Para ‘Pejuang Cyber’ BN Didedahkan!

Logo – semua laman sesawang mereka menggunakan logo yang sama, yang ditulis oleh sekumpulan kecil penulis yang sama yang dibayar upah berkala.

Mereka tak ubah seperti kebanyakan orang awam yang lain, yang mendakwa diri mereka “sebagai blogger tempatan yang berlatarbelakang unik dan tersendiri”.
Namun kami dapat mendedahkan bahawa jaringan laman sesawang pro-BN yang baru itu adalah dikendalikan oleh beberapa orang blogger yang diupah, secara rahsia oleh Awang Tengah dan diuruskan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Taib Mahmud, Abdullah Saidol.

Laman sesawang ‘Bloggers Anak Sarawak’ dianggotai oleh beberapa buah laman blog yang serupa, kesemuanya mempunyai logo keahlian yang disasarkan kepada mana-mana laman sesawang yang kritikal terhadap BN, terutamanya laman Sarawak Report.

Dilancarkan pada tahun lalu, laman-laman sesawang itu hanya mempunyai pengikut yang kecil bilangannya sebagaimana terpapar pada blog-blog yang berlainan.
Begitu juga, kebanyakan artikel mereka tidak mendapat sebarang komen.

‘Anak Sarawak’ / Kolok Mee – serangan yang serupa, namun tiada sebarang komen.

Sebagai alasan mereka tidak mendapat sebarang komen pada laman-laman blog mereka kerana mereka “tidak mensensasikan sebarang isu untuk mendapatkan kunjungan yang banyak”. Namun alasan sedemikian menepati maklumat yang kami terima, di mana para blogger itu dibayar gaji untuk kuantiti penulisan mereka dan bukannya impak penulisan mereka pada pelawat atau pembaca laman mereka.

Laman-laman blog itu begitu ketara memberikan sokongan mereka pada Awang Tengah, lebih dari memberikan kesetiaan mereka pada PBB atau BN, sehingga ada di kalangan mereka mengkritik apa yang ditulis pada media-media cetak pro-BN.

Ancaman yang ketara menentang stesen radio Radio Free Sarawak dan memuji-muji Awang Tengah – Keadilan X Sarawak mempunyai pengunjung berdaftar seramai 15 orang sama seperti …

Para pejuang cyber yang diupah Awang Tengah

Awang Tengah dengan Ketua Blogger untuk blog Anak Sarawak yang juga selaku pemberita untuk Sarawak Tribune, Salfian Nawawi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber dalaman memberitahu Sarawak Report bahawa para anggota ‘Bloggers Anak Sarawak’ dibayar gaji bulanan sebanyak RM3,000 seorang bagi melaksanakan tugas mereka dan bahawa ketua mereka adalah pemberita dari akhbar Sarawak Tribune milik Taib, Salfian Nawawi.

Kami diberitahu bahawa Awang Tengah membiayai projek mereka itu, namun dia meletakkan tanggungjawab penuh pada bahu ‘Ketua Pemuda’ PBB, Radin Kadri dan Ketua Setiausaha kepada Taib, Abdullah Saidol..
Kami juga turut diberitahu bahawa alasan Awang Tengah menyokong projek ini bukan semata-mata mempromosikan BN. Tujuan utamanya adalah untuk membida usaha menggantikan Taib dengan membina momentum sokongan di peringkat akar umbi.

Kemarahan yang semakin kuat menentang Sarawak Report daripada Keadilan X Sarawak milik blogger-blogger ‘tempatan’.

Setelah kami mendedahkan maklumat mengenai rancangan Awang Tengah menentang Taib tahun lepas dia telah secara ketaranya tidak hadir semasa mesyuarat perancangan pilihanraya PBB, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Borneo Post.

Pendedahan kami itu telah mencetuskan kemarahan para blogger dalam Bloggers Anak Sarawak seperti Keadilan X Sarawak, yang telah mengutuk pihak pembangkang kerana mengandaikan bahawa Awang Tengah telah tidak dijemput menghadiri mesyuarat itu akibat rancangannya itu.

Apa yang telah gagal ditunjukkan oleh Keadilan X Sarawak adalah laporan asal itu datangnya dari akhbar BN sendiri, Borneo Post yang telah mengatakan mengenai ketidak-hadiran Awang Tengah itu, dan bukannya rekaan laman-laman sesawang pihak pembangkang.
Sumber dalaman mengatakan ini merupakan suatu contoh bagaimana pasukan itu telah mengutamakan usaha mereka mempertahankan Awang Tengah mendahului BN di samping perbalahan yang tercetus dalam gabungan parti itu.

Awang Tengah telah menjadi tajuk utama dan dipromosikan di kesemua laman saesawang yang berkaitan, yang juga merupakan salah satu sifat laman-laman sesawang itu. Laman-laman sesawang dalam jaringan itu termasuk: Wira Kenyalang; Keadilan X Sarawak; Asap Koyan; UnReported News; Sarawak Kolok Mee; Kuchingitam; Melanau Blogger bagi menamakan segelintir dari mereka.

Para blogger upahan BN itu termasuk para penjawat awam

Apa yang turut menjadi persoalan adalah terdapat individu dalam pasukan para blogger itu terdiri dari kakitangan kerajaan, yang seharusnya mengutamakan tugas dan tanggungjawab hariannya dan menerima gaji bulanan dari kerajaan yang selaku majikannya, dan bukannya mempromosikan agenda politik individu seperti Awang Tengah.

Penjawat awam – Awang Mohd Razif Awang Yusof bersama Taib Mahmud dan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abdullah Saidol, yang telah dikenalpasti sebagai pengurus utama projek berkenaan.

Salah seorang dari mereka yang telah dikenalpasti itu adalah Awang Mohd Razif Awang Yusof, pengarang utama di sebalik laman blog Keadilan X Sarawak, yang memaparkan sepucuk senjata api dengan mencuncungnya menghala ke arah penembaknya di samping sebuah gambar lucah sebagai ancaman terhadap Sarawak Report dan juga Radio Free Sarawak.

Razif yang berjawatan Pegawai Penerangan di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan Malaysia menerima gaji bulanan sebanyak RM6,122.73 dari Kerajaan Persekutuan.

Menurut sumber dalaman, Razif turut menerima RM3,000 sebulan kerana mempromosikan Awang Tengah dan dilihat telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab awamnya, dan kegiatannya itu menimbulkan persoalan mengenai konflik kepentingan.

Walaupun terdapat maklumat yang terperinci yang diberikan kepada Sarawak Report dan bukti-bukti yang terdapat dalam laman-laman blog itu, perlu diambilkira bahawa beberapa orang tertentu yang terbabit dalam rancangan Awang Tengah telah membuat penafian yang keras. Mereka ini termasuklah Ketua Setiausaha Politik kepada Taib yang kini dikenalpasti di sebalik laman Bloggers Anak Sarawak.

Lagi banyak keserupaan 

Bekas blogger PBB, Zaini Busrah, kini menganggotai ‘Bloggers Anak Sarawak’ yang turut dibayar gaji untuk mempromosikan Awang Tengah dalam partinya.

Sebenarnya, ‘Perang Cyber’ yang diperjuangkan oleh BN bukanlah suatu perkara yang baru. Ia lebih merupakan suatu usaha mereka menguasai suatu media yang tidak dapat mereka jayakan sepenuhnya.

Mengeluarkan belanja yang tinggi-tinggi untuk mengupah para ‘Pejuang Cyber’ adalah penyelesaian dan suatu cara mereka menyampaikan maklumat yang janggal, menjawab persoalan-persoalan dan kritikan politik yang sukar yang diadakan atas talian.

Dan sebenarnya ‘Perang Cyber’ yang kotor itu dikaitkan dengan budaya berbohong, tipu muslihat dan kegiatan haram yang telah menghalang BN menggunakannya di khalayak umum dan ini telah terbukti dengan pendedahan kami ke atas syarikat FBC Media tahun lepas.

Maklumat yang terkini yang kami terima mengatakan bahawa unit ‘Bloggers Anak Sarawak’ naungan Awang Tengah diwujudkan setelah terbongkarnya ‘Unit Media Baru’ BN Sarawak yang dikendalikan oleh anak saudara Taib, Abdul Aziz Adenan selepas pilihanraya Negeri yang lalu.

Justeru itu Awang Tengah telah mendapatkan khidmat para blogger PBB seperti Zaini Busrah (bujangsenang.org and meradongtoday.blogspot.com, melanaublogger.com dan kuchingitam.blogspot.com), yang kini sedang mencari pekerjaan dan menyertai pasukan ‘Bloggers Anak Sarawak’.

Ini dilakukan setelah Awang Tengah gagal memujuk Taib untuk meletakkan iparnya sebagai Timbalan kepada Abdul Aziz Adenan mengendilkan Unit Media Baru PBB secara rasmi.

Latarbelakang blogger PBB

‘Bloggers Anak Sarawak’ kini membentuk sebuah kumpulan dalam sebuah kumpulan ‘Pejuang Cyber’ BN, yang merupakan suatu petanda yang merbahaya dalam perbalahan dan perpecahan dalam BN menjelang pilihanraya ini.

Para pembaca kami (jika berminat) akan mengharapkan lebih banyak artikel tulisan pasukan Bloggers Anak Sarawak, yang dikhaskan untuk menyerang laman kami Sarawak Report dan juga laman-laman yang berkaitan, yang telah mendedahkan BN, di samping mempromosikan Awang Tengah.

Serangan demi serangan, namun tiada fakta yang bernas dan kukuh …

Warga Kanada, Sean Murray (menantu Abdul Taib Mahmud) turut dikaitkan dengan kegiatan penipuan menerusi cyber.

 

Dalam pada itu, di keadaan yang lain pula, Sarawak Report telah mengenalpasti kewujudan suatu nama domain yang selari dengan nama domain kami, sarawakreport.co.uk, telah dibeli oleh sebuah penyedia laman sesawang dari Kanada untuk menantu Taib Mahmud.

Semasa musim Pilihanraya Negeri dalam tahun 2011, Taib telah melancarkan ‘serangan cyber’ besar-besaran terhadap Sarawak Report menerusi laman sesawang yang namanya hampir serupa, iaitu sarawakreports.org.
Taktik itu, yang dikenali sebagai ‘piggybacking’ dalam istilah dunia cyber, menggunakan nama laman sesawang yang hampir menyerupai laman asal, yang kemudiannya mengkritik laman yang asal.

Taib Mahmud telah membayar FBC Media dengan jumlah USD$5 juta untuk menipu dan melaksanakan khidmat-khidmat serupa, termasuk mengatur serangan ‘distribution denial-attacks’ yang telah melumpuhkan laman kami secara sementara sahaja.

Dan Sean Murray juga turut didedahkan mengupah penipuan cyber yang sama. Di dalam akhbar UK, Murray telah didedahkan sebagai mengupah sebuah syarikat perhubungan awam, Bell Pottinger, untuk mengubah maklumat pada beberapa laman Wikipedia termasuk laman maklumat Sarawak Report dan juga Radio Free Sarawak.

Maka, dengan menjelangnya musim pilihanraya, adakah kita akan menyaksikan beberapa siri serangan yang berkisar pada sarawakreport.co.uk? Nampaknya para Pejuang Cyber BN kini telah diupah dan bersedia mengatur serangan mereka!

Want to get alerts for new articles ? see our Subscribe page

Your views are valuable to us, but Sarawak Report kindly requests that comments be deposited in suitable language and do not support racism or violence or we will be forced to withdraw them from the site.

Comments

comments