Taib Menjadi Taukey Arang Batu

‘Juara Kebeterusan’pembina empangan Torstein kini menyokong rancangan Taukey Arang Batu.

Orang penting kepada Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, Torstein Dale Sjotveit, sememangnya bernilai tinggi untuk setiap sen dari gaji tahunannya yang sebanyak $4 juta itu.

Selaku CEO kepada Sarawak Energy Berhad (SEB), Sjotveit sering merasa gembira membantu dan juga mempromosikan setiap rancangan Ketua Menteri, walaupun ianya menyalurkan dana awam ke dalam syarikat-syarikat milik keluarga Taib.

Langkah terkini adalah untuk membuka rezab arang batu dengan tujuan untuk menjualkannya secepat mungkin, kepada pelanggan-pelanggan terbesarnya seperti China dan India.

Maka, tidak hairanlah Sjotveit merupakan orang penting yang dilantik sebagai Pengarah untuk mengendalikan Sarawak Coal Resources Sdn Bhd, yang menjadi sebuah jentera di sebalik usahasama itu.

Juara tenaga-hidro ‘bersih’ yang juga pembolot industri arang batu.

Dengan pengumuman pada minggu ini yang dikendalikan menggunakan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Taib secara tipikal, Ketua Menteri yang merupakan Menteri Kewangan, dan juga selaku Menteri Sumber Alam itu telah mengisytiharkan usahasama yang dimainkan oleh negeri Sarawak yang akan dikendalikan oleh syarikat-syarikat swasta (yang akan diumumkan nanti) untuk mula mendapatkan sumber alam Sarawak yang paling berharga, tetapi amat merbahaya kepada alam sekitar itu.

Kita kini tahu bagaimana Taib memasuki usahasama ini, iaitu bagi menambahkan kekayaannya sendiri. Pembiayaan itu akan datang dari dana awam menerusi pelaburan negeri dan keuntungannya nanti akan disalurkan ke dalam syarikat-syarikat swasta yang dilantik, yang sudah tentunya milik keluarganya sendiri.

Kesemua akaun itu, sudah tentunya, akaun dirahsiakan, agar tidak diketahui umum apakah keuntungan sebenar dari sumber alam itu terhadap dana awam.

Dalam pada itu, media-media di Sarawak akan bersorak dan menyokong proses usahasama itu, dengan memberitahu orang ramai mengenai penemuan kekayaan terbaharu bagi negeri mereka, namun rakyat miskin di Sarawak, yang sedang berhadapan dengan masalah rebakan penyakit denggi akan terus berkeadaan miskin, dan keadaan jalanraya dan infrastruktur serta keperluan-keperluan asas mereka akan terus berkeadaan buruk dan tidak ditambahbaik seperti sebelumnya.

Pemain utama dalam pengeluaran tenaga di Sarawak, Hamed Sepawi (kanan), yang mempengerusikan SEB dan mewakili kepentingan keluarga Taib (tengah), Jabu dan Awang Tengah, yang merupakan orang kanan politiknya, dan orang penting yang dilantiknya untuk mengendalikan kerja – Tortein Dale Sjotveit.

Persoalan yang dibangkitkan oleh setiap orang kini adalah di manakah semua dakwaan bahawa pemusnahan sungai-sungai di Sarawak untuk memberi laluan pada projek-projek empangan yang rancak dipertikaikan sebagai tenaga “boleh dibaharui” itu akan dapat membantu membebaskan Sarawak dari pencemaran bahanapi fosil?

Itulah alasan-alasan yang sering dikemukakan oleh orang-orang seperti Sjotveit setiap kali berhadapan persoalan-persoalan sedemikian.

Lihatlah bagaimana syarikat Hydro-Tasmania yang diupah oleh Sjotveit untuk memandu perjalanan projek-projek empangan itu, telah menjelaskan apakah keadaan sebenarnya beberapa minggu yang lalu, sebelum mereka menarik balik kakitangan mereka:

Jika kita tidak membina empangan-empangan ini, maka negeri Sarawak akan bergantung pada arang batu yang kotor ini. Oops! Taib tetap juga melombong arang batu itu!

Kini Taib pula mengekstrak arang batu itu.

Apa yang menarik adalah kekeliruan yang dikemukakan oleh perbahasan Taib untuk menutup niatnya membolot simpanan 5 ribu juta tan arang batu Sarawak, yang dinyatakannya dalam ucapannya semalam.
Semenjak beberapa bulan yang lepas Sarawak dikatakan mengalami kesukaran mencari industri-industri untuk menggunakan semua tenaga hidro yang kini dijana dari empangan Bakun, Taib telah cuba memberikan implikasi bahawa terdapat “kekurangan tenaga” yang harus dihubungkan menggunakan stesen-stesen elektrik berkuasa arang batu bagi membekalkan tenaga elektrik yang mencukupi pada industri-industri yang belum lagi wujud di kawasan SCORE yang dirancangkan itu.

Namun kini, ramai orang tahu bahawa empangan Bakun dan Batang Ai hanya menjana sebahagian dari tenaga elektrik yang sepatutnya dikeluarkan, dengan lebihan tenaga yang belum terjana sepenuhnya yang memungkinkan Sarawak tidak akan menggunakan sepenuhnya. Tambahan lagi empangan Murum yang hampir siap akan menambahkan lagi lebihan tenaga elektrik yang belum digunakan.

Di bawah rancangan empangan Murum yang akan siap dalam masa beberapa bulan lagi, ianya lebih cepat dari mana-mana stesen elektrik berkuasa arang batu yang belum lagi dibina.

Sebenarnya, dalam ucapan yang sama Ketua Menteri telah menegaskan bahawa niat utamanya bukanlah untuk membina stesen elektrik berkuasa arang batu, tetapi untuk mengekspot bahanapi yang bernilai tinggi itu ke negara-negara China dan India yang telah sekian lama mempunyai stesen-stesen elektrik arang batu yang mencemarkan alam sekitar di dunia ini setiap hari.

Maka kita kini sudah faham mengenai ‘rancangan murni’ Ketua Menteri itu. Ianya bukan berkenaan pengeluaran tenaga dalam negeri Sarawak tetapi lebih kepada peranan negeri Sarawak yang memberi sabsidi kegiatan syarikat-syarikat, dengan membenarkan mereka itu membeli arang batu yang dilombong oleh syarikat milik kerajaan pada harga yang amat rendah dan kemudian menjualkan bahanapi itu pada harga pasaran yang jauh lebih tinggi!

Kita tidak perlu meneka apakah syarikat yang akan diberikan lesen-lesen untuk beroperasi itu nanti. Segala urusan telah diatur untuk membolehkan semua syarikat itu mendapat keuntungan dan bukannya kepada negeri Sarawak sendiri ataupun kepada rakyat Sarawak.

Melaksanakan apa yang telah diarahkan padanya – menyerahkan kontrak-kontrak kepada syarikat CMS dan juga Abu Bekir Taib.

Jika rancangan-rancangan kotor Taib ini dilaksanakan untuk mengeksploitasi rezab arang batu Sarawak, maka Sjotveit harus menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat dunia, termasuk kerajaan negaranya sendiri dan undang-undang anti-rasuah mereka yang amat ketat.

Ketua SEB itu telah didapati bersekongkol dengan jenayah rasuah yang menyelubungi urusan-urusan syarikat-syarikat Taib yang berkisar pada projek-projek empangan hidro elektrik di Sarawak.
Syarikat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) milik keluarga Taib adalah merupakan penerima kontrak-kontrak utama daripada SEB dan syarikat anaknya pula, iaitu Sarawak Cable telah membolot habis semua kontrak mewah berkenaan kerja-kerja penyambungan, sebagai permulaannya.

Dan sememangnya Taib telah dan sering mendapatkan bahagiannya dari pelaburan-pelaburan utama yang telah diberikan lesen-lesen di bawah projek SCORE, termasuk kilang peleburan aluminum OM Holdings dan juga pelaburan dalam usahasama dengan Rio Tinto Alcan yang malang itu, yang tidak menjadi kenyataan setelah kami berjaya mendedahkan antara lainnya mengenai pegangan ekuiti 40% CMSB dalam projek itu.

Apa yang akan berlaku adalah sebarang kerja-kerja mengekstrak arang batu itu harus diterokai dan dibincangkan secara terbuka dalam DUN dan juga parlimen dengan mengumumkan tender terbuka dan memberikan lesen kepada mana-mana syarikat secara telus dan terbuka. Namun jelaslah Taib sering ingat bahawa dia boleh sesuka hatinya memberikan lesen mengekstrak bahanapi itu sepertimana dia atur dengan Rimbunan Hijau berkenaan mencarigali minyak di pantai Sarawak pada bulan lepas.

Jika seandainya ada pihak yang mengatakan kami membesar-besarkan bahaya salah guna kuasa Taib dalam mengawal eksploitasi arang batu di Sarawak itu, sama-samalah kita mengambil kira keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Pada para pembaca, siapakah yang membina stesen tenaga berkuasa arang batu di Mukah, sebagai contoh, yang telah mendatangkan masalah yang berpanjangan pada perkampungan-perkampungan yang berdekatan sejak ianya dibina dalam tahun 2009? Sudah tentunya ianya perbuatan keluarga Taib menerusi syarikat CMS mereka, dan juga Pengarah kilang berkenaan, Tortein Dale Sjotveit.

Memberikan semua projek kepada bos politiknya?

Dan siapa pula yang telah berjaya mendapat lesen-lesen melombong arang batu di Sarawak setakat ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan – keluarga Taib dan kroni perniagaan mereka, WTK.

Skandal yang menyelubungi kes kematian empat orang pekerja asing dalam sebuah kejadian letupan yang berlaku pada tahun lepas telah menarik perhatian umum pada rekod keselamatan dan alam sekitar syarikat Luckyhill Mining, yang mengancam serta mencemari rumah-rumah panjang dan sungai-sungai mereka di kawasan Pantu. Siapakah pemilik-pemilik syarikat berkenaan? Mereka adalah WTK dan adik perempuan Taib, Zaleha Mahmud, di samping kroni-kroni politik mereka.

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments