WEK! - Cubaan Kotor Pilihanraya Masing Memperli Para Pemilik Tanah

Terima kasih pada James Masing atas bayarannya? Ini tidak lebih dari sogokan pilihanraya BN yang datangnya dari dana para pembayar cukai.

Wajah moyok para pemilik tanah yang miskin dari kawasan Beluru ini jelas menggambarkan sejuta pengertian.

Akhbar Borneo Post menjelaskan mereka sebagai “kumpulan yang ceria dan riang” ketika mereka dipaksa berbaris di hadapan kamera-kamera sambil memegang cek-cek besar sebagai promosi bayaran ‘dividen’ untuk ‘usahasama’ kelapa sawit yang mereka sertai.

Pada hakikatnya mereka merasa malu dan diperbodohkan dan raut wajah mereka jelas sebagai petunjuk.

Orang yang ‘paling ceria dan riang’ ketika itu adalah Menteri Rampasan Tanah, James Masing, di sebalik majlis yang telah berlalu ini.

Bagi Masing dan rakan-rakannya dalam BN, dalam era manakah mereka hidup di mana mereka ingat mereka boleh melakukan sogokan pilihanraya sesuka hati?

Adakah ianya suatu yang sempurna untuk menghimpunkan orang ramai dan memaksa mereka melafazkan ucapan penghargaan di atas pentas yang besar untuk wang yang sepatutnya milik orang ramai itu? Wang ini bukan milik James Masing dan dia tiada hak untuk mengagih-agihkan kepada orang awam dan tiada seorangpun harus dipaksa untuk mengucapkan terima kasih padanya atau diambil gambar bersama-samanya, tak ubah seperti para pengemis yang menerima bantuan kebajikan daripada BN.

Tidakkah James Masing sedar bahawa setiap orang dapat melihat majlis ini sebagai suatu yang memperli dan menggambarkan dirinya bongkak dengan kelihatan lebih hebat dengan mempergunakan maruah orang-orang biasa di Beluru?

Jika dia masih merasa ragu-ragu dia seharusnya meneliti wajah-wajah para pengundinya yang telah dipaksa untuk berlakon agar mereka dapat menerima bantuan dengan apa yang sebenarnya milik mereka sendiri.

Usahasama?Para pemilik tanah mendapat beberapa ribu ringgit sahaja, sedangkan James Masing boleh menjana jutaan ringgit!

James Masing sebenarnya penipu dan perampas tanah, yang pernah dilaporkan kerana mendapatkan sogokan rahsia bagi tanah-tanah yang dirampas dari para pengundinya yang kononnya, ‘usahasama’.

Kami telah mendedahkan bagaimana dia berjaya menjana RM70 juta bersama rakan-rakan politiknya, Mong Dagang dan Wilson Ugat dari sebuah skim di Sri Aman, yang mereka promosikan sebagai sebuah perladangan usahasama, tetapi sebenarnya merupakan suatu tipu helah untuk merampas tanah milik orang-orang tempatan.

Gambar berdekatan menunjukkan sepucuk surat rahsia daripada Mong Dagang yang mempelawa bayaran bagi tanah-tanah NCR dalam ‘usahasama’ itu. Mong telah mempastikan bahawa wang sogokan itu dimasukkan ke dalam syarikat-syarikat Noble Reserves, Noble Resources atau Noble Rewards, yangt dimiliki oleh saudara Masing, isteri Ugat dan isteri Mong!

Ini merupakan surat yang ditandatangani oleh Mong Dagang yang mengaitkan James Masing dan juga Wilson Ugat sebagai ahli-ahli politik permapas tanah yang menyalahertikan maksud ‘usahasama’ bukan untuk membantu orang-orang tempatan tetapi untuk mendapatkan sogokan berjuta-juta ringgit untuk diri mereka sendiri!

Walaupun telah dilaporkan kerana melakukan kesalahan merompak orang-orangnya sendiri, Masing telah tanpa segan silu berkunjung ke Beluru untuk membuat satu lagi rundingan dengan menyampaikan cek-cek bernilai RM360,000 yang dia katakan sebagai bayaran dividen ‘usahasama’ kepada 72 orang kampung!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rakan perampas tanahnya, Mong Dagang – dan Wilson Ugat, bakal calon BN bagi kawasan parlimen Hulu Rajang yang menjana jutaan ringgit.

Mari kita buat perkiraan – jawapan untuk 360,000 dibagi 72 adalah RM5,000 untuk seorang pemilik tanah, yang dipaksa melepaskan tanah-tanah mereka buat selama-lamanya untuk menyertai skim ‘usahasama’ itu. Projek ini merupakan cetusan minda Menteri Pembangunan Tanah sendiri, iaitu James Jemut Masing.

Cuba bandingkan jumlah sekecil RM5,000 dengan RM20 juta seorang yang akan diperolehi James Masing, Mong Dagang dan Wilson Ugat, dalam ‘usahasama’ itu, yang tidak ada hak ke atas kesemua tanah itu!

James Masing merupakan tenaga penggerak di sebalik usahasama itu, dengan menyokong rancangan-rancangan Taib merampas tanah-tanah NCR orang-orang peribumi dan memaksa mereka menyertai pembangunan, tetapi, sekali lagi dalam bentuk perladangan kelapa sawit di Sarawak.

Perampasan tanah-tanah secara paksa ini telah didapati haram oleh mahkamah di peringkat paling tinggi di Malaysia. Namun Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, dan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, James Jemut Masing, telah memilih untuk tidak memperdulikan keputusan-keputusan mahkamah ini. Sebaliknya kedua-dua menteri penyangak ini telah berjanji bahawa sektor perladangan kelapa sawit boleh menjadikan orang-orang tempatan kaya-raya dengan pembayaran dividen-dividen yang kerap dan meneruskan dasar-dasar mereka.

Namun setiap orang di Sarawak kini tahu bahawa para pemilik tanah yang telah kehilangan tanah-tanah huma atau sawah dan juga hutan mereka kepada projek-projek ladang selalunya dibiarkan tanpa dibayar pampasan selama bertahun-tahun lamanya. Jika adapun bayarannya ianya akan diberikan tanpa diduga dan biasanya dalam amaun yang kecil, yang seringkali dikeluarkan oleh ahli-ahli politik pada musim pilihanraya, sebagaimana dilakukan oleh James Masing di Beluru pada minggu lepas. Seolah-olah wang itu merupakan buah tangan dari BN!

\Ganjaran mulia? – Orang-orang yang akan menjana kekayaan sebenar dari usahasama itu – isteri Mong Dagang (Bawang anak Deru), saudara James Masing dan isteri Wilson Ugat (Leyta Kupa)!

Menurut James Masing, isu tanah NCR adalah “isu lapuk dan basi”!
Dan demikianlah yang dikatakannya kepada orang-orang tempatan di Beluru dalam suatu majlis yang diatur untuk mempromosikan dirinya sendiri yang memualkan itu.

Menurut dakwaannya, hak-hak ke atas tanah bukanlah isu yang besar atau “topik yang hangat” pada musim pilihanraya, kerana sudah banyak tanah telah diambil menerusi dasar-dasar BN. RM5,000 pada kali ini adalah pampasan yang mencukupi bagi orang-orang Beluru itu sebagaimana diputuskannya dan janji pihak pembangkang untuk mengembalikan tanah bukanlah menjadi idaman para pengundi!

Pada minggu-minggu yang akan datang James Masing dan Taib Mahmud pasti akan terus cuba menyampaikan hujah-hujah yang sama dan menyerahkan cek-cek seolah-olah ianya buah tangan dari BN dan bukannya hak rakyat.
Para pengundi tidak akan mudah terpedaya dengan taktik-taktik perampas tanah dan juga penipu pilihanraya itu.

Memberikan cek-cek di sana-sini? Jangan lupa menundukkan kepala, Taib kini bersedia menghadapi pilihanraya!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments