti Save Rivers telah berjaya mengumpul banyak petisyen dan menghimpunkan penentangan umum dan gelombang perubahan pada sokongan politik telah bertukar istilah menjadi ‘Gelombang Baram’.

Pada mulanya Jacob Sagan, Presiden partinya William Mawan Ikom dan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud mengandaikan bahawa mereka boleh membuta-tuli pada kemarahan orang-orang tempatan, terutamanya sehingga mereka memutuskan untuk melewat-lewatkan projek Baram sehingga ianya selamat selepas pilihanraya umum.

Namun penentangan tetap juga diteruskan dan kini Jacob Sagan dan Taib Mahmud kini menyedari bahawa mereka berada pada keadaan yang merbahaya menjelang musim pilihanraya yang pastinya diadakan pada bulan depan.

Petisyen-petisyen – pada kali pertama orang Sarawak berani bangkit menentang BN dan bercakap untuk menyokong kerajaan yang baru – mereka meluahkannya menerusi Radio Free Sarawak!

PKR, Roland Engan dan kumpulan-kumpulan NGO tempatan seperti Save Rivers telah berkempen sepanjang masa tanpa mengira penat lelah dan jelaslah orang-orang Baram sudah tidak percaya lagi pada janji-janji SCORE BN, namun mereka tetap meletakkan kepercayaan mereka pada janji-janji pihak pembangkang untuk membatalkan keseluruhan projek itu!

Mencari sokongan – PR menentang sebarang pembinaan lebih banyak empangan di Sarawak.

Buktinya, jika diperlukan, boleh didengar setiap petang menerusi Radio Free Sarawak (RFS pada gelombang pendek) di mana orang-orang biasa, ketua-ketua masyarakat dan juga tokoh terkenal telah mulai berani untuk mencemuh Taib Mahmud dan Jacob Sagan dan rancangan-rancangan mereka untuk menenggelamkan kawasan Baram. Maka kini kami mendapati Taib Mahmud telah mulai membuat keputusan yang mendadak.

Dengan menyedari bahawa perkiraannya selama ini telah menimbulkan krisis yang mudarat maka dia memaksa dirinya untuk menaiki salah sebuah helikopter yang disewa khas menggunakan dana awam untuk menyelamatkan (dengan harapannya) keadaan yang telah teruk terjejas di Baram itu.

Pesawat Seafarer itu dijadualkan tiba pada 23hb Februari. Maka kami mencadangkan bahawa Taib sudah terlalu lambat datang untuk mendapatkan semula sokongan orang-orang di Baram dan adakah si diktator tua yang terlalu sombong dan bongkak itu akan membatalkan rancangan-rancangan gergasinya?

Namun, jelaslah bahawa Taib sering ingat dengan melawat orang-orang yang telah sekian lama marah padanya boleh menyelesaikan masalahnya. Dia telah cuba untuk meyakinkan orang-orang Baram bahawa dia adalah seorang pemimpin yang perihatin. Namun, pada hakikatnya mereka tahu bahawa dia adalah seorang pemimpin lapuk yang sudah berputus asa.

Lumpur yang berbau busuk yang menyekat sungai Balui akibat Empangan Bakun, memaksa para pekerja di sana dipindahkan.

Masalah paling besar yang melanda Taib kini adalah orang-orang Baram sudah melihat contoh-contoh bagaimana Ketua Menteri itu melayan masyarakat-masyarakat di daerah lain di Sarawak yang terjejas oleh empangan-empangan.

Orang-orang di Batang Ai di kawasan Lubok Antu masih belum menerima pampasan yang sempurna setelah mereka menunggu lebih 30 tahun kini, dan begitu juga orang-orang di Bakun di kawasan Belaga, yang terperangkap di kawasan penempatan semula di Sungai Asap sejak 10 tahun lalu.

Kini masyarakat-masyarakat yang menghuni sepanjang Sungai Balui pula menghadapi suatu lagi malapetaka alam sekitar.

Memberitahu orang-orang tempatan – kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar telah bertindak sejak selama berbulan-bulan yang lalu, namun baru kini Taib ambil peduli.

Pada minggu lepas lumpur dari Bakun yang berbau busuk telah membentuk tasik teruk tercemar yang mengalir masuk ke sungai mereka dan bau busuk dari pencemaran itu telah memaksa mereka berpindah meninggalkan kawasan itu. Para ahli sains mengatakan bau busuk dari Bakun itu akan terus wujud selama berabad-abad lamanya (maksudnya selagi empangan itu digunakan). Pencemaran itu telah lama membunuh hidupan air dan haiwan-haiwan yang bergantung pada air sungai itu.

Taib sering ingat bahawa dia boleh menjana kekayaan dengan mengempang sungai-sungai di Sarawak dan mendirikan banyak kilang milik ahli-ahli keluarganya.

Ianya bukan sahaja mengakibatkan malapetaka alam sekitar di dunia ini, malah turut menjejaskan kehidupan orang-orang tempatan dan orang-orang di Baram tidak mahu perkara itu berulang di kawasan mereka.

Maka apakah bentuk sambutan yang akan dijangkakan oleh Taib Mahmud pada 23rd Februari jika dia berani mengadakan lawatan itu dan berapakah bilangan anggota polis yang akan dihantarnya mendahului dirinya ke kawasan itu?

Taib sudah pastinya mempunyai krisis melibatkan dirinya di Baram, tetapi dia tidak mahu memahami separuh dari masalah itu.

[Ketua pembangkang PKR Malaysia, Anwar Ibrahim akan melawat Baram lagi pada 11hb Februari dengan ditemani oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian]

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments