‘Politik Wang’ - Bagaimana Barahnya Menular Dalam Masyarakat Dari Atas Ke Bawah

Leon Donald dari DAP bersama OKU Ho Tiong Hwa – Akhbar Borneo Post telah melaporkan cerita itu, namun tidak menyebut nama Yang Berhormat terbabit, Francis Hardin.

Pengaruh ‘Politik Wang’ di Sarawak telah berjaya dibongkar dan didedahkan menerusi sebuah berita pada minggu ini bahawa bagaimana seorang setiausaha kepada Menteri SUPP, Francis Hardin Hollis, telah mencuri elaun kecil pemberian negeri Sarawak kepada seorang OKU di kawasan pilihanraya berkenaan.

Wanita yang kejam dan tamak itu telah memberitahu Ho Tiong Hwa, dari Jalan Kapitan, Sri Aman, Sarawak, bahawa pembayaran elaun sara hidupnya telah diberhentikan setelah beberapa minggu ianya diperuntukkan kepadanya.

Namun kemudian bukti telah menunjukkan bahawa Puan Ling, yang bekerja untuk Francis Hardin selama beberapa tahun yang juga merupakan ahli Sayap Wanita SUPP, telah secara senyap-senyap membuka sebuah akaun rahsia agar membolehkan mengeluarkan wang elaun itu untuk dirinya.

Elaun sara hidup itu hanyalah RM250 sebulan, namun jumlah itu telah menjadi RM26,000 selama beberapa tahun, yang telah dicuri kerani berkenaan dari OKU yang malang itu.

Menerusi rakaman-rakaman kamera litar tertutup pihak bank berkenaan telah mendapati Puan Ling mengeluarkan elaun Encik Ho dengan mudahnya.

Namun, pihak polis yang telah dihubungi oleh Ketua DAP, Leon Donald, belum lagi membuka kes penyelewengan itu. Adakah kita sedang menyaksikan bahawa amalan korup yang harus dibendung oleh pasukan penguatkuasa undang-undang suatu ketika dahulu telah ditangguhkan oleh kesan politik wang yang diamalkan oleh BN?

Saya menawarkan separuh dari jumlah yang telah dicuri oleh setiausaha saya dari anda – YB Francis Hardin.

Tindakan SUPP setelah berita ini terpapar di dada akhbar menunjukkan bahawa apa yang kita harus tahu mengenai BN yang tamak haloba itu.

Tanpa melaporkan kes itu kepada pihak polis terlebih dahulu, YB Francis Hardin telah secara senyap-senyap berkunjung ke kediaman keluarga Encik To bagi membincangkan perkara itu dan juga bertujuan menutup skandal tersebut.

Maka, setelah selesai berbincang, apakah yang ditawarkannya kepada mangsa? Dia telah menawarkan bahawa dirinya membayar ganti rugi SEPARUH dari jumlah sebenar yang telah dicuri oleh setiausahanya!
Ini merupakan ideanya untuk menamatkan kemelut ini.

Bakal Calon DAP Leon Donald telah memberitahu Radio Free Sarawak dalam sebuah wawancara bahawa jumlah yang telah ditawarkan sebagai ganti rugi itu amat mengejutkan dan mengecewakannya.

Sememangnya ini bukan pertama kali orang-orang kurang upaya dikhianati oleh ahli-ahli politik BN di kawasan itu. Nampaknya YB-YB ini telah lupa bahawa setiap orang mempunyai hak menerima apa jua bantuan kerajaan dan bahawa tanggungjawab menguruskannya dipikul oleh wakil-wakil politik mereka.

Seorang YB BN dari kawasan itu, Mong Dagang telah didedahkan kerana kekejamannya terhadap OKU.

Mong Dagang, juga seorang YB di Sri Aman, baru-baru ini telah didedahkan kerana didapati menghentikan elaun sara hidup Frusis Lebi, yang cacat tangan dan kakinya, hanya kerana Frusis didapati menggunakan hak demokrasiknya menyokong parti pembangkang!
Jika orang-orang seperti Mong Dagang dan Francis Hardin ini telah menghianati golongan OKU sedemekian rupa, maka apakah yang kita harapkan dari pekerja-pekerja bawahan mereka?

Sebenarnya setiausaha berkenaan telah meneladani sikap pemimpin-pemimpinnya. Kerana Sarawak Report telah mendedahkan bagaimana YB Mong Dagang telah memperlakukan para pengundinya di Sri Aman berkenaan perampasan tanah-tanah NCR mereka.

Kami telah melaporkan bagaimana Mong Dagang telah pada mulanya memaksa para pengundinya untuk menyertai sebuah usahasama, mengambil tanah-tanah adat mereka dengan menjanjikan bahawa mereka akan mendapat bahagian yang adil dari keuntungan itu.

Kemudian Mong menggunakan kedudukan politiknya untuk menuntut sogokan dari ‘usahasama’ itu, mengarahkan sesiapa yang membida tanah itu harus membayar lebih RM1,000 seekar kepada sebuah syarikat milik isterinya sendiri bersama saudara bos politik PRS, James Masing dan juga isteri kepada bakal calon PRS untuk kawasan Hulu Rajang, Wilson Ugak Kumbong (setiausaha kepada James Masing ketika itu)!

Mangsa penganiayaan yang cacat anggota, Frusis Lebi, di mana elaun sara hidupnya dihentikan oleh Mong Dagang kerana didapati menyokong PR.

Syarikat milik mereka, Noble Rewards Sdn Bhd dan kami telah membuat perkiraan bahawa ketiga-tiga ahli politik BN itu berhasrat untuk meraih RM70 juta dengan menipu para pengundi di kawasan pilihanraya mereka.
Maka apabila bos-bos BN ini telah bersedia untuk melakukan tindakan terkutuk itu dan menunjukkan keangkuhan mereka terhadap golongan OKU, tidak hairanlah jika kerani dan setiausaha mereka juga ingin mencuba versi penghianatan mereka.

Lagipun, walaupun dengan bukti-bukti yang telah kita dedahkan sebelum ini, tidak seorangpun dari ketiga-tiga orang ahli politik PRS/BN itu ditahan kerana skandal Noble Rewards, atau disiasat oleh parti mereka sendiri ataupun BN.

Maka, tidak hairanlah jika Puan Ling telah menipu Encik Ho Tiong Hwa, yang telah datang ke pejabat YB itu untuk bertanya dan meminta nasihat dan bantuan kebajikan, seolah-olah perlakuan itu sesuatu yang biasa dilakukan dan ingat bahawa dia boleh melarikan kesemua bantuan itu.

Pepatah klasik mengatakan rasuah adalah ibarat seekor bangkai ikan, ianya membusukkan masyarakat dari atas ke peringkat bawahan.
Maka, elok kita meneliti bos kepada Mong Dagang, iaitu Ketua PRS, James Masing, yang dibelengu rasuah dalam syarikatnya, Noble Rewards.

Jika James Masing pemimpin parti yang betul-betul ikhlas maka dia tidak akan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Menteri Pembangunan Tanah untuk merampas tanah-tanah pusaka, maka dia dan rakan-rakan politiknya dapat menuntut sogokan daripada rakan-rakan usahasamanya.

Begitu juga, bekas bos Francis Hardin, George Chan telah melakukan rasuah dengan menggandaikan kepentingan rakyatnya. Ketika sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kesihatan dulu dia telah memberikan kontrak untuk membeli peralatan untuk Hospital Jantung Sarawak yang baru kepada syarikat milik teman wanita mudanya yang tidak berpengalaman dalam bidang itu.

Rasuah dari atas – Pengerusi PRS, James Masing, memperolehi kekayaan menerusi Noble Rewards saudaranya.

Sekurang-kurangnya dia telah dimaki-hamun dan dihukum oleh para pengundinya yang menyingkirkannya menerusi undi pada pilihanraya 2011 dulu.

Namun kita harus melihat satu langkah ke hadapan. Ketua BN Sarawak adalah Ketua Menteri Sarawak sendiri, Abdul Taib Mahmud. Taib Mahmud mengawal para penyokong politiknya dengan melibatkan mereka dalam rasuah.

Di kalangan mereka, Taib Mahmud dan para kroninya telah menggondolkan hutan-hutan Sarawak dan merebut semua saham utama dari amalan terkutuk mereka itu.

Setelah mengeksploitasi hutan-hutan, Taib Mahmud pula merampas tanah-tanah orang pribumi untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit. Sementara itu, rakyat Sarawak tetap dibelengu kemiskinan yang teruk dan segala wang negeri hilang begitu sahaja.

Tidak menghairankan jika James Masing berniat untuk menipu para pengundinya, maka gejala rasuah terus bergerak ke arah orang-orang bawahannya, menerusi para YB dan ketua-ketua masyarakat hingga ke setiausaha, Puan Ling, yang mula mencari cara untuk melaksanakan sistem “Politik Wang” bagi mengeksploitasi seorang OKU yang miskin dan daif.

Seorang komentator politik Britain, Mathew Paris, baru-baru ini telah dijemput ke radio BBC untuk menjelaskan mengapa orang di UK menyertai politik. Sebagai bekas seorang ahli politik, Paris tidak terlajak komennya. Dia telah bercakap mengenai personaliti-personaliti yang mencari perhatian dan mereka yang bersedia menanggung risiko, namun mereka juga terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab mulia.

Walau bagaimanapun, secara signifikanya dia bermula dengan mengatakan “Tiada seorangpun memasuki dunia politik semata-mata kerana wang,sebab dalam politik tiada wang”.

Perhatikan cincin bermata delimanya itu – bagaimana di mampu membelinya setelah 30 tahun menjadi menteri dengan gaji hanya RM12,000 sebulan?

Di UK dan negara-negara lain, untuk menyalahgunakan kedudukan seseorang dalam politik untuk menjana kekayaan dianggap sebagai suatu jenayah yang terkutuk.

Sesiapa yang didapati menjana jutaan ringgit, seperti Taib Mahmud dan ahli-ahli politik yang lainnya, akan didakwa dan dipenjarakan pada tempoh yang panjang.
Namun di Sarawak di bawah pemerintah Taib Mahmud tujuan UTAMA mereka menyertai politik adalah semata-mata untuk menjana kekayaan dengan menipu rakyat kebanyakan.

Personaliti-personaliti tamak yang tertarik dengan politik semata-mata kerana ingin menjana jutaan ringgit dengan merampas wang peruntukan untuk membina jalan raya, bekalan elektrik, membantu kanak-kanak bersekolah dan perkhidmatan perubatan untuk mereka yang sakit dan mendapatkannya untuk mereka sendiri.

Perhatikan skandal pembinaan pembentungan yang telah sekian lama dijalankan di Kuching. Seorang lelaki telah terbunuh pada minggu lepas kerana kenderaan yang dipandunya terjerumus ke dalam lubang pembentungan yang tidak ditanda dengan baik – kemalangan ketiga yang melibatkan projek yang sama.

Langkah-langkah keselamatan yang tidak sempurna bukanlah suatu kejutan bagi kita apabila kita mengambil kira Ketua Menteri telah pada mulanya memberikan kontrak itu kepada adik perempuannya, Raziah Mahmud, yang kemudiannya mengambil RM78 juta dari keseluruhan peruntukan projek itu untuk dirinya sebelum menyerahkan projek itu kepada sub-kontraktor.

Di Malaysia inilah yang dinamakan sebagai “politik wang”. Masyarakat dunia menamakannya rasuah dan setiap orang menjadi mangsa amalan terkutuk itu kecuali mereka yang mengamalkannya dan juga penjenayah di kalangan orang-orang politik sendiri.

Parti-parti pembangkang telah berikrar untuk membasmi ‘politik wang’ dan para pengundi diajak untuk menghukum BN yang telah terbiasa dengan penipuan dengan memilih perubahan dan menyingkirkan YB yang menawarkan diri membayar separuh dari jumlah bantuan OKU yang dilarikan oleh setiausahanya itu.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments