Masing Menyumbat Gawang Gol Sendiri Untuk BN Berkenaan Projek SCORE

Empangan Bakun – adakah empangan-empangan yang lain juga akan diselamatkan?

Adakah Menteri Pembangunan Tanah Sarawak diberi kuasa apabila dia mengesahkan semua kritikan mengenai projek-projek gila empangan cetusan idea Ketua Menteri dan bersetuju dengan parti-parti pembangkang dan juga pejuang-pejuang NGO alam sekitar itu tidak mendatangkan faedah?

Jika kata-kata Masing itu betul, bolehkah Ketua Menteri dengan segera dan secara rasmi mengesahkan bagi pihak Kerajaan Negeri Sarawak bahawa rancangan membina 8 dari 12 empangan gergasinya itu harus dibatalkan?

Semasa ditemubual oleh agensi berita AFP Masing telah dipetik sebagai berkata “Kami [kerajaan negeri] harus meneliti semula rancangan kami itu dan memikirkannya semula. Ianya bukan rancangan yang muktamat untuk membina 12 buah empangan. Saya rasa kita tidak memerlukan empangan sebanyak itu. Memadailah dengan empat buah sahaja”.

Adakah ini dasar baru kerajaan? Sehingga ke hari ini Taib Mahmud dan para menterinya telah giat mengatakan bahawa kesemua empangan yang dirancangkan itu amat penting bagi menyokong program pengindustrian di bawah projek SCORE. Maka, adakah SCORE kini ditamatkan sama sekali atau ditangguhkan buat seketika sahaja?
Ianya dilihat lebih kepada suatu pengakuan atas kesilapan BN setelah berhadapan dengan bantahan dari banyak pihak. Namun kenapakah kita hanya mengetahui mengenainya menerusi suatu temubual di antara seorang menteri dengan seorang wartawan?

Kenapakah Taib Mahmud tidak datang ke Dewan Undangan Negeri Sarawak dan mengumumkan di tempat yang lebih ramsi bahawa SCORE itu adalah suatu projek yang sia-sia sahaja?

Senjata yang kurang berkesan atau sekadar penyampai pesanan dari Taib Mahmud? Sehingga kini James Masing telah giat membesar-besar mengenai kepentingan SCORE dari kalangan orang-orang BN.

Atau adakah kita sedang memerhatikan perpecahan yang ketara di kalangan anggota-anggota BN di mana ada di kalangan para menterinya tetap menentang SCORE sebagai cara mereka menambah perisa untuk mendapatkan undi menjelang pilihanraya ini?

James Masing jelas kelihatan jujur semasa temubual itu bahawa reaksi yang popular kini adalah penentangan terhadap projek-projek empangan yang sudah tentunya menggugat ahli-ahli politik BN sepertinya.

Dengan mempertahankan kerusi mereka di hadapan para pengundi mereka yang sering diberitahu bahawa empangan-empangan akan menenggelamkan kampung halaman mereka, dan mereka kini sedar bahawa memberikan sogokan semasa menjelang pilihanraya tidak lagi berkesan.

Namun Taib Mahmud yang sombong itu tidak kelihatan bersedia untuk mengakui bahawa rancangannya itu tersilap perkiraan atau harus dibatalkan sama sekali. Pada minggu lepas dia telah mendakwa bahawa bekalan tenaga elektrik di Sarawak masih tidak mencukupi dan dia tetap merancang untuk membina stesen-stesen tenaga arang batu untuk menyokong rancangan SCORE sementara menunggu siapnya kesemua projek empangan itu!

Apakah keserasiannya dengan hujah James Masing yang mengatakan bahawa empat buah empangan sudah memadai untuk memenuhi keperluan bekalan elektrik di seluruh negeri Sarawak? “Tidak semua yang kita laksanakan itu betul dan murni” dakwa James Masing, seolah-olah mengumumkan kesilapan projek SCORE cetusan idea bosnya itu. Namun apakah komen Taib Mahmud mengenai hujah sedemikian?

PKR telah giat berkempen di sepanjang sungai Baram, yang bakal ditenggelamkan sebagaimana dikatakan oleh James Masing.

Sarawak Report percaya bahawa Taib Mahmud akan menyangkal sekeras-kerasnya hujah orang kanannya itu. Jika tidak, dia terpaksa menerima hakikat bahawa di bukanlah seorang CEO tertinggi di negerinya itu. Jika dia berada di sebuah syarikat yang waras, dia terpaksa meletakkan jawatannya.

Dan terdapat satu lagi masalah dengan hujah-hujah James Masing itu. Ianya merupakan suatu penarikan diri, namun cubaan itu tidak mencukupi untuk mendapatkan semula undi BN dari kalangan pengundi mereka. Dia masih mendakwa bahawa adalah suatu keperluan untuk membina empangan Baram dan Baleh, yang bakal menenggelamkan puluhan ribu kediaman orang-orang peribumi.

Sjotveit (kiri) berurusan dalam perniagaan tenaga murah untuk menarik pelaburan yang lumayan.

Sebenarnya, secara political, kata-kata James Masing adalah di antara kata-kata yang terburuk di dunia. Dia telah mengakui bahawa BN melakukan kesilapan, sedangkan dia enggan mengalah dan menarik diri dari Empangan Baram, maka dia telah meraih banyak ejekan tetapi kehilangan banyak sokongan untuk kerajaannya!

Malah, Taib Mahmud juga dapat mengesannya. Namun setelah diungkapkan, kata-kata James Masing itu tidak akan dianggap sebagai suatu yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Siapa yang akan yakin pada sebuah kerajaan yang telah terbabit dalam sebuah rancangan gergasi tanpa mendapatkan khidmat nasihat dari golongan pakar yang bertauliah?

Taib Mahmud telah membelanjakan bejuta-juta ringgit untuk melaksanakan rancangan-rancangannya itu dan telah berusaha untuk menjana ribuan juta ringgit dalam bentuk pinjaman untuk menarik indusri dari seluruh dunia untuk melabur di Sarawak, maka adakah mudah baginya untuk menghentikan rancangan-rancangannya itu dan membiarkan wang yang banyak itu dibazirkan begitu sahaja?

Dan bagaimana pula dengan kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh ketua tenaga untuk Taib Mahmud warga Norway itu yang berkeras dengan usaha membina 12 buah empangan adalah amat penting bagi menyokong pembangunan negeri Sarawak dan sememangnya diteruskan? Ianya diteruskan walaupun tidak terdapat sebarang laporan penilaian kesan terhadap alam sekitar (EIA) atau sebarang kes terhadap ekonomi diadakan.

Torstein Dale Sjotveit telah mengadu di hadapan orang ramai bahawa kumpulan-kumpulan NGO alam sekitar telah “bercakap bohong” mengenai masalah-masalah berkenaan projek empangan dan faedah-faedahnya amatlah penting untuk rakyat.

Para badut akan berhimpun di Pusat Persidangan Borneo (BCCK) pada bulan ini – pernahkah mereka mendengar bahawa SCORE itu adalah gurauan yang paling tidak melucukan?

Maka, apakah tindakan Sjotveit selepas ini? Warga Norway itu telah menganggotai jawatankuasa tertinggi dalam International Hydro-power Association (IHA) dan Sarawak akan melaksanakan sebuah program pembinaan empangan terbesar di dunia dan dia telah menguruskan persidangan itu diadakan di Kuching, Sarawak pada tahun 2013 ini.

Kini dengan projek-projek empangan dilihat sebagai bakal ditamatkan, adakah pemain-pemain dalam industri itu masih berminat untuk melabur di Sarawak?

Mungkin ada di kalangan mereka akan meninggalkan pusat BCCK itu dan memberi laluan pada Persidangan Badut Sedunia untuk berkumpul di situ pada akhir bulan ini, kerana pilihanraya pun semakin dekat dan akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Para badut itu akan melakukan suatu perubahan kerana selama ini semua selakan komik itu dilakukan oleh BN.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments